Home Blog Page 1895

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman

0

Jika korang perhatikan kepada stail yang digemari oleh lelaki muda zaman sekarang, ada satu perkara yang diidamkan semua lelaki.

MISAI dan JAMBANG.

Sama ada korang suka atau tidak, di Malaysia, trend berjambang ini sedikit sebanyak bertitik-tolak daripada ‘pelopor’ gaya tersebut iaitu influencer dan pelakon, Wak Doyok. Tetapi kalau difikirkan balik, Wak Doyok pun terpengaruh dengan gaya pelakon, A. Galak dari siri televisyen Gerak Khas. Hehe.

Tak kisahlah siapa yang berjambang terlebih dahulu, apa yang penting adalah sepanjang bulan November ini, lebih ramai selebriti dan lelaki secara amnya yang membela misai dan jambang. Berapa kali korang suruh lelaki cukur, mereka tak nak juga cukur! Kenapa eh?

Ini kerana November ada bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.

============================

Untuk pengetahuan, seramai 12 orang lelaki mengambil tindakan untuk membunuh diri sendiri pada setiap hari di UK. Di Malaysia pula, 65 peratus daripada kes bunuh diri melibatkan lelaki berbanding perempuan. (sumber: Persatuan Psiakiatri Malaysia, MPA)

Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kesihatan lelaki, it is more than just your physical strength. Kesihatan juga melibatkan sudut mentaliti.

REMAJA ambil kesempatan untuk berbual dengan 5 lelaki secara random dan bertanyakan, apa yang mereka faham mengenai Movember dan kenapa ia penting untuk mereka.

Kesemua identiti lelaki ini, walau bagaimanapun terpaksa disembunyikan kerana mereka rasa diri masing-masing sudah cukup popular.

LOLS, nah. Mereka hanya tidak mahu gambar sendiri dipaparkan.

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman
Ashraf Sinclair antara selebriti lelaki yang selesa ‘berpakej’ lengkap: misai dan jambang sekali. Sekali pandang macam Will Turner lakonan Orlando Bloom! Foto: Instagram @ashrafsinclair

AMY, 21

“Baru-baru ini, saya terbaca tentang statistik kes bunuh diri dan golongan yang paling kerap terlibat adalah lelaki dari umur 20 sehingga 49 tahun. Of course, saya terkejut kerana ia melibatkan lelaki lain yang berumur sebaya dengan saya.

“Lelaki ni sifatnya selalunya memendamkan perasaan sedih kerana kami malu untuk mendapatkan bantuan. Sesetengah lelaki juga beranggapan doktor mahupun pakar psikiatri akan judge pesakit mereka, behind our backs.

“Sebab itulah saya rasa Movember ini penting kerana lelaki perlu berani untuk mengenepikan fikiran negatif dan mendapatkan bantuan sebelum terlambat.”

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman
Korang lebih selesa berkumis kemas? Hael Husaini pun suka juga dengan stail ini sehinggakan dah jadi trademark pula. Foto: Instagram @haelhusaini

RIDHWAN, 20

“Setahu saya, Movember ini ada kena mengena tentang kanser prostat. Kan?”

(REMAJA jelaskan bahawa Movember melibatkan kesedaran fizikal dan mental lelaki).

“Oh, okay itu saya tak tahu. Saya ingatkan ia sama seperti bulan kesedaran kanser payudara Oktober lepas.

(Apa yang you tahu tentang kanser prostat?)

“Saya pernah terbaca tentang kempen memberi kesedaran tentang kanser prostat sempena Movember.

“Artikel itu menjelaskan bahawa kanser prostat adalah kanser paling common di kalangan lelaki. Apabila melihat graf statistik, saya rasakan saya perlu join movement seperti Movember dengan membela misai saya. Tak adalah lebat mana pun (ketawa) tapi saya post-kan gambar selfie di Instagram dengan caption kesedaran kanser prostat.”

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman
Finalis Hero Remaja 2017 ini juga kini gemar to go all natural with his facial hair. Stail Haziq Farid mengingatkan Remaja kepada stail facial hair milik pemain bola, David Beckham. Penuh tapi kemas! Foto: Instagram @haziqfarid

KHAIRI, 19

“Saya masih terkesan dengan pemergian jiran saya yang meninggal dunia pada tahun lepas walaupun arwah setahun lebih muda daripada saya. Pada waktu itu, dia baru selesai mengambil peperiksaan SPM dan siapa sangka, dia mengambil keputusan untuk ‘mencabut nyawa sendiri’ walaupun saya lihat dia okay je di sekolah.

“Selepas kes disiasat, barulah saya tahu sepanjang berada di dalam rumah, dia tidak gembira dengan hidupnya akibat penderaan mental berkala. Saya masih lagi terkesan dengan kes ini.”

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman
Ben Ali juga kini lebih selesa berjambang. Nak dapatkan efek facial hair lembut yang sama dengan Ben? Sapukan je conditioner ke jambang korang macam cuci rambut. Serius! Ini kerana cuaca panas dan lembap seperti Malaysia mudah menjadikan jambang lebih kasar. Foto: Instagram @bena1i

DANIAL, 25

“Movember sepatutnya berlaku pada setiap bulan dan bukan hanya sepanjang November saja kerana lelaki mudah lupa. Atau buat-buat lupa (ketawa).

“Anyway, beberapa tahun kebelakangan ini, ramai selebriti lelaki yang membunuh diri. Chester Bennington, Robin Williams, Alexander McQueen (pereka fesyen) dan ramai lagi. Itu baru selebriti, bagaimana pula dengan kes orang biasa seperti kita yang tidak dihebahkan?

“Itu menunjukkan masalah depression di kalangan lelaki adalah serius dan saya menyokong Movember atas sebab itu.”

