Alasan klise semata-mata untuk merentas daerah mahupun negeri nampaknya sudah tidak ‘menjadi’ apabila kita bertemu dengan pegawai berkuasa di melakukan operasi.
Dua kisah berbeza, namun masing-masing mempunyai niat yang sama. Untuk merentas kawasan biarpun seluruh negara bakal diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Di Kemaman Terengganu, 11 orang individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM5000 setelah mereka didakwa menggunakan laluan tikus bagi menyeberang ke daerah berlainan.
Sumber Foto: AWANI.
Sewaktu ditahan dalam operasi polis di sempadan daerah Kemaman dan Cherating, kumpulan tersebut telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada dikompaun. Ini termasuklah alasan mendapatkan juadah berbuah, membeli makanan bagi ikan peliharaan dan macam-macam lagilah!
Ads
Untuk pengetahuan, kira-kira tujuan laluan tikus wujud di antara daerah Kemaman dan Cherating, Pahang. Mungkin disebabkan itulah, penduduk di sana berani untuk merentas kerana sudah biasa menggunakannya.
Lain pula ceritanya di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan di Bentong, Pahang. Seperti biasa, kenderaan di sana diperiksa satu-persatu dan di situlah, pihak berkuasa memperolehi alasan yang pelbagai daripada pengguna jalan raya yang cuba menyembunyikan niat sebenar untuk pulang ke kampung halaman.
Ads
Kongsi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Rahim Jaafar kepada rakan media di Bernama, ramai pengguna jalan raya yang menggunakan pas-pas pekerjaan untuk melepasi SJR.
Keadaan lebuh raya sesak di sekitar lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bentong. Sumber Foto: Bernama.
Sepanjang pemeriksaan tersebut dilakukan, sebanyak 1,333 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik setelah pihak berkuasa menerima alasan yang tidak munasabah.
Ads
Aduh, kan dah buang masa guys.
Ingat, bukan korang saja yang teringin nak pulang berhari raya tau. Seluruh Malaysia mempunyai keinginan yang sama setelah kita tidak dapat beraya pada tahun lalu.
Namun, fokus negara kini adalah untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Jangan sampai keadaan bertambah buruk seperti yang sedang berlaku di negara India, baru kita hendak ikut SOP.
Setelah meragut beratus ribuu nyawa,baru-baru ini mnurut pakar perubatan, pandemik COVID-19 mungkin akan berakhir tanpa memerlukan vaksin.
Alhamdulillah….
Pakar penyakit berjangkit dari Itali, Profesor Matteo Bassetti mendakwa bahawa jangkitan itu telah berubah daripada ‘harimau agresif’ kepada ‘kucing liar’.
Profesor Bassetti yang juga merupakan ketua penyakit berjangkit di Hospital San Martino di Itali, menjelaskan bahawa COVID-19 telah kehilangan ‘taringnya’ pada bulan lalu dan pesakit yang sebelum ini dijangkiti virus itu kini telah kembali pulih.
Menurutnya lagi, kita mungkin tidak memerlukan vaksin untuk virus yang telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia kerana ia boleh mati dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, dakwaan ini ini telah dipertikaikan oleh pakar perubatan lain.
“Ia seperti harimau agresif pada Mac dan April tetapi sekarang, ia seperti kucing liar.
“Malah, pesakit warga emas yang berusia antara 80 hingga 90 tahun kini menerima rawatan di hospital tanpa alat bantuan pernafasan,” jelasnya.
Tambahnya, mungkin ada beberapa penjelasan untuk keadaan ini termasuk perintah berkurung yang mengurangkan risiko orang ramai daripada terdedah kepada jangkitan tersebut.
Untuk rekod, Itali mencatatkan 49 kematian akibat COVID-19 pada hari Sabtu lepas berbanding 47 hari sebelumnya
Bagusnya, kalau kajian ini betul. Boleh la kita kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum ni. Walaupun begitu, kita di Malaysia masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga selagi virus maut ini belum berakhir.
Tatkala ramai yang sudah mendapat notifikasi temu janji kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca dan ada juga yang sudah melengkapkan dos kedua vaksin Sinovac, namun masih ramai masyarakat Malaysia yang langsung tidak menerima sebarang temu janji pemberian vaksin lagi.
Kita dapat melihat keluhan masyarakat yang memuat naik status di media sosial tentang kekesalan mereka kerana masih tidak menerima panggilan untuk divaksin.
Namun begitu, ada beberapa tip yang dikongsi warganet dan khabarnya, tip tersebut membuahkan hasil dan mereka terus menerima temu janji selepas itu.
So guys, apa kata korang cuba ikut tip ini, mana tahu rezeki selepas mencuba kan?
1. Klik pada ‘Covid-19 Vaccination’
2. Pilih ‘Vaccine Information’
3. Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start’
4. Scroll paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?’
Di bawah sekali
5. Kemudian pilih ‘Other Issues’
6. Di ruangan kosong itu tulis sudah register sejak bulan berapa, dan masih belum dapat appointment pada tarikh hari ini
7. Kemudian, tekan ‘Submit’
Apa-apa pun tak salah kalau kita ikhtiar kan. Selamat mencuba!
Peningkatan kes positif wabak Covid-19 di bandaraya Kuching, Sarawak minggu ini telah mendatangkan rasa khuatir terhadap masyarakat di sana.
Setiap hari, ada kes positif baharu yang dicatatkan dan kes tempatan saja sudah memasuki angka dua digit iaitu 38 orang. Ini termasuklah kes yang membabitkan seorang pemain bola sepak kelab Kuching FA.
Menurut kenyataan di halaman Facebook rasmi kelab bola sepak terbabit, pemain itu juga merupakan staf Hospital Sentosa di Sarawak yang menjadi lokasi terbaru merebaknya Covid-19 akibat kontak rapat.
Namun, kelab di Liga Perdana Malaysia itu menegaskan bahawa mereka sentiasa menelati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Liga Bola Sepak Negara untuk sebarang aktiviti latihan.
Disebabkan kes tersebut, kesemua latihan mereka akan ditangguhkan buat sementara waktu demi keselamatan pemain dan komuniti.
Justeru, ura-ura bertiup kencang mengatakan bahawa Kuching bakal menjadi bandar pertama di Malaysia yang akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan situasi semasa.
Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mereka sedang meneliti akan kemungkinan perlaksanaan PKP semula. Namun buat masa ini, mereka sedang dalam keadaan berjaga-jaga.
Kuching berada dalam zon kuning. Keputusan tersebut mungkin akan diputuskan apabila kes positif tempatan mencecah 40 dalam tempoh 14 hari atau Kuching diisytihatkan sebagai zon merah.
Untuk pengetahuan korang, semalam saja Kuching telah mencatatkan 6 kes positif Covid-19 daripada total 9 kes baharu di Sarawak. 8 daripada mangsa itu adalah akibat kontak rapat di Hospital Sentosa.
Ada sebab mengapa Perdana Menteri membuat pengumuman rasmi tempoh hari. Beliau enggan keadaan seperti ini terjadi. Apapun, sila berjaga-jaga gaiss walaupun kawasan korang berada dalam zon hijau, dan jaga sesekali percayakan barangan cegah Covid-19 palsu yang dijual secara online.