Buat pengikut Liga Pro PUBG Mobile di Malaysia, tentunya korang mengakui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan tempatan 4Rivals.
Sejak penampilan 4Rivals pada Ogos 2021, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Bukan saja mengharumkan nama dengan layak ke PMGC, malahan mereka turut merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.
4Rivals terus membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan setelah melakukan kemunculan sulung di Kejohanan Global PUBG Mobole (PMGC) sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia.
Maka, tidak hairanlah apabila baru-baru ini 4Rival telah diumumkan menerima sokongan daripada dua jenama besar iaitu daripada Yoodo, jenama perkhidmatan 100 peratus mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia dan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance.
Bersama, mereka telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile iaitu Yoodo Alliance-4Rivals!
Kata Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun, Yoodosebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sentiasa memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia menyokong pemain generasi baharu seperti pasukan 4Rivals ini demi meningkatkan peluang e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, kerjasama ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain e-sukan.
Komitmen Yoodo untuk melahirkan lebih ramai pemenang dan memupuk bakat juga dikongsi oleh Alliance. Bak kata pengasas dan CEO Alliance, Jonathan ‘Lodo’ Berg, mereka yakin kerjasam dengan 4Rivals ini mampu berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Ads
*
Bercakap dengan CEO pasukan 4Rivals iaitu Mohd Hafizuddin Yusoff, dengan pengenalan pasukan Yoodo Alliance-4Rivals ini, misi mereka sekarang hanya satu iaitu untuk menjadi ‘performance team’ dalam dunia kejohanan PUBG.
Ahli pasukan Yoodo Alliance-4Rivals bersama-sama Chow Tuck Mun dan Jonathan Berg dalam sidang media atas talian, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, Yoodo & Alliance menyokong hasrat kami untuk menjadi pasukan terbaik dengan memberikan fasiliti penting sempena kemunculan kami di kejohanan antarabangsa.”
“Dengen penambahan pemain baru-baru ini iaitu Vokey bagi posisi Fragger untuk musim seterusnya, sasaran kita sekarang adalah untuk pasukan nombor satu dalam Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 4 : Liga. Misi kami adalah untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga kedudukan teratas di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC),” kongsi Hafizuddin.
Untuk pengetahuan korang, Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 5 akan datang bakal disertai oleh sebuah lagi negara Asia Tenggara baharu iaitu Filipina. Ia telahpun diumumkan menerusi akaun Facebook PUBG Mobile E-Sports Malaysia dan kini, saingan akan terbahagi kepada tiga buah negara termasuk Malaysia dan Singapura.
Komen Hafizuddin, pasukan Yoodo Alliance-4Rivals tidak mudah melatah dengan saingan baharu ini sebaliknya meraikan liga yang lebih meriah selepas ini.
“Setiap negara mempunyai meta tersendiri. Kita tidak nafikan pasukan dari Filipina ada kekuatannya tetapi untuk saya, apabila mereka menyertai PMPL di Malaysia; sudah tentu serta-merta mereka akan menjadi antara pencabar terdekat kita untuk merebut kejuaraan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang 4Rivals ada hingga sampai ke PMGC, kita masih mampu menjadi yang terbaik di peringkat PMPL. Lagi pula, liga di Malaysia ini seperti yang kita tahu amat kompetitif dan komuniti PUBG kita juga sangat bagus. Kita telah buktikan kita antara liga terbaik di dunia setelah dua pasukan PMPL berjaya ke PMGC dari Malaysia,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, tekanan sebaliknya akan dirasai oleh pasukan Filipina yang baru menyertai kerana mereka akan berdepan cabaran sengit dari pasukan lain yang lebih berpengalaman dalam liga PMPL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Oppo Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri Reno terbaharu mereka ke pasaran tempatan.
Sebanyak tiga model diperkenal dalam keluaran Reno 10 kali ini iaitu Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+. Seperti namanya, Reno 10 adalah model terendah, diikuti Reno 10 Pro dan model terbaik adalah Reno 10 Pro+.
Dengan harga melebihi RM3,000, pastinya Reno 10 Pro+ adalah peranti kelas flagship.
Untuk mencapai prestasi tinggi, Oppo menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ke dalam Reno 10 Pro+. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB dan storan dalaman UFS3.1 seluas 256GB.
