Home Blog Page 1888

Bagaimana Boleh Jadi Seorang Yang Lebih Produktif? Senang Saja, Kuasai Rasa Bosan!

Admit it. Dalam seharian kamu sebagai seorang remaja, kebosanan adalah antara mush utama. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu dilakukan dan percaya atau tidak jika kita tiada benda nak buat dan mula rasa bosan, itu antara perasaan yang paling tak seronok kita rasai.

Bayangkan kamu dalam sebuah pesawat; sebagai contoh penerbangan ke Korea yang mengambil masa lebih kurang enam jam apa yang kamu buat untuk hilangkan rasa bosan. Yes, kamu akan cari sesuatu untuk dilakukan tidak kiralah baca buku, menonton filem atau bermain permainan video. Generasi kita sekarang bertuah kerana boleh dikatakan semua orang memiliki telefon pintar.

Bagaimana Boleh Jadi Seorang Yang Lebih Produktif? Senang Saja, Kuasai Rasa Bosan!

Otak Manusia Tidak Suka Rasa Bosan

Betul tak kalau rasa bosan, kita akan laju saja cari benda nak buat. Bila bosan lakukan satu kerja kita akan lakukan benda yang lain yang kurang bosan.

Ini boleh menjadi satu masalah besar terutamanya bila kamu harus menyiapkan kerja-kerja penting seperti assignment atau menepati deadline yang harus dipatuhi. Fikirkan senario ini; kamu harus menyiapkan assignment atau laporan dengan segera kerana esok harus submit kepada cikgu atau lecturer. Semasa menyiapkannya kamu berasa bosan seketika lalu bukan YouTube. Ketahuilah tindakan begini boleh mengundang bencana! Inilah natijah yang akan berlaku dan boleh menggangu hidup kita jika ‘tunduk’ kepada rasa bosan.

Kuasai Rasa Bosan

Actually, ini bukan artikel tentang bagaimana untuk hapuskan rasa bosan tetapi bagaimana untuk mengawalnya.

Pertama sekali, kamu harus assume yang sebelum melakukan sesuatu kamu akan berasa bosan. Ia adalah satu perkara normal dan kadang-kadang memang kita tak boleh mengelak. Apa yang perlu kamu lakukan?

Bagaimana Boleh Jadi Seorang Yang Lebih Produktif? Senang Saja, Kuasai Rasa Bosan!

Rancang Corak Kerja

Kamu tahu kamu seorang yang mudah berasa bosan terutamanya menyiapkan satu kerja yang bukanlah kegemaran. Buat jadual dan jangkaan tempoh kerja. Contohnya untuk setiap satu ke dua jam kamu bekerja, kamu akan berehat selama 5 minit untuk lakukan perkara lain. Lari sekejap daripada fokus kerja dan relakskan otak dengan melakukan aktviti melibatkan pergerakan. Kajian mendapati mengambil tempoh selang untuk berehat mmerupakan cara paling efektif untuk meningkatkan produktiviti dan mampu mengurangkan rasa stres.

Latih Diri Untuk Lebih Toleran Dengan Rasa Bosan

Ini merupakan cara bagaimana untuk kamu meningkatkan kemampuan untuk lebih fokus dan latihan minda untuk lebih fokus. Dengan melatih minda menjadi lebih positif, kamu akan kurang rasa bosan dan sceara tak langsung prestasi kerja juga meningkat.

Seharian berada di kuliah menyiapkan tugasan juga boleh menjadi latihan konsentrasi. Lama-kelamaan kamu akan perasan jika konsentrasi tinggi kamu akan sukar berasa bosan. Jika kamu berasa bosan, jangan hukum atau salahkan diri sendiri mengapa kamu boleh jadi begitu. Itu merupakan satu perkara normal. Dan percayalah orang yang mampu menguasai rasa bosan boleh menjadi lebih produktif.

Sumber:
Psychology Today: Why People Get Bored

 

20 Tahun Tidur Dengan Buaya

Memelihara kucing, ikan atau burung hal biasa bagi manusia yang sayangkan haiwan. Lagi pun binatang ini dianggap manja dan tak akan mendatangkan bahaya bila kita mendekatinya.

Kalau bela ular pun dah dianggap geli, gelagat seorang lelaki yang sedang menggosok gigi buaya peliharaannya dengan penuh selamba, memang dikira handallah.

Ternyata kasih sayang M Irwan bukan tumpah kepada kucing atau ikan tetapi dia menganggap Kojek adalah binatang peliharaan kesayangannya. Buaya besar berukuran 2.7 meter dengan berat 200 kg itu sudah dianggap sebagai sebahagian ahli keluarganya dan bebas berkeliaran di dalam rumahnya dengan tiada rasa takut langsung.

20 Tahun Tidur Dengan Buaya
Irwan sudah tiada rasa takut kerana sayangkan Kojek

Menurut M Irwan, dia mula membela Kojek selepas menyaksikan binatang kesayangannya itu hampir dipotong oleh salah seorang nelayan yang berjaya menangkapnya.

