Ramai yang tahu tentang kisah rumahtangga pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Razak dan bekas isterinya, pelakon popular Rita Rudaini. Banyak liku-liku dilalui pasangan selepas bercerai termasuk bagaimana dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang mungkin sudah lali apabila lama tidak bertemu bapa mereka.
Tak hairanlah, posting Rita Rudaini yang tular semalam bagaimana anak sulungnya memakai satu-satunya jersi tertulis nama Aidil dan nombor keramatnya semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki yang menyaksikan Malaysia dan Thailand seri dengan keputusan 0-0. Pasti sayu bagi yang faham “nilai rindu seorang anak” yang mungkin sudah lama tidak bertemu bapa kandung mereka. Tapi dari post berkenaan juga ada sesetengah netizen yang memberikan jawapan menyakitkan hati.
Hanya kerana up posting ni di instagramnya, Ritarud dianggap tidak boleh move on dalam hubungan bersama bekas suami oleh netizen. Gambar insta ritrud727
Hokay, tak tak kisahlah apa pandangan korang mengenai kes Aidil dan Rita. Tapi perkongsian seorang wanita iaitu Azlin Amira Amran yang juga pernah melalui “zaman pahit” bagaimana dia ditinggalkan dari kecil oleh bapanya yang masih hidup ternyata menjadi viral kerana postingnya amat menyentuh hati.
Banyak sebenarnya kes-kes begini. Lelaki ketika muda, merasakan dirinya sihat dan kuat mungkin tak kisah tinggalkan anak tapi masa depan, ketika melalui hari tua, tak siapa yang tahu nasib diri.
Bagi sesiapa yang pernah melalui situasi ini, ada bapa tapi macam tak ada bapa, mungkin faham maksud di sebalik posting yang tular ini. Bacalah dengan mata hati, hanya orang yang pernah lalui sahaja merasai peritnya.
Wanita ini meluahkan perasaannya apabila melalui alam kanak-kanak tanpa kehadiran bapa. Malah dia sendiri tak sangka postingnya jadi viral. Gambar sumber fb Azlin Amira Amran
Terpanggil nak komen pasal posting Rita Rudaini yang viral hari ini.
Sebab ramai netizen yang otaknya sedikit kurang cerdik kecam Ritrud tak move on lah, minta perhatian dan sebagainya yang teruk lagi perkataannya. Korang tahu tak perasaan seorang ibu yang sedih tengok anak dia rindu belaian seorang bapak kandung dia sendiri?
Yang anak dia tengok orang lain ada je bapak tapi dia tak? Yang orang lain ada je bapak ajar main bola or ada masa main je apa-apa masa waktu bermain. Tapi dia tak?
Seorang anak boleh nampak bapak dia, tapi tak boleh dekat, tak boleh bersentuhan, berpelukan. Korang rasa? Hati ibu mana yang sanggup pisahkan kasih sayang bapak and anak?
Perasaan si bapak kita tak tahu lah macam mana… Pastinya lah dia akan kata sayang… Rindu… Sebab darah daging dia. Hakikatnya?
Buah hati Rita Rudaini. Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Foto instagram ritrud727
Tapi perasaan si anak yang tengah membesar pasti memang tagih kasih sayang, rindu yang sangat, sangat, sangattttt mendalam saat ini. Apa yang dia tahu dia nak bapak dia ada. Macam orang lain. Tapi hakikatnya dia tak faham apa pun yang jadi.
Percayalah… One day bila dia dah besar ada 1 perasaan “KELIRU” dalam diri dia.
Kenapa dia tak ada dah perasaan kasih, sayang, cinta, rindu pada bapak dia macam dia zaman kanak-kanak dulu….
Walaupun mak dia tak pernah hasut, halang, and suruh bencikan bapak dia. Tapi 1 perasaan “KELIRU” tu tetap ada.
Rita Rudaini sentiasa memberi sokongan padu pada anak-anaknya yang juga menunjukkan minat bermain bola sama seperti bapa mereka.Foto instagram ritrud727
Saat itu akan ada si tukang penasihat…
“Eh buruk macam mana bapak kau, dia tetap bapak kau la”
“Eh berdosa kau ada perasaan macam tu. Tu kan bapak kau jugak”
Dan bermacam Eh Eh dan Eh lagi si tukang penasihat tu akan EH kan kau
Zaman kegemilangan si bapak.
Zaman muda si bapak.
Zaman duit berkepuk si bapak.
Sebab tu dia tak kisah dan mungkin tak endah atau tak tahu dan sedar kewujudan anak kecil darah daging dia yang perlu dia lebihkan perhatian juga.
TAPI…..
TUNGGUUUUUUU…..
Zaman jatuh si bapak.
Zaman sakit sibapak.
And pelbagai “zaman” sibapak lagi…
Bukan nak mendoakan yang tak elok.
Tapi itu lah hakikatnya.
Dan masa tu lah dia akan sedar yang dia masih ada ‘BEBERAPA ANAK”. Yang dulu dia pernah “LUPA”…
*********
Semua yang aku menulis pagi buta ni semua yang pernah aku rasa. Malah lagi teruk pernah aku lalui. Biar lah aku sendiri yang rasa, simpan dan pendam.
Sakit bila kau berperang dengan perasaan kau sendiri bila anak kau tanya…
“Mamy kenapa tak ada “ayah” macam ayah ada atuk? Mana ayah mamy?”