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman
Of course, wajiblah kena ada Wak Doyok! Pakai suit ke, pakai kasual ke tetap berjambang. Wak bila nak try clean shave hehe.. Foto: Instagram @wakdoyok

JULES, 22

“Saya hampir kehilangan seorang uncle kerana dia sengaja melambat-lambatkan proses rawatan. Kami sendiri pun tidak sedar dia telah didiagnos dengan simptom paru-paru berair. Alasannya, dia tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dengan masalah yang dihadapi.

“We have to put a stop on this, guys. Walaupun dia memberi alasan masalah kewangan dan tak nak susahkan anak tunggalnya, saya merasakan uncle saya enggan memberitahu kerana ego sebagai seorang lelaki. Movember memberi peluang untuk lelaki-lelaki ‘dengan ego tinggi’ ini untuk melihat, bukan mereka saja yang menghadapi masalah kesihatan. Lelaki lain pun ada masalah kesihatan juga. Bezanya, they seek for medical help.”

Apa Itu Movember Dan Kenapa Ia Penting, 5 Remaja Lelaki Kongsi Pengalaman

============================

So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Seperti hubung kait kempen kesedaran payudara dan riben merah jambu, membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.

Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.

 

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Kalau nak cari suami, biarlah dengan seseorang yang bukan hanya menjaga dan menyayangi kita, malah boleh menerima keluarga seadanya.

Selalunya, perempuan ni cukup hebat dalam menentukan kriteria suami idaman. Beriman, penyayang dan jujur antaranya ‘pilihan cliche’ untuk mencari calon suami.

Tapi, asyik berangan je tentang ciri-ciri suami soleh, anda juga perlu tahu antara ciri lelaki-lelaki yang tidak oleh dijadikan suami menurut Islam.

Ini 6 ciri yang disenaraikan oleh laman web Islam Itu Indah.

1. Berani tinggal solat

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Lelaki yang sanggup meninggalkan solat bermaksud dia berani mengingkari perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah dikhianati, apatah lagi amanah manusia.

Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir”. (HR At-Tirmidzi)

Macam mana nak percaya pada suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah SAW, padahal solat adalah tiang agama.

2. Suka lakukan dosa besar

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Mabuk, zina dan berjudi adalah antara dosa-dosa besar yang perlu dielak. Kehidupan bersama suami seperti ini sama seperti anda hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah dan diampuni dosanya.

3. Dayus

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Tidak ada rasa cemburu kepada isteri dan membiarkan anak-anak terjerumus dalam lembah maksiat. Meminta anda untuk tidak berhijab kerana menganggapnya kuno dan membiarkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki dan bergelak dengan lelaki lain adalah antara ciri-ciri lelaki dayus.

4. Sombong dan bangga diri

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Memiliki mentaliti seperti tidak mengenal perasaan cinta. Ego, hanya mencintai dirinya sendiri dan mengahwini anda bukan kerana cinta tetapi hanya kerana nafsu yang menginginkannya.

5. Derhaka kepada ibu bapa

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Kalau ada lelaki yang tidak menghormati ibu bapa, macam mana agakya dia hendak menghormati diri anda? Adakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti segala perintahnya, sedangkan dia tak melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tuanya?

Lihat saja bagaimana dia melayani keluarganya. Tak takut ke nak bersuamikan lelaki yang tidak berbuat baik kepada keluarganya sendiri?

6. Kedekut

6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Rasulullah SAW melarang kita untuk bersifat kedekut, sebagaimana beliau bersabda, “… Dan hindarilah sifat kedekut kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh-membunuh dan melanggar kehormatan orang lain” (HR Muslim).

Mencari pasangan biarlah yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat. Jadi sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami, elok la jika melihat semua kriteria ini terlebih dulu. Bukan apa, tak mahu ada pula yang menyesal di kemudian hari.

Kenapa Harga Minyak Makin Naik? Ini Penjelasan Sebenar Tentang Sektor Minyak Dan Gas Di Malaysia

0

Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat rakyat Malaysia.

Ramai yang mengeluh, stres dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini.

Kalau nak cerita sikit tentang industri minyak di Malaysia ni, syarikat terawal yang meneroka minyak dan gas di negara ini ialah c dengan penerokaan di Miri, Sarawak.

Kenapa Harga Minyak Makin Naik? Ini Penjelasan Sebenar Tentang Sektor Minyak Dan Gas Di Malaysia

Sejak itu, pelbagai syarikat dari luar seperti Esso, Mobil dan Conoco Phillips. Petronas mula ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membuat cari gali di luar pesisir pantai Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain.

Manakala, pusat pemprosesan minyak dan gas di Malaysia adalah di Port Dickson, Melaka, Kerteh (Terengganu), Bintulu, Miri dan terbaru di Pengerang, Johor.
Turun naik harga minyak

Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, namun kita masih bergantung kepada harga dagangan pasaran antarabangsa yang sangat terdedah turun naiknya kerana negara kita juga mengimport minyak.

Contohnya, pada tahun 2008 harga minyak naik melambung akibat permintaan tinggi dengan konflik di negara Arab (pengeluar utama) menimbulkan kerisauan bekalan minyak sehingga $140 satu tong. Hal ini adalah luar kawalan kerajaan mahupun Petronas sekali gus menyebabkan harga runcit petrol juga naik kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi.

Kenapa Harga Minyak Makin Naik? Ini Penjelasan Sebenar Tentang Sektor Minyak Dan Gas Di Malaysia

Walaupun pada tahun lalu harga minyak jatuh mendadak sehingga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, harga minyak kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu. Ini kerana harga minyak mentah dunia turut naik.

