Gara-gara keletihan akibat berpuasa selama 12 jam yang dijalani di Norway, pasangan suami isteri Hairi Muhamad dan isteri, Norliha Khamis berhadapan dengan tuduhan mendera anak-anak mereka.
Sejak Mei lepas, Hairi, 42, yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan Norliha, 42, hilang hak penjagaan lima anak mereka berusia empat dan 16 tahun selepas disiasat pihak berkuasa susulan aduan seorang anak mereka yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Sebuah akhbar tempatan yang menemu bual adik Hairi, Hasrol, melaporkan pada awal Ramadan lepas, seorang daripada anak pasangan itu yang mungkin letih kerana berpuasa, ditegur gurunya dan memaklumkan dia tertekan kerana berpuasa waktu lama (melebihi 12 jam).
Hasrol berkata, guru itu mungkin berpendapat kanak-kanak terbabit didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.
Laporan Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Kementerian Luar mengesahkan pasangan rakyat Malaysia, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis, sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway, sedang memantau perkembangan kes itu. “Kedutaan Malaysia juga telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras peruntukan Konvensyen Vienna 1963.”
Katanya, pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan agensi tempatan berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan keluarga itu dipelihara, termasuk memastikan anak mereka ditempatkan bersama keluarga Islam.
Wisma Putra berkata, ia turut mengarahkan pegawai Kedutaan Besar Malaysia hadir dan mengikuti prosiding perbicaraan kes itu pada 4 hingga 6 Nov ini.
Ads
Anak dijaga bukan keluarga Islam
Dalam pada itu, Harian Metro turut melaporkan, anak-anak pasangan ini kini dijaga oleh pasangan bukan Islam susulan dari kejadian ibu bapa mereka ditahan.
Dalam pada itu, adik kepada Hairi, Hasrol Muhammad, 33 bersyukur kerana pihak kerajaan membantu Along dan Kak Longnya dalam perbicaraan tersebut.Kami sekeluarga berharap Along dan Kak Long berjaya mendapat semula hak penjagaan anak-anak mereka,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Adik kepada Hairi Muhamad, 42, itu berkata, sekiranya abang dan kakak iparnya, Norliha Khamis, 42, tidak berjaya dalam kes itu, mereka sekeluarga berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu supaya semua anak pasangan itu dibawa pulang ke Malaysia.
Ads
“Kami sekeluarga akan jaga anak mereka. Kami hormat undang-undang negara lain tetapi, biarlah anak-anak Along dibawa pulang ke Malaysia dan tidak diletak di bawah jagaan keluarga bukan Islam di sana.
“Bukan saja Along dan Kak Long, kami semua di sini risau kerana di sana tidak ramai orang Islam, kami bimbang soal pemakanan anak-anak itu, apatah lagi soal ibadat mereka. “Along beritahu anak-anaknya sebelum ini boleh berbahasa Melayu dengan baik, namun kini lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Norway berbanding bahasa Melayu,” katanya yang ditemui di Pasir Gudang.
Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan manakala Norliha seorang suri rumah menetap di Stord, Norway, sejak lebih 10 tahun lalu.
Hasrol memuat naik kisah abangnya itu di Facebook (FB) Ahad lalu, bertujuan mendapatkan bantuan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah dihadapi pasangan berkenaan.
Ads
Menurutnya, sejak kisah itu tular, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Luar Negeri memandang serius perkara berkenaan.
“Along beritahu, Kedutaan Malaysia juga sudah menghubunginya untuk memberi bantuan guaman bagi menggantikan peguam sedia ada dan mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan anak-anak dari jagaan keluarga bukan Islam,” katanya.
Ditanya lanjut mengenai kejadian itu, Hasrol berkata, pada awal Ramadan lalu, seorang daripada anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya. “Seorang anak Along kelihatan muram di sekolah menarik perhatian gurunya. Apabila ditanya guru punca dia berkelakuan sedemikian, dia tidak jawab, jadi gurunya minta dia meluahkan perasaannya dalam kertas.
“Luahan hatinya itu yang menggambarkan dia berasa tertekan dengan kehidupan di rumah apabila dipaksa bersolat dan mengaji al-Quran, selain dihadkan daripada menggunakan media sosial. “Selepas itulah siasatan bermula dan seterusnya semua anak Along diambil dari jagaan mereka,” katanya.
