Bagi sesetengah orang, pekerjaan sebagai pengutip sampah mungkin dipandang rendah. Namun bagi seorang pemuda berusia 23 tahun ini, kerjaya tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan.
Sebaliknya, Wan Othman Mohd Nur Hasyim memilih jalan itu dengan penuh rasa tanggungjawab demi membantu keluarganya.
Nekad Bekerja Demi Keluarga
Wan Othman yang sudah lebih empat tahun bekerja sebagai pengutip sampah mengakui langsung tidak berasa malu dengan kerjaya yang diceburinya sejak berusia 18 tahun.
Menurutnya, apa yang paling penting adalah usaha mencari rezeki halal untuk membantu keluarga.
“Sejujurnya saya tidak berasa malu kerana saya nekad bekerja dan mencari duit untuk membantu keluarga.
“Bagi mereka yang memandang hina pekerjaan ini (pengutip sampah), saya anggap mereka lagi hina apabila tidak pandai untuk membuang sampah di tempat yang disediakan.
“Sebenarnya, berkat daripada kerja ini saya dapat membantu ayah, ibu dan adik beradik. Segalanya demi keluarga kerana ayah hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan mencuci longkang manakala ibu pula tidak bekerja.
Ads
“Saya mula bekerja sebagai pengutip sampah ini ketika berusia 18 tahun dan menganggap kerjaya ini daripada sudut positif,” katanya.
Wan Othman bekerja pada waktu malam, bermula jam 9.30 malam sehingga 6 pagi.
Cabaran Ketika Bertugas
Walaupun sudah biasa dengan tugas tersebut, dia mengakui pekerjaan itu bukanlah mudah dan mempunyai pelbagai cabaran.
Antara perkara yang sering dihadapi adalah sikap segelintir masyarakat yang tidak menjaga kebersihan dengan baik.
Ads
Ditanya cabaran yang dihadapi sebagai pekerja pembersihan, dia mengakui ada segelintir masyarakat yang tidak menjaga kebersihan terutama tidak mengikat plastik sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Katanya, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu sisa sampah bertaburan dan melambatkan kerja-kerja mengangkut sampah.
“Masalah kenderaan yang dipakir di kawasan tong sampah terutama di belakang kedai menyukarkan kutipan sampah dilakukan,” katanya.
Kerja Siang Malam Demi Menampung Keluarga
Selain bekerja sebagai pengutip sampah pada waktu malam, Wan Othman juga melakukan kerja sambilan di kedai makan pada waktu siang.
Usaha itu dilakukan bagi menampung kehidupan keluarganya, lebih-lebih lagi apabila tiga adiknya masih bersekolah.
Ads
Impian Jadi Pemandu Lori
Walaupun sibuk bekerja, Wan Othman tidak pernah berhenti merancang masa depan yang lebih baik.
Mengulas perancangan kerjaya pada masa depan, dia sedang mengambil lesen lori iaitu impian bekerja sebagai pemandu kenderaan berat itu untuk lebih ke hadapan dalam kerjayanya.
Katanya, segalanya dilakukan untuk menambah pendapatan dan membantu keluarga kerana tiga adiknya masih bersekolah.
Majikan Bangga Dengan Sikap Bertanggungjawab
Sementara itu, Eksekutif Operasi Alam Flora Sdn Bhd Kuantan, Khairul Hajrin Khairuddin berkata, pihaknya berbangga dengan prestasi kerja Wan Othman yang bersikap bertanggungjawab dan amanah.
“Rata-rata pekerja am Alam Flora yang bekerja mengutip sampah ini berusia antara 18 dan 23 tahun. Kerja kutipan sampah ini memerlukan tenaga terutama berdepan dengan keadaan cuaca panas dan hujan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama & Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kes jangkitan Covid-19 di kebanyakan negara Eropah kembali melonjak menjelang ketibaan musim sejuk dan rata-rata seluruh dunia berjaga-jaga menerim gelombang baru Covid-19.
Kini, penduduk dunia ditakutkan lagi dengan beberapa kes jangkitan virus selsema burung di Eropah dan Asia telah dikesan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) akhir-akhir ini, menunjukkan ia dipercayai akan kembali merebak lagi.
Foto : The New York Times
Dikenali Influenza H5N1 ini menyerang sumber makanan daging utama iaitu unggas (burung burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda.)
Menurut statistik OIE menerusi The Guardian, di China sebanyak 21 jangkitan kepada manusia melibatkan virus jenis H5N6 tahun ini, lebih tinggi berbanding sepanjang tahun lepas.
Manakala di Korea Selatan pula, virus selsema burung dilapor telah menjangkiti sekitar 770,000 ternakan di wilayah Chungcheongbuk-do hingga menyebabkan kesemuanya terpaksa disembelih.
Sementara itu di Jepun, jangkitan pertama dilapor berlaku pada musim sejuk tahun ini di sebuah ladang di timur laut negara tersebut, dikatakan melibatkan virus jenis H5N8.
Selain Asia, Eropah juga tidak terkecuali apabila kira-kira 7,000 burung di Rogaland, Norway dilapor dijangkiti virus berkenaan, selain di Belgium, Perancis dan Belanda.