Faktor kenaikan harga minyak ini adalah kerana negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi bersetuju mengehadkan pengeluaran minyak serta kemunculan konflik di kawasan pengeluaran minyak. Ketegangan yang berlaku di Iraq berkaitan dengan referendum pihak Kurdistan dan rantau Arab secara amnya masih belum stabil juga turut bersangkut paut dengan kenaikan ini.

Jika masih ramai yang tertanya-tanya bila mana harga minyak dunia masih belum stabil, kenapa di Malaysia masih lagi naik 15 sen pada bulan November?

Sebenarnya harga minyak yang di sini adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York). Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana ia didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah 55.04 dollar manakala MOPS untuk ron97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.

Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.

Pengiraan harga minyak di Malaysia

MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.

MOPS = 66.789 USD/barrel = 0.5601 USD/litre = 2.335 ringgit/litre (Nota: 1barrel = 119.24 liter, 1USD = 4.17MYR)
2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653 – harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM 2.66 yang baru diberitahu pada hari Rabu lepas (mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang dalam minggu ini).

Jadi sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ekonomi Malaysia ni banyak bergantung kepada industri minyak dan gas. Bukan saja itu, pekerja di sektor ini, pendapatan kerajaan menerusi royalti dan cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak pun turuk naik gara-gara harga minyak.

Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda memahami situasi sektor minyak dan gas di Malaysia.

Sumber: Root of Science

 

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

iPhone ke Android? Ramai juga yang selalu bertelegah tentang isu pemilihan smartphone ni. Kedua-dua jenama ini mempunyai pengikut setia mereka yang tersendiri.

Namun, kebanyakan experts nampaknya lebih memilih iPhone berbanding Android.

Nak tahu kenapa? Ini 9 sebab utama kenapa iPhone lebih baik daripada Android.

1. Update OS 

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

Apabila versi iOS dikeluarkan kepada pengguna iPhone, majoriti daripada mereka hanya perlu beberapa jam saja untuk mengemas kini software tersebut. Tidak perlu menunggu lama.

Sebaliknya, pengguna Android mengambil masa yang lama untuk mengemas kini software telefon bimbit kerana OS digunakan oleh banyak pengeluar telefon.

2. Kualiti kamera tip top

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

iPhone menjadikan gambar anda lebih sempurna kerana iPhone 6s dan 6s Plus mempunyai kamera 12-MP dengan penangkapan video 4K.

iPhone juga sedang berusaha untuk merampas takhta hasil selfie terbaik daripada telefon Android dan dalam pada itu, FaceTime HD juga mempunyai ciri Retina Flash baru yang mampu meningkatkan kecerahan skrin berganda.

3. iPhone terlebih dahulu mendapatkan aplikasi terbaik

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

Walapun iPhone mempunyai bahagian pasaran yang lebih kecil, developers masih terus memastikan iPhone mendapatkan aplikasi terbaik untuk iOS terlebih dahulu.

Kebanyakan aplikasi popular di Android tidak mempunyai features dan designs yang lebih berbaik berbanding iPhone. Jika anda sangat mementingkan aplikasi terbaik untuk smartphone, iPhone adalah pilihan yang lebih baik.

4. Best support & Help

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

Apabila menghadapi sebarang masalah dengan telefon Android, anda boleh cuba mencari penyelesaiannya di online forums. Tapi kalau iPhone, anda boleh memanfaatkan database berguna dengan merujuk kepada artikel di laman web Apple, mendapatkan bantuan secara terus menerusi live chat atau terus ke Apple Stor Genius Bar.

Google tidak mempunyai hubungan langsung seperti ini dengan pelanggannya jadi jika menggunakan Android, anda perlu terus ke kedai membaiki telefon bimbit.

5. Experience

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

From the hardware to the software, Apple menjaga segala-galanya yang berkaitan dengan iPhone. Ia untuk memastikan semua aspek peranti disesuaikan agar berfungsi dengan lancar antara satu sama lain dan memberikan pengalaman pengguna yang hampir tidak dapat ditandingi oleh jenama lain.

Optimization, hardware dan software adalah salah satu aspek yang paling penting ditekankan dalam iPhone. So, ini menjadikan bahawa iPhone adalah lebih baik berbanding Android.

6. Security yang lebih baik

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android
Apple’s iPhone disasarkan pada sistem tertutup yang bermaksud anda hanya boleh install aplikasi daripada apps store mereka saja.

Walaupun cara ini mengehadkan pengguna, tapi ia juga menjamin keselamatan telefon anda dengan baik.

7. Fingerprint sensor terbaik!

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

Sesetengah jenama telefon Android cuba untuk meniru gaya fingerprint sensor iPhone tetapi tidak ada satu pun daripada mereka yang dapat menghasilkan sensor seperti TouchID di iPhone.

Beberapa tahun lepas, iPhone membeli sebuah syarikat , Authentec yang menjadikan sensor cap jari terbaik untuk peranti mudah alih. Tidak ada siapa yang boleh mengalahkan TouchID sejak dari itu.

8. Top-performing all-around device

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

Apple jarang membuatkan pengguna mereka berpaling tadah kepada jenama lain. Tidak sama seperti Android yang daripada masa ke semasa sering mempunyai masalah, jadi lebih ramai yang percaya dengan konsistensi dan reliability iPhone.

9. User-friendly

9 Kelebihan Yang Bakal Anda Perolehi Jika Memilih iPhone Berbanding Android

iPhone lebih senang digunakan berbanding Android kerana mempunyai iOS yang jauh lebih mudah dan menyeronokkan kerana rata-rata pengguna iOS memang lebih setia kepada jenama ini berbanding pengguna Android. Ia juga mempunyai user-interface yang lebih mesra pengguna.

Walau bagaimanapun, sama ada iPhone atau Android, pilihan tetap di tangan anda.

