Minuman tenusu merupakan pilihan masyarakat, khususnya buat hidangan sarapan pagi dan bagi mereka yang sedang berdiet. Namun, korang perlu memilih susu yang sesuai kerana bukan semua susu di pasaran mempunyai kandungan yang sesuai untuk diet seimbang.
Oatside merupakan susu berasaskan gandum (oat) yang sebelum ini dipasarkan di Singapura namun kini sudah boleh didapati di negara kita. Apa yang menariknya, susu ini menggunakan bijirin berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.
Oatside juga dicipta dengan mengambil kira tentang alam sekitar, iaitu pengeluaran susu oat memerlukan 90% kurang tanah dan air serta menghasilkan 70% kurang pelepasan berbanding kepada susu lembu.
Ads
Kenapa kami katakan susu ini pilihan terbaik untuk mereka yang sedang berdiet, kerana tiada kandungan gula mahu pun bahan pengawet yang digunakan. Tapi yang bestnya, walaupun tidak mengandungi gula korang masih boleh merasa kemanisan susu ini hasil daripada bahan oat tersebut. Pendek kata, kalau nak produk tenusu yang sihat tapi sedap, Oatside adalah pilihan yang tepat.
Ads
Terdapat tiga jenis susu oatside yang ditawarkan dan antaranya adalah Barista Blend, Chocolate dan Chocolate Hazelnut. Oatside telahpun digunakan oleh salah beberapa jenama restoran terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf and Pulp coffee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah tentu rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah giliran mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dan mungkin ada yang risau jika terlepas giliran kerana terlepas pandang.
Bagi mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin, korang boleh menyemak status temujanji suntikan vaksin dengan hanya melakukan satu cara mudah.
Pergi ke laman web vaksincovid.gov.my, pilih SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI ANDA dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon yang didaftarkan, kemudian tandakan pada I’m not a robot dan jawab soalan mudah.
Selesai menjawab soalan, maklumat tentang status, tarikh dan masa temujanji akan dipaparkan.
Selain itu, korang juga akan menerima notifikasi melalui MySejahtera atau SMS apabila tarikh temu janji vaksinasi yang telah ditetapkan. Maklumat temu janji hanya akan dikemaskini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi korang.
Takut terlepas pandang lihat di aplikasi MySejahtera, korang bolehlah cuba semak dengan cara lain yang kami kongsikan ini biar puas sikit hati dapat tengok dengan jelas kan. Hiks!
Putri Qisya bangkit dari tragedi Sungai Korok menjadi satu tajuk yang merangkum kisah duka, kekuatan dan harapan seorang remaja kecil yang luar biasa jiwanya. Tragedi Sungai Korok yang meragut nyawa enam sekeluarga di Jitra, Kedah masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, namun di sebalik peristiwa pilu itu, lahir sebuah kisah inspirasi yang menyentuh hati ramai.
Putri Qisya Nur Izzat, 12 tahun, merupakan satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi tersebut. Kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya dalam satu kejadian bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi oleh seorang kanak-kanak yang masih di bangku sekolah. Namun, Putri Qisya membuktikan bahawa kesedihan tidak semestinya memusnahkan masa depan.
Dari Kehilangan Terbesar, Lahir Kekuatan Jiwa
Empat bulan selepas tragedi yang merubah seluruh hidupnya, Putri Qisya bangkit dari tragedi Sungai Korok sebagai simbol ketabahan apabila dinobatkan sebagai Tokoh Murid di sekolahnya. Detik bersejarah itu menjadi tular di media sosial dan mengundang sebak dalam kalangan masyarakat yang menonton rakaman tersebut.
Dalam video yang dikongsikan, Putri Qisya dilihat melangkah ke pentas dengan penuh yakin, wajahnya dihiasi senyuman tenang, seolah-olah menyembunyikan luka besar yang tersimpan di hati. Berdiri di hadapan guru dan rakan-rakan, dia bukan sekadar menerima sebuah anugerah, tetapi membawa bersama kisah perjuangan yang mengajar makna sebenar kekuatan.
Pengacara majlis yang membacakan pencapaian Putri Qisya turut tidak dapat menyembunyikan rasa sebak. Ujian berat yang menimpa gadis kecil ini digambarkan sebagai satu kehilangan yang amat besar, namun ketabahan dan sikap positifnya menjadikan dia layak diangkat sebagai Tokoh Murid bagi sesi akademik 2025.
Disenangi Guru, Dihormati Rakan
Di sekolah, Putri Qisya dikenali sebagai seorang murid yang berdisiplin, merendah diri serta mudah disenangi. Walaupun berdepan kehilangan paling besar dalam hidupnya, semangatnya untuk belajar tidak pernah luntur.
Putri Qisya bangkit dari tragedi Sungai Korok bukan dengan melupakan kesedihan, tetapi dengan memilih untuk terus berusaha. Sikap bertanggungjawab, hormat kepada guru serta hubungan baik bersama rakan-rakan menjadi antara faktor utama pemilihannya sebagai Tokoh Murid.
