Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang majlis gilang-gemilang istiadat perkahwinan Diraja Brunei melibatkan puteri kedua bongsu Sultan Brunei iaitu Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
Majlis yang mewah dan sempurna itu turut mendapat sentuhan busana dari pereka fesyen Malaysia yang tersohor seantero dunia, Datuk Seri Bernard Chandran tidak dapat disangkal lagi.
Malah, turut menjadi perhatian ialah satu hantaran yang dimuat naik oleh Putera Abdul Mateen di Instagram miliknya. Rata-rata wanita diseluruh dunia dan peminat putera diraja ini berasa tak keruan dan patah hati.
Dalam lima foto yang dimuat naik, gambar keempat yang dikongsikan menjadi tanda tanya sejauh mana hubungan putera kacak itu dengan wanita berwajah ayu di dalam foto tersebut.
Foto Via Instagram Putera MateenFoto Via royalBrunei
Tapi ini bukan kali pertama Putera Brunei yang tampan ini ‘menayang’ teman wanita yang jelita ini. Sebelum ini, telah dirakam sempena majlis persandingan pasangan pengantin Abhar dan Farah di Dewan Utama Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong pada 6 Julai 2019.
Ads
Mengenai gerangan gadis yang kelihatan sepanjang video itu pula, ia sebenarnya telah menjadi topik perbualan ramai sebelum majlis persandingan itu lagi. Jadi, siapakah si cantik manis ini?
Gadis ini tidak lain tidak bukan ialah Anisha Isa-Kalebic.
Ada yang mengatakan Anisha ialah sepupu kepada Pangeran Mateen. Ada juga yang berkata mereka berdua telah berkawan rapat sejak kecil lagi. Well, kami tidak dapat mengesahkan kedua-dua kenyataan ini.
Bagaimanapun, berikut adalah beberapa info yang boleh kita hadam mengenai Anisha.
Ads
Menurut sumber yang selalu melaporkan perihal keluarga diraja Brunei, Anisha ialah cucu kepada Pehin Dato Haji Isa yang merupakan salah seorang penasihat kepada paduka ayahanda Pangeran Mateen; yakni Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Sebelum korang sakan mencari akaun Instagram-nya, gadis yang menetap di Bath, United Kingdom ini tidak lagi memilikinya walaupun dahulu pernah mencipta akaun bernama @anishaik.
Dahulunya, Anisha akan memuat naik foto yang menampakkan kejelitaan aslinya tanpa solekan tebal dan karakternya cukup elegan serta sofistikated; persis seorang bakal puteri diraja. Kami pantas teringatkan karakter Duchess of Cambridge, Kate Middleton sebelum mengahwini Putera William pada tahun 2011.
Seperkara lagi yang menarik tentang Anisha adalah dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Danial Isa yang dikhabarkan bersahabat baik dengan Pangeran Mateen.
Apapun perhubungan yang mungkin (atau mungkin tidak) terjalin di antara Pangeran Mateen dan Anisha Isa-Kalebic, apa yang pasti, mereka berdua amat sepadan bersama ibarat pinang dibelah dua.
Semua dah tahu tentang tunjuk perasaan mahasiswa di Indonesia baru-baru ni yang penuh dengan kontroversi itu . Hari ini masuk hari ke tiga demontrasi bagi membantah undang-undang baharu termasuk kanun keseksaan jenayah yang akan memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan zina dan menghina presiden itu berlaku.
Namun, tindakan mahasiswa membuat demontrasi itu agak extreme dan melampau. Ia turut diadakan di bandar lain seperti Yogyakarta di Jawa Tengah dan Makassar di Pulau Sulawesi untuk menolak rang undang-undang (RUU) tersebut.
Semalam polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang tercetus di Jakarta dan bandar lain.