Review Justice League: Bawa Sinar Baru Untuk DC Extended Universe

This is it. Inilah antara filem superhero yang paling dinantikan pada tahun ini. And oh boy, that was something. Selepas dua filem terdahulu, Batman V Superman dan Suicide Squad yang mendapat ulasan cukup rendah daripada rata-rata pengkritik filem, DC cuba memberikan sesuatu yang berbeza untuk penonton menerusi gerakan kolektif superhero, Justice League. Adakah mereka berjaya pada kali ini?

Justice League membawa kita kepada dunia selepas kematian Superman. Seluruh dunia meratapi kehilanganya yang dianggap sebagai simbol keamanan sejagat. Namun dengan pemergian Superman, muncul ancaman baru dari dimensi dunia luar yang mula menunjukkan diri mereka. Petanda kemunculan ancaman baru ini telah kita saksikan menerusi BvS semasa Batman mendapat visinya dari masa hadapan.Batman/Bruce Wayne yang menyedari ancaman ini menjejak kehadiran Parademons yang semakin hari semakin banyak ditemui.

Berbeza dengan Batman yang sebelum ini lebih suka bersendirian, kali ini dia harus mencari dan membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai kemampuan luar biasa. Bersama Diana Price/Wonder Woman, dia menjejak Barry Allen/Flash, Arthur Curry/Aquaman dan Victor Stone/Cyborg. Dengan ketiadaan Superman, Batman merasakan mereka harus melakukan sesuatu dan menghalang ancaman baru, Steppenwolf.

Review Justice League: Bawa Sinar Baru Untuk DC Extended UniverseKemunculan Steppenwolf pula berdiri atas satu misi; mencari tiga buah artifak dikenali sebagai Mother Boxes yang mempunyai kuasa di luas batasan akal manusia jika ketiga-tiganya disatukan. Dan inilah misi utama mereka, menghalang Steppenwolf daripada merealisasikan cita-cita gilanya.

Justice League tampil dengan nada yang lebih konsisten. Walau ada beberapa babak yang kesinambungannya agak caca merba tetapi ia boleh lagi dimaafkan. Semua juga sudah maklum tentang pengunduran Zack Snyder atas alasan keluarga (terutama selepas anak perempuannya membunuh diri) daripada terus menerajui filem ini. Mungkin itulah sebabnya Justice League dihadirkan tidak seperti naskhah Zack Snyder yang terdahulu. Justice League lebih ringan, fun dan jauh sekali daripada elemen ‘dark‘ yang sering dibanggakan oleh peminat tegar DC. Mungkin ini kesan daripada pembabitan Joss Whedon, (pengarah Avengers)? Sepanjang 120 minit tayangannya, ia cukup ringan dan tidak terlalu berat untuk difikirkan. Segalanya cukup simple dan momentumnya juga agak baik dari babak ke babak.

Pengenalan watak-watak baru juga tidak mengambil masa yang lama – mungkin kerana sudah diperkenalkan menerusi scene ‘thumbdrive‘ dalam BvS. Flash dalam filem ini muncul sebagai scene stealer. Setiap kali dia muncul di skrin, pasti ada sesuatu yang menarik dan mencuit hati. Afterall, dia seorang nerd yang mempunyai kepantasan sepantas kilat. Malah, dalam kesemua watak baru yang diperkenalkan, dia merupakan watak yang mempunyai arc. Cyborg pula berfungsi sebagai ‘perkakasan’ yang melengkapkan misi mereka. Tidak banyak struggle Cyborg ditonjolkan, jadi agak sukar untuk kita berasa simpati atau mengambil berat akan apa yang berlaku padanya. Aquaman pula muncul sebagai cool guy yang sado tapi dalam masa yang sama ada sense of humor cukup menebal. Bayangkan seorang jock dalam team american football yang bersifat maskulin, tidak peduli apa orang kata tetapi baik hati. Yes, that’s Aquaman.

Ben Affleck sebagai Batman menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Begitu juga dengan pelakon lain; Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa dan Ray Fisher. Selain daripada kelemahan-kelemahan itu, secara keseluruhannya Justice League merupakan sebuah filem superhero yang okay. Seujurnya ia melebih expectation apa yang penulis letakkan (especially selepas ‘bencana’ BvS dan Suicide Squad). Masih ada banyak ruang perlu DC perbaiki, namun mereka menuju ke arah yang lebih baik. Semoga filem akan datang akan terus mengekalkan dan menambah baik apa yang kurang di dalam Justice League.

Rating: 3/5

Ed Sheeran Live In KL: Tentang ‘Perfect’, Proposal Dan Plastic Bottle

0

Ed Sheeran telah menghangatkan malam Selasa di Kuala Lumpur semalam dengan kunjungan konsertnya yang kedua di Malaysia.

Kali terakhir Ed bertandang ke sini adalah pada tahun 2015 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur yang dihadiri oleh kira-kira 4,000 orang peminatnya. Namun, pada konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur yang berlangsung semalam, ia memberi gambaran berbeza daripada apa yang berlaku dua tahun lepas.

Ruang Axiata Arena Bukit Jalil habis dibanjiri oleh 12,000 peminat Ed dan ternyata kehadirannya yang dibawakan oleh AEG, PR Worldwide dan U-Mobile pada kali ini amat ditunggukan oleh para Sheeranizers.

Ed Sheeran Live In KL: Tentang 'Perfect', Proposal Dan Plastic Bottle

Trek Lagu Kegemaran Peminat Hangatkan Lagi Stadium

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat, Ari Staprans Leff atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Lauv. Walaupun rata-rata peminat Ed tidak begitu familiar dengan penyanyi tersebut, Lauv yang memikul tugas Opening Act sepanjang siri konsert Ed Sheeran 2017 di Asia nyata tidak mengecewaka. Laucv berjaya membuatkan segenap penonton pantas menaip namanya di dalam kotak google search dan Instagram untuk mengetahui tentang Lauv dengan lebih lanjut.

