
Dalam kita teruja untuk mengetahui informasi terbaru mengenai wabak virus Corona yang semakin menular, jangan pula kita sesuka hati dan sesedap kata menyampaikan sebarang maklumat yang salah mengenainya.
Seorang suspek berusia 34 tahun telah ditahan semalam di kediamannya di Bangi, Selangor setelah disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai virus Corona.
Penahanan tersebut telah dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut MCMC,
“Penahanan ini bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di Facebook pada 26 Januari 2020. Kandungan mengenai wabak virus Corona itu didapati palsu.”

Suspek yang dirampas telefon bimbit dan kad sim bagaimanapun tidak bertindak sendirian. MCMC sedang giat untuk mengesan 3 lagi suspek untuk membantu siasatan.
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Ini jelas menunjukkan ketegasan pihak berkuasa untuk memastikan sebarang aktiviti memulakan, menyampaikan dan menyebarkan berita palsu di platform media sosial dapat dibendung.
Jangan main-main tau!
*
Biarlah pihak yang lebih pakar untuk menyelesaikan perkembangan terbaru mengenai virus ini.
Seperti di China, hospital khas untuk merawat pesakit virus Corona telahpun siap tak sampai seminggu!
Selesai Dalam 48 Jam, Hospital ‘Instant’ Pesakit Koronavirus Mula Beroperasi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Lagi BBNU, 8 Peserta Big Stage Ini Telah Tamatkan Zaman Bujang

Kalau sudah jodah tidak ke mana.
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang dalam kalangan para peserta Big Stage kebelakangan ini telah menggamit perhatian peminat. Pada usia remaja di bawah 25 tahun, mereka membuktikan tiada salahnya untuk melangsungkan pernikahan sekiranya diri telah bertemu dengan pasangan yang tepat dan paling bersesuaian dengan kita.
Terbaru, Naib Juara Big Stage musim pertama iaitu Syafiq Farhain telahpun mendedahkan bahawa dirinya kini telah bergelar suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Niat Merahsiakan, Syafiq Farhain Akui Bergelar Suami Orang – REMAJA
Syafiq, 28 mengakui telahpun bernikah di kampung halaman mereka berdua di Terengganu dan lebih selesa untuk mengekalkan privasi hubungan tersebut. Bukanlah untuk mengelak daripada ia dihidu oleh rakan media mahupun peminat, kata Syafiq dia tidak sesekali akan menafikan status ‘suami orang’ itu jika ada yang bertanyakan kepadanya.
Selain Syafiq, rupa-rupanya terdapat tujuh lagi bekas peserta Big Stage lain yang telahpun menamatkan zaman bujang tau. Jom lihat siapakah mereka ini.
Fara Hezel
Tarikh Perkahwinan : 20 Disember 2019