“Saya tersentuh hati melihat nyawanya hampir kecundang. Saya lalu menawarkan wang rupiah Rp20 ribu (bersamaan RM6) kepada nelayan tersebut. Saya bawa pulang ke rumah. Ketika itu, di rumah saya ada memelihara ular selain biawak. Tetapi kini hanya ada biawak sahaja selain Kojek,” katanya memaklumkan ketika Kojek kecil dahulu, dia selalu mendukungnya dan membawanya berjalan-jalan. Malah lelaki ini juga sudah biasa dan tiada rasa takut untuk tidur dengan lenanya.

“Penduduk kampung sudah biasa dan mereka tiada rasa takut. Tetapi sekarang Kojek sudah berat, 200 kg. Dia banyak berehat dan berendam di dalam air sahaja,” kata Irwan yang tinggal di Kampung Sempur, Bogor Tengah, Jawa.

20 Tahun Tidur Dengan Buaya
Kojek dah tak kisah kena mandi dan giginya digosok

Menunjukkan keduanya mempunyai hubungan sangat akrab, M Irwan dengan selamba memandikan Kojek dan memberus giginya. Buaya itu pun seakan memahami tuannya bukan ancaman, selamba membuka mulut dan membiarkan giginya diberus. Malah tubuhnya juga disabun. Habis lehernya digosok-gosok dan ternyata reptelia ganas ini memahami ini hubungan istimewa ini. Sumber Jawa Pos.com

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia

Nama Fathia Latiff  menjadi trending  dunia artis ketika ini. Selepas dihentam Dira Abu Zahar di perhimpunan agung Umno yang menutup tirainya semalam, pelakon cantik manis ini membalas kenyataan tersebut dengan berkata, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara sekalipun berbeza pandangan. Yezz, right!

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Nama Fathia menjadi trending selepas berani meluahkan isu rakyat sehingga menjadi perhatian orang politik

Terbaru, Fathia menerusi Twitternya telah mendedahkan mengenai beliau telah diugut oleh seorang lelaki botak yang menyebabkan beliau merasa trauma dengan kejadian tersebut.

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia

Ermmm..semakin berani orang sekarang ya cubaan melanggar undang-undang. Kitakan negara berdaulat, mengamalkan kebebasan bersuara. Biarlah berbeza pandangan politik atau apa saja. So untuk abang botak tu, janganlah emosional sangat. Kang tak pasal-pasal semua lelaki botak dituduh ganas sedangkan romantik benarnya. Ehhh.

Sebenarnya, bukan saja Fathia yang menerima ugutan, Remaja Online senaraikan 15 lagi artis yang pernah menerima ugutan sama dalam pelbagai cara.

Remy Ishak

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia

Suatu ketika dahulu, pelakon Remy Ishak menerusi twitternya telah memuatnaik gambar kediamannya  telah menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Remy yang pernah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan itu percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.

Ketika serbuan itu, Remy atau nama sebenar­nya, Mohammad Zalimei Ishak, 34, ketika itu berada di luar kawasan. Remy berkata yang beliau berasa terkilan apabila pihak berkuasa menyer­bu rumahnya tanpa mem­perkenalkan diri sehingga memaksa dia sendiri bercakap de­ngan polis menerusi telefon untuk mendapatkan kepastian.

“Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

Uqasha Senrose

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Peminat minta gambar bogel Uqasha

Pelakon Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusi direct message di akaun Instagramnya. Luahan Uqasha itu disuarakan melalui entri terbaharu Instagram Story pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

“Ya Allah ada juga manusia macam ini!” tulis Uqasha.

Dalam teks yang dikirimkan oleh pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu, Uqasha diugut untuk menyerahkan gambar bogel dan berjanji akan berhenti menulis komen negatif di ruangan gambar pelakon itu.

“Uqasha, jika kamu memberikan saya gambar-gambar bogel kamu, saya akan berhenti menulis komen buruk tentang kamu. Saya janji.

“Hey, jika tidak saya akan menggodam Instagram kamu,” tulis individu itu menerusi kiriman teks seawal 5 pagi.

Dato AC Mizal

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Dato Ac Mizal juga pernah terima ugutan

Polis memandang serius laporan pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Mizal Zaini, 39, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal berhubung ugutan bunuh diterima, sekali gus berusaha mengesan dalang yang menyebarkan ugutan itu.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini, keterangan artis terbabit berhubung dakwaannya diugut serta difitnah melalui blog dan laman web sosial facebook sudah direkodkan.

Menurutnya, laporan itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kemahiran khusus bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.

“Polis bagaimanapun tetap memberi perhatian terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa artis terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat artis itu yang tersebar melalui Internet sejak beberapa minggu lalu Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikat berkenaan.

Yatt Hamzah

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Ugutan berbaur lucah diterima Yatt

Selebriti dan aktivis kemanusiaan Yatt Hamzah, 35, menerima ugutan bunuh dan komen berbaur lucah menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini ketika ditemui berkata, setiap kali dia memuat naik foto juga kempen misi kemanusian membantu umat Islam di negara bergolak seperti di Gaza, Palaestin dan Syria di IG atau Facebook, akaunnya serta merta disekat.