Tepat pada jam 8.45, sorakan bingit peminat memecah ruang udara stadium tertutup itu apabila Ed memenuhi selera peminat dengan lagu-lagu popular dan kegemaran yang dipetik daripada 3 buah albumnya: +, x dan yang terbaru ÷.

Ed Sheeran Live In KL: Tentang 'Perfect', Proposal Dan Plastic Bottle

Antaranya termasuklah ‘A-Team’, ‘Photograph’, ‘Don’t’ dan tentunya lagu romantik kegemaran ramai pada masa ini, ‘Perfect’. Apa yang menjadikan persembahan Ed lebih istimewa setiap kali lagu baru dinyanyikan adalah apabila Ed sentiasa mengolah ritma dan susunan skor muziknya agar ia kedengaran lebih fresh, menarik dan lari daripada kebiasaan.

Antara ubah suai skor yang paling kami kagum adalah ketika Ed menyanyikan lagu ‘You Need Me, I Don’t Need You’. Guitar riff yang dimainkan pada pengakhiran lagu tersebut was just a-mah-zing ! Begitu juga apabila ‘Feeling Good’ dan ‘I See Fire’ di-mesh up bersama.

Ed Sheeran Live In KL: Tentang 'Perfect', Proposal Dan Plastic Bottle

Selain berhenti 15 kali untuk meneguk air mineral daripada botol plastik yang dibawanya ke atas pentas, Ed tidak langsung menunjukkan tanda-tanda penat. Antara lagu yang paling ditunggu ramai ialah ‘Thinking Out Loud’ yang dipetik daripada album X. Apa yang mengejutkan adalah apabila seorang penonton lelaki berbaju blazer formal mengambil kesempatan lagu tersebut untuk melamar teman wanitanya, there and then. And guess what, she said yes!

Beberapa lagu popular Ed juga dijadikan sebagai pelengkap persembahan encore iaitu lagu ‘Shape Of You’ dan ‘Sing’. Secara keseluruhannya, REMAJA rasakan konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur ini adalah salah satu konsert terbaik yang pernah dianjurkan pada tahun ini.

Ia cukup bertenaga, dinamik, penuh dengan kejutan dan masih terngiang-ngiang di telinga. Tambahan pula dengan seni pencahayaan dan set pentas yang ringkas tetapi memberi impak wow. THANK YOU EDDIE!

 

2 Cabaran Besar Bisnes Online Tahun 2018, Sellers Jangan Ambil Mudah

0

Sejak akhir-akhir ini, ramai peniaga online yang menyatakan Facebook sudah semakin ‘berkira’ dan bisnes mereka sudah tak serancak dulu. Rata-ratanya memetik perubahan algoritma baru Facebook yang khabarnya menyebakan followers tidak lagi nampak posts mereka. Bagi remaja yang baru hendak berjinak-jinak menjadi usahawan online, pastinya mendengar perkara sebegini boleh mematahkan semangat mereka.

Jadi, kami cuba tanyakan hal ini kepada seorang guru pemasaran online, Sifu Najib Assadok. Benarkah Facebook semakin menyukarkan peniaga-peniaga online, dan apakah yang boleh dilakukan oleh remaja yang baru nak bermula? Ini penjelasan beliau.

Jangan Salahkan FB, Cabaran Paling Besar Ialah Diri Sendiri!

Facebook berubah untuk menambah baik user experience mereka, bukannya untuk menyusahkan peniaga. Sebenarnya, peniaga itu sendiri yang tidak mahu berubah dan masih menggunakan cara yang mengsabotaj bisnes mereka sendiri.

2 Cabaran Besar Bisnes Online Tahun 2018, Sellers Jangan Ambil Mudah

Jual, jual dan jual? Hentikan.

Ramai penjual yang lupa bahawa menjual secara online juga memerlukan prinsip seperti menjual di kedai. Orang kita selalu mahu menjual tanpa memikirkan untuk add more values for their customers. Kebanyakan sellers hanya describe spesifikasi produk mereka secara panjang lebar tanpa menarik emosi pelanggan terlebih dahulu. Selain perlu faham apa yang diperlukan oleh pelanggan, online sellers juga perlu belajar membina relationship dengan followers mereka. Jika followers buka Facebook page kita dan hanya nampak posts iklan, ia ibarat buka siaran televisyen tapi tiada cerita untuk ditonton.

Content is key, content is King

Banyak online sellers merungut yang Facebook hanya mahu ‘telan duit’ sekarang. Inilah mentaliti usahawan kita perlu ubah sebenarnya. Ramai tidak sedar pentingnya content marketing dalam membina jenama terutamanya di Facebook. Selain menjual produk, penjual perlu bijak berkongsi CERITA produk tersebut kerana cerita yang baik dapat menarik emosi dan membina kepercayaan.  Apabila pelanggan Like & Share content kita, secara tak langsung ia mewujudkan awareness terhadap jenama kita juga.

Praktikkan pemasaran FB yang betul

Ramai peniaga cuba mencari teknik magik yang tidak wujud. Sebenarnya, magik itu hanya berlaku jika mereka bertindak dengan ilmu yang betul. Tiga peringkat pemasaran Facebook yang betul ialah (i) bina followers, (ii) branding dan (iii) love customer more. Facebook mempunyai banyak tools yang khusus untuk tujuan marketing yang boleh diaplikasikan oleh peniaga.