Dinda Permata
Tarikh Perkahwinan : 24 Julai 2021

Qody Rany
Tarikh Perkahwinan : 5 Mac 2020

Sheryl Shazwanie & Azzam Sham
Tarikh Perkahwinan : 1 Januari 2022

Tajul
Tarikh Perkahwinan :10 Disember 2017

Usop
Tarikh Perkahwinan : 4 Februari 2022

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantik! Ingatkan Foreigner..” Peminat Kirim Ucapan Tahniah Usai Usop Tamat Zaman Bujang – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 21 [REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/MAIN-9.jpg)
Pada tahun 2015 kita telah diperkenalkan dengan filem ‘Goosebumps’ yang mengetengahkan Jack Black selaku teraju utama dengan memegang watak sebagai penulis novel seram popular, R.L. Stine. Menerusi filem pertama juga kita diperkenalkan dengan premis bahawa buku-buku yang ditulis oleh R.L. Stine telah menghidupkan karakter-karakter monster di dalamnya.
Jadi bagaimana pula pula dengan filem sekuel yang diberi judul ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’? Well, secara dasarnya ini bukanlah sekuel secara langsung daripada filem pertama kerana ia berlaku di tempat yang berbeza dan mengetengahkan tiga karakter utama yang pertama kali diperkenalkan.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 22 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/1-18.jpg)
Tiga kakrakter tersebut ialah Sonny Quinn dan kakaknya, Sarah Quinn dan seorang lagi kawan baiknya, Sam Carter. Walaupun mengetengahkan karakter yang berlainan namun jalan ceritanya masih berkisar dalam universe yang sama. Malah, Jack Black juga turut melakukan kemunculan istimewa di dalam filem ini… which is interesting kerana plotnya mungkin membawa kepada pengembaran baharu dalam sekuel akan datang. Mungkin…
BACA: [KUIZ] Bekas DEWI REMAJA Yang Manakah Korang?
Plotnya ringkas dan sangat straight forward. Sonny dan Sam ingin memulakan kerja sambilan untuk mencari duit poket dengan melancarkan bisnes pelupusan sampah. Dan suatu hari mereka dijemput untuk mencuci sebuah rumah tinggal. Di dalam rumah tersebut mereka menemui sebuah buku atau manuskrip novel. Selepas membukanya, patung Slappy the Dummy telah muncul dan hidup.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 23 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/3-12.jpg)
Kemunculan Slappy pada mulanya disangka mereka sebagai pembantu mereka yang mempunyai kuasa ajaib. Namun tanpa mereka sedari, Slappy merupakan entiti asing yang mempunyai misinya tersendiri. Slappy kemudian menjadikan seluruh pekan Wardenclyffe dihantui oleh pelbagai monster ciptaan sempena Halloween menjadi hidup.
Sebagai seorang kakak, Sarah pula perlu menjadi ketua bagi mencari jalan bagaimana untuk menghalang Slappy dengan misi jahatnya.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 24 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/2-13.jpg)
Satu perkara yang REMAJA suka dengan filem ini ialah kesederhaan elemen seram dan komedi yang dibawanya. Tidak salah jika REMAJA katakan inilah antara ‘popcorn movie’ yang paling kami enjoy menontonnya dalam masa terdekat.
Lakonan pelakon mudanya juga agak baik dan membantu plotnya yang cukup ringkas. Kesan khas dan pelbagai praktikal efek juga menarik perhatian kami. Gabungan dua elemen ini telah menjadikan ‘Goosebumps 2’ sebagai sebuah filem seram yang ‘hidup’ dan tidak membosankan.
Jika korang minat dengan filem yang simple, seram tapi kelakar inilah filem yang wajib korang tonton buat masa sekarang. ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’ akan mula ditayangkan di seluruh negara mulai esok!
RATING: 3.5/5
CONTEST ‘GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN’
5 X HADIAH UTAMA
T-shirt Edisi Terhad ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Bucket ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 25 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_T-shirt-212x300.png)
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 26 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_Bucket_v1-300x300.jpg)
5 X HADIAH KEDUA
Beg tote ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 27 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/Trick-or-Treat-Bag-166x300.jpg)
2 X HADIAH SAGU HATI
