Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan apabila Biduanita Negara itu mengejutkan ribuan peminat dengan satu pengumuman istimewa yang cukup bermakna dalam dunia seni tanah air.
Di hadapan lebih 65,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, Siti mengumumkan bahawa Auddra Zulkifly, anak kepada penyampai radio popular Sharifah Shahira, kini secara rasmi bernaung di bawah pengurusannya menerusi SN Legacy (SNL).
Pengumuman tersebut dibuat secara spontan ketika konsert berlangsung, sejurus selepas gadis yang mesra disapa sebagai Oddah itu tampil memukau penonton dengan aksi lincah menari mengiringi persembahan lagu bertenaga, Destinasi Cinta.

Momen tersebut nyata mencuri perhatian, apatah lagi apabila Siti sendiri tampil menjelaskan simbolik kehadiran Oddah di atas pentas berprestij itu sebagai sebahagian daripada legasi seni yang ingin diteruskannya.
“Kenapa saya jemput Oddah bersama dengan saya? Kalau bercakap soal anak angkat, saya sebenarnya mempunyai ramai anak angkat.
“Namun, Oddah kini sudah rasmi bernaung di bawah naungan SNL. Sebab itulah konsert malam ini dinamakan ‘Legasi’,” katanya di hadapan 65,000 peminat yang hadir.

Sebelum ini, Oddah yang merupakan anak hasil perkahwinan Sharifah Shahirah bersama pelakon Ijoy Azhari sering mencuri perhatian di media sosial. Namanya semakin dikenali selepas kemunculannya di pentas program Talk To My Manager, sekali gus memperlihatkan potensi besar yang dimilikinya dalam dunia hiburan.
Selain kemunculan istimewa Oddah, konsert penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan kehadiran barisan penyanyi jemputan hebat seperti Hafiz Suip, Noh Salleh serta penyanyi yang kian meningkat naik, Umairah.

Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara serak basah dari seberang, Cakra Khan turut tampil memberikan persembahan yang cukup berbekas di hati para peminat.
Terdahulu, Siti Nurhaliza terus membuktikan status legenda apabila memukau penonton dengan lebih 30 buah lagu sepanjang hampir tiga jam menerusi Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Anda mungkin berminat dengan
Lebih daripada sekadar konsert, malam tersebut menjadi saksi bagaimana seorang legenda mula membuka ruang dan meneruskan legasi buat generasi baharu, ia adalah sebuah perjalanan seni yang tidak hanya meraikan kejayaan, tetapi juga harapan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Indonesia memang terkenal dengan filem seram yang sering kali mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat kita di Malaysia.
Tak dinafikan, ada diantara filem hantu seram dari negara seberang yang buat kita sampai tak boleh tidur sebab teringat-ingat akan rupa hantu mereka. Hiks!
Peminat video games mesti tahu tentang DreadOut, iaitu satu permainan video bergenre seram yang berasal dari Indonesia. Permainan ini mendapat populariti bukan hanya di di sana, malah terkenal satu dunia dengan memperkenalkan hantu Indonesia.

Buat pertama kalinya, Indonesia mengetengahkan permainan video seram itu kepada sebuah filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air mulai 18 April nanti.
DreadOut menceritakan tentang sekumpulan pelajar mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka dan memuat naik video di media sosial. Mereka memilih untuk merakam di sebuah bangunan apartmen terbiar.
Insiden jadi lebih tragis bila masa mereka menjumpai kertas lama dan membacanya isinya, tiba-tiba sebuah portal dunia kematian telah terbuka.

Apa yang akan terjadi seterusnya dan adakah mereka dapat menyelamatkan diri?
Jom saksikan bersama kami di tayangan perdana DreadOut pada 16 April ini di TGV Cinemas 1 Utama, Damansara.
Jawab soalan mudah ini, ada 60 tiket percuma menanti korang.
Menangi tiket tayangan perdana Remaja x DreadOut
Tarikh: 16 April 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
∞
Hubungan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah dengan bapanya, Datuk ND Lala sudah kembali jernih apabila penyanyi veteran itu dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira, baru-baru ini.
Katanya di sebuah hantaran Instagram miliknya, penyanyi lagu Khilaf Asmara itu turut meluahkan kesyukuran dengan kehadiran semua pihak yang meluangkan masa menghadiri majlis keluarga kecilnya itu.
BACA JUGA: “Rindu Seluruh Keluarga Saya” -Syada Amzah Rindu Nak Kumpul Bersama Adik Beradik

“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan majlis akikah bagi meraikan anak perempuan kami, Rhea Akira.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” coretnya.
Dalam hantaran sama, isteri kepada personaliti media sosial, Ubai MZ itu tidak ketinggalan berkongsi foto bersama bapanya yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.

Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
Malah, hubungan Shila dengan ND Lala dingin selepas bapanya itu berkahwin lain dan kemudian menceraikan ibunya, Fauziah Sarman.
Selain, antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syafiq mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Shila Amzah
∞
Isu vape nampaknya semakin menjadi topik perbualan di Malaysia apabila seorang remaja di Labuan dilaporkan dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape.

Penyakit kecederaan paru-paru akibat rokok elektronik dan produk vape (EVALI) ialah terma baharu dunia perubatan yang kini tular secara global. Di Amerika Syarikat sudah terdapat 39 kes kematian akibat EVALI dan ribuan pula terpaksa dirawat di hospital.
Punca Penyakit Misteri Ini
Pakar kesihatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah pun menemui penyebab penyakit misteri itu. Menurut CDC, asetat vitamin E yang digunakan untuk mencairkan cecair vape mungkin antara puncanya. Ia dibuktikan apabila asetat vitamin E ditemui pada 29 sampel ujian tisu paru-paru pengidap kerosakan paru-paru akibat vape dan produk vape (EVALI).

Kesan Buruk Pada Paru-Paru
Dalam sampel yang sama THC (ganja) ditemui pada 82% sampel dan nikotin pula pada 61%. Ini mungkin bukti paling kukuh bahawa asetat vitamin E memberikan kesan buruk pada paru-paru penghisap vape.
Selain itu, asetat vitamin E biasanya hanya digunakan pada cecair vape yang mengandungi THC dan kebanyakan cecair tersebut tidak dijual secara komersial. Tetapi ia tidak menolak kemungkinan bahan tersebut mungin turut digunakan pada cecair vape lain di pasaran.
So pakar dah buktikan ni korang masih nak bahayakan diri ke?
So tepuk dada tanya la selera.
Sumber : CDC
∞