Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal dari Korea Selatan, Song Ji Hyo? Pelakon dan bintang Running Man itu amat disayangi oleh peminatnya dek kerana sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Ji Hyo; Bukan Sahaja Cantik Namun Pandai Menggunakan Bahasa Isyarat
Namun, baru-baru ini kecoh apabila bintang itu mendedahkan pada portal media sensasi, Dispatch berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif Uzurocks, Park Joo Nam yang membelanjakan wang syarikat untuk bayaran kereta Porschenya.

Hal itu menjadi isu besar disebabkan CEO tersebut masih berhutang sebanyak ₩900 juta KRW (kira-kira $671,000 USD) kepada Song Ji Hyo setelah menangguhkan bayaran beberapa projek artis tersebut.
Setakat ini, Uzurocks telah menangguhkan pembayaran mereka kepada bintang Running Man itu sebanyak lapan kali — tarikh pembayaran “yang dijanjikan” mereka ialah 10 Februari, 12 Februari, 28 Februari, 10 Mac, 31 Mac, 10 April dan 30 April.

Setelah sekian lama bersabar, pelakon berusia 41 tahun itu akhirnya mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dan penderitaan yang pekerja syarikat itu harus tanggung disebabkan ketamakan CEO syarikat tersebut.
“Saya akan baik-baik saja, walaupun saya tidak mendapat wang itu sekarang. Namun pekerja di syarikat itu menanggung sengsara sehinggakan kad kredit mereka telah ditolak, dan plan talian telefon bimbit mereka turut dipotong.
Yuran pajakan Porschenya sahaja sudah mencecah ₩2.00 juta KRW (kira-kira RM6,736) sebulan. Jumlah wang tersebut merupakan purata gaji sebulan pekerja syarikatnya yang bergantung kepada duit tersebut sebagai kos sara hidup,” katanya.

Pekerja Syarikat Kongsi Jasa Baik Song Ji Hyo
Pekerja syarikat tersebut juga berkongsi cerita tentang bagaimana Song Ji Hyo secara peribadi telah membantu krisis kewangan mereka menggunakan duitnya sendiri.
“Tahun lepas, saya mengalami kemalangan jalan raya dan terpaksa menjalani dua pembedahan. Bil hospital yang mencecah lebih RM33,877 ditanggung sepenuhnya oleh Song Ji Hyo.
Beliau turut berada di sebelah saya ketika kemasukan ke bilik kecemasan dan sanggup menemani saya di wad pada waktu malam. Doktor semua terkejut dengan situasi tersebut,” ujar Pekerja “A”
“Song Ji Hyo juga sentiasa membayar tambang teksi saya selepas tamat jadual pengembaraan. Apabila pengurus sibuk, dia sendiri akan memandu kami ke jadual seterusnya. Bagi saya, dia bukan seorang selebriti, tetapi seorang kakak,” luah Pekerja “F”
Anda mungkin berminat dengan
Tindakan undang undang juga telah diambil oleh pihak selebriti itu dalam memperjuangkan nasibnya dan pekerja yang lain. Hwaiting, unnie!
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch
∞
Hari ini masuk hari ke lapan umat Islam yang sempurna akalnya berpuasa. Istimewanya Ramadan ini, ia tidak seperti bulan lain. Ramadan begitu istimewa kerana al-Quran diturunkan pada bulan ini sebagai panduan umat Islam.
Ramadan juga bulan suci dan penting bagi umat Islam. Ayat-ayat pertama Al-Qur’an diturunkan pada bulan ini. Setiap kebaikan dilakukan, pahalanya beribu kali ganda dilipatkan.
Para ulama bersepakat, Ramadan adalah bulan berlimpah ruah dan mulia yang harus direbut oleh setiap muslim, memperbanyakan ibadah kerana nyawa manusia zaman ini tidak mampu menyamai zaman Nabi yang berusia ribuan tahun. Sebab itulah kalau tak pandai membaca al-Quran, cukuplah dengar, pahalanya tetap dikira. Begitulah kasihnya Allah kepada makhluk ciptaanNya.
Namun dalam menjalani ibadah puasa, ada enam adab yang perlu kita ketahui. Kalau tak betul-betul menjaga adab ini, puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga sajalah. Sia-sia kata orang!

Baca perkongsian dari pan page FB PONDOK HABIB mengenai adab puasa ini.
Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad dalam kitabnya Nashaihud-Diniyyah berpesan kepada kita untuk menjaga Adab kita selama berpuasa. Menurut beliau, seorang yang berpuasa tidak akan sempurna pahala puasanya, kecuali dengan menjaga adab.
Di antara adab-adab yang harus dijaga orang yang berpuasa menurut Habib Abdullah Al-Haddad adalah :
- Menjaga lidahnya dari dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.
- Menjaga kedua mata dan telinganya dari mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang di anggap berlebihan.
- Menjaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubhat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal.

