Kalau korang menonton drama atau filem negara Thailand, salah satu benda yang kita teruja adalah melihat kecantikan kulit wanita Thailand. Terfikir juga, apakah rahsia mereka?
Jawapannya ialah mereka biasanya amalkan masker beras untuk penjagaan wajah.
Amal Masker Beras Pulut, Ini Rahsia Orang Thai Berkulit Cerah
Kalau anda rajin, boleh lah cuba petua cantik orang belah sana. Nah, cuba godek sendiri buat pakai di rumah. Masker daripada beras pulut ini dikongsikan oleh Siti Zainab, jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Beras Pulut
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar
Cara Buat:
1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
Ads
3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
Ads
8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Ads
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari kecil kita diajar untuk mengelak memandang mata kawan yang alami sakit mata. Dengan mata merah menyala, bengkak dan dipenuhi tahi mata, bila kawan mendekati, kita segera berpaling dari bertentang mata dengannya.
Alasan kita takut berjangkit. Malah kita akan menyuruh dia balik atau kalau dia tak nak angkat kaki, kita yang blah dulu sebab takut berjangkit.
Benarkah memang mata orang sakit boleh berjangkit?
Perkongsian artikel dari Dr Abdul Latif Saad dari page The Diagnosa Original mengungkai kenyataan ini. Ye ke kita boleh berjangkit?.
Dalam masyarakat ada yang menyebarkan hal ini di mana mereka menyatakan kalau kita lihat mata orang yang sedang sakit mata, maka mata kita pun akan berjangkit dan menyebabkan sakit mata tersebut.
Adakah perkara ini benar?
Sebelum itu, mari kita bincangkan berkenaan penyakit ini dahulu. Pesakit yang mengalami mata merah serta gatal ataupun sakit selalunya akan di diagnos mengalami penyakit konjunktivitis. Ia disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata.
Masalah ini selalunya disebabkan jangkitan bakteria dan juga virus. Selain itu, ia juga boleh disebabkan alahan (allergy) ataupun kecederaan disebabkan tumpahan bahan kimia pada bahagian mata tersebut.
Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis
Pesakit selalunya akan mempunyai tanda
mata pedih
mata gatal
mata merah
akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
kelopak mata melekat
Jika pesakit mempunyai masalah ini, pesakit perlulah cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain. Tetapi adakah jangkitan itu dengan hanya melihat mata orang lain ataupun orang lain melihat matanya?
Cara Jangkitan konjunktivitis
Jangkitan konjunktivitis selalunya berlaku melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan oleh mata pesakit sebagai contoh penggunaan tuala yang sama, penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.
Bagi jangkitan yang disebabkan oleh virus, ia boleh disebarkan melalui titisan air dalam udara. Sebagai contohnya seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut boleh masukkan ke dalam udara dan pergi ke mata mereka yang berdekatan. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman tersebut
Kesimpulan
Masalah mata merah atau sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara pandang mata pesakit. Kerana kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan cara merenungnya. Tetapi ia berjangkit dengan cara yang telah saya terangkan di atas.
Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami masalah ini adalah sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah tersebut
Untuk bacaan sepenuhnya mengenai konjunktivitis. Boleh rujuk link ini: Konjunktivitis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum la dari hati duniaku berseri. Siapa pernah dengar bait lirik lagu ini?Ha..Senyuman yang manis sememangnya mampu menjadi penawar kepada kedukaan hati sekaligus memancarkan aura bahagia buat orang yang melihat atau menerimanya.
Senyum Ala Puteri Diana
Tiru cara senyuman mendiang Puteri Diana, beliau adalah insan yang pemalu dan sering menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu untuk menangkap perasaan orang supaya jatuh cinta dengan anda, gunakan taktik senyuman ini kerana ia bersifat manja berbanding senyuman biasa.
Tundukan sedikit kepala sambil ukir senyuman kecil manakala mata pula melirik ke arah orang yang melihat dna mememrhatikan kamu.
2. Jangan Senyum Dengan Mengetap Bibir!
Senyuman jenis ini biasanya akan dilemparkan kepada orang yang kita baru berjumpa dan adakalanya didorong oleh perasaan malu, takut, cemas, marah atau dijadikan sebagai tanda sindiran.
