Baik wanita ataupun lelaki, pemakain minyak wangi sudah menjadi satu kewajipan supaya penampilan lebih menarik dan meyakinkan. Bayangkan sudah bersiap dan bersolek cantik tetapi memiliki bau badan yang kurang menyenangkan, mesti akan mematikan pesona diri anda, euww!
Penggunaan minyak wangi bukanlah sekadar semburan membuta tuli, sebaliknya ada Teknik yang boleh memanjangkan jangka hayat haruman yang melekap ditubuh anda.
Sembur Minyak Wangi Sebelum Memakai Baju.
Bila menyembur minyak wangi terus ke kulit badan ia akan mengaktifkan haba semula jadi pada tubuh sekaligus akan menjadikan haruman kekal lebih lama.
Jangan Gosok Semburan.
Biasa kita lihat, kalau selepas menyembur minyak wangi pasti akan mengosok-gosok bahagian yang disembur kononnya untuk menjadikan semburan lebih tahan lama dan wangi. Kalau nak tahu, perbuatan menggosok boleh memusnahkan molekul minyak wangi sekaligus mnyebabkan bauan tidak tahan lama.
Ads
Lembapkan Kulit.
Menyembur minyak wangi pada kulit yang kering membuatkan minyak wangi tidak bertahan lama, sebaliknya sebelum mengenakan minyak wangi lembapkan dulu kulit dengan pelembap tanpa bau. Ia akan membuatkkan haruman kekal tahan lama.
Ads
Jarak Semburan Sesuai.
Bila anda sembur minyak wangi, jangan terlalu dekat dengan kulit sehingga ia meleleh seperti air, ini membazir. Sebaliknya sembur dari jarak 15 ke 20 cm bagi memastikan minyak wangi bertebaran luas ke kulit.
Ads
Titik Tepat Semburan
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik bila memakai minyak wangi, sasarkan semburan ke bahagian nadi. Antara titik tumpu yang sesuai adalah seperti belakang telinga, pangkal leher, siku dan pergelangan tangan.
Korang mesti biasa melihat kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahu pun di tempat longgokan sampah kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyakitkan’ mata tapi sebenarnya boleh mengundang bahaya.
Kebanyakan rumah dan kilang menggunakan bumbung atap asbestos kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.
Namun begitu, selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma, penggunaannya telah dihentikan dan dihadkan.
Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999.
Menurut pagePublic Health Malaysia, sekiranya bahan merbahaya ini tidak diusik, risiko untuk mendapat kanser adalah sangat rendah. Risiko akan hadir apabila ianya pecah, rosak dan korang akan terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos.
Situasi ini mendedahkan individu kepada risiko untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma. Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk korang mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Langkah pencegahan
Jadi, apa yang korang boleh buat bagi mencegah masalah ini? Berikut merupakan antara langkah-langkah yang korang boleh lakukan:
1. Jika masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak atau pecah
2. Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar
3. Jika korang nampak di kawasan rumah/kejiranan, hubungi pihak berkuasa tempat korang dengan segera untuk proses pelupusan
4. Jangan bakar dan jangan tanam atau lupus sendiri
5. Jangan biarkan kanak-kanak bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun
Gejala masalah ini yang korang perlu tahu
Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.
Jika korang dapati berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah mendapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin lama, semakin kreatif garapan pereka fesyen terhadap rekaan busana kahwin moden.
Terbaru, pasangan merpati sejoli yang telah melangsungkan majlis resepsi, Alif Muhaimin dan isteri, Nur Fatin Alissa Azam tampil dalam adibusana yang dicipta khas buat mereka hasil kreativiti pereka tempatan, Kashfi Zulkufli.
Ibarat meraikan sang putera dan puterinya yang muncul dari kisah dongeng, kedua-dua bukan sahaja tampak eksklusif dengan permainan warna hitam putih, malah busana masing-masing mempunyai makna yang lebih mendalam lagi kreatif termasuklah nama Alif Muhaimin yang ditenun pada bahagian bahu blazer!
REMAJA menghubungi Kashfi untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai idea di sebalik pembikinannya.
Bagaimana timbulnya idea bagi busana Alif dan Alissa?
Kashfi Zulkufli (KZ): Perbualan awal kami bermula kira-kira dua bulan sebelum majlis resepsi berlangsung pada 24 Jun 2023. Harus saya berikan pujian buat Alif dan Alissa kerana mereka datang kepada saya lengkap dengan konsep yang diinginkan. Impian mereka adalah agar busana tersebut tidak bersifat stereotaip seperti pasangan pengantin lain. Oleh itu, saya terapkan beberapa kelainan yang boleh korang lihat di beberapa bahagian busana.
Trend tenun nama pengantin pada busana.
