Dua tahun menjejakkan kaki ke anugerah Grammy, dua tahun jugalah grup dari Korea Selatan, BTS mencipta sensasi menerusi persembahan mereka.
Jika pada tahun lalu, persembahan lagu Dynamite oleh BTS telah disiarkan secara langsung dari bangunan Hanwha Life 63 di Seoul, Korea Selatan. Tahun ini, BTS mencipta sejarah apabila diberikan penghormatan melakukan persembahan untuk sebuah lagi lagu hit, Butter di pentas Grammy yang sebenar pula.
Bermula dengan alunan muzik jazz sambil memperkenalkan seorang demi seorang ahlinya yang duduk sama ada di atas pentas mahupun di antara penonton selebriti, momen tersebut telahpun hangat diperkatakan oleh peminat BTS di seluruh dunia.
Ia setelah salah seorang ahlinya, Kim Tae-hyung aka V berkongsi momen mesra ketika duduk bersebelahan penyanyi Sour, Olivia Rodrigo.
Perbualan biasa di antara mereka bertukar menjadi bisikan ke telinga Olivia sehingga membuatkan penonton di rumah tidak keruan ingin mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V.
Kemudian, barulah ketujuh-tujuh ahli BTS naik ke atas pentas untuk meneruskan persembahan mereka.
Terdahulu di karpet merah Grammys, sewaktu diajukan soalan siapakah artis impian untuk mereka berkolaborasi pada masa akan datang; V telah menjawab, “Olivia.”
👥| V of BTS said Olivia when they were asked who they would like to collaborated with! pic.twitter.com/P9SpdmsW5L
— Olivia Rodrigo Daily (@DailyRodrigo) April 3, 2022
Walaupun Olivia hanya melakukan cameo dalam persembahan BTS dan belum lagi – secara teknikalnya – berduet dengan BTS, apa yang berlaku di antaranya dan V pada hari ini mungkin adalah signal kepada ARMY di seluruh dunia bahawa ada sesuatu yang istimewa bakal dirancang oleh dua nama besar muzik itu.
Ads
Tidak kurang juga, ada peminat yang merasakan skit mesra mereka ini bertujuan untuk meredakan ketegangan yang pernah tercetus di antara peminat BTS dan peminat Olivia. Ini susulan lagu nyanyian Olivia good 4 u mendapat penstriman melebihi Butter pada minggu pertama kedua-dua lagu itu diluncurkan sehingga mengakibatkan Olivia menerima keceman tidak masuk akal oleh sebahagian daripada ARMY.
REMAJA sendiri teruja untuk mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V sebentar tadi. Korang rasa..?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan baru dari JYP Entertaiment ITZY, sudah rasmi mendapat tontonan tertinggi dengan lebih dari 10 juta tontonan untuk artis baru debut dalam tempoh 24 jam muzik video itu dimuat naik pada 10 Februari di laman YouTube!
Ini benar-benar luar biasa untuk artis baru kpop! Jika korang tonton muzik video Dalla Dalla, the next Wonder Girls ini mempunyai aura Blackpink dan 2NE1! Eh, itu dah macam YG Family. JYP kan terkenal dengan kpop comel-comel, manja-manja kan!
Itzy terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang berumur dalam lingkungan, 16 hingga 20 tahun. Yuna, Ryujin, Chaeryeong, Lia dan Yeji tampil dengan konsep seakan-akan Blackpink dengan adunan muzik seakan-akan Wonder Girls bekas girl group milik JYP itu.
Tidak dapat dinafikan, muzik video Dalla Dalla mempunyai identiti muzik kpop yang makin dikenali di mata dunia.
Korang rasa macam mana bila tengok MV ni? Ada vibe Blackpink tak? JYP cuba nak tiru YG ke tu? Tak kisah lah, Remaja berbangga dengan Itzy dan berharap yang terbaik untuk new family member of JYP Nation! Fighting!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo yang juga merupakan ahli kumpulan SKYE (dahulunya dikenali sebagai IN2IT), mengumumkan bahawa beliau kini menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai satu penghormatan terhadap negara.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyertaan Isaac atau pemilik nama sebenar Isaac Voo Kai Meng (31) dalam PLKN telah menarik perhatian ramai kerana beliau merupakan antara rakyat Malaysia pertama dari industri hiburan Korea Selatan yang menunjukkan komitmen terhadap program patriotik tersebut.
Menurutnya dalam satu temu bual, keputusan menyertai PLKN dipengaruhi oleh semangat yang timbul selepas melihat rakan-rakan anggota kumpulannya di Korea menyertai khidmat ketenteraan. Pengalaman itu telah mendorong pelantun lagu ‘Shining Star’ untuk turut serta merasai suasana latihan sebagai seorang askar.
“Saya menyertai PLKN 3.0 untuk berkhidmat kepada negara tetapi saya bersedia untuk berkhidmat sebagai lelaki anda,” tulisnya.
“Memang tak sangka dapat peluang pakai baju celoreng dan pegang senjata sebenar Rifle M16. Tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion,” katanya ringkas.
Isaac juga dilihat teruja dengan peluang yang diberikan dan menyifatkan penyertaannya sebagai satu pengalaman berharga dalam kehidupannya, selain menzahirkan rasa bangga sebagai anak Malaysia.
Buat masa ini, Isaac telah ditempatkan di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1, di mana dia menjalani latihan bersama peserta-peserta lain dari pelbagai latar belakang.
Langkah Isaac menyertai PLKN disambut positif oleh peminat dan para peminat yang melihatnya sebagai contoh terbaik artis muda yang mengangkat nilai cinta akan tanah air melalui tindakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, memang susah nak pilih pemenang bagi malam akhir Big Stage yang sedang berlangsung sekarang!
Baiklah kita bagi je dekat juri dan kepada korang yang sedang mengundi di rumah serta di venue. Kalau nak suruh kami yang pilih, hhm sampai ke esok pagi bergaduh. Tak tahu nak pilih siapa punya pasal.
Satu demi satu peserta telah menamatkan persembahan mereka di atas pentas Big Stage. Semua kami suka – tetapi satu persembahan yang membuatkan kami terasa sedikit teruja adalah Wani Kayrie menerusi lagu Pematah Hati (versi Zapin).
Salah satu sebabnya adalah kerana Wani memilih irama tradisional yang sudah lama tak kedengaran, baik di atas pentas atau di radio. Kita memang perlu lebihkan lagi muzik seperti kerana kalau bukan kita yang pertahankan, siapa lagi kan?
Penulis teringat Wani pernah berkongsi mengenai minatnya dalam irama tradisional dan satu hari nanti nakkan single tradisionalnya sendiri. Woot!
Baju Rekaan..
Satu lagi perkara yang mengujakan kami adalah pakaian songket serba ungu dan keemasan yang disarung oleh Wani, malam ini.
Instagram
Rupanya ia hasil rekaan Dwen Raha dan Borderlace Glam. Manakala rambut dan solekan pula adalah hasil tangan Aeira Akmal dan Yaya Kembayau.
Dwen memang antara pereka pilihan Wani seperti pada Big Stage minggu ketiga. Ingat lagi tak ball gown merah tu..
Instagram
Apapun, tahniah kepada Wani Kayrie kerana mengembalikan rasa rindu pada irama tradisional.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!