Pelakon tanah air, Pablo Amirul, akhirnya mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Hana Rose, yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2026.
Berita tersebut sekali gus menamatkan teka-teki peminat yang selama ini tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan pasangan ini yang dilihat semakin serius sejak kebelakangan ini.
Pengumuman itu dikongsikan sendiri oleh Pablo Amirul menerusi satu hantaran di Instagram yang sarat dengan elemen kesyukuran, refleksi spiritual serta penghayatan terhadap takdir Ilahi.
Dalam kapsyen berkenaan, Pablo Amirul menulis luahan yang menyentuh hati ramai:
“Counting the day! Maha suci Allah pada segala ketetapan hanya milik-NYA. Maut, rezeki & jodoh… rancanglah sehebat mana pun tetapi tetap ALLAH SWT jugak yang pastikan. Usaha, tawakal, doa & ibadah serta kebaikan adalah kesetiaan daripada hamba-NYA.”
Luahan tersebut jelas menggambarkan kematangan pemikiran serta perjalanan hidup Pablo Amirul yang kini berada pada fasa lebih tenang dan tersusun.
Mesej Istimewa Buat Dr. Hana Rose
Lebih mencuri perhatian, Pablo Amirul turut menyampaikan mesej khas buat wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, sekaligus memperlihatkan hubungan yang dibina atas dasar saling menghargai dan menyokong.
“To my woman that I’m gonna spend my life with, thank you for loving me and we decide to create another chapter… should we @drhanarose?”
Mesej ringkas itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang menyifatkan hubungan pasangan ini sebagai matang dan penuh adab.
Luahan Syukur Atas Ketentuan Jodoh
Dalam perkongsian sama, Pablo Amirul atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas jodoh yang telah ditentukan buat dirinya.
Luahan tersebut seolah-olah mencerminkan perjalanan cinta mereka yang tidak terburu-buru, sebaliknya dibina dengan penuh pertimbangan, doa dan kepercayaan kepada ketentuan Tuhan.
Untuk rekod, pada April tahun lalu, Pablo Amirul pernah mendedahkan kepada umum bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang pakar estetik yang dikenali sebagai Dr. Hana Rose.
Sejak pendedahan itu, hubungan mereka dilihat semakin kukuh, namun kedua-duanya memilih untuk tidak terlalu menonjolkan kisah peribadi ke khalayak, sebaliknya lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana dan privasi.
Ucapan Tahniah Membanjiri Ruangan Komen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tidak ketinggalan membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah dan doa buat pasangan ini.
Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat Pablo Amirul akhirnya menemui kebahagiaan, selain mendoakan agar segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.
Suasana ruangan komen jelas dipenuhi aura positif, menjadikan pengumuman ini bukan sekadar satu berita peribadi, malah turut diraikan oleh peminat serta komuniti industri hiburan.
Anda mungkin berminat dengan
Sokongan yang diberikan memperlihatkan penerimaan baik orang ramai terhadap pasangan ini, khususnya cara mereka mengendalikan hubungan dengan penuh kesederhanaan dan kematangan.
Dengan tarikh yang telah ditetapkan, pasangan ini kini secara rasmi memulakan ‘countdown’ menuju fasa baharu dalam hidup mereka.
Tahun 2026 dipilih sebagai simbol penyatuan dua hati, menjadikan kisah cinta Pablo Amirul dan Dr. Hana Rose sebagai satu lagi cerita selebriti yang bermula dengan doa, usaha dan tawakal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kami pasti ada sebab mengapa peminat K-Drama akan setia menantikan drama-drama baru yang akan ditayangkan.
Salah satu faktor utamanya yang menarik perhatian mereka adalah inti pati sesebuah K-drama itu sendiri yang selalunya mempunyai jalan cerita yang berlainan. Apabila plot cerita itu memperkenalkan sesuatu yang baharu kepada penonton, kita sekaligus dapat mempelajari perkara baharu di samping berhibur di hadapan skrin. Betul tak?
Tak dinafikan, drama Korea di Netflix ‘It’s Okay Not To Be Okay’ ama mendapat tempat di hati penonton pada tahun 2020.
Drama mengenai kisah romantik dengan elemen psikologi ini menyaksikan gandingan pelakon utama Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji.
Secara ringkasnya, ia menceritakan nasib seorang lelaki bernama Moon Gang-tae yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Pengenalannya dengan Go Mun-yeong, seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial bagaimanapun telah merubah segalanya.
It’s Okay Not To Be Okay lain dari yang lain kerana menampilkan spektrum autisme (ASD) yang menarik perhatian penonton melihat perkembangan di antara kesemua watak tersebut. Bukan itu saja, drama ini juga berkongsi tentang teknik self-healing bagi individu yang mengalami trauma serta anxiety.
Teknik Self-Healing Hadapi Trauma
Penonton boleh melihat bagaimana Moon Gang Tae cuba menenangkan Ko Mun Yeong yang mengalami tekanan dengan melakukan ‘Butterfly Hug’.





Untuk pengetahuan korang, terapi ‘Butterfly Hug’ yang juga dikenali sebagai ‘Hug of Self Love’ ini sering digunakan bagi menenangkan pesakit yang menghadapi Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Drama It’s Okay Not To Be Okay juga menyelitkan peringatan kepada penonton agar sentiasa menjaga kesihatan kerana wabak Covid-19 yang masih tiada penawarnya. Ia adalah menerusi babak batuk sambil menutup mulut yang dilakukan oleh Moon Sang Tae.
Memang lain dari yang lain kan! Drama ini bukan memfokuskan elemen romantik dan percintaan sahaja. Ia juga menyentuh elemen kesihatan mental untuk memberi gambaran betapa pentingnya untuk kita menghadapinya dengan betul.
Selain inti patinya, ia juga dipuji netizen kerana sinematografi dan suntingan efek grafik yang cantik sehingga membuatkan semua merasakan seperti mereka berada dalam cerita dongeng.
Tak sabar nak binge-watch It’s Okay Not To Be Okay’di Netflix!
∞
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Jumpa Pelesit Di Rumah
Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, baru-baru ini ada memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata mengejutkan semua apabila terlihat seekor belalang yang dipercayai masyarakat melayu sebagai pelesit telah mati bersama beberapa helaian rambut di halaman rumahnya.

Percaya ianya perbuatan sihir khianat seseorang, Caprice telah memberi amaran kepada pihak tersebut untuk memohon maaf kepadanya dalam tempoh masa 48 jam.

Tawaran 30K Untuk Siapa Yang Berjaya Jumpa Bomoh
Berang dengan kejadian tersebut, Caprice turut menawarkan ganjaran sebanyak RM30 ribu buat sesiapa yang berjaya mencari dalang di sebalik kejadian itu.
Perkara aneh yang terjadi padanya dan rakan-rakan terdekat, dia percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya selama ini
“Caprice jarang ambik port pasal bende spiritual,hantu,sihir semua ni. But lately, so much weird shit have been happening around me and my friends. Caprice baru balik dari tengok movie tiba-tiba jumpa a dead pelicit macam terbakar with rambut coming out from the body. Im tired bro. I dont know what to believe. I just want answers”


Ada lagi nak main sihir di zaman millenial ni kan?Emm…apa pun Remaja doakan yang terbaik untuk Caprice dalam menghadapi dugaan yang menimpa ini.
∞