Status Shahrukh Amin Zulkifli sebagai seorang pelajar yang baru tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan lalu langsung tidak menghalangnya daripada memenangi kejohanan boling antarabangsa, yang berlangsung petang tadi.
Pemain boling Sekolah Sukan Tunku Magkota Ismail (SSTMI) itu melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pemain Korea Selatan, Jeong Tae Hwa yang berusia 50 tahun dengan keputusan 226-219 jatuhan pin dalam pusingan stepladder final The Masters.
Ia adalah sempena Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa MILO kali ke-18 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Petaling Jaya.
Menurut kenyataan Shahrukh Amin kepada rakan media, “Saya pun tak sangka saya boleh menang. Saya cuma nikmati permainan tadi. Mungki tanpa adanya tekanan, saya rasa semakin yakin apabila menunjukkan permainan yang baik tadi.”
Ads
Shahrukh Amin juga berkata dirinya akan menyertai skuad pelapis kebangsaan pada Mac, tahun hadapan.
Remaja yang berasal dari Kuantan Pahang itu menunjukkan prestasi mengagumkan apabila dia mendahului saingan The Masters dengan catatn 2,321 jatuhan pin dalam 10 permainan.
Ads
Sekaligus, dia meninggalkan pemain profesional lain seperti Parker Bohn III dari Amerika Syarikat dan pemain senior negara, Rafiq Ismail dan Esther Cheah.
A post shared by Shahrukh Amin Zulkifli (@_aminsaz) on
Ads
“Saya berharap kejayaan pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan lain selepas ini. Ini juga adalah atas sokongan keluarga, jurulatih iaitu Lamjah Khalil dan kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan, tambah anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.
Sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan ini, Shahrukh Amin berkata dia terpaksa menjalani latihan intensif pada waktu pagi dan malam selepas tamat menduduki peperiksaan. Hasilnya, remaja itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.
Semalam, seorang lagi atlet pelapis boling negara, Qistina Zainal berjaya memenangi kategori wanita, juga si Sunway Megalanes.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki kulit wajah yang sempurna adalah impian bagi setiap wanita. Jika ada sebarang perkongsian tentang cara penjagaan atau produk skincare yang sesuai, pasti merekalah orang yang paling excited untuk mencuba.
Setiap tahun, ada saja trend baru yang diperkenalkan dalam dunia kecantikan dan penjagaan muka. Tapi sedih kulit korang tetap sama je kan?
Jadi apa kata korang cuba rutin ini dalam usaha untuk mendapatkan kulit putih dan mulus bak ‘Korean Glass’ dengan cara menggunakan bahan semulajadi.
So lets lah…tak perlu keluar modal mahal pun.
Bahan-bahan
1 sudu makan putih telur
1 sudu makan madu
1 sudu makan tepung jagung
1 cubit serbuk penaik/serbuk soda
1 sudu teh jus limau/lemon
Cara penyediaan
Pukul putih telur sampai jadi berbuih selama 2 minit
Masukkan madu, soda, jus limau atau lemon, dan kacau semua bahan-bahan sehingga berbuih putih
Kemudian masukkan serbuk penaik atau serbuk soda, kacau bahan sehingga sebati
Cara Pakai :
Sapu bahan di muka dan biarkan kering selama 5 minit
Kemudian sapu lagi sekali di muka dan biarkan kering selama 15 minit
Bilas muka dengan air sejuk
Amalkan 2-3 kali seminggu selama 3-4 minggu berturut-turut
Korang akan dapat hasilnya kulit wajah putih berseri dan flawless.
Ingat memang rutin penjagaan wajah penting, tapi apa yang membuatkan korang berjaya mendapatkan hasil sebegitu adalah dengan penjagaan dalaman seperti tidur cukup, makan terjaga dan rajin bersenam.
Dan bukan semata-mata cuci muka jer.
OKAY, penulis akan cuba rutin penjagaan kulit ni setiap malam sebelum tidur ye…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada mulanya, mereka telahpun berkobar untuk mendaftar pembelian Myvi 2018 baharu ini.
Namun, langkah hendak membeli di kalangan 3,000 pelanggan Perodua itu tak lagi dapat diteruskan apabila Perodua berdepan dengan gangguan bekalan di salah satu vendornya.
Terang Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. iaitu Datuk Dr Zaharu Husin, “Kami memohon maaf kerana kami tahu ramai yang tak sabar menantikan kereta baharu mereka pada tahun ini, khususnya Myvi 2018.”
Apa yang boleh diusahakan oleh Perodua buat masa ini adalah untuk cuba sebaik mungkin mempercepatkan proses penyerahan kereta kepada 3,000 pelanggan mereka berbanding tarikh asal iaitu sebelum 1 September ini.
Kenyataan Perodua.
Hhm, tapi ada juga yang berfikiran ‘nakal’ apabila isu ini timbul.
Ada yang berkata, ia ‘dihentikan’ seketika kerana harga kereta sekarang tidak stabil demikian perubahan sistem cukai GST kepada SST. Banyak jenama kereta terutamanya yang berasal dari luar negara telah mengehadkan jumlah kereta yang dijual selepas kerajaan Pakatan Harapan mengubah sistem cukai kepada 0% kadar GST.
Apa-apa pun, korang boleh berhubung dengan penasihat jualan terdekat atau hubungi talian hotline Perodua di 1800 88 6600.
Kami di REMAJA pun berharap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin.
Kalau tak, tak dapatlah kami nak test drive kereta baru boss nanti. Eh!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas – kesemuanya pada waktu yang sama.
Namun, wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah membuktikan tiada yang mustahil setelah dia mengenepikan saingan 18 buah negara.
Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Di pentas Mister Tourism World semalam, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab.
Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai.
Ikuti temubual REMAJA bersama Danial Hansen sebelum dirinya berlepas ke Malta untuk bertanding.
Peserta Raise The Star Malaysia, Zuana Zulmat (30) baru-baru ini mencuri perhatian penonton sejak minggu pertama pertandingan apabila membawakan lagu ‘Seluruh Cinta’ nyanyian asal...