Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat rakyat Malaysia.
Ramai yang mengeluh, stres dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini.
Kalau nak cerita sikit tentang industri minyak di Malaysia ni, syarikat terawal yang meneroka minyak dan gas di negara ini ialah c dengan penerokaan di Miri, Sarawak.
Sejak itu, pelbagai syarikat dari luar seperti Esso, Mobil dan Conoco Phillips. Petronas mula ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membuat cari gali di luar pesisir pantai Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain.
Manakala, pusat pemprosesan minyak dan gas di Malaysia adalah di Port Dickson, Melaka, Kerteh (Terengganu), Bintulu, Miri dan terbaru di Pengerang, Johor.
Turun naik harga minyak
Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, namun kita masih bergantung kepada harga dagangan pasaran antarabangsa yang sangat terdedah turun naiknya kerana negara kita juga mengimport minyak.
Ads
Contohnya, pada tahun 2008 harga minyak naik melambung akibat permintaan tinggi dengan konflik di negara Arab (pengeluar utama) menimbulkan kerisauan bekalan minyak sehingga $140 satu tong. Hal ini adalah luar kawalan kerajaan mahupun Petronas sekali gus menyebabkan harga runcit petrol juga naik kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi.
Walaupun pada tahun lalu harga minyak jatuh mendadak sehingga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, harga minyak kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu. Ini kerana harga minyak mentah dunia turut naik.
Faktor kenaikan harga minyak ini adalah kerana negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi bersetuju mengehadkan pengeluaran minyak serta kemunculan konflik di kawasan pengeluaran minyak. Ketegangan yang berlaku di Iraq berkaitan dengan referendum pihak Kurdistan dan rantau Arab secara amnya masih belum stabil juga turut bersangkut paut dengan kenaikan ini.
Jika masih ramai yang tertanya-tanya bila mana harga minyak dunia masih belum stabil, kenapa di Malaysia masih lagi naik 15 sen pada bulan November?
Ads
Sebenarnya harga minyak yang di sini adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York). Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana ia didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah 55.04 dollar manakala MOPS untuk ron97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.
Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.
Pengiraan harga minyak di Malaysia
MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.
MOPS = 66.789 USD/barrel = 0.5601 USD/litre = 2.335 ringgit/litre (Nota: 1barrel = 119.24 liter, 1USD = 4.17MYR)
2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653 – harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM 2.66 yang baru diberitahu pada hari Rabu lepas (mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang dalam minggu ini).
Jadi sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ekonomi Malaysia ni banyak bergantung kepada industri minyak dan gas. Bukan saja itu, pekerja di sektor ini, pendapatan kerajaan menerusi royalti dan cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak pun turuk naik gara-gara harga minyak.
Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda memahami situasi sektor minyak dan gas di Malaysia.
Mungkin benarlah kata orang, di dalam dunia ini terdapat 6 individu lain yang memiliki wajah seiras kita.
Jika sebelum ini seorang penjual nasi kuning di Indonesia pernah dikatakan mirip pelakon kacak Lee Min Ho, tular pula seorang pemuda Filipina yang dikatakan seiras Jimin BTS.
Selebriti Tik Tok Filipina yang dikenali sebagai Ian Noel Leon ini mempunyai pengikut seramai 908 juta di laman aplikasi tersebut dan setakat ini telahpun mengumpulkan hampir 15 juta likes. Dia menjadi tular dalam sekelip mata setelah ramai mengatakan wajahnya mirip ahli kumpulan K-pop popular, Jimin BTS!
Terdahulu, muncul seorang lelaki berkulit putih bernama Oli London yang tular kerana sanggup menghabiskan wang dan melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk memiliki wajah seperti Jimin. Nampaknya Oli pun tidak mahu ketinggalan daripada memberi komen di beberapa video TikTok Noel.
Ini pula respon warganet dan peminat Noel yang rata-rata menyamakannya dengan Jimin.
Hm, what say you guys?
Adalah sikit-sikit macam Jimin kan, hehe. Dah namanya keturunan Asia, tentulah wujud titik persamaan walaupun sedikit. Yang peliknya adalah apabila orang putih nak menjadi seiras orang Asia seperti Oli London. Oops!
Berpunca dari sikap “fussy” atau “picky” dalam pemakanan menyebabkan remaja berusia 19 tahun disahkan buta dan pekak. Remaja yang berasal dari Bristol ini hanya akan makan kerepek kentang dan sosej sebagai diet.
Keluarga remaja itu juga menyedari sesuatu yang tidak kena apabila beliau mula hilang pendengaran ketika berusia 14 tahun. Penglihatan remaja itu juga semakin buruk dan kini hidup tanpa pekerjaan dan pergaulan sosial akibat diet itu menurut ibunya
Ibunya turut memberitahu bahawa anaknya enggan makan makanan lain, selain memakan kerepek kentang, sosej, daging proses dan roti putih sejak berusia tujuh tahun lagi.
Kajian dari University of Bristol yang mengesahkan Remaja berkenaan mengalami masalah pemakanan dikenali sebagai gangguan pengambilan had makanan (ARFID). Disamping kekurangan zat dan menyebabkan kerosakkan teruk pada saraf optik, keadaan ini juga dikenali sebagai nutritional optic neuropathy (NON).
Mereka yang mengalami keadaan itu kerap mengelakkan makanan dengan tekstur, bau, rasa atau penampilan tertentu atau cuma makan ia pada suhu tertentu, menurut badan kebajikan gangguan pemakanan.
Sebab itulah kita harus berhati-hati sebelum mencerca dan menaburkan kata-kata tidak baik kepada orang yang berbadan besar, mana tahu dia lebih cantik dan hebat dari kita di masa akan datang.
Budaya diskriminasi dan buli terhadap orang berbadan gempal dan besar bukan lagi isu baru.
Siapa sangka, Huynh Pham Thuy Tien yang berjaya memenangi mahkota Miss Vietnam 2021, seterusnya mewakili negara untuk ke Miss Universe 2021 ini pernah melalui fasa berbadan besar dan gempal.
Malah, beliau juga mendedahkan pernah dibuli dek fizikal yang gempal. Huynh Pham mengaku pernah dibuli kerana beratnya 90kg. Berbadan gempal, menyebabkan dia mendapat banyak kritikan sehingga membuatkan dia berasa rendah diri.
“Semasa sekolah, saya selalu menyorok dalam kelas walaupun waktu rehat. Saya tidak berani bermain kerana terlalu takut dan bimbang untuk keluar, selalu sangat mendengar kritikan kerana badan saya yang terlalu besar.
“Bagi pelajar sekolah, kesan psikologinya besar, buat saya rendah diri dan menyalahkan diri sendiri,” dipetik dari Wolipop.
Namun tidak lagi kini, menurut Huynh Pham lagi, dia bermotivasi untuk menurunkan berat badan apabila dia memasuki universiti. Dia berusaha keras untuk berubah dan menjadi yakin.
Setiap hari, Huynh akan melakukan senaman selama dua jam, dan mengimbanginya dengan diet yang sihat. Bukan saja dari segi fizikal, dia juga menumpukan kecerdasan intelek.
Tapi, mesti bukan mudah untuk Huynh untuk sampai ke tahap ini. Korang yang pernah dibuli sebab fizikal korang besar boleh ambil inspirasi dari Miss Universe Vietnam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.