Awal bulan ini, zon pencegahan selesema burung telah diisytiharkan di seluruh Great Britain, di mana semua penjaga burung diwajibkan mematuhi langkah biosekuriti yang ketat selepas sekawan ayam di Dundee di Scotland terpaksa dimatikan.
Sebelum ini Malaysia pernah dilanda H5N1 pada Malaysia Ogos 2004 apabila kes pertama dikesan di Kelantan. Penyakit ini telah berjaya dibenteras dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5 Januari 2005. Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun kemudian di Kuala Lumpur.
Berdasarkan laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung.
Tanda dan Gejala Dijangkiti Selesema Burung
Korang boleh disyaki menghidap Selesema Burung sekiranya terlibat dengan ternakan yang sakit dan mati dalam jumlah yang banyak. Pesakit mungkin mengalami demam tinggi yang melebihi 38 darjah selsius, sakit kepala, sakit otot, batuk, sakit tekak, muntah, sakit perut, cirit-birit dan sesak nafas.
Ramai peserta tabligh sudah hadir menjalani saringan pemeriksaan kesihatan. Ada yang disahkan bebas dari virus ini namun ada juga yang disahkan positif. Tidak ketinggalan diuji dengan kesedihan apabila beberapa warga emas dari jemaah tabligh ini berakhir dengan kematian.
Di saat ramai yang sudah menjalani pemeriksaan, seorang anak saudara kepada jemaah tabligh berkongsi kisah bapa saudaranya yang kini disahkan positif COVID-19 sedangkan dua kali saringan sebelum itu bapa saudaranya disahkan bebas (ujian menunjukkan negetif).
Apa yang beliau ingin kongsikan walau sudah dua kali jalani saringan dan disahkan negetif tapi disebabkan masih tak sedap badan, bapa saudaranya jalani lagi ujian kali ketiga. Dan ketika itulah disahkan positif. Apa yang kita semua perlu faham, walau kali pertama diuji negetif tapi tidak bermakna kita bebas dari wabak ini.
Bacalah, better stay at home sebab risiko jangkitan ini sangat tinggi.
Dukacita dimaklumkan, pakcik saya telah disahkan positif Covid-19. Beliau merupakan salah seorang jemaah tabligh yang mengikuti kluster Tabligh Masjid sri petaling.
Peringkat awal, telah disaring dan negatif,
Peringkat kedua rasa tak sedap badan, saring sekali lagi, masih negatif.
Peringkat ketiga, datang ke hospital kerana berterusan rasa tak sihat dan kemudian disahkan positif covid 19 pada keesokan harinya.
Pihak ambulan datang jemput dirumah dalam keadaan tenang dan selamat.
Sememangnya tanda2 Covid 19 ni bukan mudah untuk disaring walaupun berkali kali ke hospital. Kali ke 3 baru disahkan positif.
Diharap, rakan fb diluar sana yang membaca posting ini memgambil serius pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan kerana kita tak pasti siapa yang benar2 membawa jangkitan covid disekeliling kita.
Semoga Allah memudahkan urusan dan memberi kesembuhan kepada pesakit dan seluruh ahli keluarga magsa Covid 19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial tentang kisah seorang pak cik yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) menyarungkan plastik di kepala.
Tujuan pak cik yang dikenali sebagai Hor Boon Chung itu berkelakuan demikian adalah kerana dia bimbang dengan penularan virus COVID-19.
Tidak menghiraukan pandangan orang lain, pak cik ini sekali lagi hadir ke PPV untuk suntikan vaksin dos kedua dengan menyarungkan lagi plastik di kepalanya.
Instagram: usmofficial1969
Menurut perkongsian USM di laman rasmi Instagram mereka, kali ini pak cik itu telah mengingatkan kepada petugas di PPV bahawa “Wang boleh dicari, tetapi nyawa tiada ganti”.
Selepas pernah tular kisahnya di media sosial, pak cik ini menolak untuk diberikan keutamaan melalui sistem drive-through. Dia tetap menjalani proses pendaftaran dan mengabaikan setiap pandangan sinis yang diberikan oleh pengunjung di situ.
Setelah selesai, dia berjalan dengan ceria dan menyerahkan balang berisi wang tunai yang sepertinya hampir tiga kali ganda daripada jumlah sebelum ini. Pihak petugas PPV menjelaskan bahawa mereka tidak dapat menerima pemberian itu, namun pak cik itu memberitahu yang dia sangat bersyukur kerana ada individu yang sanggup membantu melindungi negara daripada wabak ini.
Jelasnya lagi, duit yang diberikannya itu disuruh untuk dibelikan makanan tengah hari buat petugas kerana bimbang mereka jatuh sakit. Negara ini masih perlukan perkhidmatan frontliners.
Begitu besar hati seorang warga emas yang menghargai segala pengorbanan dan penat lelah barisan petugas hadapan negara. Jika golongan berumur pun boleh bersikap sedemikian, apa lagi kita yang masih muda ini haruslah lebih menyantuni orang lain.
Semoga kisah pak cik ini dijadikan teladan oleh seluruh masyarakat.