Pempengaruh atau selebriti TikTok popular, Haikal Irfan, mengakui dugaan yang perlu dilaluinya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.
Ia kerana, pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu mendedahkan dia pernah melarikan diri dari rumah kerana keluarga menghalangnya untuk menjadi pempengaruh atau influencer di media sosial.
Menurut sumber, Haikal menjelaskan cintanya berputik pada TikTok dan mula mendalami sejak dia diberhentikan kerja sebagai cef pelatih atau commis cef di sebuah hotel, akibat pandemik. Kemudian, dia cuba mempelajari cara untuk meraih pendapatan melalui aplikasi berkenaan.
Kongsi pemuda berusia 23 tahun itu, walau pada mulanya tidak direstui kedua orang tuanya, kini dia berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM10,000, bahkan pernah mencecah angka RM50,000 sebulan.
Sementara itu, Haikal turut berkongsi dia pulang ke rumah setelah tiga bulan untuk memohon maaf dan meminta restu kedua ibu bapanya.
Ads
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.
Ads
Sekadar informasi, perjuangan pemuda ini di medan digital dalam mengumpul sejuta pengikut di platform TikTok akhirnya tercapai pada 26 Jun tahun lalu.
Kini, dia mula mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saadiah hatinya cukup riang malam itu. Gadis yang bekerja kilang ini akan membuat satu temu janji dengan Kamal pada keesokkan harinya, kenalan yang langsung dia tidak pernah kenal atau jumpa, hanya berutus surat melalui ruangan berkenalan di majalah.
Hatinya mulai terpaut pada kekacakan Kamal dan dia gembira Kamal mahu mengenalinya hanya selepas dia menghantar sekeping gambar. Itu pun bukan gambarnya sendiri tetapi gambar kawan serumahnya, Anis yang diakui memang menarik dan sudah bertunang.
“Anis, aku takutlah pula esok,” luah Saadiah.
“Kenapa? Tanya Anis.
“Yalah, aku bukannya cantik, kulit muka nie pun penuh jerawat yang semakin menghodohkan,” luah Saadiah.
“Diah, berkenalanlah dulu, wajah hanya luaran, hati paling utama,”kata Anis yang langsung tidak tahu gambarnya dicuri dan diberi kepada Kamal kerana dia sudah menganggap Diah kawan baiknya. Anis sedar, Diah selalu rasa rendah diri.
Jerawat batu yang banyak dimukanya membuatkan wajah kawannya itu kusam dan menjadi bahan ejekan. Diah selalu mengadu dan menangis kerana dia juga punya hati dan perasaan. Jadi apabila Kamal mahu bertemu”diah jadian”, Anis menggalakkannya kerana dia tahu hati Diah akan bahagia kerana ada lelaki sudi keluar dengannya.
Pagi itu, Saadiah sudah bersedia keluar rumah. Bersolek seperti biasa tetapi jerawat batunya membuatkan wajahnya tidak kelihatan menarik. Sampai di pekan, dia menanti Kamal di sebuah restoran seperti dijanjikan. Sedang duduk menunggu, dia disapa seorang lelaki yang bertanya adakah dia Saadiah.
Benar, Kamal memang kacak seperti dalam gambar. Namun Kamal mulai pelik kerana Diah di hadapannya tidak seperti Diah dalam gambar diberi. Seakan tidak sesuai dengan dirinya yang menjadi kegilaan ramai perempuan.
Tanya berbasa basi, Kamal terus bertanya soalan kepada Diah. “Kenapa muka awak hodoh, tak sama dalam gambar. Awak tipu saya ya,”kata Kamal yang mula menghina dan menyerang peribadi Saadiah.
“Awak tahu tak awak tak layak untuk saya. Saya geli dengan penampilan awak, wajah hodoh awak,” katanya yang terusan menghina sebelum bangun dan meninggalkan Saadiah yang mulai menangis. Ramai orang menyaksikan kejadian ini dan Saadiah yang dimalukan sedemikian rupa terus berlari keluar tanpa menoleh ke belakang.
Kejadian dimalukan membuat Diah berdendam. Dia tidak sanggup dimalukan sedemikian rupa lagi. Hujung minggu itu, Diah ditemani Anis menuju ke sebuah kampung di hujung tanjung bertemu Bomoh Hitam yang sangat terkenal.
Rumah Bomoh Hitam terletak di hujung kampung jalan mati. Suasananya sangat gelap dan menakutkan. Rumahnya juga agak suram dan di dindingnya ada tengkorak. Walau takut, demi dendam Diah kuatkan hati kerana dia tidak mahu dimalukan.
“Apa hajat anak ke mari,”soal Bomoh Hitam dengan muka bengisnya.
“Begini Tok, saya mahu wajah kelihatan cantik. Dipandang lelaki yang akan tergila-gilakan saya kerana saya selalu dimalukan dengan keadaan sekarang. Saa nak lelaki tunduk dengan saya dan merayu untuk dapatkan cinta saya. Saya sanggup buat apa saja demi untuk cantik,” kata Saadiah yang seakan merayu.
“Anak masuk ke bilik belakang seorang diri, nanti Tok datang,” kata Bomoh Hitam lagi.
