Dapat mesej, tak subsscribe apa pun tapi duit ditolak terus dari akaun telefon korang.
Kalau pakai prepaid nampaklah duit melayang tapi bagi pengguna pra bayar, tahu-tahu dapat mesej, sejumlah duit antara RM0.50 sen hingga RM4 sudah dikenakan pada bil.
Pada korang yang pernah alami nie, rupanya ada orang kuat telco jual maklumat peribadi kita pada SMS Content Provider ya.
Dan sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah.
Ads
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat hari tujuh individu bagi membantu siasatan kes satu sindiket yang dipercayai mengaut jutaan ringgit hasil manipulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit yang ditumpaskan suruhanjaya itu semalam.
Mereka adalah antara lapan orang, merangkumi pengarah syarikat dan petugas teknikal tiga syarikat, yang ditahan dalam operasi khas SPRM di sekitar Lembah Klang.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ditahan hingga 25 Julai, selepas membenarkan permohonan SPRM menurut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Ads
Seorang lagi individu dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Menurut sumber SPRM, kesemua individu tersebut disyaki terbabit, menerusi tiga syarikat yang disiasat, telah menyediakan perkhidmatan “sms content services provider” iaitu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbayar kepada pemegang telefon bimbit di seluruh negara.
Ads
Sumber itu berkata syarikat-syarikat tersebut yang dipercayai beroperasi sejak lima tahun lalu, menghantar SMS berbentuk promosi atau untuk perkhidmatan tertentu kepada pelanggan tanpa persetujuan pengguna dan dikenakan caj bayaran tertentu bernilai RM0.50 hingga RM4.00 bagi setiap SMS yang dihantar tanpa disedari.
Menurut sumber itu, sasaran sindiket tersebut kebanyakannya adalah pengguna prabayar.
Selain keuntungan yang dikutip secara haram daripada pengguna telefon bimbit, sindiket juga membuat tuntutan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) sebagai caj perkhidmatan, kata sumber itu. Tambah sumber itu, sindiket tersebut juga dipercayai menyogok kakitangan telco bagi mendedahkan nombor dan butir peribadi pengguna untuk disalahgunakan. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petang semalam hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan Lembah Klang terutamanya di sekitar bandaraya Shah Alam, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemeriksaan mendapati 13 bumbung buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam tercabut; selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.
Menurut perkongsian wargamaya, kejadian ribut semalam turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan kampus Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan diharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bagi mereka yang tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar ketika hujan lebat berlaku.
Begini pengakhiran nasib taman tema di Ipoh ini, terbaru ia diiklankan untuk dijual. Notis jualan Maps atau Movie Animation Theme Park yang dikeluarkan oleh salah satu akhbar tempatan telah menarik perhatian ramai selepas taman tema ini dilaporkan mengalami kerugian dan dilanda dengan isu pengurusan yang lemah.
Menurut laman Business Today, EY adalah firma yang dilantik untuk menguruskan notis penutupan mengeluarkan iklan dalam akhbar harian tempatan baru-baru ini.
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar, Movie Animation Park Studios (MAPS) dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017.
MAPS akhirnya menghentikan operasi pada Januari tahun lalu akibat masalah kewangan dan tiada tempoh yang ditetapkan bagi penutupan tersebut. Hartanah ini katanya dijangka dapat dijual pada 1 April 2022 seperti yang dinyatakan di dalam iklan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Bollywood, Sushant Singh Rajput telah ditemui mati di rumahnya semalam. Kenyataan polis menyebut aktor yang berusia 34 tahun itu dijumpai tergantung dirumah di Carter Road, Mumbai dan diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kematian aktor ini dikatakan susulan beberapa hari selepas bekas pengurusnya, Disha Salian meninggal dunia, yang juga dipercayai membunuh diri.
Kali terakhir dilihat Sushant mengemas kini akaun instagramnya yang memiliki 11 juta pengikut, kira-kira seminggu yang lalu dengan memuat naik foto ibunya.
Berita kematiannya ini juga turut mendapat perhatian pelakon cantik Bollywood, isteri kepada Nick Jonas yang telah memuat naik foto bersama mendiang di laman instagramnya.
Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavithra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.
Antara wataknya yang paling diingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.
Namun begitu, ada sebuah filem yang dibintangi oleh mendiang tidak sempat ditayangkan. Sushant juga berlakon dalam filem Dil Bechara, sebuah filem remake cinta popular The Fault In Our Stars. Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2018 ini masih belum ditayangkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bagi peminat yang bakal merindui aktor ini, mungkin korang boleh menonton Dil Bechara apabila ia sudah ditayangkan nanti.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.