Perbuatan yang dianggap suka-suka. Konon mahu bergurau jika tak disenangi, anda boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Tak kisah dia rakan sekerja. Kawan satu sekolah. Kawan baru kenal atau berlaku di tempat awam. Asal ada aduan, polis terus bertindak selepas laporan dibuat.
Kalau orang tak suka memang boleh jadi gaduhlahkan…
Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Awas ya, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.
Baca perkongsian dari ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.
Jangan malu lapor pada pihak berkuasa
Tak kira, lelaki sama lelaki. Perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini.
Menyedari ramai mangsa lebih suka mendiamkan diri, kata ASP Radhiah ia satu kerugian kerana suspek akan mencari mangsa lain seterusnya dan jenayah ini mungkin tidak terbendung.
Ditanya lokasi mana suspek selalunya aktif, katanya dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
Ads
Awas girl, dalam pengangkutan awam paling mudah orang nak kena cabul
“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.
“Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.
“Pihak polis tiada spesifik tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap masyarakat menyedari hak mereka.
Ads
Ramai remaja sekolah tak sedar hal ini
Sepanjang mengendalikan kes di Unit D11 ini, rakan sekerjanya, Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.
Jangan takut buat aduan- Inspektor Nurul Akma
“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumi kebanyak suspek kes ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Ads
“Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi perbuatan ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.
Ditanya dalam konteks remaja bercinta di mana sering kali berlaku sentuhan satu sama lain, perbuatan ini boleh dijurus kepada cabul jika salah seorang pasangan tidak menyukainya dan ada membuat aduan kepada pihak polis.
“Tak kisah mereka pasangan kekasih, kalau memang pada masa kejadian seperti dilaporkan, kita tetap akan siasat. Kalau terbukti, kita akan bawa suspek ke muka pengadilan.
“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja untuk memahami hak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Lisa BLACKPINK atau nama asalnya Pranpriya Manoban, telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Kebiasaan bagi selebriti popular, mereka akan menerima hadiah daripada para peminat dan aktor dari Korea Selatan ini tidak terkecuali. Menariknya Lisa turut meraikan hari istimewanya bersama keluarga di Thailand.
Menerusi muat naik Instagram @lalalalisa_m, Lisa BLACKPINK memuat naik fotonya memakai mini dress berwarna biru muda di sebalik hiasan hari jadi yang dipenuhi belon berwarna pastel.
Terdapat juga hiasan lampu bernombor 25 yang menandakan usianya menjengah ke angka itu.
Dalam perkongsian gambar yang dikongsikan oleh Lisa BLACKPINK, terdapat dua biji kek hari jadi yang telah disediakan. Idola kelahiran 1997 itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Lisa BLACKPINK meluahkan perasaannya kerana dapat meraikan hari lahirnya di Thailand.
“Saya sangat gembira kerana tahun ini saya dapat menghabiskan hari lahir saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua orang kerana menjadikan hari lahir saya begitu istimewa,” tulis Lisa BLACKPINK di kapsyen.
Ala Princess Di Hari Lahir
Dalam entri yang lain, Lisa BLACKPINK berkongsi foto menawan dalam The Sky Blue Set, dengan butiran ‘pom’ pada bahagian atas dan skirt. Koleksi pakaian jenama berpangkalan di New York, Lirika Matoshi, bernilai 1,900 dolar.
Lisa BLACKPINK kelihatan cantik dengan gaya rambut ‘pony tails’. Majlis hari jadi Lisa BLACKPINK turut dihadiri pelakon cantik Thailand Diana Flipo yang memakai gaun biru pastel. Sebelum ini, Diana Flipo ada memuat naik video yang mengejutkan BLACKPINK Lisa dengan membawa kek brownies dan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.
Momen gembira Lisa BLACKPINK tidak lengkap tanpa foto bersama keluarganya. Ibu Lisa BLACKPINK turut berkongsi potret keluarga pada hari lahir anak perempuannya melalui muat naik Instagram @chitthipbruschweiler
Pergh, bestnya jadi Lisa sambut birthday bersama yang tersayang. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedekad lalu, Mimi Lana tidak pernah menyangka pertemuannya dengan seorang lelaki tertentu akan mengubah hidupnya sepenuhnya.
Kini, kisah itu menjadi inspirasi ramai, terutamanya buat mereka yang percaya pada kuasa takdir dan kesabaran dalam menanti cinta sejati.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon jelita berusia 30 tahun ini berkongsi beberapa keping foto lama yang dirakam sekitar tahun 2016, sekali gus mengimbau kenangan manis yang tidak ternilai.
Apa yang lebih menyentuh hati, tahun tersebut juga menjadi detik awal pertemuannya dengan suaminya, aktor popular Syafiq Kyle. Mimi berkongsi bahawa ketika itu dia tidak pernah membayangkan lelaki itu suatu hari akan menjadi pasangan hidupnya.
“2016 merupakan tahun saya bertemu dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya bayangkan suatu hari nanti akan menjadi suami saya.
“Lagu yang sama sering diputarkan berulang kali ketika itu. Begitu banyak perkara telah berubah dan berkembang sepanjang 10 tahun ini. Saya benar-benar bersyukur,” coretnya.
Untuk rekod, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kini sah bergelar suami isteri selepas majlis pernikahan mereka berlangsung di Taiping, Perak pada 14 Februari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yes guys, persoalan peminat automotif mengenai keluaran terbaru Perodua Myvi Versi S pada hari ini akhirnya terjawab juga.
Malangnya, korang tak dapat memilikinya! Well, sekurang-kurangnya bukan pada waktu ini.
Myvi Edisi S merupakan cetakan model Myvi GT yang pernah dipertontonkan sewaktu Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2018. Namun ia adalah versi Myvi 1.3L G dengan kit badan yang telah melalui proses upgrading.
Antara ciri-ciri menarik pada Myvi Edisi S adalah rekaan bumper dan skirting di bahagian hadapan yang lebih sporty, skirt sisi dan bumper belakang juga dilengkapi dengan diffuser. Sounds interesting, right?
Namun dalam kenyataan media pada hari pengeluarannya hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua menjelaskan bahawa model Myvi Edisi S ini sebenarnya hanyalah untuk pasaran di Brunei sahaja.
Ia adalah projek kolaborasi di antara Perodua dan pengedar sah mereka di Brunei, GHK Motors yang ingin mencuba satu model baharu yang bersesuaian dengan kehendak pasaran di negara tersebut. Disebabkan oleh keterujaan peminat model Myvi di Malaysia yang sememangnya popular, ramai yang keliru dan beranggapan bahawa model itu adalah untuk pasaran Malaysia.
Err, tidak ya korang.
TAPI TAK MENGAPA. Memandangkan permintaan dan sambutan berterusan terhadap model kereta Myvi di Malaysia tidak pernah surut, kemungkinan ia bakal menemui pasaran negara tak lama lagi. Dengar cerita, mereka sedang mempertimbangkan varian 1.5 liter AV dengan tempat duduk dan stereng kereta yang lebih sporty.
Haa bilalah agaknya tu? Nantikan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...