Peguam Mahmud Jumaat menggesa tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin, agar tidak terus memohon maaf berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu dalam sebuah video tular baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Mahmud menjelaskan bahawa insiden tersebut berkemungkinan merupakan satu salah faham yang diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, setelah melakukan kajian mendalam, beliau yakin tuduhan tersebut tidak berasas.
“Ini semua satu salah faham. Saya ada empat sebab mengapa tarian yang dilakukan oleh Azad bukanlah tarian kavadi, tetapi tarian masuk atlet Muay Thai negara, Miki Ghazali,” ujar Mahmud.
Selain itu, Mahmud juga menambah bahawa beberapa elemen dalam tarian tersebut menunjukkan ia ditujukan kepada Miki Ghazali, bukan berkaitan dengan perayaan agama tertentu.
Antara sebabnya adalah gaya gerakan seperti gelek punggung dan geleng kepala yang menyerupai gerak tari Miki.
Selain itu, lagu latar dalam video itu juga merupakan lagu yang digunakan oleh Miki dalam pembukaan perlawanan.
Ads
Mahmud turut berkongsi bahawa Azad sendiri telah ‘mentioned’ nama Miki Ghazali dalam hantaran video tersebut dan berkata, “Kalau nak back up dancer boleh roger tau.”
Mengenai tarian Kavadi, Mahmud bertanya sama ada tarian tersebut benar-benar mempunyai ciri-ciri seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, sambil menyebut bahawa Miki Ghazali turut memberi komen dalam posting video itu.
Beliau juga mengakui bahawa Nabil tidak berniat untuk mempersenda apabila menyebut “Vel Vel” di akhir tarian tersebut, yang mungkin hanya kerana mereka terhibur dengan tarian Miki.
“Kalau saya ada kat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Ghazali itu,” tambah Mahmud.
Ads
Peguam tersebut menegaskan bahawa pihak penyampai radio tidak seharusnya terus memohon maaf, kerana ia memberi gambaran seolah-olah mereka berniat menghina agama Hindu.
Dalam kes-kes sebegini, Mahmud turut memaklumkan, adalah lebih baik untuk memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar tanpa terburu-buru mengaku salah.
“Kalau dalam mahkamah, kami biasanya menasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf tanpa memberikan penjelasan yang jelas,” katanya.
Dalam pada itu, Mahmud juga meluahkan rasa kecewa kerana insiden tersebut telah menyebabkan penghinaan terhadap agama Islam, dengan ada pihak yang menghina umat Islam dan kitab suci Al-Quran secara terbuka.
Ads
Sebelum ini, tiga penyampai radio Era FM tersebut telah memohon maaf selepas video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi tular.
Tarian tersebut yang biasa dikaitkan dengan upacara Thaipusam, dilakukan oleh Azad sambil menyebut “Vel Vel” diikuti dengan gelak tawa.
Insiden ini telah mencetuskan kemarahan daripada Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, yang meminta permohonan maaf terbuka dan tindakan terhadap stesen radio Era FM. Ketiga-tiga penyampai tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB MAHMUD JUMAAT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja sehari selepas menamatkan khidmat wajib militernya, bintang terkenal K-Pop, Jungkook BTS tiba-tiba dikejutkan dengan satu insiden kurang menyenangkan apabila rumah mewahnya cuba diceroboh seorang wanita warga asing.
Menurut laporan media tempatan Korea Selatan, kejadian itu berlaku pada malam 11 Jun kira-kira jam 11.20 malam waktu Korea Selatan, di kawasan Yongsan, Seoul dan wanita terbabit yang dipercayai berasal dari China dan berusia sekitar 30-an, kini ditahan polis selepas didapati berulang kali menekan kod pintu kediaman lima tingkat milik Jungkook yang terletak di kawasan elit dan mempunyai kawalan keselamatan tinggi.
Walau bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa telah berjaya menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Memetik laporan yang sama, wanita tersebut memberitahu bahawa tujuannya hanya untuk melihat Jungkook setelah idolanya itu selesai menjalani latihan ketenteraan.
“Saya hanya ingin berjumpa Jungkook selepas dia keluar dari tentera,” katanya kepada pihak polis.
Insiden ini berlaku tidak lama selepas Jungkook bersama rakan sepasukannya, Jimin turut menamatkan perkhidmatan tentera mereka dari Divisyen Infantri Ke-5. Kedua-dua mereka disambut dengan penuh kasih sayang oleh para peminat (ARMY) menerusi pelbagai mesej ucapan dan sokongan di platform sosial.
Sementara itu, kejadian ini bagaimanapun menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat serta penggiat industri hiburan Korea mengenai isu keselamatan selebriti, lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan gangguan individu bersifat obsesif yang dikenali sebagai ‘sasaeng’.Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan menahan wanita berkenaan atas tuduhan menceroboh kawasan peribadi tanpa kebenaran. Sementara itu, agensi pengurusan BTS, Big Hit Music dijangka akan memperketatkan kawalan keselamatan terhadap artis mereka selepas insiden ini tular di media sosial.
Sekadar info, rumah pelantun lagu ‘Seven’ dan ‘Euphoria’ yang bernilai jutaan dolar itu diketahui baru dibina dan dilengkapi sistem keselamatan terkini. Kawasan Yongsan yang menjadi lokasi kediamannya turut didiami ramai selebriti serta tokoh terkenal dari pelbagai industri.
Intihanya, insiden ini menjadi peringatan kepada semua individu agar menghormati ruang peribadi selebriti walaupun sebagai peminat. Ketaksuban yang melampau boleh menyebabkan risiko keselamatan dan tekanan emosi kepada individu terlibat, lebih-lebih lagi setelah mereka kembali dari tempoh perkhidmatan negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon yang pernah popular melalui K-Drama Boys Over Flower, Koo Hye Sun baru-baru ini menjelaskan mengapa dia mengaku bahawa dirinya hidup sebagai gelandangan sejak akhir ini.