Hasrol berkata, ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat tidak putus berdoa dan solat hajat mendoakan kemenangan berpihak kepada Hairi dan Norliha.
“Mereka serah pada saya dan seorang kakak untuk membantu mencari penyelesaian terbaik dalam membantu Along dan Kak Long,” katanya.
Sumber : FMT & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di kediamannya di Halaman Meru Impian, Meru Raya, petang tadi.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, berusia dua tahun tiga bulan bermain seorang diri di bahagian ruang tamu rumah.
Ketika kejadian, anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.
“Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.
“Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.
Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan,” katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.
Terjawab sudah persoalan siapakah yang dipilih oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah mengenai siapakah yang akan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di separuh akhir Muzik-Muzik ke-35.
Pelantun lagu ikonik Janji Manismu & Cinta Beralih Arah yang pernah memenangi Juara Lagu iaitu Aisyah menjadi pilihan mereka untuk membawakan runut bunyi drama popular TV3, 7 Hari Mencintaiku 2 itu.
Pada hemat penulis, Aisyah adalah penyanyi yang paling sesuai untuk membawakan lagu tersebut. Pengalaman dan suara milik beliau dilihat bersesuaian untuk menangkap mood Aku Bidadari Syurgamu.
Secara keseluruhannya, Aisyah telah menyampaikkan dengan baik. Bagaimanapun, ramai yang merasakan Aisyah mungkin kelihatan sedikit cemas dan mungkin sekali dibayangi oleh pengaruh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada lagu itu.
Senang cerita, sedap je penyampaiannya tapi seperti ada yang kurang di situ.
Peminat Kecewa?
Respect
Inginkan Misha Omar
Apa pendapat korang? Adakah Aisyah telah melakukan yang terbaik untuk lagu tersebut?
Cuba korang judge sendiri.
Apapun, sebuah lagi lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza turut dipertandingkan pada malam ini. Lagu 7 Nasihat dinyanyikan oleh Kmy Kmo, Luca Sicta dan pengganti TokTi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mampukah kedua-dua buah lagu mara ke Anugerah Juara Lagu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam bulan Ramadan ini, adakala kita terlupa untuk mengeluarkan lauk mentah terlebih dahulu sebelum mula memasak sekitar jam 5.00 petang ke atas. BIla melihat waktu yang semakin ke penghujung dan khuatir makanan tidak sempat dimasak, kita akan merendam lauk mentah sejuk beku ini ke dalam air panas untuk memudahkan proses nyah beku berlaku dengan cepat. Malah baru ini tular ada pengguna di media sosial berkongsi menggunakan hair dryer untuk menyah beku dengan lebih cepat dan cara ini dianggap tepat oleh pengguna lain.
Namun sebaliknya semua tindakan sebegini akan merosakkan lauk mentah tersebut dan boleh mendatangkan risiko jika terus dimasak. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi teknik defrost yang tepat untuk semua.
Ambil tahu cara-cara defrost bahan mentah dengan selamat!
Jangan cuba cara-cara yang pelik yang akan menjadikan makanan kita tidak selamat untuk dimakan pula.
Adakah defrost atau nyabekuan adalah penting dalam proses penyediaan makanan?
Ya, kerana jika bahan mentah tidak dicairkan dengan betul, iaitu masih berais & keras di dalam, maka makanan itu tidak akan masak dengan sempurna lagi-lagi jika di goreng. Kerana bahagian beku khususnya bahagian dalam tidak dapat dimasak dengan sempurna dan masih mentah!
Cara-cara defrost yang betul ialah:
Keluarkan bahan mentah daripada bahagian sejuk beku ke bahagian chiller dalam peti sejuk beku. ini adalah kaedah yang sangat selamat kerana pesekitaraan suhu yang terkawal. Gunakan bekas yang bertutup supaya darah cair dari bahan mentah tidak cemarkan makanan lain dalam peti sejuk. Tetapi cara ini akan ambil masa yang lama. Jika anda nak masak untuk buka puasa, bolehlah keluarkan bahan mentah pada waktu pagi dan sedia guna pada waktu petang.
Rendam dalam bekas yang bersih di bawah air paip yang mengalir berterusan sehingga bahan mentah terpisah & menjadi lembut. cara ini ambil masa dalam 20-30 minit & senang.
Gunakan microwave. Pilih button defrost dan pilih masa yang sesuai.