Lelaki bernama Shoji Morimoto, 40, mula menjadi popular di Jepun selepas mencipta satu perkhidmatan yang pada asalnya dianggap aneh tetapi akhirnya mendapat sambutan luar biasa.
Beliau menawarkan diri sebagai seorang “peneman” yang hanya perlu hadir di sisi pelanggan dalam pelbagai situasi — sama ada untuk menemani mereka berjalan-jalan, menonton wayang, atau sekadar duduk bersama semasa mereka makan.
Apa yang membezakan perkhidmatan Shoji Morimoto daripada yang lain ialah beliau tidak perlu bercakap atau terlibat dalam sebarang aktiviti selain daripada hanya “hadir.” Pelanggan yang menggunakan khidmat ini mungkin sekadar mahukan kehadiran seseorang untuk menghilangkan rasa sunyi atau mahu berkongsi momen tanpa tekanan sosial untuk berinteraksi.
Tokyo man earns $80K a year renting himself out as a ‘do-nothing’ companion, but doesn’t befriend clients.
Shoji Morimoto, 40, charges $100 per 2-3 hour session. Since 2018, over 1,000 people, both locals and foreigners, have hired him to combat loneliness. pic.twitter.com/ClhrvxYjTe
Perkhidmatan unik ini menawarkan “teman sementara” untuk sebarang acara yang diminta oleh pelanggan.
Ads
Setiap sesi biasanya berlangsung sekitar beberapa jam, dan Shoji mengenakan caj yang tetap bagi setiap perkhidmatan. Beliau juga menegaskan bahawa khidmat yang diberikan adalah profesional, tanpa sebarang unsur hubungan peribadi atau romantik.
Pelanggan yang menggunakan khidmat ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berasa terasing, warga tua, pekerja pejabat yang terlalu sibuk untuk bersosial, atau individu yang menghadapi masalah sosial. Beberapa pelanggan juga menyatakan bahawa mereka menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan sokongan moral semasa menghadapi situasi yang sukar, seperti berjumpa doktor atau menghadiri majlis tertentu.
Lelaki Jepun Ini Raih RM300,000 Setahun
Pendapatan Lumayan
Meskipun perkhidmatan yang ditawarkan Shoji Morimoto nampak ringkas, beliau berjaya meraih pendapatan yang mengejutkan.
Menurut laporan, beliau memperoleh sekitar RM300,000 setahun hanya dengan menjadi “teman sementara.” Perkhidmatan ini semakin popular di Jepun kerana gaya hidup moden yang sering menyumbang kepada rasa terasing dan kesunyian di kalangan individu.
Ads
Dengan kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan sekitar 10,000 yen (lebih kurang RM300) untuk setiap sesi, Morimoto telah menjalankan ribuan sesi sepanjang kariernya sebagai “peneman.” Pendapatan ini menunjukkan betapa besar keperluan untuk khidmat seperti ini di Jepun, terutamanya di kalangan mereka yang mendambakan kehadiran tanpa ikatan sosial yang rumit.
Fenomena Budaya
Fenomena khidmat peneman ini memberi gambaran yang mendalam tentang realiti kehidupan di Jepun. Negara ini, walaupun maju dari segi teknologi dan ekonomi, sedang berdepan dengan masalah sosial seperti kesunyian dan tekanan hidup yang tinggi. Rakyat Jepun, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Tokyo, sering berhadapan dengan bebanan kerja yang berat, sehingga menjejaskan kehidupan sosial mereka.
Ads
Khidmat seperti yang ditawarkan oleh Morimoto menunjukkan bahawa ramai individu mencari jalan alternatif untuk menangani rasa sunyi dan keperluan untuk berinteraksi dengan cara yang lebih mudah dan tidak memaksa.
Shoji Morimoto membuktikan bahawa dalam dunia yang semakin sibuk dan terasing, kadangkala kehadiran seseorang sahaja sudah cukup untuk memberikan keselesaan. Dengan pendapatan yang mencecah RM300,000 setahun, beliau telah menunjukkan bahawa khidmat yang kelihatan sederhana ini mempunyai nilai besar dalam masyarakat moden.
