Lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke London pada minggu ini telah menyaksikan momen persilangan budaya pop antarabangsa yang paling penting dalam sejarah industri hiburan K-pop.
Ini setelah kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Rosé, Lisa dan Jisoo menjadi kumpulan gadis pop pertama dari Asia yang dijemput untuk menjejakkan kaki ke Istana Buckingham. Kali terakhir sebuah kumpulan gadis pop diiktiraf sebegitu rupa adalah pada tahun 1997 menerusi Spice Girls yang mencipta fenomena pada waktu itu.
Dalam ucapan Raja Charles sewaktu acara santapan berlangsung, baginda mengangkat sumbangan kumpulan Blackpink khususnya kepada kerajaan dan budaya Korea Selatan di peringkat antarabangsa. Malah, baginda juga sempat menyebut keempat-empat nama ahli kumpulan itu dalam ucapannya. Wow!
Bukan setakat itu, baginda juga memuji sumbangan Blackpink terhadap usaha mengangkat kelestarian alam sekitar.
“it is especially inspiring to see korea’s younger generation embrace the cause. i applaud jennie, jisoo, lisa and rosé, better known collectively as blackpink, for their role in bringing the message of environmental sustainability to a global audience as ambassadors…” pic.twitter.com/caoPth2yGE
“Beta memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai Blackpink, di atas peranan mereka dalam menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global sebagai duta untuk Presidensi COP 26 U.K; dan kemudiannya sebagai wakil untuk U.N. (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) Matlamat Pembangunan Mampan,” titahnya.
Selain Blackpink, Raja Charles turut memuji sumbangan Korea Selatan kepada budaya Britain termasuklah populariti drama bersiri Squid Games, kumpulan BTS dan naskah filemografi Bong Joon-ho.
Kehadiran Blackpink di Istana Buckingham juga mengujakan para peminat mereka, Blinks di seluruh dunia disebabkan stail busana eksklusif yang disarungkan oleh setiap ahli.
Tampil memperagakan gaun hitam bertekstur lengan puff dan clutch daripada koleksi resort 2024 Christian Dior, Jisoo kelihatan cukup elegan bak kerabat diraja.
Sementara itu, Rosé yang dilihat sempat berbual dengan Raja Charles selepas acara santapan memakai gaun baldu hitam tanpa tali untuk dipadankan dengan aksesori rambut bow pada rambutnya.
Ads
Jennie pula tampil berbeza daripada ahli kumpulannya dalam busana serba putih berlengan panjang. Biarpun kelihatan agak ringkas, tetapi ia sinonim dengan estetika Jennie disebabkan potongan off-the-shoulder.
Tidak ketinggalan Lisa, satu-satunya ahli yang memilih busana berwarna terang daripada Georges Hobeika. Gaun jenis tulle bermanis yang dipadankan dengan tumit tinggi platform emas matelik itu membuatkan penyanyi lincah itu cukup menyerlah dan ramai membandingkan pesona Lisa dalam busana ini dengan Princess of Wales, Kate Middleton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Soompi, Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu sold out kan. Jangan terlepas peluang miliki koleksi kedua CalaQisya x Disney ini.
Setelah mendapat respon yang cukup memberansangkan bagi koleksi kolaborasi pertama CalaQisya X Disney kira-kira tiga minggu lalu, CalaQisya sekali lagi menggembirakan peminat jenama itu apabila melancarkan koleksi kedua bersama Disney pada hari ini.
Secara peribadinya, penulis merasakan koleksi kali ini sedikit lebih menarik memandangkan mereka telah memilih beberapa watak antagonis daripada filem keluaran Disney sebagai inspirasi utama.
CalaQisya menjelaskan bahawa pemilihan watak antagonis Disney seperti Evil Queen (Snow White), Cruella (101 Dalmatians) dan Maleficient (Sleeping Beauty) adalah untuk mengambil semangat daripada setiap watak itu yang dikenali sebagai wanita yang tidak mudah mengaku kalah.