Ketabahan mental dan kewibawaannya memberi inspirasi bukan sahaja kepada warga sekolah, malah kepada remaja di seluruh negara yang mengikuti kisah hidupnya.
Impian Tinggi Seorang Remaja Kuat
Di sebalik senyuman yang dipamerkan, Putri Qisya menyimpan cita-cita besar. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) agar dapat berbakti kepada negara dan mengangkat nama keluarga yang amat dicintainya.
Impian tersebut bukan sekadar angan-angan, tetapi lahir daripada semangat untuk membina masa depan yang lebih baik. Kejelasan matlamat hidup inilah yang menjadikan Putri Qisya contoh terbaik bahawa usia muda bukan penghalang untuk memiliki visi yang besar.
Sokongan Padu Untuk Masa Depan
Keprihatinan terhadap nasib Putri Qisya turut diterjemahkan melalui sokongan pelbagai pihak. Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) telah menaja sepenuhnya pengajian beliau.
Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menjadikannya sebagai anak angkat dan akan membantu mendapatkan penempatan di MRSM serta memantau perjalanan pendidikannya sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Di media sosial, rata-rata warga maya mengakui gagal menahan air mata selepas menonton video Putri Qisya menerima anugerah tersebut. Doa dan kata-kata semangat terus mengalir, mendoakan agar Putri Qisya bangkit dari tragedi Sungai Korok dengan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Inspirasi Buat Remaja Malaysia
Kisah Putri Qisya bangkit dari tragedi Sungai Korok menjadi peringatan mendalam buat semua remaja bahawa hidup tidak selalu berjalan seperti yang dirancang. Namun, kekuatan untuk bangkit sentiasa ada dalam diri.
Dalam kehilangan yang paling menyayat hati, Putri Qisya memilih untuk terus melangkah ke hadapan, membuktikan bahawa harapan tetap wujud walau di tengah kegelapan.
Putri Qisya bukan sekadar Tokoh Murid di sekolahnya, tetapi kini menjadi simbol ketabahan dan inspirasi kepada seluruh negara. Sebuah kisah yang mengajar kita bahawa insan luar biasa sering lahir daripada ujian yang luar biasa.
Menyimpan duit dan memulakan tabungan dari usia muda adalah langkah awal yang baik untuk masa depan yang lebih cerah dan stabil.
Jangan jadikan alasan gaji kecil tidak boleh nak menyimpan duit kerana sebenarnya ada banyak cara yang korang boleh cuba, mengikut kemampuan masing-masing.
Macam mana nak buat? Jom kita ikut style simpanan duit seperti berikut:
Teknik ini sesuai untuk korang yang rasa susah sangat nak menyimpan atau tidak berdisiplin. Sejumlah wang akan ditolak menerusi arahan pemotongan automatik untuk simpanan. Korang juga boleh tetapkan tarikh untuk melakukan auto deduction. Digalakkan untuk terus auto deduct apabila gaji masuk ke dalam akaun.
Selain itu, korang juga boleh membuka dua akaun simpanan. Satu untuk menerima gaji dan satu lagi sebagai akaun simpanan. Jadi, bila gaji dah masuk bolehlah buat auto deduction daripada akaun gaji dan transfer ke akaun simpanan.
Ramai yang sudah mencuba teknik ini dan nyata ia memang berkesan. Setiap kali korang ada duit RM5, terus diasingkan dan dimasukkan ke dalam tabung. Teknik ini juga boleh dilakukan untuk menyimpan duit RM10, RM20 atau RM50.
Tapi kenapa RM5? Sebab ia satu jumlah yang kecil dan mudah untuk korang asingkan untuk membuat simpanan. Tidaklah rasa terbeban sangat.
Korang juga boleh cuba menyimpan duit kertas seperti RM1, RM5 atau RM20. Apabila ada wang kertas seperti RM1, RM5 dan RM20, terus asingkan dan masuk ke dalam tabung. Tetapkan tempoh bulan untuk menyimpan. Boleh cuba untuk sebulan terlebih dulu.
Teknik ini telah digunakan oleh kebanyakan orang sejak mereka kecil lagi. Ada yang mengumpul syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, malah ada juga yang memang akan memasukkan terus syiling yang diterima ke dalam tabung.
Bayangkan jika konsisten menyimpan dalam tempoh masa yang lama, hasilnya juga lumayan tau!
5. Beri pada orang lain untuk simpanan
Kalau nak guna teknik ini, pastikan korang memilih individu yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga atau suami/isteri. Setiap bulan, asingkan amaun yang ingin disimpan. Jika duit kita ada pada orang lain, tidaklah sewenangnya untuk dibelanjakan.
So, macam mana guys? Rasanya cara-cara yang dikongsi ini adalah yang paling mudah untuk dibuat. Kalau tak dapat simpan banyak, sikit pun jadilah buat duit waktu ‘kecemasan’. Jangan nanti sekiranya berlaku kecemasan, tiada langsung wang simpanan untuk digunakan.
Tasha Manshahar menggalakkan muslimah menghadiri majlis ilmu dan kelas tadabbur al-Quran sebagai langkah membina istiqamah dalam hijrah serta mendekatkan diri kepada Allah.