Selain menampilkan hero dan heroin hebat tanah air, filem terbaharu berjudul Imaginur arahan Nik Amir Mustapha turut menjadi fenomena dan melakar sejarah tersendiri kerana jalan ceritanya yang berlainan dan menarik.
Selain itu, apa yang menariknya yang para penonton baru tahu mengenai poster utama karya hebat itu adalah hasil suntingan bukan sahaja dari sudut ‘text‘, namun figura yang terpampang di atas poster tersebut.
Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya (@chuha.fox), dia mendedahkan rupanya pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy tidak memegang tangan aktres jelita, Diana Danielle dalam poster berkenaan.
Ads
Dalam hantaran video pendek tersebut, poster itu memaparkan pelakon berusia 43 tahun itu sedang memegang tangan Diana namun rupa-rupanya, ia hanyalah suntingan (edit) semata-mata dan sebenarnya aktor itu memegang tangan seorang lelaki.
“Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster itu edit sahaja.. baru tahu,” coret pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.
Ads
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal pula babak Beto memeluk Diana adakah ia hanyalah suntingan juga atau benar-benar dilakukan.
Namun begitu, ada segelintir pengguna yang berpendapat dan menegaskan bahawa babak tersebut juga adalah hasil suntingan, dimana Beto memeluk seorang lelaki kemudiannya disunting menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak produksi.
Ads
Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pelakon filem popular Mat Kilau itu yang sentiasa menjaga batasnya ketika berlakon dengan wanita lain memandangkan mahu menjaga perasaan dan hati seorang insan yang bergelar isteri.
Terkini, hantaran video tersebut menerima lebih satu juta jumlah tontonan dan lebih 60 ribu tanda suka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti popular dunia sebenarnya pernah memegang atau menyertai pertandingan ratu cantik.
Tidak hairanlah sekiranya mereka terlibat dalam pertandingan kecantikan seumpama ini kan? Nah, berikut kami senaraikan antara barisan selebriti popular yang pernah bergelar ratu cantik.
Halle pernah memenangi Miss Teen All American pada tahun 1985 dan Miss Ohio USA pada 1986. Selebriti ini akhirnya menjadi naib juara bagi gelaran Miss USA pada tahun 1986.
Selepas mendapat gelaran Miss Rhode Island, Olivia terus memenangi mahkota Miss USA pada tahun 2012 dan selepas itu dia menyertai Miss Universe dan memenangi gelaran dalam pertandingan itu juga.
Selepas berkhidmat dalam tentera Israel, Gal bertanding dalam pertandingan Miss Israel dan menang pada tahun 2004. Pada tahun yang sama, dia bertanding dalam pertandingan Miss Universe, tetapi tidak membawa pulang mahkota.
Selebriti dari Korea ini juga pernah menyertai Miss Korea pada tahun 2006 dan kemudiannya bertanding mewakili Korea ke Miss Universe 2007 dan mendapat tempat keempat.
Sebelum popular dengan rancangan The Oprah Winfrey Show, pengacara dan pelakon ini pernah memegang gelaran Miss Black Tennessee pada tahun 1972.
Tak hairanlah kalau mereka pernah mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik kan kerana masing-masing punya aura dan kecantikan tersendiri.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.
Peluang apa?
Bermula 28 Jun (Jumaat) ini, sebuah pameran yang dicipta khas untuk peminat MCU bakal menemui kita semua di Kuala Lumpur. Julung-julung kali diadakan di Malaysia, pameran yang dinamakan Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini adalah untuk meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.
Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.
Pameran ini akan bersifat interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem-filem Marvel sepanjang tempoh sedekad lepas dan mempunyai prop filem sebenar, kostum dan banyak lagi barangan istimewa yang diperoleh daripada pembikinan filem.
Antara tarikan lain yang REMAJA tak sabar hendak saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang. Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket di laman web Marvel Exhibition bermula sekarang.
Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes ini akan diadakan di Pavilion KL bermula Jumaat ini hingga 27 Oktober 2019. Namun jika korang menempah tiket sehingga 7 Julai 2019, korang layak untuk mendapat harga promosi sebanyak 10% seperti di bawah:
Jumpa di sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih kepada haiwan peliharaan bukan seperti mainan, namun haiwan tersebut sudah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga. Terbaru, khabar dari Hollywood, dua dari tiga anjing peliharaan jenis French Bulldog milik Lady Gaga telah dicuri dalam satu kes rompakan terhadap penjaga anjing selebriti popular itu.
Dalam kejadian malang yang berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 9.40 malam, penjaga anjing tersebut yang dikenali sebagai Ryan Fischer sedang bersiap-siap membawa tiga anjing milik Lady Gaga bersiar-siar di sekitar kediamannya di Sierra Bonita Avenue sebelum didatangi perompak dan menembaknya sebanyak empat kali di bahagian dada.
Anjing peliharaan selebriti itu yang dikenali dengan nama Koji dan Gustav telah diculik manakala Miss Asia pula sempat lari kerana panik dengan keadaan itu. Ryan, telah dibawa ke hospital berdekatan dan keadaannya telah dilaporkan stabil, manakala Miss Asia pula telah berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa tempatan dan telah diserahkan kepada pengawal peribadi Lady Gaga.
Miss Asia telah berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa
Pelantun lagu The Edge of Glory tersebut ketika kejadian sedang berada di Italy dalam rangka untuk perancangan projek terbarunya bersama Ridley Scott. Anjing-anjing peliharaan milik Lady Gaga sangat terkenal dalam kalangan peminatnya kerapa penyanyi dan pelakon tersebut acap kali berkongsi dan memuatnaik gambar anjing peliharaan kesayangannya itu di Instagram.
Miss Asia telah bersama Lady Gaga sejak tahun 2014 lagi manakala Gustav dan Koji pula bersamanya pada tahun 2016 dan 2015. Nampaknya Lady Gaga tidak main-main dalam hal anjingnya apabila menawarkan harga begitu tinggi kepada sesiapa sahaja yang berjaya memulangkan kembali anjing kesayangannya itu.