Cabaran Dekad: Ekonomi 2018

Cabaran ekonomi ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini cycle ekonomi yang berlaku setiap 10 tahun, yang terakhir ialah pada tahun 2008. Jadi, peniaga perlu bersedia untuk tahun hadapan dan meng’online’kan bisnes mereka. Semua bisnes sudah menukar trend kepada online, bahkan kita sendiri lebih banyak menghabiskan masa di atas talian. Sekiranya bisnes tidak mahu berubah, pelanggan yang akan berubah dan membeli di tempat lain.

Bisnes belum online? Jangan berserah, masih sempat untuk anda berbuat sesuatu sekarang. Tindakan paling penting ialah cari ilmu dan strategi yang betul. Produk apa pun tak jadi masalah. Masalah utama ialah mindset dan tak mahu bertindak untuk berubah. Jika berserah pada takdir, habislah bisnes.


Amacam guys, dah ready nak mulakan online bisnes tahun 2018 nanti? Bersedia sehabis baik untuk hadapi dua cabaran besar yang Sifu Najib nyatakan tadi. Dan ingat pesanan akhir beliau ni:

Nak mulakan apa-apa perlu ada ilmu. Dengan ilmu yang betul kita mengurangkan risiko membuat kesilapan dan membantu kita mencari jalan pintas dari segi masa dan tenaga. Carilah ilmu, kemudia carilah guru. Cari satu guru dan buat 1000 tindakan, bukan cari 1000 guru namun hanya buat satu tindakan.

Sifu Najib juga selalu share tips marketing yang berguna di Facebook beliau. Let’s follow!

 

20 batang Sehari @ RM450 Sebulan, Bersedia Keluarkan RM20,000 Setahun Untuk Biaya Kos Rawatan COPD

Sebut soal rokok, orang lelaki tak kisah tentang harganya. Ketagihan pada candu ini membuatkan mereka cuma bising seketika bila kerajaan menaikkkan harganya. Tak dapat rokok mahal, rokok seludup yang dijual bawah RM5 menjadi taruhan asal puas.

Tinjauan di pasaran mendapati, jenama Pall Mall dijual pada hargaRM15.00 sekotak untuk 20 batang. Jenama lain lebih tinggi, sekurangnya RM17 sekotak.

Kalau sehari membelanjakan, RM15.00, jika kali dalam sebulan, bersamaan RM450. Mungkin masih murah bagi perokok tegar. Hisap lagi tanpa henti untuk 10 tahun berturut sehinggalah disahkan mengidap Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD). Bila disahkan mengidap COPD yang merupakan pembunuh ketiga tertinggi di negara ini,  bersedialah keluarkan RM20,000 setahun untuk biaya perubatan termasuk ubat-ubatan, rawatan, kos hospital, pengangkutan, oksigen dan lain-lain lagi.

Paling mudah kiraannya, bersamaan RM1666 sebulan selama hidup. Banyakkan tapi mungkin tak gentarkan perokok tegar lagi. Kalau bekerja, pengidapnya mungkin mampu membayar sebanyak itu.

Lagi pun mereka sendiri tidak kisah membakar RM450 sebulan. Tetapi kalau sudah sampai mengheret tong oksigen yang melekat 24 jam sehari di mulut, nak susahkan siapa dalam hal ini?. Mujur kalau isteri masih sayang, anak masih simpati, tetapi kalau memegang konsep abang sayang, abang melayang, mungkin kena fikir-fikir sendiri.

20 batang Sehari @ RM450 Sebulan, Bersedia Keluarkan RM20,000 Setahun Untuk Biaya Kos Rawatan COPD
COPD mengakibatkan paru-paru mengalami penyempitan

Untuk makluman, hari ini, 15 November 2017 seluruh dunia menyambut Hari Penyakit Sekatan Pulmonari  Kronik (COPD).  Kira-kira 383 juta penduduk  dunia disahkan mengidap COPD dengan 3 juta kematian setiap tahun. Mungkin fakta ini belum menggentarkan lagi kerana alasannya belum jatuh sakit.

Apa yang dimaksudkan dengan COPD? Ia merupakan penyakit paru-paru progresif  yang membuat seseorang itu semakin sukar untuk bernafas. COPD biasanya disebabkan pendedahan jangka panjang kepada perengsa paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan.

Dalam bahasa mudah, asap rokok membakar paru-paru perokok yang lama kelamaan mengakibatkan paru-paru gagal mengeluarkan udara kembali. Penderitanya akan merasai suasana begini. Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, hentikan seketika tanpa membuangnya. Kemudian tarik kembali nafas tanpa membuang yang lama. Kita pasti akan merasai kesukaran untuk bernafas dan itulah yang dialami oleh mereka yang mengidap COPD ini. Seksa bukan?

20 batang Sehari @ RM450 Sebulan, Bersedia Keluarkan RM20,000 Setahun Untuk Biaya Kos Rawatan COPD
20 batang sehari selama 10 tahun, perokok berisiko mengidap COPD – Dato Dr Zainudin

Dalam satu sidang akbbar sempena sambutan Hari COPD sedunia, Pakar Perunding  Perubatan Umum Dan Pernafasan, Dato’ Dr Zainudin bin Md Zin dari Hospital Pakar KPJ Damansara merangkap  Presiden Persatuan Yayasan Paru-Paru Malaysia berkata, golongan remaja yang aktif menghisap rokok setakat ini belum didignose mengidap penyakit ini.

“Biasanya perokok tegar yang menghisap tanpa henti selama 10 tahun jauh berisiko. Jadi kalau remaja mula menghisap rokok pada usia 15 tahun tanpa henti selama 10 tahun denngan jumlah bilangan 20 batang sehari, pada usianya 25 tahun dia berisiko mengidap COPD.

 

“Selain rokok, persekitaran luar seperti penggunaan dapur kayu, isteri yang suaminya merokok, anak-anak yang turut terdedah lebih mudah dijangkiti. Tetapi keutamaannya adalah penghisap rokok itu sendiri,” katanya yang turut mempertontonkan video paru-paru yang hancur akibat COPD.

