Gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, enam orang perenang dari Poland terpaksa dihantar pulang dari Jepun sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai secara rasminya pada hari Jumaat ini.
Dalam kenyataan rasmi oleh Presiden Persekutuan Renang Poland (PZP), Pawel Slominski telah memohon maaf selepas enam atlet tersebut terpaksa pulang disebabkan oleh kesilapan teknikal pengurusan.
Secara total, Poland telah menghantar seramai 23 perenang ke Jepun. Namun PZP terpaksa mengecilkan jumlah skuad renang itu kepada 17 orang sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Para perenang Poland ketika mengambil foto di hadapan Pusat Olimpik Warsaw selepas upacara mengangkat sumpah sebelum ke Tokyo untuk Sukan Olimpik pada 13 Julai lalu.
Beliau turut faham sekiranya enam orang perenang itu merasa marah terhadap situasi yang disesali oleh pihaknya ini.
Ads
“Saya menzahirkan rasa kesal dan sedih berikutan situasi berkaitan kelayakan para perenang kami yang telah berada di Tokyo untuk Sukan Olimpik.
“Situasi seperti ini tidak seharusnya terjadi. Dan reaksi balas para perenang, emosi mereka dan serangan yang dilakukan terhadap Persekutuan Renang Poland amatlah kami fahami,” katanya.
Enam atlet yang dimaksudkan itu ialah Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub.
Ads
Alicja Tchorz yang pernah bertanding di Sukan Olimpik 2012 di London dan 2016 di Rio telah meluahkan rasa marahnya di media sosial menerusi akaun rasmi PZP.
Alicja Tchorz.
“Bayangkan, kamu sudah korbankan hidup kamu selama lima tahun dan lakukan sebaik mungkin untuk acara sukan terpenting. Kamu korbankan kehidupan peribadi dan pekerjaan, kamu korbankan masa bersama keluarga.. tapi dedikasi kamu itu berakhir dengan kegagalan.”
Mateusz Chowaniec.
Tambah seorang lagi perenang iaitu Mateusz Chowaniec di Instagram-nya, “Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ini adalah situasi yang tidak masuk akal dan tidak seharusnya terjadi . Malah, saya berharap agar saya boleh disedarkan daripada mimpi ngeri ini.”
Ads
Melihat video temuramah ringkas bersama Alicja Tchorz di bawah, jelas riak wajahnya yang kecewa dengan perkhabaran ini.
Isu ini telah mendapat perhatian meluas oleh rakyat Poland yang merasa kasihan terhadap enam perenang tersebut. Menurut laporan laman web renang SwimSwam di sana, beberapa perenang Poland telah menandatangani surat terbuka kepada PZP dan meminta agar badan pengurusan Persekutuan itu meletakkan jawatan. Surat tersebut juga telah dimuat naik oleh Alicja Tchorz di akaun Instagram-nya; seperti di bawah:
Aduh, cuba bayangkan korang baru sahaja tiba ke Jepun dengan perasaan penuh bersemangat. Namun diberitahu pula korang tidak boleh bertanding demi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!
Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 63 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.
Paling mendukacitakan, satu-satunya remaja lelaki berusia 20 tahun tanpa sebarang sejarah penyakit turut maut. Mangsa dengan nombor kematian 2417, berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,432 kes.
Sumber Gambar : KKM
Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.
Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.
Hal ini juga jelas menunjukkan umur bukanlah satu ‘tiket’ untuk korang kebal dari pandemik Covid-19 ini. Jadi teruskan duduk rumah jika tiada perkara penting nak keluar dan sentiasa ikut SOP.
Ingat kes baru dah mencatatkan lebih dari 7 ribu angka ye…ini bukan main-main lagi!
Berenang merupakan aktiviti sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.
Musim-musim perintah kawalan pergerakan ini mesti korang bosan duduk dalam rumah dan mula la berfikir nak beriadah salah satunya dengan berenang.
Tapi selamatkah melakukan aktiviti ini di musim Covid-19 ini?
Memetik halaman World Runners, baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan kadar pengklorinan sebanyak 15mg seliter di kolam renang untuk membunuh virus, seperti polio, rotavirus dan virus coxsackie, dan virus pembunuh senyap seperti COVID-19.
Pengklorinan adalah proses memberikan klorin (Cl2) atau hipoklorit ke dalam air yang telah menjalani proses penapisan.
Kaedah ini sememangnya digunakan untuk membunuh bakteria dan mikrob tertentu di dalam air kerana klorin sangat toksik. Walaupun dikelaskan sebagai selamat, WHO juga mencadangkan, sesiapa sahaja perlu membersihkan diri sebelum dan selepas berenang.
Minggu lalu, Pool Water Treatment and Advisory Group (PWTAG) juga mendakwa telah berunding dengan bidang Kesihatan Awam British mengenai perkara itu.
“Kami telah memeriksa garis panduan nasional kami yang mengesahkan bahawa virus korona boleh dimusnahkan dengan tahap klorin tertentu yang digunakan di kolam renang,” kata PWTAG dalam satu kenyataan.
“Walau bagaimanapun, pelawat diingatkan untuk mandi sebelum menggunakan dan ketika meninggalkan kolam.”
Nampaknya, berenang di kolam renang ternyata selamat untuk melakukan aktiviti kecergasan.
Tapi masalahnya kalau kolam dekat rumah sendiri boleh la kita pantau tahap klorin dia. Ni kolam yang public ni macam mana kita nak pantau yek.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal Khairul Aming kan? Korang semua mesti selalu tengok dia dekat media sosial, beliau terkenal dengan video masakannya yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya dan tiap kali bulan puasa, mesti akan ada video “30 hari 30 resepi” daripada Khairul Aming.
Baru-baru ini, Khairul Aming telah mencipta produknya yang tersendiri dan ianya dinamakan “Sambal Nyet” yang dimasak olehnya sendiri. Sejak kemunculan produk baharunya ini, Khairul mengakui yang sambalnya laris dan terjual dalam beberapa minit sahaja selepas order dibuka di Shopee, beliau sangat terharu atas sokongan netizen terhadap perniagaan kecil-kecilannya. Namun begitu, ada juga yang mengambil kesempatan dengan cuba untuk menjadi reseller dan menjual sambal nyet yang palsu. Akibat terlalu ramai pembeli yang telah tertipu dan tular di media sosial, akhirnya Khairul Aming mengambil tindakan.
Beliau meluahkan rasa marahnya dan cuba menghubungi si pelaku yang telah menjual sambal nyet palsu dan telah menipu ramai pelanggan.
Walaubagaimanapun, pelaku tersebut telah ditemui dan beliau telah tampil untuk memohon maaf secara terbuka dan mengaku kesalahannya kerana telah menjual sambal nyet yang palsu dan basi, dan beliau turut juga memohon maaf kepada Khairul Aming dan semua pelanggannya yang telah tertipu. Oleh kerana Khairul Aming menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan tanpa perbalahan, warga net telah memuji cara beliau menguruskan masalah ini dengan cara yang baik..
Ramai yang kagum dan puji cara Khairul Aming mengendali isu krisis sebegini dan ramai juga yang mengatakan bahawa Khairul Aming boleh dijadikan sebagai contoh baik buat peniaga diluar sana tentang cara perniagaannya dan cara beliau mengatasi krisis sebegini dengan cepat dan secara bersendirian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!