Perbuatan yang dianggap suka-suka. Konon mahu bergurau jika tak disenangi, anda boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Tak kisah dia rakan sekerja. Kawan satu sekolah. Kawan baru kenal atau berlaku di tempat awam. Asal ada aduan, polis terus bertindak selepas laporan dibuat.
Kalau orang tak suka memang boleh jadi gaduhlahkan…
Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Awas ya, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.
Baca perkongsian dari ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.
Jangan malu lapor pada pihak berkuasa
Tak kira, lelaki sama lelaki. Perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini.
Menyedari ramai mangsa lebih suka mendiamkan diri, kata ASP Radhiah ia satu kerugian kerana suspek akan mencari mangsa lain seterusnya dan jenayah ini mungkin tidak terbendung.
Ditanya lokasi mana suspek selalunya aktif, katanya dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
Ads
Awas girl, dalam pengangkutan awam paling mudah orang nak kena cabul
“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.
“Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.
“Pihak polis tiada spesifik tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap masyarakat menyedari hak mereka.
Ads
Ramai remaja sekolah tak sedar hal ini
Sepanjang mengendalikan kes di Unit D11 ini, rakan sekerjanya, Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.
Jangan takut buat aduan- Inspektor Nurul Akma
“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumi kebanyak suspek kes ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Ads
“Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi perbuatan ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.
Ditanya dalam konteks remaja bercinta di mana sering kali berlaku sentuhan satu sama lain, perbuatan ini boleh dijurus kepada cabul jika salah seorang pasangan tidak menyukainya dan ada membuat aduan kepada pihak polis.
“Tak kisah mereka pasangan kekasih, kalau memang pada masa kejadian seperti dilaporkan, kita tetap akan siasat. Kalau terbukti, kita akan bawa suspek ke muka pengadilan.
“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja untuk memahami hak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang ternanti-nantikan sama ada mereka dijemput atau tidak ke resepsi perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, Sabtu lalu.
Iyalah, bila lagi dapat kita saksikan sebuah lagi perkahwinan diraja secara live di depan mata. kan? Namun khabarnya, ada beberapa ahli kerabat diraja Britain yang namanya tidak tersenarai! Ini termasuklah Lady Marina, Lady Amelia dan Lord Edward yang merupakan sepupu jauh kepada Putera Harry.
Dari kiri: Lady Marina, Lady Amelia dan Lord Edward.
Ini bermakna 600 jemputan yang hadir tempoh hari memang betul-betul istimewa. Penulis tertanya juga apa yang mereka dapat di dalam goodie bag masing-masing memandangkan ini merupakan perkahwinan diraja.
Rupa-rupanya, seramai 2000 orang termasuk orang ramai telah diberikan goodie bag. Golongan ini termasuklah pekerja persatuan amal, duta khas ke Great Britain dan golongan yang pernah berbakti kepada negara. Menurut Istana Kensington, ini merupakan permintaan dari Putera Harry dan Meghan Markle sendiri yang inginkan majlis resepsi mereka dihadiri oleh masyarakat kebanyakan juga.
So, ini adalah sebahagian daripada isi goodie bag tersebut:
Hhm, itu je. Lebih kurang sama nampaknya seperti goodie bag yang selalu kita dapat di majlis perkahwinan di Malaysia. Kalau ada pasangan pengantin yang memberi barangan lebih mewah daripada ini, maknanya mereka lebih vas daripada kerabat diraja! Hehe.
Tapi yang pasti, kesemua hadiah tersebut merupakan barangan custom made khas untuk perkahwinan ini. Jadi mereka adalah antara 2000 tetamu yang bertuah daripada berbilion penduduk dunia.
Sumber: People
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat filem siri seram Scream, naskhah terbaharu filem ini bakal ditayangkan pada 20 Januari 2022 dengan dibintangi barisan pelakon popular seperti Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.
Apakah seterusnya bakal berlaku kepada bandar itu? Ha, korang kena saksikan sendiri filem ini di pawagam tidak lama lagi.
Tapi sebelum itu, Remaja nak ajak korang yang bertuah untuk menonton tayangan perdana Scream pada minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan mudah.
Tarikh: 19 Januari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Good luck guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita mengenai sindrom Ramsay Hunt ataupun wajah separuh lumpuh yang dialami oleh Justin Bieber setelah penyanyi itu sendiri mengumumkannya melalui hantaran di Instagram masih sukar untuk dipercayai oleh ramai peminat.
Ini memandangkan Justin, 28 sebelum ini dilihat sihat dan bertenaga sepanjang menjayakan persembahan konsert jelajah Justice World Tour miliknya.
Kongsi penyanyi Peaches itu pada hari Selasa, dia mulai merasa lebih baik hari demi hari biarpun mengalami ketidakselesaan pada bahagian muka. Sepanjang waktu berehat dan rawatan ini, Justin memilih jalan kerohanian untuk selalu mengingatiNya.
Begitulah hakikatnya mengenai sindrom Ramsay Hunt, ia tidak mengenali mangsanya, sama ada tua mahupun muda; miskin mahupun kaya atau terkenal mahupun orang kebiasaan.
Begitupun, tahukah korang bahawa Justin bukanlah selebriti antarabangsa pertama yang berdepan kes lumpuh pada bahagian wajah ini. Sesetengah selebriti yang REMAJA senaraikan di bawah ini mungkin tidak menghidapi sindrom Ramsay Hunt; namun implikasi fizikal dan emosi yang dialami mereka miri apa yang berlaku kepada Justin Bieber sekarang.
Angie disahkan berdepan Bell’s Palsy pada tahun 2016 dan bergantung kepada rawatan akupuntur untuk kembali pulih.
George Clooney
Sebelum wajah kacak pelakon francais filem ‘Ocean’s’ ini menghiasi skrin televisyen dan pawagam, pada usia 14 tahun George pernah berdepan situasi sama seperti Angelina dan mengambil masa sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.
Pierce Brosnan
Siapa sangka, 007 juga tidak terlepas daripada kelumpuhan wajah. Beliau menghadapinya pada era 80-an dan terpaksa dirawat menggunakan steroid jenis prednisone sebelum pulih dalam tempoh beberapa minggu.
Katie Holmes
Korang perasan tak senyuman yang sedikit ke tepi pada wajah pelakon jelita ini. Ia dipercayai merupakan kesan daripada sindrom Bell’s Palsy yang pernah melumpuhkan sebahagian daripada wajah bekas isteri Tom Cruise ini.
Sylverster Stallone
Di antara lima selebriti yang kami senaraikan ini, pelakon Rambo ini paling awal berdepan situasi kelumpuhan wajah iaitu sejak dilahirkan lagi. Itulah sebab beliau acapkali menyebut perkataan dengan sebutan yang unik. Malah, senyuman beliau yang tidak simetri juga disebabkan sindrom Bell’s Palsy tersebut.
*
Persoalannya, adakah Justin juga bakal berdepan kesan sama seperti kebanyakan selebriti di atas; iaitu memilihi senyuman yang sedikit senget setelah kembali pulih? Hanya masa akan menentukannya.
Buat masa ini, Justin khabarnya giat melakukan rawatan senaman wajah untuk mengembalikan deria serta kedudukan asal struktur wajah. All the best Justin, REMAJA pasti jutaan peminat di seluruh dunia mendoakan yang terbaik buat penyanyi Peaches ini.
P.S : Sindrom Ramsay Hunt menyerang 5 hingga 10 individu daripada 100,000 orang di seluruh dunia pada setiap tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!