Untitled design (1)

Lebih kurang dua mingu lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang menyaksikan peristiwa penggabungan Tanah Melayu bersama Singapura, Sabah dan Sarawak yang membentuk negara Malaysia secara rasmi pada 16 September 1963. (Singapura kemudiannya dikeluarkan dari gabungan ini pada tahun 1965)

Selain Hari kemerdekaan yang kita sambut dengan penuh rasa syukur walaupun dalam kesuraman dek pandemik COVID-19 kelmarin, tidak seharusnya kita mengabaikan rasa patriotik.

Pengertian Hari Malaysia ini seharusnya diselami golongan remaja dengan baik sekaligus membentuk sebuah negara yang harmoni. Ini lima filem berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri korang. Jom tengok.

Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton.

PALOH
Filem Paloh ditayangkan pada tahun 2003 menampilkan pelakon hebat Janet Khoo dan Namron sebagai teraju utama. Filem ini mengisahkan penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan ditindas dek pergelutan di antara tentera Jepun dan juga Komunis. Pertembungan budaya dan juga kisah antara bangsa Cina dan Melayu sebagai penduduk Tanah Melayu cukup menarik yang mana ketika itu, orang cina cukup tidak disukai oleh tentera Jepun. Nama filem ini Paloh kerana ia merupakan latar tempat kejadian yang digarap berlaku di kawasan Paloh dalam mukim Kluang, Johor.

IKLAN

Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton.

LEFTENAN ADNAN
Filem Leftenan Adnan merupakan filem kisah benar mengenai perjuangan Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa perang dunia kedua. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura menyaksikan beliau tewas di tangan musuh dan gugur sebagai seorang perwira negara. Filem ini merupakan hasil pengarah terkenal Aziz M. Osman.

Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton.

IKLAN

BUKIT KEPONG
Filem ini antara filem yang begitu terkesan di hati penulis. Ingat lagi waktu menyaksikannya Ketika kecil dulu. Mengisahkan tentang serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong, film ini dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang juga bertindak sebagai pengarah. Menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara walaupun diserang lebih 180 ahli komunis.

Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton.

IKLAN

1957: HATI MALAYA
Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini membabitkan dua latar masa yang berbeza yang mana mengenai generasi baru yang cuba menyelami dan menerbitkan sebuah buku tentang kemerdekaan dan garapan visual perjuangan tokoh terdahulu digambarkan cukup baik. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan ramai lagi. Mereka menjiwai watak dan peristiwa dengan penuh emosi. Semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan – rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri pasti mengajar anda menghargai harga sebuah kebebasan yang kita miliki kini.

Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton.

EMBUN
Filem Embun arahan Erma Fatima ini membariskan pelakon seperti Umie Aida, Aqasha, Allahyarham Hani Mohsen dan Allahyarham Izi Yahaya, file mini menampilkan percakapan dalam bahasa Melayu dan juga Jepun sebagai tanda latar masa Tanah Melayu ketika dijajah oleh tentera Jepun. Walaupun kisah ini disulam dengan babak romantis di antara gadis melayu (Embun) lakonan Umie Aida dan juga tentera Jepun lakonan Aqasha, ia jelas menunjukkan semangat patriotik yang ada dalam diri seorang gadis dalam menegakkan kebenaran dan benci terhadap penjajah.

***P/S – Untuk Remaja cuba kita hayati erti kemerdekaan dan juga Hari Malaysia ini dengan tulus. Mungkin waktu sekarang tidak sama dengan waktu pra-kemerdekaan dulu tetapi sekurang-kurangnya kita hormat antara satu sama lain tak kira agama dan bangsa. Paling penting tolak pemikiran bahawa komunis penyelamat negara! Min tak paham betul dengan sesetengah pihak yang cuba angkat Komunis sebagai wira. NO!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI