Iran kini merupakan sebuah negara republik Islamik yang diketuai oleh Ali Khamenei. Namun tahukah anda sebelum revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979, negara timur tengah ini sebenarnya diketuai oleh kuasa monarki dan memiliki keluarga Diraja.
Dikenali sebagai Shah Iran, Mohammad Reza Pahlavi merupakan raja terakhir yang memerintah Iran sebelum lari keluar negara demi keseleamatannya dan keluarga. Bersamanya seorang sosok istimewa yang dikenali seluruh dunia, Permaisuri Farah Diba Pahlavi.
Permaisuri Iran ini merupakan isteri ketiga Mohammad Reza Pahlavi yang sebelum itu pernah berkahwin dua kali namun jodoh setiap perkahwinan tersebut tidak panjang. Hasil perkahwinannya dengan bekas Raja Iran itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
Digulingkan pada 19 Januari 1979, secara rasminya keluarga Diraja ini menjadi orang buangan yang terpaksa mencari suaka politik di negara lain. Untuk pengetahuan pembaca, Mohammed Reza Pahlavi menerbangkan sendiri jetnya. Farah Diba yang ketika itu berusia 41 tahun bersama empat anaknya yang masih meniti usia remaja dan kanak-kanak umpama ‘pelarian’. Kewarganegaraan dan pangkat semuanya hilang sekelip mata.
Paling menyayat hati, pemerintahan Republik Islamik Iran yang baru ditubuhkan mengehendaki bekas keluarga Diraja ini ditangkap dan kemudiannya ditukar kepada bunuh. Apabila melarikan diri dari Iran, keluarga Diraja ini berlindung di Mesir atas hubungan baik mereka dengan presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat.
Walau bagaimanapun, tekanan daripada kerajaan baharu Iran supaya mereka diekstradisi memberi kesan kepada negara yang memberi mereka perlindungan terutamanya dari segi kestabilan hubungan luar.
Selepas keberadaan mereka memberi kesan buruk kepada Mesir, keluarga Diraja ini kemudiannya memulakan perjalanan panjang mereka dalam mencari tempat tinggal. Antara negara yang pernah mereka duduki seperti Maghribi, Bahamas, Mexico dan Amerika Syarikat.
Ketika menetap di Amerika Syarikat, hubungan di antara negara kuasa besar dunia itu dengan Iran menjadi lebih buruk. Kerajaan Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Tehran. Disebabkan perkara ini, kerajaan Amerika Syarikat tidak memperbaharui kebenaran untuk mereka terus tinggal di sana.
Ads
Anak sulung Farah Diva, Reza Pahlavi bersama keluarganya. Kini Reza menggelarkan dirinya sebagai Putera Mahkota Iran, walaupun tidak memiliki tugas signifikan terhadap negara republik Islam tersebut. Sumber foto: Iran Times
Mereka kemudiannya berpindah ke Panama, di sana mereka menerima ancaman tangkapan untuk diekstradisi. Kemudiannya atas hubungan baik Farah Diba bersama Jehan Sadat yang merupakan isteri presiden Mesir, mereka sekeluarga dialukan kembali untuk tinggal di Mesir. Mohammed Reza Pahlavi meninggal dunia pada 27 Julai 1980 di negara itu disebabkan penyakit kanser Hodgkin lymphoma.
Selepas menetap di Mesir lebih setahun, namun nasib keluarga Diraja ini tidak begitu baik. Selepas Anwar Sadat dibunuh, mereka berpindah ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ronald Reagan. Mula membina hidup di Massachusetts, mereka kemudian membeli sebuah rumah di Connecticut. Kini Farah Diba menetap di Maryland berdekatan dengan Washington D.C. untuk berada dekat dengan anak sulung dan cucu-cucunya. Selain itu dia juga memiliki hartanah di Paris dan turut menetap di sana.
Kehidupan bekas Permaisuri Iran ini tidak habis dengan cabaran, dia diduga dengan kematian dua orang anaknya yang membunuh diri akibat tekanan mental dan tidak boleh menerima kesan daripada apa yang terjadi kepada keluarga ekoran penggulingan monarki. Leila Pahlavi membunuh diri pada tahun 2001 dan kemudiannya Ali Reza Pahlavi membunuh diri pada 2011.