Skrin sebesar 6.74-inci jenis AMOLED melengkung 3D, dengan resolusi dipanggil 1.5K (2772×1240) bersama kadar penyegaran 120Hz. Skrin ini memiliki kecerahan mencecah 1,400nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera utama 32MP F2.4 untuk berswafoto.
Perkara flagship seterusnya pada Reno 10 Pro+ adalah kameranya. Ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX890 berkuasa tinggi. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 64MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 3x, sesuatu yang sangat sukar ditemui di telefon pintar flagship permulaan. Ketiga adalah kamera ultralebar 8MP F2.2.
Selain itu, Oppo hanya memuatkan bateri 4,700mAh di dalam Reno 10 Pro+ tetapi ia menyokong pengecasan sangat pantas, SuperVOOC 100W menerusi USB-C. Ia mampu mengecas dari 0-100% dalam masa 27 minit sahaja.
Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Sistem operasi pula menggunakan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Tetapi tidak pula dimaklumkan berapa panjang kemaskini OS akan diberikan.
Terdapat dua warna pilihan disediakan bagi Reno 10 Pro+ iaitu ungu dan kelabu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berani eh tanya relevan lagikah TikTok, padahal korang baru post satu video TikTok semalam kan? Ceh..
Tahun 2018 adalah tahun paling cemerlang untuk aplikasi online video pendek iaitu TikTok. Daripada sekadar aplikasi yang korang ‘cerca’ selayaknya untuk Budak-Budak Baru Nak Up je, kini TikTok menjadi kewajipan bagi setiap influencer dan selebriti Malaysia.
Populariti TikTok mungkin datang kerana pengaruh selebriti terkenal seperti Winner, Blackpink dan selebriti tempatan seperti Janna Nick dan Alvin Chong yang aktif menggunakannya.
Malah, ramai juga remaja Malaysia yang kini bergelar ‘content creator’ profesional (gitu!) seperti penari K-pop Sona, Alieff Irfan dan Holly H.
Selain itu, penulis juga merasakan TikTok mulai popular disebabkan cabaran trending yang tak habis-habis pada tahun ini. Kita mungkin mudah jelik dengan perangai mereka (admit it guys) tetapi kita juga mudah addicted dengannya.
OH YASSS !
Jadi, jawapan untuk soalan relevan lagi ke TikTok ini adalah ya! Lebih 52 juta tontonan setahun dicatatkan oleh rakyat Malaysia saja, manakala sebanyak 62,000 video dimuat naik setiap minggu.
Jom tengok cabaran TikTok mana paling trending untuk 2018, mana tahu korang pernah terpengaruh juga.
Aplikasi WhatsApp sering digunakan untuk memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah.
Ada beberapa perkara asas yang boleh dirujuk oleh pengguna bagi setiap mesej yang dihantar. Contohnya single tick bermaksud mesej sudah dihantar, double tick pula memberi makna mesej sudah diterima, manakala blue tick mesej sudah dibaca.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2014 WhatsApp telah memperkenalkan blue tick, di mana pengirim mesej tidak akan mengetahui sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca atau tidak.
Ramai yang menggunakan sistem blue tick ini untuk mengelakkan sebarang salah faham yang bakal berlaku. Ada diantaranya yang sudah membaca mesej tetapi tidak terus membalas kerana terlalu sibuk sehingga menyebabkan mereka terlupa untuk memberi respon.
Namun begitu, situasi penggunaan blue tick ini walaupun nampak seperti remeh tetapi memberi kesan mendalam kepada pengguna sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental.
Menurut perkongsian Dr Hazreen Rashid di laman twitternya, beliau menjelaskan hanya kerana blue tick dan ‘seen’ di WhatsApp, ia dapat menghancurkan hubungan di antara satu sama lain. Hal ini dilihat berlaku kepada salah seorang pesakitnya di klinik.
Perkongsian doktor ini mendapat respon warganet yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dan situasi yang berlaku antara mereka dek kerana fungsi blue tick ini.
Malah, seorang pakar psikologi juga menyarankan agar pengguna menutup sahaja fungsi blue tick ini kerana ia lebih menyihatkan mental.
Tidak dinafikan sekiranya kita ‘diberi’ blue tick sahaja, mesti korang ada rasa geram dan menganggap seperti tidak diendahkan. Betul tak? Jadi, sebenarnya tidak salah jika fungsi ini digunakan untuk kebaikan bersama.