“Sejak aktif dengan misi kemanusian, apabila saya muat naik dan berkongsi foto tentang misi tersebut, serta merta akaun saya di sekat oleh IG dan Facebook (FB).

“Hampir setiap bulan IG dan FB saya disekat, paling sekejap satu jam paling lama tiga hari.

“Mereka hantar mesej mengatakan saya melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama gambar-gambar menunjukkan keganasan dan kekerasan. Walhal gambar yang muat naik adalah gambar misi membantu umat Islam seperti di Palestin dan Syria.

“Bukan itu saja, malah saya diugut bunuh oleh ramai pengikut yang saya percayai mereka yang memihak kepada Israel. Ada juga komen berbaur lucah,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Rita Rudaini

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Peminat pernah menulis mesej berbaur ugutan kepada pelakon popular ini

Rita Rudaini telah menerima ugutan bunuh menerusi salah satu komen yang dihantar ke akaun bekas suaminya, Aidil Zafuan. Rita Rudaini telah pun membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh ini.

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia

Katanya, Rita telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Aidil kerana ugutan bunuh tersebut muncul selepas bekas suaminya itu memuatnaik gambar-gambar provokasi.

Reen Rahim

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Kes Reen Rahim pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu berkaitan kes ugutan

Aktres Reen Rahim bertindak membuat laporan polis selepas seorang peminat mengugut untuk menyebarkan gambar dan video peribadinya

Peminat wanita yang pernah rapat dengan Reen itu didakwa mencuri gambar dan video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbit Reen.

Tambah pemilik nama penuh Noreen Ashikin Abdul Rahim, 29, peminat wanita yang pernah menjadi tulang belakang bagi kelab peminatnya itu turut bertindak menulis kenyataan berbaur ugutan di akaun Instagram miliknya.

“Saya didekati oleh wanita berkenaan kira-kira lima tahun lalu selepas saya memenangi rancangan Pilih Kasih. Dia mahu menubuhkan kelab peminat saya, tetapi saya enggan kerana saya memikirkan yang saya baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang hiburan.

“Selepas itu, kami berhubung semula dua tahun lalu dan menjadi akrab. Saya fikirkan, dua tahun lepas merupakan masa yang sesuai untuk saya aktifkan kelab peminat kerana kerjaya saya semakin rancak. Silap saya kerana mempercayainya dan memberikan dirinya akses kepada telefon bimbit dan laman sosial saya.

“Semasa kami rapat, wanita itu mula bersikap berlebih-lebihan apabila dia mula mencampuri urusan peribadi dan masuk campur dalam hal yang membabitkan keluarga saya. Semenjak itu, saya mula menjauhkan diri.

“Kepercayaan saya dibalas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Rupa-rupanya, dia mengambil kesempatan untuk mencuri dan menyimpan gambar serta video peribadi saya dengan niat yang tidak baik.

“Dia juga menulis lapan kenyataan di laman Instagram miliknya dan ada antara kenyataan yang ditulis berbaur ugutan,” kata Reen.

Zed Zaidi

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Apa kesudahan kes ugutan terhadap Zed Zaidi ini kerana senyap tanpa berita

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi.

Seniman yang diwakili Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman, Datuk S Subash, 36, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

“Dia bukan pertama kali mengugut Zed. Sebelum ini dia pernah membuat ugutan sama apabila Zed bersuara mengenai isu pengacara Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Hanez Suraya

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Suatu ketika dahulu namanya menjadi sebutan tetapi kini Hanez Suraya bahagia dengan rumahtangganya

Pelakon Hanez Suraya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard (pengawal peribadi) bagi menjaga keselamatan ketika berada di majlis-majlis tertentu ekoran ugutan diterimanya berhubung kontroversi rampas suami orang. (dah selamat pun kahwin sekarang)

Hanez berkata, keluarga terlalu bimbang dengan keselamatannya terutama ketika berada di tempat umum yang terdedah kepada risiko. “Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar.

“Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial,” katanya.

Suhaimi Saad

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Peminat tak lagi memperkatakan mengenai bekas penyanyi nasyid In Team ini.

Nama Suhaimi Saad dalam sekelip mata terus dikenali semula oleh netizen sebab memuatnaik naik status ‘anti vaksin’. Tak lama selepas itu, setiap status yang dimuatnaik oleh Suhaimi terus menjadi hangat diperkatakan netizen.

Kehidupan ‘zuhud’ yang didedahkan oleh Suhaimi pada umum bahawa di rumah tak ada peti ais, mesin basuh dan sofa menambahkan lagi kemarahan netizen. Suhaimi disifatkan sebagai seorang suami yang menzalimi isteri sebab tak bagi keperluan yang cukup.

Tak cukup dengan kritik, Suhaimi dedahkan dirinya juga dah terima ugutan dari banyak pihak. Ramai yang ugut nak pukul, pijak dan macam-macam lagi kalau jumpa Suhaimi.

Karier nyanyian Suhaimi juga sedikit sebanyak terjejas, sebab hampir tiga persembahan yang sepatutnya di ayakan oleh Suhaimi telah dibatalkan oleh pihak pengajur pada saat akhir sebab takut kemunculan Suhaimi di atas pentas akan undang kemarahan.