Biarpun dari permukaan, watak-watak ini melihatkan sisi jahat dalam diri masing-masing, namun nilai positif yang ingin mereka fokuskan buat koleksi ini.
Sebagai contoh, Cruella adalah individu yang bercita-cita tinggi.
Evil Queen pula seorang ratu yang mengagungkan kecantikan.
Manakala Maleficient sanggup melindungi orang yang disayanginya walaupun dia tidak mudah mempercayai orang di sekeliling.
“Rekaan kami lebih kasual, santai dan mesra bagi ibu yang menyusu badan. Anda akan dapat lihat sulaman halus pada fabrik CalaQisya. Ia tidak keterlaluan dan masih mengekalkan landasan tema ‘sisi jahat dalam diri kita’,” kata CEO jenama lokal Muslimah ini, Yana Khairuddin.
Untuk koleksi CalaQisya X Disney ini, sebanyak enam rekaan kaftan polos dengan nama seperti Spell, Creepers, Cruella, Vein dan Canjure ditawarkan dalam 25 rona berbeza.
Setiap kaftan mempunyai elemen garisan dan sulaman. Malah, sulaman pada kaftan Spell dan Creepers tampil glow in the dark tau!
Setiap kaftan mula dijual pada hari ini dari harga RM199 hingga RM289.
Untuk memastikan korang tidak terlepas peluang seperti yang berlaku kepada koleksi CalaQisya X filem Raya & the Last Dragon, korang perlu merebutnya secepat mungkin di LAMAN WEB mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah utama golongan perempuan bila lepas raya adalah tentang kenaikan berat badan. Ramai yang mula stres bila berat naik mendadak.
Cara paling popular yang orang zaman sekarang buat untuk turunkan berat badan adalah dengan air minuman detoks.
Seperti apa yang dikongsi oleh Nurul Arija ini, air rebusan yang diamalkannya ini sangat baik untuk mencairkan lemak tepu dan membersihkan dalaman tubuh badan.Rasanya sedap, tak pahit dan ada rasa-rasa masam sikit.
Selain tu, air rebusan ini juga dikatakan baik untuk awet muda. Tak caya? Cubalah sendiri okay. Nak buat pun senang je uolls.
Bahan-bahan:
– Lemon
– Kulit kayu manis Ceylon (Kalau tak ada, tak perlu letak pun tak apa)
– Bunga cengkih
– Halia
– Serai
Cara membuat:
1. Masukkan serai, halia, tujuh biji bunga cengkih dan kulit kayu manis
2. Rebus sehingga 20 minit
3. Kemudian, perahkan lemon ke dalam air rebusan tadi
4. Masukkan juga sedikit madu
5. Minum air rebusan ketika suam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amalan bertindik telinga merupakan budaya biasa orang di Malaysia, ia juga cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil.
Namun bagaimana pula dengan bertindik hidung? Apa pula hukumnya bertindik di bahagian hidung?
Shila Amzah tindik hidung
Dengar penjelasan yang pernah dikongsi oleh pendakwah berpengaruh, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dilarang syarak jika ikut dengan budaya lain
Beliau memberikan penjelasan bahawa seandainya seseorang itu melakukan tindik hidung kerana terikut-ikut dengan budaya lain, maka ia suatu yang dilarang syarak.
“Ini kerana ia sudah menyerupai suatu kaum sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis baginda,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.
Bunga Isme tindik hidung
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar)
Dibenarkan dalam syarak jika…
Walaupun begitu, Ustaz Ahmad Dusuki turut menjelaskan sekiranya perbuatan menindik tersebut dilakukan dengan tujuan untuk kecantikan yang ingin diperlihatkan kepada suami atau keluarganya, ia dibenarkan dalam syarak.
Tambah beliau lagi, “Namun, bagi saya, lebih baik jangan tindik pada hidung. Tindiklah pada telinga iaitu tempat yang sepatutnya kita memakai subang.
“Itulah yang disebut sebagai kecantikan buat kita, bukan untuk orang lain. Inilah yang terbaik dalam hidup kita,” sarannya.