KZ: Buat pertama kalinya untuk majlis resepsi selebriti tempatan, saya perkenalkan idea nama pengantin pada sutnya. Nama Alif Muhaimin menghiasi bahagian kiri sut dengan kontras warna hitam putih dan saya percaya, trend nama yang ditenun ini akan menjadi hot dan lebih ramai pengantin yang akan inginkannya untuk busana kahwin mereka pula.
Bagi Alissa pula, kami telah menggunakan idea hand-embroidered custom lace yang dicipta khas untuknya sahaja 100 peratus, dari peringkat melukis motif hinggalah menenun.
Tidak ketinggalan, kami juga menyelitkan elemen bow pada bahagian belakang skirt ball gown siap dengan tandatangan Alyssa yang ditenun pada fabrik bow. Selain itu, busana ini juga mempunyai butterfly cape pada bahagian bahu.
Ya, memang banyak perincian unik pada kali ini dan saya terfikir, why not? Ia adalah hari bahagia mereka yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup.
Tiara Hitam
KZ: Konsep tiara black diamond yang dipakaikan pada kepala Alyssa mungkin kelihatan janggal jika dipadankan dengan rekaan gaun berbeza, namun untuk busana perkahwinannya ia seakan sentuhan terakhir yang melengkapkan imejnya sebagai raja sehari. Kami customed agar ia kelihatan lain daripada yang lain dengan campuran rona hitam dan perak.
Nilai Eksklusif Busana Kahwin Alif Muhaimin & Ayssa
KZ: Seperti yang saya kongsikan tadi, Alif dan Alyssa hadir kepada saya dengan bersedia. Bukan sahaja dengan idea malahan bajet yang ingin digunakan bagi mendapatkan busana perkahwinan impian mereka.
Sepasang busana yang dicipta khas seperti ini selalunya bernilai dalam lingkungan RM30,000 dan Alif sedari awal sudahpun bersedia dengan bajet bersesuaian tanpa merintih untuk ditaja oleh pihak kami. Beliau bersetuju dan memberi kebebasan kepada saya untuk merealisasikan apa yang mereka idamkan.
Apapun Kashfi Zulkufli selaku pereka fesyen pada majlis resepsi perkahwinan telah mencipta magis tersendiri yang lari daripada busana stereotaip agar Alif Muhaimin dan Alissa akan mengingati hari istimewa mereka sehingga bila-bila.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perempuan datang bulan selalunya dikaitkan dengan PMS atau sindrom pra haid iaitu gabungan simptom yang diberikan kepada simptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan seorang wanita.
Biasanya ia datang dua minggu sebelum period dan akan berkurangan bila period dah bermula dan hilang bila berakhirnya period.
Bila PMS ini menyerang, mulalah rasa macam mood swing, murung dan senang sangat nak marah. Kadang-kadang ada juga tiba-tiba je rasa sedih, beremosi dan susah tidur.
Itu sebab orang cakap kalau perempuan nak datang bulan ni, jangan korang pergi cari pasal dengan mereka. Silap haribulan, ada yang kena ‘angin’ tak baik mereka pula.
PMS berbeza mengikut individu
Menurut Dr. Izzat yang berkongsi info di laman twitternya, simptom-simptom PMS ini berbeza mengikut individu dan biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesterone meningkat.
Ada yang mengalami simptom PMS ini sebelum haid bermula, tetapi sesetengah perempuan pula perlu menghadapinya sepanjang tempoh haid mereka.
Apa yang korang perlu tahu ialah PMS ni tak semestinya berlaku setiap bulan. Mungkin juga tak ada langsung untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia akan kembali selepas itu.
Apa sebenarnya PMS ni?
Sebab sebenar masih belum diketahui tetapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah.
Macam mana nak tahu korang ada PMS atau tak?
Korang perlu catat simptom yang ada tu dalam diari atau dalam handphone. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk dua kali kitaran haid. Selepas itu, korang boleh jumpa doktor dan tunjukkan hasil rekod tersebut. Doktor akan menilai sama ada korang mengalami PMS atau tidak.
Tips menghadapi PMS
Kalau tak nak memudaratkan diri dan orang sekeliling, korang perlu tahu cara untuk menghadapi situasi PMS ini.
1. Kenal pasti bagaimana PMS boleh menjejaskan hubungan korang bersama keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan
2. Beritahu orang terdekat supaya boleh faham kesannya terhadap diri korang
3. Buat perubahan kepada gaya hidup dan perbaiki tahap kesihatan korang kerana ia mungkin boleh membantu dalam menangani PMS
4. Makan makanan seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleks dalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam
5. Kerap bersenam. Lakukan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi
6. Jika korang merokok, berhenti merokok
7. Pastikan tabiat tidur adalah tetap
8. Pengurusan stress dengan baik. Yoga dan senaman regangan lain serta senaman pernafasan dapat membantu. Senaman dapat membantu mood korang.
Sekiranya cara-cara ini masih lagi tidak boleh membantu mengurangkan PMS, korang perlu berjumpa dengan doktor. Korang mungkin perlu memulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan yang bersesuaian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.