Dato Afdlin Shauki

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Isu ini memang kecoh suatu masa dulu berikutan Teo ditampar oleh Mat Over di depan PM

Kes Mat Over tampar David masih belum berakhir. Kali ini berkaitan dengan pelawak popular Afdlin Shauki pula. Afdlin ada menyuarakan pendapatnya tentang isu ini dan telah menyalahkan moderator majlis berkenaan iaitu Dato Rosyam Nor.

Setelah meluahkan pendapatnya, ada pihak yang mengugut Afdlin secara live. Seorang lelaki yang menggunakan nama Farid Rozaini telah menulis diruangan komen, mahu menampar muka Afdlin Shauki. Lelaki berkenaan dilihat marah dengan kenyataan dari Afdlin Shauki ke atas Rosyam Nor.

Ini komen dari Afdlin Shauki:

Ok brader ni berani ugut aku live ni. Hahaha. Kalau tak berpelajaran ni lah rupanya. Ni la kalau tak faham undang-undang. Sekarang ni ja dah cukup jadi bahan aku nak bawak pergi polis.


@faridrozaini4real lets go bro. Aku cuma beri pendapat tapi, kau ugut aku. Ok jom bro jumpa. @polis_diraja_malaysia 

Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia
Memang berani mamat ini, emosi jugakan!!

 

Terdahulu, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahaya dan Sufian Suhaimi pernah menjadi mangsa buli siber dengan ugutan menyebarkan foto bogel. Malah, pelakon cantik Nora Danish juga pernah meneriman ancaman rogol dan komen lucah di Instagramnya sekitar tahun 2014. Sumber: Akhbar tempatan / Blog Hiburan

.

 

Shahrukh Amin Buat Kejutan Tewaskan Pemain Boling Berusia 50 Tahun

0

Status Shahrukh Amin Zulkifli sebagai seorang pelajar yang baru tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan lalu langsung tidak menghalangnya daripada memenangi kejohanan boling antarabangsa, yang berlangsung petang tadi.

Pemain boling Sekolah Sukan Tunku Magkota Ismail (SSTMI) itu melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pemain Korea Selatan, Jeong Tae Hwa yang berusia 50 tahun dengan keputusan 226-219 jatuhan pin dalam pusingan stepladder final The Masters.

Ia adalah sempena Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa MILO kali ke-18 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Petaling Jaya.

Menurut kenyataan Shahrukh Amin kepada rakan media, “Saya pun tak sangka saya boleh menang. Saya cuma nikmati permainan tadi. Mungki tanpa adanya tekanan, saya rasa semakin yakin apabila menunjukkan permainan yang baik tadi.”

Shahrukh Amin juga berkata dirinya akan menyertai skuad pelapis kebangsaan pada Mac, tahun hadapan.

Remaja yang berasal dari Kuantan Pahang itu menunjukkan prestasi mengagumkan apabila dia mendahului saingan The Masters dengan catatn 2,321 jatuhan pin dalam 10 permainan.

Sekaligus, dia meninggalkan pemain profesional lain seperti Parker Bohn III dari Amerika Syarikat dan pemain senior negara, Rafiq Ismail dan Esther Cheah.

its been a long time without bowling?

A post shared by Shahrukh Amin Zulkifli (@_aminsaz) on

“Saya berharap kejayaan pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan lain selepas ini. Ini juga adalah atas sokongan keluarga, jurulatih iaitu Lamjah Khalil dan kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan, tambah anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.

Sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan ini, Shahrukh Amin berkata dia terpaksa menjalani latihan intensif pada waktu pagi dan malam selepas tamat menduduki peperiksaan. Hasilnya, remaja itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Semalam, seorang lagi atlet pelapis boling negara, Qistina Zainal berjaya memenangi kategori wanita, juga si Sunway Megalanes.

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

0

Semua orang perlukan beauty sleep pada setiap hari.

Bukan hanya untuk menjamin tenaga pada keesokan harinya. Tidur yang cukup dan berkualitu juga penting untuk menjaga kecantikan pada muka serta kesihatan badan.

Bukan senang tau nak jadi cantik, korang apa tahu. Hiks!

Kalau birthday girlfriend jenis kaki tidur ni dah nak dekat, atau korang saja nak dapatkan idea hadiah unik untuk ulang tahun couple. ATAU mungkin ada buat salah dengan girlfriend dan perlu menebus kembali kesilapan.

Jangan risau, REMAJA rangkumkan 20 idea yang boleh korang guna pakai.