 

 

Bagi pengidap COPD kronik mereka akan sentiasa memerlukan mesin oksigen. Hendak membuat tiga langkah ke tandas pun sudah tercungap-cungap. Belum lagi dikira hendak keluar rumah. Pendek kata pengidapnya akan kehilangan melihat nikmat dunia kerana perlu berada di rumah sentiasa selain perlu berulang alik menjalani rawatan hospital.

Isteri  dan anak-anak juga berisiko

Jika anda perokok tegar, risiko anda dijangkiti COPD sangat cerah. Tapi anda juga merisikokan anak isteri kerana mereka yang terdedah kepada asap dalam satu tempoh jangka panjang juga boleh terkena COPD. Kesiankan.

20 batang Sehari @ RM450 Sebulan, Bersedia Keluarkan RM20,000 Setahun Untuk Biaya Kos Rawatan COPD
Berhenti merokok mulai sekarang bagi mengelak terkena COPD

 

Menurut Prof Madya Dr Pang Yong Kek yang juga Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya, cara terbaik untuk mengecah COPD adalah dengan mengelakkan merokok berhenti merokok.

“Penyakit ini memang teruk jika dijangkiti. Ia menyebabkan kematian secara perlahan-lahan. Jika jantung menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia dan strok di tempat kedua, dari tahun 2015, COPD menjadi pembunuh nombor empat di negara, kini sudah melonjak ke tangga ke tiga kerana tiada penurunan dicatatkan sebaliknya terus menaik,” katanya yang juga Presiden  Persatuan Toraksik Malaysia.

 

Dalam pada itu, Prof Madya Dr Pang berkata, jika seseorang sudah dijangkiti  menghidap COPD terdapat cara-cara pihak perubatan boleh membantu  melegakan gejala-gejala penuakit, menambah baik kualiti hidup pesakit dan mengurangkan risiko kematian.

20 batang Sehari @ RM450 Sebulan, Bersedia Keluarkan RM20,000 Setahun Untuk Biaya Kos Rawatan COPD
Prof Madya Dr Pang, Ramil Burden & Dato Dr Zainudin dalam satu sidang akhbar mengenai COPD

Sempena sambutan Hari COPD Sedunia, syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan  berasaskan  penyelidikan terkenal di dunia, GlaxoSmithKline yang diwakili oleh Naib Presiden dan Pengurus Besarnya, Ramil Burden menjelaskan, selama lebih 40 tahun GSK telah melabur dalam penyelidikan pernafasan, mencipta dan memperbaiki ubat-ubatan yang membawa tranformasi mengenai rawatan penyakit pernafasan seperti COPD.

“Kami dapati penyakit COPD mempunyai cabaran dan keperluan yang unik,”katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Tonton Video pengalaman pesakit COPD yang merokok sejak usia muda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

Nak makan tapi malas?  Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.

Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.

Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try sendiri.

Bahan-bahan:

3 sudu besar tepung gandum

1 biji telur ayam

2 sudu besar gula

Air sebanyak yang perlu

Sedikit garam

Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)

Cara membuat:

1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!

Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?

Ramai pelajar universiti bergantung kepada ibu bapa sebagai sumber kewangan untuk biaya semasa di kampus. Jika mak ayah mampu, anak tidak akan membuat sebarang pinjaman pelajaran tetapi kalau biasa-biasa, ramai yang bergantung kepada pinjaman PTPTN yang menjadi keluhan sebaik tamat belajar.

Masa dapat duit, ramai yang seronok. Beli macam-macam tetapi bila perlu bayar semula, ramai yang mengeluh kerana tak mampu.

Sebenarnya, tak perlu pun bergantung kepada pinjaman kalau bijak membuat keputusan dalam hidup. Inilah cuba  dikongsikan  seorang pelajar universiti tempatan bagaimana pada usianya 21 tahun, dia sudah ada lima akaun berbeza termasuk simpanan tetap.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
Via Giphy

Apa yang dijualnya? Bagaimana dia boleh untung ribu-ribu setiap bulan? Baca  bagaimana Muhammad Akmal Zakir Husein membina rangkaian dengan pelajar universiti lain di seluruh negara dengan satu produk sahaja.

Kalau pelajar lain menganggap bawa kereta  Myvi atau Viva sudah cukup, kata Akmal, dengan bisnes diceburinya, dia mampu membayar bulanannya. Tapi dia ada misi lebih dari itu, mahu kereta yang hebat pada usia mudanya. Bukan untuk bergaya tetapi untuk kemudahan perjalanannya ke seluruh pelusuk negara.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
Tak la sampai beli kereta jenis ini. Tapi tetap kereta import – via giphy

Kata Akmal, zaman belajar bukan setakat genggam ijazah, tapi  zaman buat duit! Ini pandangan pelajar tahun dua Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.

 

Mungkin pandangannya tak sama dengan pelajar universiti lain tapi baca dengan teliti apa yang dia cuba sampaikan. Banyak betul dari kata-katanya cuma kebanyakan pelajar universiti tidak bersikap positif dan masih memikirkan genggam segulung ijazah itu lagi penting.

Akmal bukan saja bijak mencari duit malah bijak juga belajar kerana dia baru saja menerima Anugerah Dekan dalam satu majlis di universiti baru-baru ini.

“Saya hanya dua beradik saja. Mak ayah saya bekerja sebagai guru. Saya tak ambil apa-apa pun pinjaman pelajaran. Ikutkan, saya sudah selesa dengan sejumlah itu, tapi saya ada pandangan lebih jauh tentang kehidupan,’ katanya memulakan bicara.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
Akmal seorang yang cukup positif

Kata Akmal, kalau pelajar berusaha, mereka pasti menggenggam segulung ijazah. Ketika majlis konvokesyen, kita tersenyum riang kerana penat lelah nampak hasilnya. Tapi itu realiti zaman belajar, bagaimana selepas itu? Soalnya.

