Rezeki pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal mencurah-curah apabila tamat sahaja program realiti tersebut, gadis ini sudah pun mula menjalani penggambaran beberapa buah drama secara terus menerus.
Penglibatannya dalam dunia lakonan telah bermula sebelum Nynaa menyertai Dewi Remaja lagi, jadi tidak hairanlah setelah tamat program tersebut, dia telah ‘disambar’ oleh penerbit- penerbit tempatan.
“Alhamdulillah, selepas tamat sahaja Dewi Remaja Nynaa memang dah busy masuk ke dalam set penggambaran drama. Sekarang ini pun, ada satu drama lakonan Nynaa sedang ditayangkan di televisyen, iaitu Chandelier lakonan bersama Ben Amir dan Mimi Lana,”
“Akan datang, sebuah lagi filem lakonan Nynaa akan ditayangkan di pawagam. Sebelum masuk Dewi Remaja lagi, Nynaa sudah selesai menjalani penggambaran filem Town Mall yang bakal ditayangkan pada 26 Mac nanti. Kira-kira dua tahun yang lepas. Disebabkan proses suntingan yang memerlukan banyak penelitian kerja-kerja teknikal, Alhamdulillah filem tersebut sudah boleh dilancarkan tahun ini,” jawab Nynaa.
Town Mall adalah sebuah filem adaptasi daripada novel bergenre seram hasil karya Hasrudi Jawawi yang diambil daripada kisah benar. Dibintangi oleh Datuk Eizalan Yusuf, Reen
Rahim dan Intan Ladyana, Nynaa mengakui ini merupakan antara pengalaman berlakon yang memberi cabaran kepadanya.
“Sejujurnya ini lakonan pertama saya untuk genre seram. Waktu baca skrip yang diberikan, saya dapat rasakan ‘keseraman’ tersebut dan terbayang-bayang seperti sedang diperhatikan. Datuk Eizlan Yusuf juga ada berkongsi pengalaman beliau ‘meremang’ bila membaca skrip filem ini,”
“Tambahan pula, lokasi penggambaran kami dilakukan di tempat yang agak ‘seram’, jadi feel untuk berlakon itu lebih mencabar dan mendebarkan,”
“Apa-apa pun Nynaa harap agar semua penyokong Nynaa dapat memberikan sokongan untuk menonton filem Town Mall di pawagam nanti. Selain itu, ada beberapa drama dan telemovie lakonan Nynaa juga bakal ditayangkan di televisyen dan antaranya adalah seperti Family Spy, Runi & Solah, Akak Traktor dan Next Station Jodoh bersama Naim Daniel,” sambung Nynaa lagi.
Wah, makin mencurah-curah rezeki Nynaa Harizal dalam dunia lakonan. Remaja ingin ucapkan selamat maju jaya dan menurut Nynaa lagi, dia juga akan mula masuk ke set penggambaran sebuah filem tidak lama lagi.
Congrats and All the bestto you Nynaa Harizal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
Nabi Muhammad SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Neelofa Titip Pesan Buat Individu Bakal Berkahwin
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang menjadi sorotan dan meraih perhatian ramai.
Video berkenaan, kini mempunyai jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.
Neelofa
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
Rata-rata netizen teruja menonton video tersebut. Malah ramai yang memberikan sokongan mereka dan bersetuju terhadap apa yang dikatakan Neelofa.
Memang ada benarnya, kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikuti kehendak mereka sendiri tanpa memikirkan kemampuan kewangan suami masing-masing.
Jika korang masih ingat beberapa minggu lalu, pelakon muda yang namanya semakin mencanak naik Anna Jobling pernah menggunakan platform Instagram miliknya untuk mempertahankan jenama serta produk jamu Mutyara yang diusahakan oleh pelakon dan penyanyi kelahiran Indonesia, Tya Arifin.
Menerusi video berdurasi seminit itu, Anna menepis dakwaan kononnya jamu tersebut mempunyai rasa pahit dan beranggapan warganet yang tidak pernah merasainya sendiri mudah mempercayai dakwaan tidak berasas daripada orang lain.
Tidak sangka pula dalam tempoh yang sekejap, Tya telah mendekati pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini dan memilih Anna Joblingsebagai duta produk keluaran Mutyara.
Kongsi Tya mengenai pemilihan ini, usahawanita berusia 28 tahun itu merasakan Anna ialah simbol seorang wanita muda yang sibuk melakukan pelbagai aktiviti harian terutama setelah namanya mencanak naik baru-baru ini dek penangan drama popular, Melur Untuk Firdaus.
“Saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga. Sebab itulah, saya pilih dia. Anna mewakili seorang wanita bekerjaya kerana jika dia atau wanita lain di luar sana tidak bertenaga, mereka sukar untuk sampaikan apa sahaja kerja yang dibuat dengan baik.
“Sebagai duta baru Mutyara, Anna mencerminkan seorang wanita yang memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian. Dia ialah pilihan tepat bagi jamu Mutyara,” kata Tya yang juga merupakan isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid.
Sambil itu, Tya turut memuji sikap Anna yang mudah memberi kerjasama. Setelah sekian lama tidak melantik sesiapa sebagai seorang duta, pemilihan Anna ini diharapnya dapat melebarkan lagi kelebihan pengambilan jamu ini dalam kalangan wanita-wanita di luar sana yang memerlukan tenaga tambahan agar tidak mudah lemah, letih dan lesu.
*
Dalam pada itu, Anna menyifatkan perlantikan dirinya menjadi sebahagian daripada keluarga baru jamu Mutyara adalah satu kebanggaan.
“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita.
“la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga. Ia telah membantu saya dan saya yakin ia boleh membantu wanita-wanita lain mendapatkan tenaga lebih serta membantu dari segi dalaman juga,” ujarnya.
Tahniah Anna Jobling di atas perlantikan sebagai duta jamu Mutyara! Murah rezeki apabila satu-persatu tawaran mulai hadir untuk gadis berdarah kacukan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!