“Entah lah nak. Tak tahu mamy nak jawab. Sebab memang mamy tak tahu apa jadi dengan hidup atuk kau tu. Bukan mamy tak pernah nak ambil tahu dulu… Tapi sampai tahap dia sendiri pun sampai tak kenal mamy anak dia….”
Eh tu aku jawab dalam hati je… Aku tak cakap pun macam tu… Hahahaa.
Aku mampu krik krik krikkkkk je. Biar lah diorang tak ada “ATUK” sebelah mamy dia ni. Walau pun masih hidup sihat walafiattttt orangnya.
***
AKU PEGANG KUAT BENDA NI.
BENDA PALING RUGI DALAM HIDUP ANTARANYA JUGA ADALAH MASA MEMBESARKAN ANAK-ANAK YANG KITA TAK NAMPAK DENGAN MATA KEPALA KITA.
MOMENT DENGAN ANAK-ANAK MEMBESAR YANG KITA TERLEPAS…
NAK MENYESAL PUN TAK GUNA.
LAP SAJALAH AIR MATA KAU TU…
Tak pe lah. dah tertulis aku hidup tanpa kasih sayang seorang ayah di dunia. Mana tahu di akhirat aku lebih dari segalanya…
Allah pilih aku rasa semua ni sebab Dia tahu aku mampu laluinya.
-Azlin Amiza Amran-
Terus Kuat
Kehidupan seorang itu tidak sama dengan orang lain. Lebih baik kita sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain. Ahli psikologi pernah memberitahu, orang yang tidak pernah puas dengan kehidupan orang lainlah sebenarnya mengalami kekacauan jiwa dan mereka kekurangan kasih sayang. Jadi chill-chill saja ya, jom doakan yang baik-baik untuk semua orang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Malaysia mencatatkan 2195 lagi kes positif COVID-19 dan di Kelantan sahaja mencatatka kes mendadak naik mencapai 332 kes sehari, manakala Serawak 508 kes dan Selangor 431 kes positif.
Ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan, Menteri Kanan (Keselamatan) semalam , memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula hari ini sehingga 2 Mei depan akibat peningkatan kes Covid-19.
“KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.
Ads
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 396 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Ads
Menurut Astro Awani, perkara ini dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.
Ads
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga turut mengarahkan semua sekolah di tujuh daerah yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup sehingga 24 April.
Pada masyarakat di luar sana, terus kekal duduk rumah dan elakkan berada di luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Sejak episod program Late Night With Seth Meyers keudara di saluran NBS lewat Isnin minggu ini, ramai penonton dan penduduk dunia meluahkan rasa khuatir mereka di platform media sosial.
Ia berikutan kenyataan yang keluar dari mulut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menjadi tetamu program temubual tersebut mengenai aspek keselamatan yang berbaur pro-Israel.
Menurut Biden, beliau berpendapat Israel perlu untuk mempertahankan ‘negara’ yang mereka jajahi sejak tahun 1948 demi memastikan penduduk Yahudi di dunia akan terus hidup dengan selamat.
“Anda tidak perlu menjadi seorang Yahudi untuk menjadi Zionis.
“Saya seorang Zionis. Jika tidak ada Israel, tiada seorang pun orang Yahudi di dunia ini akan selamat,” kata beliau yang terlebih dahulu menolak seruan genjatan senjata dan peperangan yang dilaungkan oleh pemimpin dunia terhadap konflik Palestin-Israel.
“Ramadan bakal menjelang dan terdapat persetujuan daripada pihak Israel untuk tidak terlibat dalam aktiviti sewaktu Ramadan demi memberikan kami masa untuk berusaha melepaskan tebusan di sana.
“Ia juga memberi masa untuk banyak negara-negara Arab bersedia turut bergerak ke arah yang sama (dengan Amerika Syarikat). Sebagai contoh, Arab Saudi sudah bersedia untuk mengiktiraf Israel (sebagai sebuah negara). Juga Jordan (dan) Mesir serta enam negara lain. Saya sedang berunding dengan Qatar,” katanya.
Tambah Biden lagi, beliau akan terus perjuangkan rundingan untuk genjatan senjata sementara sebagai jalan penyelesaian dua negara tersebut.
Biden percaya Amerika Syarikat boleh menjamin keselamatan Israel dan penduduknya serta membebaskan Palestin.
Klik pautan di bawah bagi menonton temubual penuh Biden bersama Seth Mayers.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tidak pernah sunyi dari dikunjungi puluhan ribu pengunjung yang akan memenuhinya setiap saat melakukan amal ibadat.
Namun sejak 27 Februari lalu di mana Arab Saudi telah menggantung visa mengerjakan umrah bagi mengelak penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa selain sudah merebak ke puluhan negara, ternyata masjid-masjid yang amat dirindui oleh umat Islam ini mulai sepi dari kunjungan orang ramai. Sesuatu yang amat jarang kelihatan.
Semalam, perkongsian Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain membawa khabar gembira buat seluruh umat Islam.
Menurutnya, dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas situasi COVID-19 ditangani.
“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam yang keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.
“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
“Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” kata Sheikh Sudais.
Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik global ini cepat berakhir.
“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” katanya.
Rata-rata netizen gembira, bersyukur dengan perkhabaran ini dan berharap dapat menunaikan haji.
Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah bagi mengekang penularan COVID-19. Ia juga menggantung ibadah umrah akibat wabak itu.
Moga umat Islam dapat bersabar dengan ujian yang melanda kita semua ini.