Sebagai seorang yang sangat positif, kata Akmal, selepas dua  minggu pendaftaran di universiti, dia sudah tahu apa dia patut lakukan.

“Saya pergi ke Nilai Properties Realty Sdn Bhd. Saya nyatakan minat saya dan alhamdulillah saya diterima menjadi agen jualan.  Bila masuk bidang jualan hartanah, kebanyakan pelanggan saya berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu beli rumah bernilai RM450,000 sebagai mana harga pasaran hari ini. Tapi komitmen lain yang banyak membuatkan puluhan client tak lepas mendapat pinjaman bank.

 

“Dari sini saya terfikir, kalau gaji RM8000 pun tak lepas beli rumah, saya yang sedang belajar dan bakal graduate perlu gaji berapa pula untuk beli rumah?. Inilah realiti ramai pelajar tak nampak. Mereka tahu tapi sengaja buat tak ambil kisah kerana anggap masa belajar perlu belajar bersungguh-sungguh.

 

“Saya boleh grade, ramai boleh grade. Tapi apa kami dapat selepas kehidupan dunia belajar. Bagi saya, persediaan awal ini penting. Sebab itu, saya banyak bergaul dengan tokoh-tokoh korporat untuk belajar bagaimana mereka yang bergaji besar pun sanggup menjual produk ini,’ katanya memaklumkan, bila bergaul dengan orang positif, fikiran juga akan jadi positif.

Apa bisnes yang Akmal ceburi? Pada usianya, dia jadi agen hartanah. Komisen juga lebat, belas ribu pernah masuk. Dia juga menjual sistem dalam dunia teknologi, Comscoms kepada mana-mana individu yang mahu perkhidmatan tersebut.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
via giphy

Akmal juga menjaga 20 ruang pejabat yang mana dia diberi kepercayaan menguruskannya. Tengok bagaimana dia merencana kehidupannya. Dan akhir sekali dia terlibat dalam bisnes direct selling, Amway dengan hanya menjual ubat gigi sahaja. Ada lagi produk lain tetapi ubat gigi paling mudah dijual kerana clientnya pelajar universiti. Lagipun ubat gigi menjadi  kegunaan harian dan produk ini wajib ada bagi setiap orang.

Kata Akmal, buat apa mereka bazirkan RM10 sebulan beli ubat gigi lain kalau produk  dijualnya boleh tahan untuk setahun dengan harga RM29.00 sahaja. sudah jauh lebih menjimatkan untuk para pelajar.

“Saya jual produk yang orang mampu, pakai hari-hari dan paling penting jimat. Itu paling utama sebab pelajar tidak punya wang banyak seperti orang bekerja,”katanya ketika ditemui di universiti tempatnya belajar.

Disebabkan bisnes minded, jualannnya kencang dan  ramai pelajar universiti luar berada di bawah rangkaian dibinanya.

Tahu pelajar tak punya duit banyak mana, kata Akmal, dia keluarkan dulu duitnya sebagai modal permulaan. Dia topkan dan bila mereka dah berjaya, dia dapat balik modal pusingan tersebut. Dengan duit itu juga, Akmal bantu pelajar lain pula yang ingin terlibat dalam perniagaan ini tetapi tak ada duit atau modal pusingan.

Tengok bagaimana dia membina rangkaian bisnesnya. Tak hairanlah dia ada lima akuan termasuk simpanan yang memang tak diusik langsung.

Suka memandang kehidupan dari sudut lebih jauh, kata Akmal, mak ayahnya memang tak setuju pun dia buat sebelum ini. Kata mereka, belajar lebih penting, sinikal sama seperti pandangan orang lain. Tapi kata Akmal, dia lebih tahu apa yang dia impikan.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
via giphy

Dalam diam, kata Akmal dia buat sungguh-sungguh. Untuk tempoh dua bulan pertama buat bisnes, sudah nampak kejayaannya. Bila tengok dia boleh berjaya baik dalam pelajaran mahupun bisnes, mak ayahnya beri restu. Lebih  best, kedua-duanya turut berdaftar sebagai wakil jualan dan peroleh komisen dari usahanya.

“Kita harus ada impian yang lebih besar dalam hidup. Saya juga begitu. Saya mengkaji bagaimana orang kaya boleh berjaya. Biasanya kekayaan timbul kerana mereka bijak merancang. Orang kaya membina rangkaian dan rangkaian itulah digunakan oleh orang biasa-biasa seperti kita. Saya juga sedang memikirkan masa depan saya untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Semoga Allah beri peluang itu untuknya.

Pelajar Universiti Ini Jual Apa Sampai Boleh Untung Ribu-Ribu Sebulan?
Tinggal dan bekerja di luar negara adalah impiannya pada masa akan datang – via giphy

Seperti mana katanya, hidup perlu positif. Berkawan juga mesti dengan orang positif. Peluang memang banyak  cuma mahu rebut atau tidak. Sebab itulah, kata Akmal, dia tidak boleh memaksa kawan-kawan mengikut jejaknya.

“Siapa yang nampak boleh tahu dan ikut. Saya lebih pentingkan  kehidupan selepas habis belajar. Ini peluang yang harus kita ambil dan rebut. Jangan kata bangsa lain berjaya kerana mereka tahu buat bisnes tetapi bangsa Melayu juga bijak jika tahu ambil peluang itu,” katanya.

Lepas baca kisah Akmal ini, harap-harap ada ramai pelajar universiti yang positif sepertinya.

TONTON VIDEO PENUH PANDANGAN PELAJAR INI.