Membawa Bom Petrol
Dan hari ini pula, Ketua Polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono berkata, seramai 265 pelajar dan 39 anggota polis cedera. Seramai 94 orang pula ditahan di Jakarta semasa rusuhan bersambung hingga malam dan segelintir mereka ditahan membawa bom petrol.
Pramono berkata, polis sedang menyiasat peranan kumpulan bukan pelajar dalam tunjuk perasaan itu, namun enggan memberi maklumat lanjut.
“Jika dibuktikan mereka penyebab kerosakan sama ada kereta, pagar, orang awam dan pasukan keselamatan, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dan memulakan proses undang-undang,” katanya yang merujuk kerosakan pagar di sekitar parlimen.
Jumaat lalu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi menangguhkan undian terhadap rang undang-undang kontroversi terbabit. Beliau turut memaklumkan 14 artikel masih perlu disemak sebelum dibahaskan Parlimen yang akan memulakan penggal baharu pada bulan depan.
Pengkritik mendakwa RUU tersebut melanggar kebebasan bersuara dan mendiskriminasikan agama minoriti, wanita serta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Bagaimanapun, kumpulan terbesar Muslim di negara itu, Nahdlatul Ulama melihat perubahan itu mencerminkan karakter dan personaliti rakyat serta negara Indonesia yang majoriti penduduknya adalah orang Islam.
Semakan semula terhadap kod jenayah negara itu yang tidak pernah dikemaskini sejak penubuhannya ketika era penjajahan Belanda juga mengenakan penalti terhadap pihak yang menghina maruah presiden, empat tahun penjara atas kesalahan menggugurkan kandungan dengan sengaja dan hukuman penjara jika melakukan ilmu hitam.
Apa pun Remaja harap isu ini dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Indonesia, kita doa yang baik-baik jela untuk saudara dan negara jiran kita ini.
Dengan termaktubnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula esok, mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya adakah kemungkinan majikan menolak gaji pekerja untuk sepanjang tempoh tersebut?
Menurut page Job Malaysia di Facebook, bagi mereka yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan tidak boleh sama sekali menolak gaji pekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 hingga 31 Mac nanti.
Ini seperti dicatatkan dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji. Jika ada majikan yang melakukan hal demikian, mereka akan disabitkan kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM10,000.
Gambar hiasan
Untuk pengetahuan korang, penolakan gaji hanya boleh dibuat sekiranya;
1. Ada undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian
2. Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan
Akta Kerja 1955 hanya sah kepada pekerja yang memperoleh gaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.
Jika gaji korang melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian untuk menolak gaji semasa krisis, atau majikan akan berunding dengan korang untuk selamatkan perniagaan. Namun, mereka tidak boleh paksa korang jika tiada dalam kontrak.
Diharap penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan buat korang yang tertanya-tanya sama ada gaji akan ditolak atau tidak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Apa-apa pun, pastikan korang menjaga kebersihan diri dengan selalu mencuci tangan, pakai topeng muka serta gunakan sanitizer. Keep safe guys!
Setiap daripada kita pastinya melalui zaman persekolahan ketika di bulan Ramadan. Teringat kembali sewaktu di sekolah rendah, apabila tiba waktu rehat murid-murid yang berpuasa akan ke dewan untuk masuk ke kelas mengaji yang dianjurkan pihak sekolah. Tetapi bagi yang tidak berpuasa, mereka boleh sahaja ke kantin untuk menikmati makanan.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkaitan sebuah mesej WhatsApp yang diterima apabila pihak sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang Ramadan bagi melatih murid-muridagar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Ibu bapa juga diingatkan untuk memberi anak-anak sarapan di rumah terlebih dahulu sebelum ke sekolah jika tidak berpuasa. Malah, bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan.
Hal ini telah mendapat perhatian orang ramai dan Harith Iskander juga turut berkongsi di laman instagramnya. Hantaran itu mendapat reaksi ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan itu
Diharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jangan pula ada yang memudaratkan pelajar-pelajar lain.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...