Perkara yang paling yang membimbangkan masyarakat adalah apabila pekerja industri yang membabitkan orang awam disahkan positif COVID-19. Ini kerana kita mungkin menjadi kontak rapat kerana perlu berurusan dengan mereka.
Terbaru, seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven di M City Ampang disahkan COVID-19. Pekerja terbabit kali terakhir melaporkan diri untuk bertugas pada 30 Oktover 2020 dan kini menerima rawatan di hospital. Semua individu yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah sehingga kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa.
Namun begitu, kes ini adalah terkawal dan proses pembamian kuman serta pembersihan menyeluruh telah dilakukan sebagai langkah pencegahan. Bagi mematuhi SOP, proses pembasmian kuman dan menyeluruh, stor tersebut akan ditutup sehingga tarikh yang dimaklumkan.
Kenyataan rasmi ini dimuat naik pada laman Facebook 7-Eleven Malaysia dan mereka juga turut memohon maaf atas segala kesulitan dan menyeru semua pelanggan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM kerana keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan pekerja menjadi keutamaan pihak mereka.
Ads
Hal ini mendapat perhatian daripada netizen yang menyifatkan pelanggan tidak mahu mematuhi SOP.
So, please guys jika korang masuk ke premis-premis awam tolong patuhi SOP yang disediakan dan paling penting jangan lupa memakai pelitup muka dan tulis nama atau scan QR code pada MySejahtera.
Setelah lebih sebulan bandaraya Tokyo menjadi medan sukan terbesar dunia, akhirnya hari akhir penganjurannya tiba juga.
Dalam tempoh beberapa jam lagi, Tokyo Jepun secara rasminya akan menutup tirai penganjurannya temasya sukan paling berprestij dunia sejak ia menganjurkan Sukan Olimpik pada 24 Julai lalu diikuti oleh Sukan Paralimpik yang berakhir pada hari ini.
Dalam tempoh 44 hari ia berlangsung, reaksi yang diterima oleh Tokyo sebagai tuan rumah kali ini boleh dikatakan bercampur baur. Dari sudut delegasi negara yang bertanding di sana, mereka terus-menerus memuji Tokyo di atas kemampuannya untuk menganjurkan kedua-dua temasya tersebut selancar mungkin biarpun dunia kini sedang bergelut dengan pandemik wabak COVID-10.
Tidak keterlaluan jika REMAJA katakan tiada negara lain yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah ini sebaik Jepun pada waktu ini.
Bagaimanapun, dari sudut rakyat Jepun terutamanya di Tokyo pula, seawal bulan Mac lalu mereka telah menyifatkan Tokyo 2020 sebagai sebuah temasya yang membawa nasib malang kepada mereka.
Jepun seakan tersekat di tengah-tengah. Keputusan meneruskan penganjuran ini telah menyaksikan sektor ekonomi dan kewangan Jepun mengalami kerugian teruk akibat beberapa keputusan seperti ketiadaan penonton di dalam stadium yang terpaksa diambil negara itu demi memastikan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik berjalan selancar mungkin. Namun pada waktu yang sama, Jepun akan menggalami lebih banyak kerugian sekiranya mereka membatalkan penganjuran.
Selain itu, seperti dijangka, jumlah kes baharu positifCOVID-19 di sana juga mendadak hingga tiga kali ganda dalam tempoh sebulan ini.
Lebih daripada 500 jangkitan baharu yang disahkan berkaitan dengan Sukan Olimpik dicatatkan manakala 300 lagi jangkita mempunyai kaitan dengan Sukan Paralimpik. Malah, penganalisa di sana juga kini khuatir terhadap sebilangan anak muda di Jepun yang merasakan adalah selamat untuk mereka tidak lagi mengikut peraturanyang ditetapkan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling; hanya kerana mereka melihat visual orang ramai berkumpul semasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik dilangsungkan. Banyak laporan baharu berhubung peningkatan aktiviti berkumpul beramai-ramai secara senyap sejak sebulan lalu.
Bukan itu saja nasib malang yang dialami Jepun.
Penganjuran Tokyo 2020 juga menyaksikan badi yang dialami oleh Perdana Menteri Jepun yang sedang memerintah semasa temasya sukan besar dilangsungkan; berterusan.
Setiap kali Jepun menjadi tuan rumah, setiap Perdana Menterinya pada waktu itu akan melepaskan jawatan tanpa gagal.
Ini telah berlaku sejak Sukan Olimpik Tokyoo 1964 di mana Perdana Menteri Hayato Ikeda meletak jawatan sehari selepas acara penutup. Ia diikuti Perdana Menteri Eisaku Sato pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sapporo (1972), Perdana Menteri Ryutaro Hashimoto pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Nagano (1998) dan Perdana Menteri Shinzo Abe yang meletak jawatan pada September tahun lalu akibat masalah kesihatan; hanya Tokyo 2020 disahkan bakal dianjurkan pada tahun 2021.
Yoshihide Suga semasa menyertai upacara pembukan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Badi itu nampaknya berterusan apabila Perdana Menteri Jepun terkini iaitu Yoshihide Suga baru saja mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai calon pemimpin parti beliau yang akan berlangsung pada bulan ini.
Pengumuman yang dilakukan dua hari sebelum acara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah mengejutkan ramai pihak.
Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan beliau ini; antaranya termasuklah kenaikan kes COVID-19 paling teruk pernah dicatatkan Jepun setakat ini, proses vaksinasi lambat dan tentunya, disebabkan keputusan meneruskan penganjuran sukan. Bagaimanapun, Perdana Menteri berusia 72 tahun itu akan terus komited dalam usaha melandaikan kes COVID-19 di Jepun.
Gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial semalam, rakyat Malaysia terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Facebook beliau, tiada sebarang perintah lockdown dikeluarkan oleh pihak berkuasa buat masa ini.
“Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini.
“Walau bagaimanapun, rakyat digesa terus mematuhi nasihat penjagaan kesihatan dan nasihat penjarakkan sosial 1 meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” catat beliau lagi.
*
Tinjauan netizen di ruangan komen menunjukkan rasa cemas mereka terhadap peningkatan drastik kes Covid-19 di Malaysia semalam. Ia gara-gara pengumpulan ahli tabligh dalam sebuah acara besar-besaran pada minggu lalu.
Ramai yang merasakan keperluan untuk meminta rakyat Malaysia kekal di rumah masing-masing ataupun ‘locked down’ seperti yang sedang dilakukan di China dan Itali.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat penggunaan terma ‘lock down’ itu tidak tepat. Seharusnya mereka menggunakan terma kuarantin peribadi dan menjauhkan diri daripada tempat awam.
*
Apa pendapat korang? Adalah Malaysia memerlukan keputusan lockdown ini daripada kerajaan sekarang?
Keputusan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat yang akan dilangsungkan pada hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tujuh minggu tidak berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat, hari ini Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam mesyuarat pagi tadi, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan ini disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.
“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!