Senang kata, senyuman yang dilakukan dengan perbuatan mengetap bibir ini adalah tidak ikhlas seolah terpaksa.
3. Senyum ‘Terkejut’
Senyuman cara ini mungkin agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang kerana tidak semua memiliki susunan gigi yang cantik. Akan tetapi jika seseorang itu berlatih, senyuman ini bisa menggambarkan kecerian yang tulus.
Senyum sambil mulut ternganga umpama ketawa adalah teknik paling mudah untuk kita sebarkan aura kebahagiaan diri. Barulah nampak ikhlas!
4. “Smizing”
“Smizing” adalah istilah yang dicipta oleh Tyra Banks membawa maksud senyum menggunakan mata (smiling with eyes).
Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu mengambil foto ala model iaitu dengan merelakskan muka, kecilkan sedikit mata sambil ‘gelak dalam hati’. Hasilnya, korang kelihatan seksi persis supermodel!
5. Senyuman Sinis Terbit Karakter Misteri
Ada orang tetap akan kelihatan cantik meskipun senyuman yang diberikannya ‘tawar’. Seperti It-Girl dari Itali ini, Chiara Ferragni sering dilihat meleparkan senyuman sinis menerusi foto-fotonya yang dimuat naik ke Instagram. Jika kena pada cara, memang nampak menggoda.
Amaran, senyuman ini bukanlah untuk diberi kepada orang tetapi hanya sesuai untuk dimanfaatkan dalam foto rakaman peribadi. Caranya… senyum kecil (pastikan hujung bibir di kedua-dua belah meregang sedikit) sambil pandang tepat ke arah lensa kamera.
Fakta Tentang Senyuman
1. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
2. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
3. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
4. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Oleh itu, kunci yang paling utama untuk menyembunyikan kejahatan serta kesedihan diri adalah dengan memberi senyuman paling ikhlas terhadap lawan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
Selamat beramal dan rajin-rajin la senyum okay! ❤️
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui, bintang utama drama Hotel Del Luna, IU sememangnya mempunyai kulit flawless seperti ‘telur dikupas’ dan kekal seperti seorang remaja.
Jadi apa kata korang cuba rutin IU ini dalam usaha untuk mendapatkan kulit flawless bak ‘Korean Glass’. Cara IU ini akan mudah dengan tiga langkah sahaja dan tidak seperti rutin penjagaan wajah yang lain.
So lets lah…tak perlu keluar modal mahal pun janji konsistan.
Langkah 1: Lindungi Kulit Dengan Suncreen!
Paling penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh membuatkan kulit burn, jeragat, pores makin besar atau kanser kulit. Pilih mengikut jenis kulit. Sama seperti IU, pemakaian sunscreen boleh dikatakan sebagai ‘mandatori’ kerana ianya sangat penting. Tanpa sebarang pemakaian sunscreen, ia boleh membuatkan kulit mengalami penuaan pramatang seperti kedutan di bahagian mata.
Langkah 2: Jangan Lupakan Toner
Sumber Gambar : Findgoodbuy
Penggunaan toner ini boleh dikatakan penting dalam penjagaan wajah kerana ia dapat membantu menyeimbangkan kulit. Dalam pada masa yang sama, toner dapat mengecilkan pori-pori di permukaan wajah.
Kalau kamu tidak memakai toner, pastikan selepas ini kamu memakainya. Ini kerana toner dapat membantu melembapkan dan membuat kulit kamu mendapat khasiat yang secukupnya pada langkah penjagaan wajah yang seterusnya.
Langkah 3: Facial Oil Penting Untuk Lembapkan Kulit
Sumber Gambar : Nylon Pink
Buat double cleansing method, pakai oil based dan water based. Pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit. IU hanya menggunakan dua titik facial oil bagi setiap kali mengenakan rutin penjagaan wajahnya. Bagi membuatkan kulit kekal lembap sepanjang masa, IU akan mengambil kapas muka dan campurkan dengan toner serta facial oil. Kemudian, dia akan dab secara perlahan-lahan di seluruh wajah selama lima minit bagi mendapatkan kebaikannya.
Tak menggunakan banyak produk dan hanya fokuskan kepada tiga langkah mudah ini. Kalau malas sangat nak pakai macam-macam produk, at least korang boleh ikut je rutin basic yang dikongsi oleh IU ini.