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Bath Robe

Cantik sangat warna hijau tua ni. Dan kami suka sangat dengan potongan straight pada seluarnya. MONKI

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Pati Prun

Dengan kebaikan esen vitamin E sejumlah 10mg, minuman suplemen ini bukan hanya membantu diet tetapi juga bagus untuk penjagaan kulit. InnerShine®

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Uncang Teh Teavana

Set 12 uncang sekotak ini mengabungkan perisa acai berry, bunga raya, nenas, manga dan epal. Starbucks

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Cow Cool Mist Humidifier

Pembersih udara ini adalah solusi baik untuk simptom kulit kering, bibir pecah dan jika korang mudah dijangkiti demam. SHOPEE

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Slipper Berbulu

Seriously, kalau korang belikan ini untuk girlfriend mesti dia sayang lebih punyalah. Pilih je nak singa laut atau nak llama. TOPSHOP

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Faux Fur Slipper

Itu kalau suka bulu-bulu tebal. Kalau nak bulu-bulu panjang pun ada. H&M

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Jumpsuit Jersey

Tak salah kalau sekali-sekala nak ngada-ngada pakai jumpsuit masuk tidur. H&M

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Cadar Katil

Duvet bercetak dengan corak dedaun ini memang sesuai untuk suasana bilik tidur tenang. H&M

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Seluar Harem

Jenama yangbaru berada di One Utama ini menyediakan macam-macam jenis pakaian kasual  seperti ini. Sesuai untuk dibawa ke luar atau untuk tidur saja. LC Waikiki

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Pupur Muka

Haa, tahu ke tak pupur tu apa? Pupur atau mask My Real Squeeze ini mempunyai 18 jenis kesemuanya. RM5 je satu pula tu! innisfree

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Casing Telefon

Untunglah ada iPhone X! Phone dah cantik tapi sarungkan casing okay, takut calar. Otterbox

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Tea Tree Anti-Imperfection Night Mask

Kami sendiri adalah big fans kepada koleksi Tea Tree ini. Bau je macam kedai ubat tapi hasilnya, muka yang segar hingga esok pagi. The Body Shop

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Skrub Badan

Sebelum nak tidur, mestilah kita badan bersih dan bebas daripada ketidakselesaan. Daripada tiga ‘perisa’ ini, kami sukakan Coriander. Kiehl’s

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Sarung Kusyen

Mesti tak pernah terfikir nak hadiahkan sarung kusyen kan? She will love this, for sure. IKEA

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Ambal

Ambal atau rug berbulu ini bukan saja tempatnya di lantai. Cuba suruh girlfriend letak di sofa, tempat dia selalu baca novel. IKEA

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Robe

Amboi seksinya! Hehe sekali-sekala biarlah dia rasa feminin juga dengan robe baldu dan lace ni. Bukan nak tayang dekat siapa pun. TOPSHOP 

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Krim Malam

Kalau boleh, perempuan nakkan semua produk daripada Soap & Glory hehe. For starter, korang berikan Beauty Sleep Accelerator ni okay. Sephora

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Syampu

Bagi mengelakkan rasa rambut gatal semasa tidur terutamanya bagi perempuan berhijab. Sunsilk Hijab Recharge

 

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Topeng Mata

Girlfriend tidur bersama adik-beradik lain? Atau dekat dalam dorm? Haa, hadiahkan topeng mata ni, you’re welcome. TYPO

 

Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka

Langsir

Yang ni memang unik! Siapa pernah terfikir nak hadiahkan langsir tebal untuk GF, senang dia block cahaya daripada masuk ke dalam bilik. H&M

 

Good night girls!

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam

Nampaknya, Donald Trump pasti menduduki carian search engine tertinggi dalam tempoh sehari dua ini. Selepas membuat satu keputusan kontroversi pada Rabu lalu dengan mengumumkan Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel, dunia semakin membencinya.

Ini dapat dilihat dalam beberapa siri rusuhan di seluruh dunia yang mana penduduk Islam membakar patung mirip wajahnya. Malah beberapa kenyataan keras telah dikeluarkan oleh pemimpin di seluruh dunia selepas “manusia paling dibenci umat islam” ini menandatangani perjanjian tersebut.

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Satu dunia membantah keputusan bodoh Trump
Ternyata “Donald Trump sedang berperang di Timur Tengah dan mengisytiharkan perang dengan 1.5 bilion umat Islam dan beratus-ratus juta orang Kristian yang tidak akan menerima bandar suci Baitulmuqadis di bawah kepimpinan Israel,” kata diplomat Palestin kepada Britain, Manuel Hassassian. 

Terdapat juga kenyataan dari  Presiden Palestin, Mahmoud Habash yang mana menyatakan “Apa yang dilakukan oleh Donald Trump akan memusnahkan proses damai,” kata Presiden Palestin Mahmoud Habash, bagi pihak Presiden Mahmoud Abbas.  “Dunia akan membayar harga ini dengan sangat mahal.” Bukan saja umat Islam membara kemuncak kemarahannya tetapi Pemimpin Katolik  Vartican yang begitu dihormati dunia turut mengeluarkan kenyataan rasminya.

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Ternyata pemimpin USA ini membuat keputusan mencetuskan kemarahan umat islam

Pope Francis berkata, ‘status quo’ yang berkaitan dengan Yerusalem (Baitulmuqadis) harus dihormati. “Dialog hanya boleh dilakukan dengan mengenali hak-hak semua orang di rantau ini,” kata BBC memetik Pemimpin Katolik di dunia sebagai meminta semua pihak yang bijak untuk menghalang pertumpahan darah.