Buku nota ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 28 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_Notebook_v1-300x300.jpg)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Filem Korea Terkenal Ini Rupanya Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Selain daripada menghasilkan karya drama terbaik, Korea juga banyak menerbitkan filem-filem yang menarik untuk ditonton. Terdapat banyak filem Korea yang mendapat jumlah kutipan yang tinggi, antaranya Miracle In Cell No. 7, Train To Busan dan Extreme Job.
Namun, mungkin ramai yang tak tak bahawa terdapat beberapa cerita yang difilemkan itu sebenarnya adalah diinspirasikan daripada kisah benar.
Berikut merupakan antara 10 filem Korea yang diadaptasi menurut kisah realiti.
1. Memories of Murder
Filem ini diadaptasi daripada kisah pembunuh bersiri pertama di Korea Selatan. Walaunpun ia tidak disebut, namun pada tahun 1986 dan 1991, 10 orang wanita didapati dibunuh di Hwaseong. Tapi, filem Memories of Murder ini memberi fokus kepada cerita dua orang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri tersebut.
2. The Chaser
Berdasarkan pembunuh bersiri Korea, Yoo Young Chul juga mengakui bahawa dirinya seorang kanibal. Dia telah membunuh 21 orang, kebanyakannya pelacur dan lelaki tua yang kaya. Young Chul melakukan jenayahnya itu di antara September 2003 dan Julai 2004. Menurut kenyataan yang di buat di kaca TV, lelaki itu berkata “Wanita tidak boleh menjadi pelacur dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan.”
3. Northern Limit Line
Filem ini ditayangkan pada tahun 2002 berdasarkan peristiwa kehidupan sebenar sewaktu Pertempuran Kedua Yeonpyeong. Kisah ini menceritakan tentang bot peronda Korea Utara yang menyeberang ke perairan Korea Selatan melancarkan serangan mengejut keatas bot peronda Korea Selatan Chamsuri 357.
Insiden itu berlaku pada malam sebelum perlawanan terakhir Piala Dunia 2002, menyaksikan enam pelaut di bot Chamsuri 357 terbunuh, mencederakan 18 orang lain, dan memusnahkan bot peronda.
4. As one
Berdasarkan kisah kehidupan nyata pemain ping pong Korea Selatan dan Korea Utara yang bersatu untuk bermain dalam Kejuaraan Dunia 991 di Chiba, Jepun. Filem ini menggambarkan semua perjuangan yang mereka hadapi untuk bersama-sama menjadi satu pasukan yang bersatu.
5. Signal
Siri jenayah terkenal ini sebenarnya diilhamkan daripada beberapa kes jenayah di kehidupan nyata yang berlaku di Korea Selatan, termasuklah kes pembunuhan bersiri Hwaseong yang terkenal.
6. Silenced
Menceritakan tentang kisah pelajar bermasalah pendengaran yang dianiaya selama bertahun-tahun sebelum kedatangan seorang guru baru di sekolah tersebut. cerita ini berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku di sekolah, dimana pelajar cacat pendengaran menjadi mangsa gangguan seksual oleh ahli fakulti. Ia bahkan menggambarkan proses mahkamah yang menjatuhkan pihak fakulti dengan hukuman minimum.
7. Battleship Island
Filem ini menjadi kontroversi kerana menceritakan tentang perjuangan masyarakat Korea Selatan pada tahun 1945, iaitu ketika Perang Dunia Kedua. Dianggarkan lebih kurang 400 orang Korea Sealtan menjadi tahanan Jepun dan dipaksa bekerja di perlombongan arang batu. Di Pulau Hashima, Nagasaki, buruh-buruh paksa ini dilayan dan diperlakukan dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan.
8. Don’t Cry Mommy
Daripada kisah benar Miryang Gang Rape, menceritakan tentang seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh 44 orang pelajar lelaki sekolah menengah selama setahun. Namun begitu, filem ini hanya diinspirasikan daripada kes tersebut kerana lebih banyak fiksyen daripada fakta.
9. Hope
Filem ini berdasarkan kisah benar tentang kes Cho Doo Soon pada tahun 2008, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang diperkosa dan dipukul oleh lelaki mabuk berusia 57 tahun di tandas awam. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun kepada lelaki itu dan ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana menyifatkan hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.
10. Cart
Diilhamkan daripada insiden yang berlaku pada tahun 2007 di sebuah pasar raya Homever yang memecat pekerja sementara yang kebanyakannya wanita. Pekerja yang dipecat dan kesatuan pekerja telah melancarkan mogok di hadapan pasar raya selama 512 hari sehingga masalah itu diselesaikan.
Patutlah jalan ceritanya menyentuh hati, rupa-rupanya daripada kisah benar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