Kemunculannya dalam rancangan Real or Reel di siaran televisyen tvN pada Khamis lalu telah memaparkan kehidupan baru yang dijalani oleh sang pelakon tersebut.
Menurut Hye Sun, disebabkan rumah ibu bapanya terlalu jauh di Incheon dan tidak mahu ketinggalan menghadiri kelas pagi. Dia sering tidur di dalam kereta atau perpustakaan.
Kredit: Rancangan Real or Reel
“Saya bekerja keras untuk mencari rezeki dan pada 2011 saya mendapat pengajian dalam bidang filem. Selepas 10 tahun cuti saya kembali dan kini sudah hampir empat tahun meneruskan pengajian”
“Saya tidak mempunyai pengajian tetap dan tempat tinggal, untuk sampai ke universiti mengambil masa tiga atau empat jam memandu. Jadi jika ada peperiksaan atau majlis penting saya akan memandu. Saya tidur di dalam kereta atau di perpustakaan,” katanya.
Kenyataannya itu telah mengejutkan peminat dan bagi mereka Koo Hye Sun adalah salah satu nama yang cukup besar di Korea Selatan, meskipun dia sempat terlibat dalam kes penceraian dengan pelakon Ahn Jae Hyun.
Sehari selepas rancangan itu ditayangkan, pelakon yang berusia 39 tahun itu langsung menjelaskan di Instagram @kookoo900 mengapa dia mengeluarkan kenyataan ‘hidup sebagai gelandangan tanpa tempat tinggal’.
Disertakan dengan beberapa gambar lakaran rumah dan aktiviti Hye Sun sebagai mahasiswa universiti. Dia menjelaskan dia tidak mahu peminat khawatir dengan keadaannya selepas menonton apa yang disiarkan dalam rancangan Real or Reel.
Kredit: Instagram @kookoo900
“Saya tidak memiliki rumah ketika ini adalah kerana rumah saya masih dibangunkan di area universiti. Saya juga membeli rumah untuk setiap anggota keluarga saya”
“Selain itu, saya menggunakan wang saya untuk membayar yuran kuliah di universiti dan membelikan makanan untuk para junior” – Koo Hye Sun
Sekadar info, Hye Sun telah mendapat gelaran Sarjana dari Universiti Sungkyunkwan pada Februari lalu dan pelakon itu berniat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Hye Sun sempat mengisi masa hiatus dari dunia hiburan dan memilih untuk lebih fokus mengejar impian peribadinya. Kini, dia juga merancang untuk belajar lebih keras dan menghabiskan wang bagi membayar pendidikannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika terasa seperti ingin mengambil snek Jepun, kita akan pergi ke Family Mart bukan?
Tapi bagaimana pula jika lidah teringinkan snek Korea yang Halal? Penulis sempat untuk singgah sebentar di stor grocer bernama Shin Sun Mi Market baru-baru ini dan hasilnya – all cravings are satisfied!
Ia dipenuhi dengan stok makanan, minuman dan snek yang didatangkan khas dari Korea Selatan. Senang cerita, memang rambang matalah kalau ke sini. Jom lihat 7 snek pilihan REMAJA.
01
Nutsholic Honey Butter Almond
Ia adalah makanan badam berperisa madu pertama yang disahkan Halal. Selain perisa madu, ia juga didatang dalam perisa strawberi dan hot spicy.
02
Premium 21 Grain Crispy Roll
Bagi korang yang inginkan snek sihat dan SEDAP pada masa yang sama, this is the one for your diet.
Ini adalah antara makanan bijiran paling popular yang terjual di Shin Sun Mi. Ramai yang menyukai kombinasi Oreo, Marshmallow dan susu.
04
Buldak Sauce
Okay, technically ini bukanlah snek yang boleh dimakan begitu saja. Namun, 3 perisa yang disediakan oleh Buldak Sauce iaitu spicy, extra spicy dan cheese memang membuatkan apa saja chips ataupun makanan korang bertambah oomph!
05
Roasted & Seasoned Seaweed
Tak ada makanan lain di rumah melainkan nasi putih? Gaulkan nasi putih dengan roasted & seasoned seaweed ini dan jadikannya sebagai snek korang. Serius sedap dan addictive.
Dua lagi perisa yang boleh korang cuba adalah seaweed ikan bilis dan spicy seaweed.
06
Korean Cheese Hotdog
Sekiranya korang berada di sekitar Sunway Pyramid, apa kata korang ke Sunway Geo Avenue bersebelahan dan mencuba Korean hot dog dan cheese hot dog. Dap dap!
Antara perisa yang dijual adalah Mozzarella Hot dog, Double Cheese, Mozza & Sausage dan SUNMI Hot dog dari harga RM6.80.
Dan akhirnya, minuman paling popular di kalangan rakyat Malaysia yang melancong ke Korea Selatan.
Kini korang tidak lagi perlu ‘terbang’ ke sana untuk merasai Binggrae Banana Flavoured Milk. Siapa cepat dia dapat kerana ia hanya diterbangkan sekali seminggu dari Korea Selatan ke sini untuk menjaga kondisinya agar sentiasa segar.
Korang boleh pergi dan lihat sendiri snek menarik yang ada di beberapa buah cawangan Shin Sun Mi Market yang dibuka dari jam 10 pagi hinggalah 10 malam.
Antaranya termasuklah di Sunway Geo Bandar Sunway, Ipoh Parade dan Uptown Avenue Seremban.
Jika ada snek yang tak didapati di sini, mungkin korang boleh ke Family Mart pula.