Fenomena tarian ‘Panama Dance’ yang hangat diperkatakan dan ditarikan sejak tahun lalu sememangnya merupakan tarian yang mudah berjangkit. Begitu ramai pemilik akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube terkejar-kejar untuk memuat naik versi Panama Dance masing-masing.
Namun, dalam pada kita seronok menggerakkan tubuh mengiringi lagu Panama nyanyian Matteo ini, Imam Muda Fakhrul telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan hukum sebenar menarikan Panama Dance menurut Islam.
“Menari ini banyak hukum, ada wajib, harus dan haram.”
Ads
Katanya, jika suami yang menyuruh pasangan untuk menari, hukumannya wajib. Sekiranya kita bersama-sama rakan sama jantina atau sesama mahram menari, hukumannya pula harus. Namun, jika seseorang menari bersama dengan yang bukan mahram secara berdua atau beramai-ramai. ia boleh dianggap haram.
“Itupun kalau cara tarian dan lokasi seseorang menari itu tidak menimbulkan fitnah,” kongsinya melalui akaun Facebook.
Panama Dance pada asalnya hanya dilakukan oleh anak muda dan remaja di media sosial sekadar suka-suka saja bermula awal tahun ini. Namun, secara tiba-tiba, ia bertukar tular dan mula ‘berjangkit’ dengan mereka yang lebih berumur terutamanya di agensi kerajaan, lokasi kerja seperti di Pejabat Anggota Polis dan Balai Bomba serta di majlis kahwin.
Ads
Antara selebriti Malaysia yang pernah mencuba Panama Dance.
Ada yang bertanya kembali di manakah rasionalnya Panama Dance atau apa-apa jenis tarian ‘ringan’ jika ia dilakukan secara suka-suka. Jawab Imam Muda Fakhrul, “Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain tu tak jelas ke haramnya.”
Ads
“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Bagi saya, apa kata kita seronok sampai masuk syurga, Pasti tak stres kat sana,” katanya. Dia juga berharap orang ramai tidak mengajak rakan mereka untuk turut membalas semula dengan versi Panama Dance mereka.
“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama. Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” simpulnya.
Hhm, apa pendapat korang? Kalau tarian yang tak mengghairahkan seperti Panama Dance atau tarian poco-poco sekalipun, adakah ia wajar untuk dijatuhkan hukuman haram?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.
Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.
Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.
Persoalan sama ada Datuk Lee Chong Wei bakal bersara daripada arena badminton antarabangsa sebelum perayaan Aidilfitri akhirnya terjawab hari ini.
Dalam sebuah sidang media rasmi melibatkan pemain badminton berusia 37 tahun itu, beliau mengumumkan persaraan setelah 19 tahun berhempas-pulas menjadi pemain badminton bertaraf antarabangsa.
Dalam nada sebak, beliau berterima kasih kepada keluarga, peminat sukan badminton dan rakyat Malaysia secara amnya untuk sokongan dan galakan yang diterima selama ini.
Sumber: AWANI
Pada Julai tahun lalu setelah Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung, terdapat ura-ura bahawa beliau akan serta-merta bersara demi kesihatan. Namun beliau cuba bangkit setelah kian sihat.
Keputusan untuk bersara ini dilakukan selepas sesi pemeriksaan terbaru bersama doktor di Taiwan. Kata beliau, doktor memintanya untuk berehat dan ini adalah peluang terbaik bagi Datuk untuk mengutamakan masa bersama keluarga serta dirinya sendiri.
YB Syed Saddiq turut hadir untuk memberikan sokongan.
”Saya telah berbincang terlebih dahulu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan (Menteri Belia & Sukan) Syed Saddiq. Kesihatan saya lebih utama,” simpul pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak 3 kali itu.
REMAJA pasti ramai yang sayangkan Datuk Lee Chong Wei dan inginkan yang terbaik buat beliau. Jutaan terima kasih di atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini!
Memori memenangi pingat perak sukan badminton perseorangan lelaki semasa Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil.
Kami juga berharap agar Datuk akan terus menyokong perkembangan sukan Badminton yang jujurnya sedang mencari-cari rentak pengganti beliau agar momentum team Malaysia akan diteruskan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini bumi ciptaan Allah SWT, orang ramai bakal menyaksikan satu fenomena iaitu bulan gerhana penuh paling lama abad ke 21 (tahun 2001-2100) yang belum pernah terjadi sesebelum ini.
Bermula tepat jam 1.14 minit pagi (Jumaat malam Sabtu), orang ramai akan dapat menyaksikan fenomena bulan gerhana penuh sehingga ia dijangka berakhir pada jam 7.28 minit pagi. Fenomena ini bukan saja boleh dilihat menggunakan mata kasar tetapi juga penggunaan teleskop yang dapat dilakukan di kawasan khas disediakan.
Seluruh tempat di Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini. Selain itu negara lain ialah Australia, Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan berpeluang menyaksikannya.
Apa yang menariknya fasa penuh iaitu Bulan akan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan Gerhana Bulan Penuh yang paling lama pada abad ke-21.
Untuk lebih pemahaman, Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan Bulan merentasi bayang umbra Bumi.
Kenampakan bulan ketika gerhana
Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.
Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa gerhana bulan penuh pada 28 Julai 2018 berbeza daripada gerhana-gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas Bumi dan kedudukan Bulan di sepanjang orbitnya.
Fasa Penumbra bermula – 01:14:47 pagi
Fasa Separa bermula – 02:24:27 pagi
Fasa Penuh bermula – 03:30:15 pagi
Fasa Penuh maksima – 04:21:44 pagi
Fasa Penuh berakhir – 05:13:11 pagi
Fasa Separa berakhir – 06:19:00 pagi
Fasa Penumbra berakhir – 07:28:38 pagi
Namun di sebalik fenomena bulan gerhana penuh paling lama abad ke 21 ini, empat fenomena ini akan berlaku serentak di masa yang sama.
Mini Moon
Pada fenomena ini terjadi ‘Lunar Apogee’ yaitu jarak terjauh bulan dari bumi. Hal ini membuat bulan akan terlihat sangat kecil sehingga ukurannya berbeza dari biasanya.
Blood Moon
Fenomena ini membuat bulan tampak berwarna merah menyala saat puncak gerhana bulan karana adanya pembiasan cahaya yang memiliki frekuensi rendah dari matahari ke umbra oleh atmosfer bumi.
3.Kedudukan Mars
Selain melihat bulan berwarna lebih terang, kali ini planet Mars akan terlihat lebih jelas. Peristiwa ini pernah terjadi 15 tahun lalu. Bahkan Mars akan terlihat lebih terang bila dibandingkan dengan Jupiter.
4.Hujan meteor
Di wilayah langit selatan akan terjadi hujan meteor walaupun cahayanya sedikit redup. Hal ini membuatnya tidak terlihat jelas kecuali bila diamati dari tempat yang benar-benar gelap. Namun hal ini bergantung kepada keadaan cuaca. Diperkirakan intensitas hujan mencapai 15-20 meteor/jam yang jauh.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu), yang akan bermula pada jam 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Seluruh tempat di Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini.Fasa Penuh iaitu Bulan akan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan Gerhana Bulan Penuh yang paling lama pada abad ke-21.Fasa Penumbra bermula – 01:14:47 pagiFasa Separa bermula – 02:24:27 pagiFasa Penuh bermula – 03:30:15 pagiFasa Penuh maksima – 04:21:44 pagiFasa Penuh berakhir – 05:13:11 pagiFasa Separa berakhir – 06:19:00 pagiFasa Penumbra berakhir – 07:28:38 pagi
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.