Dua hari saja tinggal sebelum jenama kosmetik, Rare Beauty dilancarkan.
Diasaskan oleh Selena Gomez, penyanyi dan pelakon itu telahpun memuat naik pelbagai bentuk promosi sejak ia diumumkan pada Februari lalu.
Disebabkan kekangan pandemik Covid-19 di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Selena dan pasukan Rare Beauty terpaksa menangguhkan pelancaran tersebut.
Jom kita lihat 5 produk awal yang confirm bakal dipasarkan di rak-rak Sephora seluruh dunia pada bulan September ini.
48 Tona Bedak Asas
Yes girls, Rare Beauty juga tidak terkecuali daripada menawarkan pelbagai tona bedak asas ataupun foundation bagi kegunaan warna kulit berbeza.
Seperti yang pernah dikatakan oleh Selena, dia enggan jenama ini mendiskriminasi mana-mana pembeli daripada latar belakang, jantina dan jenis kulit yang berbeza.
Ads
“Bukan itu saja, kebanyakan daripada produk Rare Beauty juga amat fleksibel dan boleh digunakan dengan mencalit pada jari saja.”
Lip Souffle
Semua Selenators tahu bahawa Selena sememangnya ‘menggilai’ produk bibir, terutamanya yang berwarna merah.
Justeru tidak hairanlah apabila di antara produk terawal Rare Beauty adalah lip souffles. Selena amat menitik beratkan produk ini apabila ia melalui beberapa proses ‘trial & error’ demi memastikan ia sempurna untuk pembeli.
“Ia rasa seperti mousse, tapi pada masa yang sama ia terasa seperti lip stain juga. Mudah untuk diaplikasi semula sepanjang hari,” jelas penyanyi itu.
Ads
Concealer
Concealer seringkali dikhuatiri oleh pembeli kerana mereka betul-betul perlu mendapatkan shade sesuai bagi menutup cacat cela pada wajah.
Selena memastikan concealer Rare Beauty mudah digunakan dan tidak complicated.
Pemerah Pipi
Berbeza dengan pemerah pipi yang selalu kita miliki, Soft Pinch Liquid Blush ini menggunakan formulasi ringan dan mudah untuk diratakan pada tulang pipi bagi impak flushed cheeks serta effortless beauty.
Boleh didapati dalam kemasan matte dan dewy, antara rona yang kami gemari ialah Love, Bliss dan Happy.
Ads
Penggaris Mata
Girls, korang tahu kan betapa sukarnya untuk kita mencari penggaris mata yang kita selasa gunakan..
It is okay if you want to stick to your existing liner. Namun, kelebihan yang ada pada Perfect Strokes Matte Liquid Liner ialah ia mudah diaplikasi pada mata, 100 peratus diperbuat daripada bahan vegan dan boleh bertahan lama.
*
Buat masa ini, Sephora Malaysia masih belum mengesahkan sama ada ia akan memasarkan koleksi Rare Beauty pada masa yang sama seperti di Amerika Syarikat.
Namun kami yakin ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Tak sabar!
Sebelum mencuba alat solekan baru itu, apa kata korang perbaiki dulu keadaan kulit yang sedikit kering dengan cuaca hangat di Malaysia sekarang.
Bersempena ulang tahun ke-60 majalah sensasi Sports Illustrated Swimsuit, model hijabi Halima Aden diiktiraf sebagai salah seorang daripada 27 wanita ‘Lagenda’ yang menghiasi wajah hadapan ataupun cover majalah berkenaan.
Halima, 26 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi wanita hijabi dan Muslimah pertama yang dipaparkan oleh majalah berkenaan.
Dalam paparan isu berkenaan, Halima menyarungkan burkini dan hijab – sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penghias wajah tersebut.
Halima Aden.
Dan pada tahun berikutnya, sekali lagi gadis kacukan Somali-Amerika yang dilahirkan di Kenya itu diberikan kesempatan untuk dipaparkan sebagai gadis Sports Illustrated.
“Don’t change yourself, change the game..” – Halima aden
Bersempena isu khas ini, Halima kembali untuk menghiasinya dengan paparan perkembangan terbarunya.
Tampil eksklusif dalam balutan busana labuci merah jambu dan gaya hijab dalam rona sama, Halima berterima kasih apabila diberikan gelaran Sports Illustrated Swimsuit Legend di samping wanita-wanita hebat lain seperti Martha Stewart, Tyra Banks, Gayle King, Chrissy Teigen dan ramai lagi.
“Saya amat terharu, tidak percaya saya akan berada bersama begitu ramai wanita ikonik. Tetapi saya semestinya percaya saya juga bakal menjadi seorang ‘legenda’ seperti mereka satu hari nanti.
“Seiring dengan usia saya memasuki 26 tahun, saya rasa kita boleh saling membantu dengan terus memberikan peluang kepada orang baharu melakukan apa yang mereka inginkan, jadi autentik dan tidak mudah menghukumi orang lain.”
“Sports Illustrated Swimsuit tentunya adalah salah satu platform yang memberikan kami ruang untuk saling menyokong satu sama lain. Be each other’s biggest cheerleaders,” katanya dalam temubual itu.
Terdahulu, Halima pernah mengejutkan dunia peragaan fesyen apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia glamor setelah merasakan dirinya semakin menjauhi ajaran agama Islam apabila bergelar model popular antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang warga emas positif COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit itu sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.
“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari.
“Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Majlis ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dianggarkan dihadiri 10,000 orang peserta dari seluruh dunia
Beliau berkata, kes yang dikesan melalui survelan KKM itu adalah kes dalam kalangan ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dikesan dijangkiti COVID-19.
Noor Hisham turut menjelaskan, satu siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
“KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.
Terdahulu, Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.
Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan COVID-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.
Pesakit pertama COVID-19 yang diuji positif di Brunei, pada Isnin lalu menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang kembali dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.
Sumber : BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aura positif sentiasa terpancar di wajah Puan Seri Tiara Jacquelina sekaligus menyerlah kecantikan sebenar pemegang watak utama dalam Filem Puteri Gunung Ledang.
Puan Seri Tiara Jacquelina kelihatan sangat teruja menceritakan aktiviti sihat yang dilakukan hampir sedekad dalam usianya.
Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.
“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya.
Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.
“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.
“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
Info Tambahan : Khasiat Kobis Bunga untuk Kesihatan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.