Sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Sandra Dianne yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu, minggu kelima Big Stage 2020 pada malam ini telah dijadikan sebagai malam memperingati Sandra.
Selain diserikan dengan persembahan oleh juri tetap Dayang Nurfaizah dan peserta Big Stage, ia juga menampilkan temuramah bersama pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Ini adalah di antara memori arwah bersama Wani Kayrie, Sissy Iman, Amir Hassan, Dr Hanie Soraya dan Neeta Manisha.
Wani Kayrie
“Wani, kak Sissy dan Sandra bekerjasama untuk kali pertama untuk penggambaran akhbar. Ia adalah bagi promosi single pertama kami bertiga dalam industri. Dari situ kami mula mengenali diri masing-masing.
“Pada mulanya, arwah seorang yang pendiam tapi selepas itu, dia mula sesuaikan diri dan bergelak tawa bersama kami.”
Sissy Iman
“Sandra mempunyai tona suara yang mudah kita cam, terutamanya jika kita dengar nyanyiannya di radio. Satu perkara lagi, seperti yang ramai orang katakan, dia seorang yang baik hati. Dia mempunyai karakter boyish tetapi apabila bercakap, dia cukup polite dan merendah diri.
Ads
“Saya ingat lagi temuramah saya pada minggu ketiga bersama apabila markahnya agak rendah. Saya ingat soalan terakhir saya kepadanya adalah, “Juri kata Sandra tiada di atas stage, Sandra pergi mana.. (sebak). Apabila Sissy mendapat tahu berita dia telah meninggal, saya terus teringat soalan saya kepadanya itu.”
Amir Hassan
“Saya dan San sebelum ini memang suka untuk jamming dan keluarkan melodi baru bersama. Kami hasilkan lagu berjudul Bosan. Memandangkan dia suka saya rap, saya pun cuba rap.
“Saya merasa ralat kerana video yang kami rekodkan ada di dalam telefonnya (hilang di lokasi kemalangan). Jadi apa yang tinggal hanyalah imej kenangan kami berdua dalam memori saya.”
Ads
Hanie Soraya
“Hanie adalah di antara yang baru mengenali Sandra dalam tempoh yang sekejap saja. Namun, impak yang dia tinggalkan amat mendalam. Waktu pertama kali kita kenal adalah, dia tahu saya berkawan dengan Neeta. Jadi kami boleh mudah ‘ngam’.
“Dia seorang yang sangat positif dan bersemangat. Kalau saya sedih, dia akan suruh saya ingat lagu saya Hujung Dunia. Katanya itu adalah lagu kegemarannya.”
Neeta Manisha
Seperti yang korang tahu, naib juara Big Stage musim kedua ini ialah di antara rakan artis yang amat terkesan dengan pemergian Sandra Dianne.
Ads
“Kami berkawa sejak Neeta berusia 19 tahun. Pada masa itu, Sandra belum lagi mempunyai pengurus dan dia hadir seorang diri. Itulah bagaimana independant-nya dia. Kami mempunyai ramai mutual friends dan rumah masing-masing pun tidak jauh. Jadi dari situ kami mula rapat.
“Satu perkara mengenai persahabatan saya dan Sandra, kami akan betul-betul lepak sewaktu lepak. Sebab itulah kami tidak banyak mengambil gambar bersama dan memuat naik di Instagram. Gambar terakhir saya dengannya pun adalah untuk penggambaran produk.
“Sandra bukan seorang yang gemar memakai baju putih. Tetapi apabila dia datang ke rumah saya selepas mendapat tahu terpilih untuk menyertai Big Stage 2020, dia memakai baju putih.”
Sufie yang berada bersama Neeta Manisha sewaktu temuramah itu juga mengiyakannya.
“Secara kebetulan semasa persembahan terakhirnya bersama saya pun, dia memilih gaun putih. Sewaktu datang untuk berbincang mengenai persembahan kami, dia juga memakai baju putih. Seakan petanda.”
*
KLIK artikel di bawah untuk membawa ucapan terakhir buat arwah Sandra Dianne daripada rakan selebriti lain.
Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Dalam kemelut kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, ada beberapa perkara positif yang terjadi akibat arahan kuarantin di kebanyakan negara.
Seperti di Malaysia, kita sendiri dapat meluangkan masa dengan efektif bersama ahli keluarga di rumah. Malah, keadaan langit kita dilihat lebih jelas. Penulis sendiri dapat melihat bandaraya Shah Alam dengan jelas dari Subang Jaya!
.
Ini ada berita baik buat budak subang Jaya! Subang Jaya secara rasmi diisytihar sebagai bandar raya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa hari ini.
Beliau turut mengumumkan Presiden MPSJ Noraini Roslan telah dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa serta-merta.
“Semoga dengan pemasyhuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.
“Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” kata Amirudin dalam satu kenyataan.
Untuk info, kriteria sesebuah kawasan yang boleh diiktiraf sebagai bandar raya salah satunya ialah mempunyai duduk tidak kurang daripada 500000 orang dan mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan.
Lampu brek yang biasanya dipasang di ekor kenderaan sangat penting. Ia sebagai penanda amaran kerana apabila kenderaan di hadapan menekannya, ia bermakna dirinya telah menyaksikan sesuatu perkara yang bahaya dan dirinya tiada niat untuk berhenti.
Maka pengguna yang megekori dari belakang juga mesti memperlahankan kenderaannya agar tidak berlanggar satu sama lain.
Ada kala bagi pemandu kenderaan, disebabkan lampu brek ini berada di belakang kenderaan, ada masa kita sedikit terleka untuk membuat pemeriksaan rutin sama ada lampu brek dan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik atau tidak. Ini kerana dalam tempoh penggunaan kenderaan agak lama, mentol lampu boleh rosak apabila sampai jangka hayatnya.
Kita pula barangkali tidak menyedarinya terutama di kalangan pemandu wanita. Ini kerana asal enjin di start, boleh jalan dan sebagainya, kita merasakan kenderaan sudah sempurna dan tiada kerosakan terjadi. Dan kerana itu, kita mengambil remeh soal penjagaan lampu brek terutama lampu brek ketiga.
Bagi pemandu yang suka ambil remeh hal-hal yang nampak kecil begini, sila hati-hati ya. Hal yang kecil boleh mengakibatkan anda mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar saman kepada pihak berkuasa.
Ini kerana kesalahan lampu brek ketiga yang tidak menyala dengan betul atau rosak, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti.
Jika disabitkan kesalahan,hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, boleh didenda sehingga RM4,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Hah! Nampak seperti remehkan tapi kesannya besar kerana jumlah denda agak tinggi juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...