Malaysia juga tidak terkecuali menyuarakan bantahan secara rasmi selepas solat Jumaat tadi dengan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengetuai perhimpunan secara aman di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu  negara.

Demonstrasi ini turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan sebagai tindakan membantah keputusan Presiden AS, Donald Trump di White House yang telah menandatangani satu perjanjian yang tertangguh selama 20 tahun dengan mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel berbanding Tel Aviv sekarang.

Sebagai pendatang di bumi Palestin, kerakusan Isreal “menguasai” bandar yang menempatkan masjid paling suci iaitu Masjid Al-Aqsa itu dilihat sebagai satu tindakan kurang bijak oleh Trump yang turut menjadi kebencian di negaranya sendiri.

Bantahan terhadap Trump turut disuarakan oleh artis dan selebriti terkenal tanahair yang ternyata tidak bersetuju dengan isu ini. beberapa nama besar seperti Dato Siti, FarahDeeaba, Dato Afdlin Shauki, Aliff Satar, Achey serta ramai lagi yang menyatakan pendirian masing-masing di laman sosial milik mereka.

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Dato Siti turut suarakan bantahan
Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Achey juga sama

Kenapa Israel Beriya Mahukan Kota Ini

Baitulmuqadis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Makkah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqadis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmuqadis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.Sumber : www.ibnuyaacob.com

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat islam

Sedikit sejarah mengenai Baitulmuqadis

Baitulmuqadis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah.

Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Umat Islam seluruh dunia membantah tindakan bodoh Trump

Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.

Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai ‘Mount Temple’ disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.

Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya ‘Mount Temple’ sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti ‘City of the Temple’ yang mengambil kira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.

Trump Semakin Dibenci Dunia, Pukul Gendang Perang Dengan 1.5 Bilion Umat Islam
Trump menjadi bahan sendaan masyarakat

Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman.

Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.

Jadinya, bila orang Yahudi beriya-iya mahukan kota ini, dapatlah kita  memahami niat sebenar mereka. Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa agar kota ini dapat diserahkan kembali kepada Palestin yang lebih berhak. Semoga Allah memelihara kota suci ini. Ya Rabbal.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak

Masyarakat hanya membaca berita tanpa tahu tugas sebenar bagaimana wartawan mendapatkannya.

Jika dibandingkan dengan kerjaya lain, harus diketahui bukan mudah untuk wartawan mendapatkan bahan berita. Perlu lakukan penyiasatan, penyamaran dan dalam sesetengah berita perlu berada di lokasi negara terlibat biar diri terdedah kepada ancaman bahaya. Ini semua dilakukan demi memastikan berita disiarkan benar-benar menepati selera masyarakat.

Minggu ini, dunia baru meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Ia satu peluang untuk meraikan kebebasan akhbar selain untuk memberi penghormatan kepada wartawan yang telah kehilangan nyawa mereka di tempat kerja. Untuk makluman, Malaysia antara negara yang mengamalkan kebebasan media.

Era dunia digital tanpa sempadan, perkembangan berita palsu semakin berleluasa. Semuanya mahu menjadi wartawan tanpa tahu etikannya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kewartawanan bebas dan profesional tidak pernah menjadi lebih penting kerana akauntabiliti dan kredibiliti media yang ada dalam soalan”.

Menurut Pollup World Poll pula, persepsi masyarakat tentang kebebasan media paling tinggi terjadi di Eropah Barat dan Denmark, Norway, Finlandia, Switzerland, Belanda, Ireland dan Sweden khususnya.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak

Tapi di sebalik kebebasan media yang dicanangkan, kes pembunuhan wartawan yang membongkar berita khususnya kegiatan jenayah tidak terlepas menjadi mangsa ancaman kongsi gelap yang menaruh dendam.

Baru-baru  ini, 10 orang telah ditangkap berhubung kes pembunuhan wartawan, Daphne Caruana Galizia yang dibunuh dalam satu serangan bom kereta pada 16 Oktober lalu.

Kematiannya benar-benar mengejutkan negara tetapi pada skala global, pembunuhan terhadap wartawan benar-benar terjadi.  UNESCO mencatatkan dari 2012-2016, seramai 530 orang wartawan terbunuh di seluruh dunia, malah wartawan Malaysia antara yang mati ditembak semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia oleh penembak curi.

Negara perang, Syria menjadi tempat paling tidak selamat buat wartawan yang membuat liputan berita di negara ini kerana 86 orang wartawan telah mati dibunuh sejak perang bergolak.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Senarai 12 negara paling tidak selamat untuk wartawan

Selain Syria, Iraq juga mencatat kematian kedua tertinggi seramai 46 orang.  Ini diikuti Mexico, Somalia, Pakistan serta beberapa buah negara seluruh dunia yang turut  tersenarai  banyak melibatkan pembunuhan terhadap wartawan.

Untuk budak journalism dan boardcast, ini mungkin cabaran kerja dan sedikit ilmu pengetahuan untuk sama-sama kita hadapi. Memang ajal di tangan Allah SWT tetapi seperti kata seorang ustaz, tiada siapa yang mahu keluar bekerja untuk mati. Betul tak?

Berikut adalah kes-kes pembunuhan wartawan yang berlaku di seluruh dunia.

