Apabila penyanyi terkenal, Adira Suhaimi menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2) bersama anak sulungnya, Anggrek, ramai yang tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap gandingan ibu dan anak itu.

Bukan kerana Anggrek tidak berbakat, sebaliknya faktor usianya yang masih muda berbanding peserta lain menyebabkan ramai beranggapan mereka sukar untuk bertahan lama dalam pertandingan berkenaan.

Ramai Ragu-Ragu Pada Awalnya, Anggrek Kini Antara Peserta Paling Menyerlah TTMM2 -“Saya Ingatkan Dia Tak Dapat Bertahan”

Namun, tanggapan tersebut ternyata meleset apabila Anggrek berjaya mencuri perhatian penonton menerusi persembahan yang konsisten dan bertenaga hampir setiap minggu. Kelincahan serta keyakinannya di atas pentas membuatkan ramai mula melihat potensinya sebagai seorang penghibur cilik yang berbakat.

Mengulas mengenai perjalanan mereka dalam program tersebut, Adira, 35, mengakui dia sendiri tidak menyangka Anggrek mampu melangkah sejauh ini dan kekal bertanding sehingga minggu ketujuh.

Ads

Ramai Ragu-Ragu Pada Awalnya, Anggrek Kini Antara Peserta Paling Menyerlah TTMM2 -“Saya Ingatkan Dia Tak Dapat Bertahan”

“Saya tak mahu cakap anak sendiri hebat, kedengaran terlalu riyak pula, namun bakat yang dimilikinya adalah pinjaman daripada Allah SWT.

“Sejujurnya, saya pun tak jangka yang Anggrek boleh bertahan sampai minggu ketujuh. Pada awalnya fokus saya mungkin buat saja-saja, ambil pengalaman pendedahan atas pentas.

“Saya ingatkan dia tak dapat bertahan sebab kurang yakin disebabkan usianya, namun Anggrek buktikan mampu lakukan,” katanya.

Ads

Ramai Ragu-Ragu Pada Awalnya, Anggrek Kini Antara Peserta Paling Menyerlah TTMM2 -“Saya Ingatkan Dia Tak Dapat Bertahan”

Jelas Adira lagi, penyertaan Anggrek pada awalnya lebih kepada memberi peluang buat anaknya merasai pengalaman beraksi di atas pentas dan membina keyakinan diri, tanpa meletakkan sasaran yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun, prestasi yang ditunjukkan Anggrek dari minggu ke minggu membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menyerlah. Malah, persembahan mantap yang dipamerkannya berjaya mengubah persepsi ramai terhadap kemampuan peserta cilik itu.

Ads

Ramai Ragu-Ragu Pada Awalnya, Anggrek Kini Antara Peserta Paling Menyerlah TTMM2 -“Saya Ingatkan Dia Tak Dapat Bertahan”

Kini, perjalanan Anggrek dalam TTMM2 terus menjadi perhatian penonton yang tidak sabar menantikan aksi seterusnya daripada anak sulung Adira tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kosmo! 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads