Hiburan dalam penerbangan membawa makna baharu apabila beberapa selebriti terkenal menghiburkan penumpang kapal terbang dengan ‘konsert mini’ melalui sistem interkom semasa penerbangan AirAsia baru-baru ini.
Komposer, penerbit, dan pemenang Anugerah Grammy David Foster, diiringi penyanyi Michael Bolton, Katherine McPhee, Peabo Bryson, Loren Allred, dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Singapura baru-baru ini bersempena konsert David Foster and Friends di situ.
Bagi mereka yang tidak maklum, kumpulan penyanyi terkenal itu baru sahaja menamatkan konsert mereka di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.
Menerusi video klip yang dikongsikan oleh pramugara penerbangan itu sendiri, David Foster mengambil alih sistem interkom pesawat dan mula menyampaikannya kepada beberapa artis lain yang turut berada di dalam pesawat untuk membolehkan mereka menyanyikan beberapa bait lirik lagu hits mereka.
Penumpang dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu terkemuka seperti A Whole New World, I Have Nothing, When A Man Loves A Woman, I Swear, dan Never Enough.
Ads
Penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu popularnya, Aku Cinta Padamu kepada para penumpang yang jelas kelihatan teruja dengan momen berharga tersebut.
Menjelang penghujung video, komposer terkenal itu mengucapkan terima kasih kepada pihak AirAsia atas peluang tersebut lalu berjalan ke bahagian belakang pesawat untuk menyapa penumpang lain. Wahh…kerlas ye konsert percuma di awan biru!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasanya yang selalu kita dengar, kalau nak edit gambar guna Adobe Photoshop.Tapi, software tu harganya boleh tahan juga.
Kalau korang baru saja nak mulakan bisnes tapi tak ada modal untuk sewa studio dan tak mampu nak beli kamera DSLR, apa kata cuba trik mudah yang dikongsi oleh Ahmad Syamim Abdul Halim ini. Hanya menggunakan Microsoft Power Point, korang boleh mengedit gambar sebijik macam photographer professional.
Tak caya? Jom tengok ni..
1. Mula dengan tekan “Design” (kat bahagian atas).
And then tekan “Page Setup”.
Then tukar width dengan height jadi 30 x 30. Tujuan saya buat sizing jadi petak macam ni, sebab bila post kat Instagram, dia nampak kemas, kalau nak dibandingkan dengan bentuk memanjang.
Lepas dah tukar sizing tu, tekan OK.
2. Copy paste gambar yang korang dah snap kat main screen.
3. Besarkan gambar ikut kesesuaian, dan crop bahagian-bahagian yang terlebih-lebih dan bahagian-bahagian yang taknak pakai tu. Tau tak macam mana nak crop? Double click gambar, cari button “Crop” kat bahagian atas kanan korang.
4. Next, click kat gambar, tekan “Format”, then tekan “Remove Background”.
5. Lepas click “Remove Background”, dia akan appear macam ni. Korang boleh adjust points yang ada kat keliling gambar tu, and adjust supaya gambar model tu tak terpotong.
Warna purple tu, bahagian yang akan dibuang. Kalau dah adjust points tu, tapi still tak dapat buang bahagian-bahagian tertentu, guna tools yang ada kat atas kiri (dalam box merah). Tools tu boleh adjust bahagian-bahagian yang Powerpoint tak auto-detect.
Adjust sampai okay, and then tekan “Keep Changes” atau tekan button “Esc” kat keyboard korang.
6. Ni, hasil lepas “Remove Background”. Kalau masih ada bahagian-bahagian tertentu yang korang nak adjust, repeat balik step tadi.
7. Right click dekat background (luar daripada main screen), and click “Format Background”.
8. Tekan “Fill”, and pilih color yang korang nak jadikan background. Sebagai contoh, saya pilih warna biru cair untuk jadikan background gambar ni. Warna putih je pun takpe.
9. Main screen akan appear macam ni. Next step!
10. Right click dekat gambar model, and click “Format Picture”.
Tekan “Shadow”.
Lepas tu tekan “Presets” and pilih shadow ikut kesesuaian. Sebagai contoh, saya pilih outer yang dalam kotak merah tu.
11. Lepas tu, tukar range “Blur” jadi 100 pt.
Tukar range “Distance” jadi 200 pt.