Fenomena ini juga mencerminkan satu aspek penting dalam kehidupan manusia: keperluan untuk ditemani, walaupun tanpa sebarang interaksi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah selebriti Thailand, Tangmo yang dikatakan telah dibunuh secara kejam oleh kenalannya kini menjadi sebutan lagi apabila akaun Facebook miliknya dikatakan telah aktif semula.
Apa yang lebih menghairankan, beberapa status telah dimuat dan ia secara tidak langsung mencetus spekulasi dikalangan pengikut dan peminat selebriti Thailand ini.
Walau bagaimanapun, ramai pihak yang mendakwa bahawa setiap hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu dilakukan oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi, namun ia telah dinafikan oleh peguam wanita tersebut.
“Saya disakiti oleh seorang teman yang saya sayangi dan percayai. Saya masih menunggu kebenaran daripada lima individu. Saya sendiri yang akan mendedahkan apa yang berlaku jika mereka tidak menceritakan hal sebenar. Jangan lupa, data panggilan yang dipadamkan boleh diperoleh semula,” seperti yang telah dikongsi di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Tangmo telah ditemui maut terapung di Sungai Chao Phraya dua hari selepas tubuhnya dilaporkan hilang akibat terjatuh bot laju. Pihak polis Thailand akhirnya memaklumkan bahawa pegawai penyiasatan telah menetapkan kematian aktres itu berlaku kerana terjatuh dari bahagian bot laju dan badannya terkena kipas bot sebelum dia lemas di sungai Chao Phraya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendermaan organ dan tisu selepas kematian hanya akan dijalankan setelah kebenaran diterima daripada waris atau keluarga terdekat. Jika korang mempunyai hasrat untuk menderma atau telah berikrar untuk menjadi penderma organ, adalah penting jika hasrat murni ini disampaikan kepada ahli keluarga.
Terbaharu, aplikasi MySejahtera dikatakan akan dicadangkan untuk ditambah nilai bagi tujuan pendermaan organ. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata situasi pendermaan organ di Malaysia semakin berkurangan. Ia menyebabkan rawatan pembedahan transplan organ khususnya bagi pesakit buat pinggang peringkat akhir (ESKD) sukar dilakukan.
“Jumlah mereka bersetuju menderma organ hari ini semakin berkurangan dan kita mungkin akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia (menderma),” jelas Khairy.
Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Ketika ini terdapat 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. Kajian juga mendapati seramai 8,000 pesakit baharu disahkan pada tahun 2018.
Di negara-negara seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ dan tisu mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:
i. Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga.
ii. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian.
iii. Ada penerima sesuai yang menunggu.
Sebelum ini kesedaran tentang menderma organ ini tidak begitu diketahui umum dan mungkin selepas ia wujud di dalam aplikasi MySejahtera akan membuka mata lebih ramai masyarakat tentang pentingnya hal ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon yang popular dengan lakonan dalam drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk dilaporkan kini bercinta dengan bekas ahli Hello Venus, Nara.
Memetik laporan Newsls, kedua-dua mereka bertemu ketika Nara masih lagi merupakan ahli Hello Venus dan bibit-bibit cinta mula berputik apabila Lee Jong Suk ingin idol itu menyertai agensinya, A Man Project.
Perkara tersebut disahkan oleh sumber dalam agensi tersebut.
“Ketua A Man Project adalah Lee Jong Suk dan dia bertanggungjawab menjaga semua aktiviti Kwon Nara. Setelah kontrak penyanyi itu bersama Fantagio tamat, dia (Lee Jong Suk) menghabiskan masa yang banyak untuk karier Nara,” katanya.
Dipercayai, kedua-dua mereka sering kelihatan pergi dating dan Nara juga sering mengunjungi kafe Lee Jong Suk iaitu 89 Mansion.
Kedua-dua mereka kelihatan serasi bersama dan difahamkan Lee Jong Suk juga merupakan peminat kepada Nara.
Walaupun kini pelakon drama Pinocchio itu kini sedang menjalankan khidmat tenteranya, namun Nara sering melawatnya.
Bagaimanapun, agensi pengurusan kedua-dua mereka iaitu A Man Project pantas mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin itu adalah palsu! Untuk pengetahuan, Lee Jong Suk dan Nara hanya rapat sebagai senior dan junior sahaja,” kata kenyataan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!