Hasil daripada kisah yang ditularkan di media sosial, impian seorang pelajar untuk ke universiti tercapai juga.
Pelajar bernama Nor Izra Zulaikha Ismail selamat mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) setelah kisahnya yang berasal daripada keluarga susah bertukar viral.
Dalam temu ramah bersama Bernama semalam, remaja berusia 20 tahun itu bersyukur apabila ramai netizen yang hadir membantu.
āDisebabkan kuasa viral lah, saya boleh mendaftar di UMT pada hari ini (semalam). Ia membantu saya menanggung kos persiapan ke universiti dan yuran pengajian.ā
Bantuan yang diterimanya itu bukanlah ābantuan atas anginā disebabkan latar belakang keluarga semata. Nor Izra berjaya memperolehi CGPA 3.92 ketika Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.
Ads
āSebelum ini, saya buntu memikirkan yuran pendaftaran dan pengajian yang berjumlah lebih RM2,000. Saya terfikir untuk menolak tawaran universiti itu.
“Dengan pendapatan sebanyak itu, ayah dan ibu tak mampu menyediakan duit untuk saya masuk ke universiti. Apatah lagi adik yang lain masih kecil.ā
Foto: BHarian
Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, ayahnya Ismail Samat, 47, hanya bekerja sebagai petani dan ibunya Rozita Ahmad, 42, mengambil upah menjahit, dengan pendapatan keseluruhan RM700 sebulan.
Ads
“Sebab itulah saya pernah terfikir untuk menolak tawaran UMT kerana tak mahu menyusahkan ayah dan ibu,” katanya yang melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Maritim).
REMAJA gembira mendengar kisah ini kerana ia membuktikan bahawa media sosial juga boleh digunakan untuk tujuan positif dan membantu mereka yang memerlukan.
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, seramai 2,327 pelajar ditawar melanjutkan pengajian di universiti itu bagi kemasukan semester September 2019/2020 pada minggu ini.
Daripada jumlah itu, 359 pelajar berasal daripada keluarga B40, enam pelajar OKU dan empat pelajar Orang Asli.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki lebih daripada 80 pulau kecil seperti Ko Lanta dan Phi Phi, Krabi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Krabi tidak terkecuali.
Seorang jurugambar Asia yang dikenali sebagai Jan Daga telah berkongsi gambar terkini situasi lengang di tempat pelancongan tersebut dan jelas sekali tidak seperti dahulu sering dibanjiri dengan kehadiran pelancong, kini Krabi kelihatan kosong dan hanya seperti sebuah ghost town.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya merindui tempat pelancongan tersebut.
Jom kita lihat antara lain-lain gambar yang dikongsi jurugambar ini.
Kosong..
Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Thailand yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan mereka terjejas dan kita pun rindu nak melancong ke sana kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.
Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi yang tular di media sosial selepas mendermakan organ beliau meluahkan rasa reda atas pemergian anak sulungnya, meskipun kehilangan itu cukup besar buat keluarga.
Memetik laporan Sinar Harian, Suzita Ab Halim berkata, anaknya yang berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 23 Mac lalu di Hospital Selayang selepas disahkan mengalami mati otak akibat kemalangan jalan raya.
Jelas beliau, kejadian tersebut berlaku pada 18 Mac sekitar jam 9.35 pagi ketika arwah dalam perjalanan pulang selepas menamatkan syif kerja malam di sebuah syarikat automotif. Arwah yang menunggang motosikal secara bersendirian dipercayai melalui laluan pintasan Rawang sebelum terlibat dalam kemalangan.
“Tiada saksi ketika kejadian. Orang awam jumpa dia sudah terbaring di atas jalan, tetapi ketika itu dia masih sedarā
āDifahamkan sebelum kejadian, dia sempat mengambil barang sebelum pulang ke rumah dan melalui laluan tersebut,” katanya.
Suzita menggambarkan anak sulung daripada empat beradik itu sebagai seorang yang ceria, bertanggungjawab dan sangat menyayangi keluarga, khususnya adik-adiknya. Malah, arwah juga dikenali sebagai individu yang ringan tulang dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.
Tambahnya lagi, hasrat untuk menderma organ pernah disuarakan oleh Allahyarham Zahran ketika bulan Ramadan, sekaligus menunjukkan keperibadiannya yang penuh empati terhadap orang lain.