Kini walaupun tidak lagi memiliki negara, keluarga Dinasti Pahlavi ini masih dihormati oleh kebanyakan keluarga Diraja negara lain dan sebahagian rakyat Iran yang pro-monarki. Mereka kerap dijemput ke majlis perkahwinan Diraja ataupun majlis keramaian yang mengumpulkan kerabat Diraja seluruh dunia.
Farah Diba bersama anaknya, Reza Pahlavi, menantu dan cucu-cucunya. Sumber gambar: Instagram Noor Pahlavi
Pada usia 83 tahun, Fara Diba kini aktif dalam hal kemanusiaan sebagai contoh dia menyokong Gala Tahunan Alzheimer IFRAD (Pengumpulan Dana Antarabangsa untuk Penyakit Alzheimer) yang di adakan di Paris.
Mungkin ada yang tertanya, tanya mengapa keluarga Diraja ini sangat dibenci oleh rakyat Iran ketika itu sehinggakan membawa kepada revolusi. Menurut laporan Washington Post, budaya rasuah sangat buruk ketika Iran dibawah Dinasti Pahlavi sehinggakan membawa kepada ketidakstabilan ekonomi. Perkara ini menyebabkan sentimen anti-monarki menebal sehingga jatuhnya sebuah keluarga Diraja.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan Bank Islam.
Banjir besar yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku. Dikala negara sedang berdepan kenaikan kes positif pandemik Covid-19, bencana banjir menambah ujian yang sedia ada.
Namun begitu, dalam kesukaran mangsa-mangsa banjir menghadapi dugaan ini, ramai yang telah turun padang melawat mereka di pusat-pusat pemindahan dengan menghulurkan bantuan.
Terbaru, Bank Islam merupakan bank pertama yang menawarkan moratorium khusus bagi membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat bencana banjir di bawah Program Prihatin dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Ringankan Beban Pelanggan
Inisiatif ini dijalankan bagi meringankan beban kewangan para pelanggan di bawah kemudahan Pembiayan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang menjadi mangsa banjir.
Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam (6) bulan bagi bayaran komitmen bulanan mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Francais Transformers boleh dikatakan francais filem paling rumit dalam sejarah filem. Pada dasarnya, Transformers ialah francais berdasarkan mainan Hasbro yang menampilkan makhluk asing mekanikal besar yang berjuang antara satu sama lain.
Remaja berbesar hati nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem TRANSFORMERS: RISE OF THE BEASTS ini. Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
FILEM terbaru siri Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts menceritakan tentang perseteruan antara kelompok robot alien, salah satunya ialah Beast War. Beast War adalah robot alien yang dapat mengubah bentuknya menjadi haiwan, bukannya bentuk kenderaan seperti dalam sekuel filem Transformers sebelum ini.
Dalam filem ini yang mengambil latar waktu tahun 1994 ini, Optimus Prime akan bertemu dengan Optimus Primal, iaitu autobots berbentuk gorila. Pada pertemuan tersebut, Optimus Primal mengingatkan Optimus Prime akan datangnya suatu ancaman dari makhluk lain yang sangat besar.
Pelakon: Anthony Ramos, Dominique Fishback, Tobe Nwigwe, Peter Cullen, Ron Perlman, Peter Dinklage, Michelle Yeoh, Liza Koshy, John DiMaggio, David Sobolov, Michaela Jae Rodriguez, Pete Davidson, Cristo Fernández
Pengarah: Steven Caple Jr.
REMAJA nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem TRANSFORMERS: RISE OF THE BEASTS pada:-
Tarikh: 6 Jun 2023
Masa: 9:00 PM
Tempat: GSC THE STARLING MALL, HALL 1
Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rabu ini, 25 Mei 2021, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh. Lebih unik, Super Flower Blood Moon ini terjadi apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi, akan berlakunya fenomena bulan penuh.
Saat itu, bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.
Istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.
Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Menurut Ketua Pengarah MYSA, Tuan Hj. Azlikamil Napiah; ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan akan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan selama 14 minit dan kembali ke warna asalnya dalam tempoh lima jam.
Di Malaysia, keadaan ini boleh disaksikan pada 26 Mei (Rabu) ini bermula jam 4.47 petang sehingga 9.50 malam.
Di sebalik fenomena gerhana bulan yang bakal disaksikan oleh jutaan orang di dunia ini, perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan nota ringkas berkenaan gerhana bulan penuh. Malah, umat Islam digalakkan untuk solat sunat gerhana bulan.
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH
Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.