Lepas tu tekan “Close”
12. There, gambar nampak hidup sikit, acah-acah ambik kat studio dengan background biru cair.
Tapi nampak kaki model tengah duduk menyenget. Untuk tutup kaki model tu, saya ada cara lain selain daripada “crop”. Pergi next step.
13. Click “Insert”.
Click “Shapes”.
Pilih shape rectangle, and buat shape rectangle tu atas kaki model yang kita nak tutup tadi tu.
14. Right click kat rectangle tu, and then tekan “Format Shape”.
Tekan “Fill”.
Tekan “Gradient Fill”
Lepas tekan “Gradient Fill”, button 3, 4, 5 tu akan appear.
Click button 3, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background (step yang awal-awal tadi).
Click button 4, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background.
Click button 5, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background. Untuk button 5, ada extra step. Lepas dah tukar color, bahagian “Transparency” tu, tarik ke kanan sampai 100% .
Jangan tekan close dulu. Proceed dengan next step.
15. Sekarang, tekan “Line color”.
Tekan “No Line”.
Tekan “Close”
16. Hasilnya, kaki dah tak nampak. Korang boleh adjust rectangle tu supaya dapat cover kaki model tu, supaya ngam-ngam je. Rectangle tu still ada kat situ, cuma warna dia dah blend dengan warna background. Sebab tu kena pilih warna yang sama dengan warna background.
Kalau nak tukar warna background, make sure tukar warna rectangle si pemotong kaki gambar ni jugak haha. Dah nak siap ni, proceed dengan next step.
17. Tekan “insert”.
Tekan “Text box”
Tambah tulisan untuk highlight gambar tu. Contoh, boleh letak nama tudung tu. Macam dalam gambar ni, saya letak nama series tudung ni. Boleh guna font pilihan masing-masing, warna font bersesuaian, and susun ikut kreativiti masing-masing. Kalau perlu lebih daripada 1 text box, silakan.
18. Tadaaa. Dah siap. Saya letak logo business kecil-kecilan saya sekali, “SQARFHOLIC”. Korang pun boleh letak logo masing-masing, ikut lah kat mana-mana yang korang rasa cantik.
Dah boleh save.
19. Cara nak save, tekan “File”.
Then tekan “Save as”
Letak nama gambar, and tukar “save as type” tu jadi “JPEG” atau mana-mana format gambar yang sesuai.
20. Dah siap.
Hasilnya, sangat puas hati kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiba pula giliran Billie Eilish untuk menyanyikan lagu tema filem James Bond ke-25, No Time To Die.
Pada usia 18 tahun, Billie bukan saja penyanyi termuda dalam sejarah pembikinan francais filem James Bond untuk menyanyikan lagu temanya. Malah, Billie juga menjadi artis termuda untuk menulis lagu tersebut bersama abangnya, FINNEAS.
Lagu yang masih tidak berjudul itu akan dilancarkan oleh Darkroom/Interscope Records sebelum filem itu menemui pawagam pada 2 April 2020.
Menurut Billie, peluang untuk merakamkan lagu ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
“Ini adalah berita yang paling ‘gila’. Ia adalah satu penghargaan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada siri file lagenda ini. James Bond adalah francais filem paling menarik pernah dicipta dan saya masih terkejut apabila menerima peluang ini,” katanya yang menggemari filem serta lagu daripada Goldfinger dan Live And Let Live.
Menurut pihak produksi James Bond, beberapa penyanyi telahpun dipilih untuk merekodkan lagu tema James Bond terlebih dahulu.
Faktor yang membuatkan Billie dan FINNEAS terpilih di antara semua penyanyi itu adalah bakat, kreativiti dan kesegaran yang dibawakan oleh mereka berdua kepada James Bond.
Filem No Time To Die menceritakan mengenai James Bond yang kini terpaksa kembali ke dunia penyiasatannya setelah dia ‘bersara’ di Jamaica.
Ini gara-gara permintaan daripaa bekas rakan CIA-nya, Felix Leiter yang kini sedang mempunyai misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang telah diculik.
Kalau Billie pun boleh kejar impiannya pada usia 18 tahun untuk terlibat dalam filem James Bond, wow, benarlah tiada apa yang mustahil untuk korang kecapi sebelum usia 20 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Wanita sedunia kepada semua followers dan pembaca ‘wanita’ kami.