Pada 2009, lelaki bersenjata telah membunuh 32 wartawan di wilayah Maguindanao yang sebahagian penduduknya beragama Islam selain  turut mengorbankan 25 orang awam.

Peristiwa ini dikenali sebagai “pembunuhan beramai-ramai Maguindanao” dan masih dikenang sehingga ke hari ini kerana ia peristiwa paling dahsyat untuk wartawan di dunia ini.

Media tempatan melaporkan, pembunuhan itu bermotifkan politik kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan calon gabenor yang akan bertanding dalam pilihan raya dengan penyandangnya, Andal Ampatuan.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Noramfaizul menjadi wartawan pertama negara yang terkorban semasa membuat liputan di luar negara. Alfatihah untuk allahyarham.

Jurukamera BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor merupakan wartawan pertama dari Malaysia yang mati ketika membuat liputan kerja. Allahyarham maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa mengikuti  Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.

Seorang wartawan tempatan yang melaporkan tentang keganasan kumpulan dadah di negara  Mexico telah mati ditembak.  Javier Valdez, 50, yang juga penulis sambilan bagi agensi berita AFP  khabarnya telah mati dibunuh.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Javier mati ditembak kerana keberaniannya membongkar jenayah dadah

Valdez yang juga pemenang Anugerah Kebebasan Media Antarabangsa anjuran Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) merupakan wartawan kelima yang ditembak mati di Mexico pada tahun ini. Ternyata kerjaya ini benar-benar mencabar.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Wartawan ini cukup terkenal dengan keberaniannya

Dalam pada itu, Stesen berita Al-Jazeera melaporkan salah seorang wartawan bebas terbunuh di utara Syria hari ini dalam satu serangan udara oleh tentera Rusia menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Ibrahim juga mati ditembak

Ibrahim al-Omar, yang membuat liputan untuk siaran langsung Al-Jazeera Mubasher terbunuh dalam serangan udara tersebut di bandar Termanin. Sejak 2011, sebanyak enam orang pekerja Al-Jazeera terbunuh ketika membuat liputan mengenai konflik Syria dan yang terakhir merupakan seorang jurugambar, Zakaria Ibrahim ditembak mati oleh penembak tepat.

Dalam senarai tahun lepas, wartawan yang paling muda terbunuh ialah Luis Emanuel Ruiz Carrilo dari La Prensa, berusia 21 tahun, yang diculik dan dibunuh dipercayai oleh anggota kartel dadah di Mexico. Wartawan paling tua terkorban ialah Paul Lockyer dari Australia, Rafik Tagi dari Azerbaijan dan Phamon Phonphanit dari Thailand, kesemuanya berusia 61 tahun.

12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Keduanya mati ditembak kerana sedang membuat siaran secara langsung

Seorang wartawan dan seorang jurukamera, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat. Berita ini nyata mengejutkan rakan mereka mereka berada di studio.

Biar apa pun yang terjadi, namun semangat rakan-rakan wartawan ini memang patut disanjung. Semoga keberanian mereka menjadi inspirasi buat kita dan korang yang baru nak memulakan kerjaya ini dimasa depan.

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Sejak kebelakangan ini tumpuan terhadap dunia sneakers telah menarik perhatian ramai. Walaupun ia bukanlah benda baru namun dengan beberapa kejadian yang berlaku dalam tempoh terdekat telah menyedarkan masyarakat umum tentang kegilaan yang dibawa oleh budaya sneakerhead. Dengan kisah bertumbuk kerana NMD Pharrell hinggalah kepada kisah tular Vans Pa’din.

Jenama-jenama seperti Adidas, Nike, Jordan, Vans, Converse dan sebagainya telah menguasai pasaran sneakers dan sering menjadi buruan peminatnya.

Dengan adanya permintaan tinggi maka di situlah wujud perniagaan resale. Kalau diperhatikan ia kini sudah menjadi antara industri barun yang semakin popular terutamanya di kalangan peniaga online, khususnya di Facebook dan Instagram.

Remaja ingin kongsikan 10 jenis kasut yang mempunyai nilai resale tinggi berbanding harga asalnya. Jom kita sama-sama lihat sneaker apakah yang dianggap sebagai ‘grails‘ buat sneakerhead terkini.

Chanel x adidas Pharrell Hu NMD

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Sneakers yang menjadi buran utama sekarang ini biasanya melibatkan kolaborasi jenama atau selebriti terkenal. Ini bolehlah dikatakan kolaborasi luarb biasa kerana melibatkan tiga nama serta satu silhoutte kasut yang menjadi kegilaan ramai dalam 2 tahun kebelakangan ini.

Dengan nama Chanel, Pharrell dan adidas sudah cukup membuatkan ia cukup eksklusif. Apatah lagi dikatakan dengan hanya 500 pasang sahaja dikeluarkan.

Harga asal: USD1,180
Harga pasaran: USD11,000 (RM44,943)

Jordan 1 Retro High Off-White Chicago

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Virgil Abloh dengan jenama hi-end streetwear, Off-White ternyata mempunyai aura cukup luar biasa. Kepercayaan Nike diberikan kepadanya untuk dia berikan sentuhan tersendiri terhadap 10 jenis kasut menghasilakn satu karya cukup hebat.