- Menjaga semua anggota tubuhnya dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi Sempurna dan Bersih. Banyak orang yang puasa hanya menahan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merusakkan puasanya dan menyia-nyiakan pahala puasanya. Nabi SAW bersabda : “Banyak orang yang puasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan haus.”

5. Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya atas orang yang puasa maupun yang tidak puasa. Akan tetapi orang yang puasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda : “Puasa itu perisai. Maka paha hari kamu berpuasa, jangalah ia berkata keji dan jangan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku puasa”
6. Termasuk adabnya pula, ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri untuk beribadah kepada Allah dan menyebut Nama-Nya sebanyak mungkin. Janganlah banyak mengurusi dunia kecuali bila sangat mendesak bagi kebutuhannya atau anak-anak yang wajib di urusinya. Hal itu di sebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti kedudukan Jum’at di antara hari-hari. Oleh karena itu orang mu’min harus menjadikan hari Jum’at dan bulannya ini untuk akhiratnya.
Mudah-mudahan Allah swt menguatkan hati kita untuk bisa beribadah dan terus mengingat Allah SWT baik disiang maupun malam hari. Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan pahala yang berlimpah bagi kita dibulan ini. Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin
So korang kalau ada betul-betul faham adab dalam Ramadan ini, jangan lupa datang ke KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #Betul Betul Raya pada 1-3 Jun ini. Ada macam-macam aktiviti yang betul-betul best yang boleh korang tengok.

#Karnival 2018 -Betul Betul Raya
#Ideaktiv
∞
Keberadaan pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim dan rakan pelakon lain seperti Ikmal Amry, Sophie Koshka dan Fimie Don di Saga, Jepun untuk menjalani penggambaran naskhah baharu terbitan VIU Malayisa, ‘From Saga With Love’ telah mendapat tumpuan media dari Jepun.

Menerusi hantaran di Instagram Siti dan akaun produksi Red Comms Films, mereka berkongsi detik membanggakan apabila pasukan produksi tersebut disambut oleh Gabenor daerah Saga sendiri, Mr. Yamaguchi Yoshinori sebagai tanda penghargaan kerana mempromosikan lokasi luar bandar itu menerusi naskhah tempatan.

Pada kesempatan itu, Siti mewakili rakan pelakon ‘From Saga With Love’ telah ditemu bual oleh petugas media Jepun bagi paparan segmen berita di sana.

“Saya berharap menerusi naskhah ini, ia dapat menemui penonton di negara-negara luar dari Jepun yang mempunyai platform penstriman VIU termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand misalnya.
“Moga-moga mereka berminat untuk melawat Saga, Jepun untuk mendalami budayanya dan menikmati kecantikannya,” ujar Siti yang manis menyarungkan busana kurung moden merah jambu rekaan Rizman Ruzaini pada acara tersebut.



Turut ditemubual oleh pemberita di sana ialah pengarah naskhah From Saga With Love, Umie Salwana Omar.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati rakan-rakan selebriti Malaysia turut berbangga apabila melihat Siti dan para pelakon lain mendapat peluang untuk secara tidak langsung mewakili Malaysia di kaca televisyen Jepun.
“So proudd.” – Mawar Rashid
”Wahhh.. Tahniah babe!” – Indah Ruhaila
”So proud babygirl.” – Nadia Brian
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tanatkan Pra Diploma Di Jepun
Penggambaran ‘From Saga With Love’ dijadualkan bermula pada hari ini bersama empat orang pelakon utamanya itu.
Hhm, agaknya bagaimana jalan cerita nashkah bagi Viu Malaysia itu ya? Tak sabar nak menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Datang dalam pelbagai rekaan dan jenama terkenal,pastinya si pemakai akan kelihatan stailo dan cool habis berjalan di hadapan khalayak ramai!
Menariknya tentang Safilo, korang boleh cari pelbagai jenama tersohor dan jenis kaca mata pada satu tempat ia termasuk Carrera, Polaroid, Jimmy Choo, Dior, Hugo Boss, Kate Spade, Fendi, Tommy Hilfiger dan banyak lagi la.



Kebanyakannya kaca mata untuk musim Luruh & Sejuk kali ini datang dalam pelbagai rekaan terutama bingkainya yang aneka bentuk dan material yang pelbagai. Bentuk kaca mata pula ada bulat, cat eye dengan shade yang gelap atau dua tona. Untuk belian kaca mata baru kamu, mungkin ciri-ciri tersebut perlu difikirkan kamu selain bentuk wajahmu.



Koleksi kaca mata hitam Safilo dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi di mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Safilo Fall/Winter 2019, sila layari www.safilo.com
∞