Di samping itu, sebagai ibu bapa, Suzita dan suaminya bersetuju serta menghormati niat murni tersebut, walaupun mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah dan dibuat demi meneruskan legasi kebaikan arwah.
Lebih menyentuh hati, Suzita turut berkongsi bahawa pengorbanan anaknya itu menjadi hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya pada 25 Mac lalu, apabila organ yang didermakan seperti hati, ginjal, kornea dan jantung memberi peluang kehidupan baru kepada insan lain.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? IkutiĀ Telegram,Ā InstagramĀ danĀ TikTokĀ rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Segalanya mula terbongkar apabila mata kail seorang pemancing tersangkut satu beban berat. Mulanya disangka ikan tetapi bila ditarik ke tepi, ia adalah mayat seorang remaja perempuan.
Dalam kejadian jam 11.51 malam di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu Kodiang Sabtu lalu, mayat seorang remaja perempuan, Ainaa Dabitah Sham, 18 tahun ditemui sudah meninggal dunia dan siasatan pihak polis kemudiannya menemui motosikal milik mangsa. Hasil siasatan lanjut Ā dipercayai menjadi mangsa ada bertengkar dengan kekasihnya yang kini dalam tahanan polis.
“Kakak mangsa memaklumkan remaja itu tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu selepas beritahu mahu bertemu dengan teman lelakinya,” jelasnya.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengesan suspek yang juga berusia 18 tahun dan bertindak menahannya pada Ahad lalu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian terus ke lokasi yang terletak berhampiran Gua Kerbau dan mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
“Berdasarkan pengakuan suspek, dia mendakwa berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai dan suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas. Suspek bagaimanapun tidak meminta bantuan daripada orang ramai,” katanya.
Ujar beliau, mangsa selesai dibedah siasat pada pukul 1.40 pagi semalam dan polis masih menunggu analisa makmal bagi mengesahkan punca kematian mangsa.
“Penjelasan awal doktor menyatakan kecederaan lebam dialami mangsa tidak boleh menyebabkan kematian selain tiada sebarang tulang patah dan organ dalaman cedera yang mana mangsa disyaki lemas,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kakak mangsa mahukan keadilan untuk arwah adiknya. Mereka boleh menerima keadaan ini namun andai ada keraguan meminta pihak polis lakukan siasatan lanjut
Keluarga mahu keadilan
Dalam pada itu, keluarga Aina yang ditemui berkata, pihak mereka boleh menerima kematian Aina namun tidak boleh menerima perbuatan lelaki tersebut (suspek) Ā sehingga menyebabkan adik pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya”Ā Demikian kata Noor Aini Sham, 29, (gambar kecil) kakak sulung kepada Ainaa Dhabitah.
Katanya, dia sekeluarga lega apabila suspek telah ditahan pihak polis dan berharap lelaki itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Ainaa.
“Kami sekeluarga tidak pernah mengenali suspek dan hanya mengetahui tentang lelaki itu selepas kejadian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.
Menceritakan semula kejadian, katanya, Ainaa memaklumkan kepada seorang adik perempuannya bahawa dia mahu keluar ke rumah sepupu kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu.
“Aaina kemudian beritahu sepupu bahawa dia mahu keluar bertemu seorang rakan danĀ sepupu menasihatkannya supaya jangan keluar kerana sudah malam tetapi Ainaa jawab mahu keluar sekejap sahaja sebelum terus menunggang motosikal bersendirian,” ujarnya.
Katanya, adiknya bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan ahli keluarga ada keluar mencari namun gagal menemuinya sehingga polis datang ke rumah keesokkan hari memaklumkan mayat dan motosikal arwah ditemui di Kodiang.
“Luluh hati kami sekeluarga apabia melihat adik dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi ketika membuat pengecaman di hospital. Kami diberitahu mayat arwah ditemui di dalam sungai,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, katanya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sangat berdikari dengan bekerja di kedai makan untuk membantu keluarga sejak Julai tahun lalu.
Petanda ajal arwah lebih ceria
Sementara itu, turut dilaporkan, arwah bertukar sikap menjadi lebih ceria, seminggu sebelum kematiannya.
Hinggakan emak arwah, Mahani Mat Akim, 66 tahun turut berasa pelik kerana adik nampak ceria dan suka mengusik.
Jenazah anaknya itu sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kelmarin di Masjid Kampung Baru.
Sumber : Kosmo Online/ Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!