Dalam bilik itu, hanya Saadiah dan Bomoh Hitam saja yang tahu apa yang berlaku. Wajahnya diasapkan dan di pinggangnya ada tangkal yang akan membuatkan dirinya sentiasa cantik dipandang. Antara syaratnya, tidak boleh melihat cermin sebelum 10 hari dan andai melanggar perjanjian ini, kesannya amat buruk sekali.
Kata Bomoh Hitam, Saadiah akan menjadi kegilaan ramai lelaki yang akan tunduk setunduknya apabila melihat dirinya nanti. Satu lagi syarat ialah Saadiah tidak boleh menceritakan kepada sesiapa keadah rawatan kerana itulah antara sebagahagian syaratnya.
Sebaik urusan selesai, Saadiah mengajak Anis pulang. Puas Anis bertanya namun Saadiah hanya mendiamkan diri sehingga Anis pelik. Ditanya bertalu-talu tapi Saadiah tetap membisu.
Masuk hari pertama di rumah, Saadiah dapat rasakan urat di bahagian mukanya bergerak-gerak. Seolah-olah ada benda pelik menjalar. Dia diamkan saja kerana enggan menyentuhnya. Hari kedua juga sama. Dia merasakan seperti ada ulat bulu menjalar-jalar.
Hari ketiga pula, masih sama kerana Saadiah dapat rasakan ada pergerakan di bahagian mukanya.
Masuk hari ke lima, Saadiah seakan dapat melihat satu bayangan lembaga hitam dibiliknya, seakan-akan menyentuh kulit wajahnya. Hatinya mulai tertanya- tanya tapi dia nekad untuk sabar menanti. Tidak hanya menyentuh kulit mukanya, lembaga hitam itu juga menyentuh bahagian bawah alat sulitnya. Ada ketika Saadiah seperti rasa seperti ditindih oleh lembaga tersebut dan dia biasanya terjaga dalam keadaan basah kuyup, seolah-olah seperti baru lepas disetubuhi.
Hal itu berlaku hari-hari sehingga masuk hari ke sembilan, Saadiah merasakan sudah tidak ada lagi ulat yang merayap dimukanya, tiada lagi lembaga hitam menindih tubuhnya dan dia dapat merasakan wajahnya sudah menjadi jelita.
Di dapur, ketika bertembung dengan Anis, rakan serumahnya itu menegur, “Diah, cantik kau hari ni.
Soalan itu membuat Diah tersentak kerana dia selama ini berkerudung hitam dan dia lebih banyak berkurung di bilik saja kerana itu sebahagian syaratnya. Namun memandangkan esok adalah hari terakhirnya, dia nekad keluar bilik dan kemudian ditegur oleh rakan baiknya itu.
Rasa ingin tahu adakah benar wajahnya sudah benar-benar cantik membuatkan Saadiah melihat cermin dan membuka kerudung hitamnya.
Mulanya dia terpandang wajahnya yang cukup cantik hingga dia langsung tidak kenali. Hatinya cukup gembira dan dia segera berlari bertemu Anis.
“Anis, aku dah cantik,” katanya yang kemudian memeluk kawannya itu. Namun wajah cantik itu kemudian membuatkan Anis menjerit seperti histeria kerana di wajah Diah dipenuhi ulat dan wajahnya sangat mengerikan.
Apa berlaku pada Saadiah?
Saksikan Suri Ram di saluran Maya Hd dan Astro Prima jam 11 malam ini dalam Episod 8 berjudul Hantu Kum Kum.
Sejak kebelakangan ini mungkin korang ada terasa bahang dan panas yang luar biasa. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang akan berlanjutan sehingga bulan depan.
Dilaporkan kekurangan hujan dan litupan awan dipengaruhi tiupan monsun barat daya ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius.
Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal.
Kekurangan taburan hujan itu juga mungkin dipengaruhi faktor kadar hujan lebih daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.
Walau bagaimanapun, suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.
Fuh, ada kurang lagi sebulan untuk korang menempuh ‘hari panas’ yang melanda negara kita. Hiks!
Untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan, orang ramai diminta untuk banyakkan minum air kosong dan jika tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar rumah atau bangunan.
Tapi berbeza pula dengan kes yang berlaku di Kampung Orang Asli Baru, Semenyih, Selangor. Kerana mata dia telah menemui ajal.
Menurut laporan daaripada BERNAMA, seorang lelaki warga Indonesia telah maut selepas dia dipercayai dipukul gara-gara disyaki mengintai di kampung tersebut.
Lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Dia telah menerima rawatan dan berada di Hospital Kajang selama 12 hari.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata lelaki tersebut telah ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Hasil bedah siasat mendapati punc kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala selain terdapat kecederaan dalaman. Buat masa ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di kampung tersebut bagi membantu siasatan.
Dia direman selama tujuh hari sheingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
REMAJA berasa amat kesal akan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Perbuatan mengintai bukan sahaja memalukan malah boleh merendahkan martabat dan maruah seseorang. Namun begitu jangalah bertindak menghukum dengan tindakan sendiri.
Apa jua kesalahan perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika perkara seumpama ini berlaku dalam kehidupan kamu seharian, elakkan daripada melakukan tindakan memukul dan menggunakan kekerasan. Hubungi pihak berkuasa dan serahkan segala siasatan kepada pihak berwajib.