Dari dulu, kita senang menzahirkan rasa simpati tatkala melihat golongan kurang upaya. Selain ada rasa ingin tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, sikap ingin membantunya juga membuatkan kita mudah memzahirkan perasaan.
Namun, siapa sangka seorang OKU mampu berjaya sehingga ke angka lepas. Hal ini selepas Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mengumumkan individu bernama John McFall sebagai parastronaut pertama di dunia.
Ingin membuktikan kebolehan dan keupayaan orang kelainan upaya (OKU), ini merupakan langkah penting bagi memberi peluang (OKU) untuk bekerja dan tinggal di angkasa lepas.
Bekas Pelari Pecut Sukan Paralimpik
Individu bertuah ini bernama McFall yang merupakan bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain. Beliau salah seorang daripada 17 individu baharu yang dipilih untuk menjalani latihan sebagai angkasawan.
Ads
McFall akan mengambil bahagian dalam ujian kebolehlaksanaan yang membolehkan ESA menentukan prasyarat bagi individu OKU yang terlibat dalam misinya pada masa akan datang.
foto via National World
“Ia merupakan pengalaman yang agak mencabar kerana sebagai seseorang yang tidak mempunyai satu kaki, saya tidak pernah terfikir akan menjadi angkasawan. Saya amat teruja,” kata McFall.
Pada usianya 19 tahun, McFall kehilangan kaki kanannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.
Jurutera-jurutera ESA akan mencipta pengubahsuaian perkakasan yang diperlukan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas secara profesional lebih mudah diakses oleh orang yang lebih berkelayakan.
Ads
Foto Via CNN
Individu OKU yang benar-benar berkemampuan untuk lulus dalam ujian psikologi, kognitif dan ujian lain telah dijemput untuk memohon jawatan sebagai angkasawan ESA tahun lalu.
Pihak ESA menerima 257 permohonan untuk menjadi parastronaut. Golongan ini tidak berpeluang untuk menjadi angkasawan hanya kerana batasan dari segi perkakasan yang tersedia untuk individu OKU.
Jadi siapa kata OKU tak mampu berjaya? Kalau ada semangat usaha pasti seseorang itu akan berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.
Foto: Weverse Jeonghan SEVENTEEN
Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.
Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.
Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu
Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 14 bulan menabur bakti kepada rakyat Malaysia, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 akhirnya bakal melabuhkan tirai operasinya pada 8 Februari ini.
Terdahulu, kewujudan PKRC MAEPS 2.0 ini adalah merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital menangani virus COVID-19 sentiasa berada di tahap optimum. Bilangan katil terus dipertingkatkan sejak akhir tahun 2020, di mana wabak pandemik ini semakin menular di negara kita.
Menurut BERNAMA, sepanjang tempoh itu, PKRC MAEPS 2.0 telah merawat kira-kira 166,072 pesakit COVID-19 kategori satu hingga empat. Tinjauan mendapati tiada lagi pesakit, semua kawasan telah pun dinyahkuman dan proses kemas serta pindah sedang giat dijalankan. Kumpulan terakhir pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di PKRC itu juga sudah dibenarkan keluar pada 30 Januari lepas.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan dan orang kuat di PKRC MAEPS 2.0 yang terdiri daripada pasukan perubatan, sokongan, teknikal, penyelarasan, pentadbiran, keselamatan, sanitasi dan katering.
Rata-rata rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih, malah ada yang berkongsi pengalaman kerana mereka juga pernah ditempatkan di pusat kuarantin ini.
Semoga negara kita tidak lagi memerlukan PKRC mega ini dan marilah sama-sama kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini dapat diatasi dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Keprihatannya terhadap rakyat memang sudah tidak dinafikan lagi. Sebelum ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilihat sanggup turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan di dalam hujan lebat, kini seorang pengguna twitter juga turut berkongsi cerita tentang keperibadian anak Raja ini.
Dikenali sebagai Raja Mohd Faiz, jelasnya dia merupakan bekas rakan sekelas kepada Tengku Hassanal ketika di sekolah rendah. Perkongsian ini menjadi viral apabila mendapat lebih daripada 25 ribu tanda suka dan hampir 13 ribu retweets.
Lelaki ini berkongsi kisah tentang teringatkan masa dahulu apabila dia dijemput ke istana sewaktu majlis menyambut hari kelahiran Tengku Hassanal.
Jom kita ikuti thread yang dikongsi oleh Raja Mohd Faiz ini.
Tengku Hassanal sempat meminjamkan baju
Tak cukup duit beli tie, Tengku beri RM5
Thanks for the memories
Cerita ini juga turut dikongsi di laman instagram House of Pahang dan rata-rata netizen memberi pujian kepada keluar diraja berjiwa rakyat ini.