Baru-baru ini, gelagat lucu personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona mencuri perhatian ramai apabila beliau meminta bapanya untuk berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang sempurna bersempena 10 malam terakhir Ramadan.
Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di media sosial, bapa kepada Leona yang juga merupakan pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman berkongsi tangkapan layar mesej beliau bersama Leona.
“Daddy please pray for me to meet the most perfect jodoh for me in these last 10 nights of Ramadan”
Kredit: Instagram Azhar Sulaiman
“You know parents doa is the most powerful and I’m really hoping it will come true,” kata Leona.
Sama seperti anak-anak yang lain, Leona percaya bahawa doa daripada ibu bapa selalunya berkat dan mudah dikabulkan oleh Allah SWT.
Ads
Lebih-lebih lagi, buat umat Islam yang kini menuju 10 hari terakhir Ramadan. Ramai yang mengejar peluang untuk beribadah dengan lebih baik dan mengejar peluang untuk mendapatkan ganjaran yang boleh diraih pada bulan mulia ini.
Dalam pada itu, Azhar Sulaiman juga turut mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.
“Assalamualaikum, daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you for Dunia dan Akhirat,” balasnya kepada Leona.
Ads
“No doctor or architect, accountant yes!,” ujar Azhar berseloroh.
Selain itu, beliau juga sempat menulis di ruangan komen bahawa antara tempat yang terbaik mencari jodoh adalah di sekitar beberapa kawasan di Lembah Klang.
Ads
“The best is kalau jodoh duduk di Penchala, TTDI, Bangsar, Damansara, Subang, Taman Keramat, Taman Melawati, Taman Megah dan Kelana Jaya,” komen Azhar.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai warga internet yang mendoakan agar puteri kepada pelakon itu bertemu dengan pasangan yang terbaik dan berkata tiada yang mustahil jika diizinkan oleh Allah SWT.
Walau bagaimanapun, kami di Remaja juga turut mendoakan yang terbaik untuk Leona dan keluarga Azhar Sulaiman. Semoga keharmonian keluarga ini sentiasa diberkati, InsyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon versatil tanah air, Azhan Rani, meluahkan rasa sedih dan simpati kepada rakan seindustri, Amyza Aznan, selepas kehilangan putera sulungnya, Andre Mikhail, yang telah kembali ke Rahmatullah, semalam.
Dalam perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Azhan Rani menzahirkan kata-kata empati dan doa buat Amyza serta keluarga.
“Aku tahu ramai dah cakap tentang sabar, kuat, dan redha. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ni.
“Dari kita shooting sama-sama lagi baru-baru ini, aku tau kau banyak simpan macam-macam yang kau tak nak tunjukkan pada orang lain disebalik gurau gelak kau yang macam tak ada apa-apa setiap hari di set itu.
“Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah yang punya kuasa,” katanya.
Selain itu, pelakon drama Nur itu turut mendoakan agar Amyza dan keluarga sentiasa tabah menghadapi saat sukar ini.
“Apa pun aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kau. Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang-orang yang beriman.
“Syurgalah tempatnya insya-Allah. Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih shooting di Sarawak ini. Insya-Allah ada rezeki nanti aku ziarahmu.
“Moga dimudahkan serta lancar segala urusan. Al-Fatihah buat Allahyarham Andre Mikhail bin Khairil Izhar,” coretnya panjang.
Terdahulu, jenazah Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdanakira-kira jam 10.40 pagi tadi. Jenazah Allahyarham terlebih dahulu dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3 sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.30 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur, selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang untuk beraksi di pentas finale Asia’s Got Talent musim ketiga sudah lebih mencukupi untuk peserta berkumpulan dari Malaysia, NAMA.
Sebaik saja berakhir episod finale Asia’s Got Talent kelmarin, semua orang masih bercakapkan mengenai penyertaan kumpulan penyanyi berhijab ini.
NAMA menyangkal segala tohmahan kononnya mereka tidak boleh pergi jauh apabila mereka menerima tiket ‘Pilihan Juri AGT’ pada peringkat separuh akhir. Sekaligus, ia bermakna mereka adalah yang terbaik di kalangan peserta yang bertanding pada peringkat itu.
Bagi Nur Farahida Dolhadi, dia amat berterima kasih atas sokongan semua yang menonton dan mengundi mereka. Walaupun tidak berjaya menempah tempat pertama, tetapi perjalanan muzik NAMA masih jauh lagi.
Farah juga baru saja memperdengarkan single barunya beberapa hari lalu dengan tajuk ‘Jadi Tak Keruan’ di Spotify. Jadi pastikan korang dengar dan support okay.
Syamimi juga bersyukur mereka berempat mengambil keputusan untuk mencuba nasib di AGT. Pengalaman beberapa bulan ini telah mengajar mereka maksud percaya, sahabat, kesabaran dan bersyukur.
“Kami berterima kasih kepada team produksi yang sangat baik dan membantu. Juga kepada korang semua yang menyokong kami, ini hanyalah permulaan.
Seperti yang diperkatakan oleh Norfazira Malik, peluang NAMA untuk dipilih sebagai judges’ pick dan mara ke peringkat finale adalah pengalaman yang sangat berharga.
Peminat Harapkan Single
Bagi REMAJA, NAMA adalah bakat baharu yang telah memberi inspirasi kepada ramai remaja seperti korang yang sedang tercari-cari bagaimana cara terbaik untuk mengejar cita-cita dan minat.
Walaupun mereka bergelar tenaga pengajar, minat dan bakat dalam bidang muzik tak dipersiakan begitu saja.
Buktinya, ada yang bertanyakan bila NAMA akan muncul dengan album, bila akan membuat persembahan live di Malaysia dan sebagainya.
Wargamaya pada waktu ini, telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Antara nama artis yang terpalit dan disenaraikan ialah pelakon, Nadhir Nasar.
Oleh hal demikian, pelakon drama hit Projek: High Council itu tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi coretan panjang lebar di platform X miliknya.
Jelasnya, jika menamatkan kontrak lebih awal, dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani.
“Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestin). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri.
“Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melawan. Saya buat apa yang saya mampu, InsyaAllah dengan izin tuhan.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah,” coretnya panjang.
Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini.
Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap mereka.
Namun, warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Ramai pihak juga turut menzahirkan kurang senang berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.