Tak kiralah korang baru di sekolah menengah ke, sudah ke universiti, sedang bekerja mahupun yang menjaga anak pada usia muda, semua wanita harus diraikan atas jasa, keringat, susah payah dan pencapaian mereka.
Bukan hanya untuk satu hari tertentu saja, wanita adalah tunjang masyarakat dunia yang sama tarafnya, sama kelayakannya dan sama penting bersebelahan dengan lelaki.
Kami kumpulkan SEMBILAN cara wanita mengambil bahagian untuk menyambut Hari Wanita Sedunia pada tahun lalu. Jangan terkejut, ada di antara mereka yang memilih untuk bermain bola sepak di tengah padang bersalji!
Pakistan
Sambil dikawal ketat orang para sekuriti, beratus-ratus wanita beragama Muslim dan Kristian berarak sebagai tanda hormat kepada wanita yang menjadi mangsa serangan asid. Golongan mangsa di sana selalunya mengelak daripada berada di tempat awam. Malang juga kerana mereka selalunya perlu mengharapkan kepada bantuan kewangan badan bukan berkebajikan (NGO) bagi menanggung kos rawatan. Bukannya subsidi atau bantuan daripada kerajaan Pakistan.
California
Di Lynwood California, sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s telah menerbalikkan logo ‘M’ mereka untuk menyatakan sokongan kepada sambutan Hari Wanita. Menurut mereka, ini adalah kali pertama ia dilakukan dalam sejarah jenama itu. Kesemua platform McDonald’s sama ada di Twittwe Instagram dan laman web menggunakan logo itu sebagai imej profil semalam.
Malaysia
Kalau McDonald’s boleh, KFC pun tak nak kalah!
Baru sekarang, seluruh dunia tahu siapakah isteri kepada Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC). Dikenali sebagai Claudia Sanders, KFC Malaysia berkata mereka mengiktiraf peranan wanita dalam kejayaan yang berlaku di seluruh dunia.
China
Di China, terdapat dua cara kaum wanita menyambut semalam. Satu cara adalah dengan membeli-belah apabila kebanyakan kedai menawarkan sales besar-besaran. Satu lagi cara, bermain bola sepak dan sukan lain di tengah-tengah padang bersalji.
Belarus
Wanita di Minsk Belarus juga memilih gaya hidup sihat untuk menyambut. Mereka mengadakan larian ‘Beauty Run’ dengan slogan ‘Wanita Menentang Keganasan’.
Bangladesh
Pekerja industri fesyen dan pakaian di Dhaka Bangladesh memakai topeng muka untuk meraikan acara perarakan. Mereka menuntuk hak yang sama untuk wanita di tempat kerja sama seperti lelaki. Contohnya dari aspek keselamatan, bayaran gaji dan cuti bersalin.
Itali
Di Itali, terdapat juga dua cara berbeza wanita menyambutnya. Di Milan, wanita yang berarak menyalakan api semasa mereka melaungkan rasa tidak berpuas hati atas keganasan yang terjadi kepada wanita.
Di Roma pula, sempena festival Festa Della Donna, kaum lelaki memberikan bunga mimosa kepada wanita yang mereka kenali untuk menyambut. Ada juga restoran yang menghidangkan kek torta mosa, dan kerajaan Itali juga memberikan akses percuma khas kepada wanita untuk memasuki muzium.
Google
Google juga tak terlepas daripada menyambutnya semalam. Dalam doodle artwork mereka di browsing search box, Google menampilkan 12 pelukis dan artis kaligrafi wanita dari lokasi berbeza melalui cerita masing-masing.
Ada yang menceritakan tentang ‘sisterhood & unity’, perasaan seorang imigran wanita di negara asing dan juga perasaan menjadi seorang ibu muda.
Ratusan wanita Palestin melakukan protes di West Bank, manakala demonstrasi jalanan pula mengambil tempat di checkpoint tentera Israel di Qalandia yang terletak di antara Ramallah dan Baitul Maqdis.
Ia diadakan untuk memberi kesedaran tentang tentangan wanita Palestin terhadap kependudukan tentera Israel di situ, tentang keputusan Donald Trump untuk mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota rasmi Israel.
Mereka juga menentang keputusan Washington untuk memotong bantuan yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada agensi bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!