Sebagai salah satu daripada koleksi ‘The Ten’, Jordan 1 Retro High Off-White Chicago menjadi rebutan ramai. Dengan colorway OG serta sentuhan Virgil, ia memberikan nafas baru kepada ikon sneakers
yang cukup penting.

Harga asal: USD190
Harga pasaran; USD1,200 (RM4,903)

Nike Mag 2016

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Kasut ini antara pertama yang akan ‘pop up’ dalam minda penulis bila orang sebut harga mahal macam kena jual buah pinggang. Nike Air Mag 2016 merupakan revolusi teknologi auto lacing yang diketengahkan oleh Nike. Pernah menonton filem ‘Back To The Future 2’?

Ya, inilah kasut yang dihasilkan daripada imaginasi filem tersebut. Apa yang menarik, kasut ini hanya ditawarkan menerusi cabutan tiket berharga USD10 sahaja dan ia hanya dikeluarkan 89 pasang sahaja. Kesemua kutipan tersebut kemudian disalurkan kepada J.Fox Foundation for Parkinson’s Research.

Harga asal: NA (raffle tiket USD10)
Harga pasaran: USD26,000 (RM106,248)

DJ Khaleed x Air Jordan 3 ‘Grateful’

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Dalam tempoh beberapa dekad ini jenama Jordan sentiasa meniti di bibir penggemar sneakers. Sebagai contoh Jordan 12 ‘Flu Game’ yang bertandatangan Michael Jordan pernah dijual sehingga USD100 ribu.

Kolaborasi bersama DJ Khaled, produser/DJ/rapper telah mengahsilkan sneaker merah yang cukup cantik. Beberapa bulan selepas ia dikeluarkan, harganya melambung tinggi!Yang menariknya, ia hanya boleh didapati dengan membeli albumnya Grateful dan melayakkan mereka untuk menyertai peraduan.

Harga asal: NA
Harga pasaran: USD25,000 (RM102,165)

VLONE x Nike Air Force 1 High

Ada Antara Sneakers Ini Harganya Lebih Mahal Daripada Sebuah Perodua Myvi!

Sebuah lagi jenama streetwear berpengaruh yang dikepalai oleh A$AP Bari, VLONE diberi kepercayaan oleh Nike. Kali ini mereka tampil dengan silhoutte Air Force One. Ini merupakan edisi kedua selepas sebelum ini muncul dengan low-cut Air Force 1 yang kini dijual dipasaran melebihi USD1000.

Bagaimana pula dengan edisi ini? This is so limited! Dengan hanya 100 pasang sahaja dihasilkan dan boleh didapati dengan raffle di Nike Paris tidak hairanlah ia mempunyai nilai jual semula cukup tinggi!

Harga asal: NA
Harga pasaran: USD8,000 (RM32,686)

Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam

Fasal nuget pun nak bergaduh. Biasalah bila masing-masing nak tunjuk kuat dan hebat.

Satu kekecohan telah terjadi di restoran makanan segera Mc Donald dan tular di media sosial apabila seorang pekerja di bahagian kaunter  telah menanduk muka seorang pelanggan.

Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam
Pergaduhan bermula jam 4.50 pagi – Picture SWNS

Kejadian dikatakan berlaku apabila pelanggan memasuki Mc Donald  jam 4.50 pagi dan telah  membuat pesanan. Malangnya, menu biasa sudah ditukar kepada sarapan hidangan pagi  di restoran makanan  segera terbabit.

Disebabkan tidak berpuas hati hidangan menu dengan tiada nuget disertakan, pelanggan telah meminta tukar kepada daging bakon, malangnya apa yang dipesannya juga tiada,” kata sumber dalam video tersebut.

Mungkin berang kerana hajatnya tidak dipenuhi, pelanggan terbabit mungkin sudah mengeluarkan kata-kata pedas. Sebelum video pergaduhan berdurasi 26 saat itu tular, kelihatan pekerja Mc Donald di Liverpool, Merseyside itu masih mundar-mandir sebelum bersemuka semula dengan pelanggan terlibat.

Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam
Pekerja Mc Donald ini telah menanduk muka pelanggan terbabit
Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam
Meski cuba dileraikan tetapi masing-masing tak nak berhenti – Picture SMNS

Apa lagi, mungkin sebab panas hati, mengantuk dan tak tahan, terjadi pergaduhan antara mereka berdua sehingga berdarah-darah tanpa adanya pengawal keselamatan mengawal di lokasi terlibat. Pekerja Mc Donald itu mendakwa, dia hanya mempertahankan diri sahaja kerana pelanggan terlebih dahulu cuba menumbuknya.

Gaduh Di Mc Donald Gara-Gara Nuget Ayam
Selepas video tular, Mc Donald telah menggantung tugas pekerja terbabit

Selepas video ini tersebar luas, pihak Mc Donald mengesahkan telah mengantung tugas pekerja terbabit dan akan melakukan satu siasatan rapi mengenainya. Sumber metro.co.uk