Ini bukan kali pertama insiden nyawa nyaris ‘terbang’ gara-gara konten.
Baru-baru ini, tular video di media sosial apabila seorang wanita di selatan Thailand mengalami detik cemas apabila kepalanya terhantuk di tiang yang mahu bergambar di pintu tren.
Memetik Harian Metro, video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang wanita itu berada di pintu gerabak. Dia memegang pada besi pemegang dan mengeluarkan badannya di luar gerabak dan badannya menghadap bahagian dalam tren tersebut.
Selepas beberapa detik, kepalanya terkena tiang di landasan selepas tren mula bergerak. Wanita itu kemudian kelihatan hilang keseimbangan tetapi masih berpaut pada besi pemegang.
Ads
The State Railway of Thailand Issues Safety Warning Following Dangerous Incident
The State Railway of Thailand (SRT) has issued a strict warning to all passengers to adhere to safety regulations while traveling by train. Passengers are explicitly prohibited from hanging onto or… pic.twitter.com/ufXYVLl84H
Dalam satu lagi video, wanita itu dilihat membongkok di luar kereta api yang sedang bergerak dan kemudian, jatuh ke landasan.
State Railway of Thailand (SRT) menerusi hantaran di Facebook pada 13 Ogos lalu memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 3.15 petang, 5 Ogos 2024.
Ads
Difahamkan pada waktu kejadian, sebuah kereta api meninggalkan stesen Ban Ton Don di Phatthalung dan menuju ke Nakhon Si Thammarat.
Wilayah Phatthalung di selatan Thailand terletak kira-kira 850 kilometer (km) dari bandar ini.
Tambah SRT, kereta api itu bergerak pada kelajuan rendah ketika kejadian kerana ia baru berlepas dari stesen sebelumnya.
Ads
Wanita itu mengalami bengkak di kepala akibat insiden berkenaan dan telah dibawa ke Hospital Phatthalung. Hasil ujian X-ray menunjukkan bahawa wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan dia dibenarkan pulang.
Sebagai tindak balas, SRT memaklumkan akan meningkatkan pemeriksaan keselamatan dengan lebih meluas dan memberi amaran kepada penumpang yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Momo Challenge mula dapat perhatian meluas sejak kebelakangan ni. Pihak berkuasa seluruh dunia telah pun mengeluarkan amaran kepada ibu bapa kerana cabaran ini dikatakan mengalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Adakah korang tahu apa sebenarnya yang dikatakan Momo Challenge ni?
Berikut 5 fakta tentang isu viral ini.
1. Berasal dari Jepun
Karakter Momo merupakan hasil karya seniman Jepun. Namun begitu, seniman yang menghasilkan karya ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Momo Challenge yang dikatakan mengancam masyarakat.
2. Masih dalam siasatan
Pihak polis masih menyiasat siapa dalang disebalik kejadian ini. Permainan di mulai dengan menambahkan nombor Whatsapp Momo dan kemudiannya akan memberi cabaran demi cabaran untuk dilakukan.
Nombor Whatsapp Momo didapati berasal dari Columbia, Jepun dan Mexico.
3. Masyarakat dinasihatkan untuk berhati-hati
Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak berinteraksi dengan akaun-akaun yang menggunakan foto Momo, terutamanya dari tempat challenge ini berasal.
Ibu bapa juga digesa untuk mengawasi anak-anak yang menggunakan media sosial kerana Momo Challenge ni memang aim pada remaja belasan tahun.
4. Berleluasa di Amerika Selatan dan Jepun
Berdasarkan akaun twitter @siemensi1, Momo Challenge menggunakan nombor dengan kod +57, +81 dan +52.
Momo akan membalas dalam Bahasa Sepanyol dan menghantar gambar-gambar aneh. Setiap hari, Momo akan mencabar dan akhirnya berterusan hingga pujukan untuk bunuh diri.
5. Mangsa korban
Menurut Buenos Aires Times, Momo Challenge didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
Mengsa ditemui gantung diri di pohon halaman belakang rumah dan dikatakan sebelum membunuh diri, dia telah merakam aksi tersebut menggunakan smartphone.
Fuhh, risau juga dengar pasal Momo Challenge ni. Semoga kejadian ini tidak menular di Malaysia pula. Hati-hati gaiss!
Terkini, satu lagi virus baru dikesan di selatan India, Andhra Pradesh apabila doktor menyatakan lebih daripada 400 pesakit yang dimasukkan ke hospital dan seorang maut apabila mengalami gejala seperti loya, kegelisahan dan hilang kesedaran yang dilaporkan oleh The Guardian.
Penyakit ini, difahamkan bukan coronavirus kerana semua pesakit, yang berbeza umur telah diuji negatif dari wabak COVID-19, serta penyakit lain seperti denggi, chikungunya atau herpes. Setakat ini, ujian yang dijalankan belum menemui sebarang jawapan.
Sumber Gambar : The Bangkok Post
Pihak berkuasa juga telah menguji sampel air di daerah itu, namun hasilnya tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran.
Seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru memberitahu akhbar The Indian Express, “Mereka yang jatuh sakit, terutama kanak-kanak, tiba-tiba muntah setelah mengadu rasa terbakar di bahagian mata.”
Lad Bible melaporkan bahawa ketua pembangkang N. Chandrababu Naidu telah menuntut agar ‘siasatan yang tidak berat sebelah’ terhadap punca kejadian bagi melihat sama ada orang lain berisiko atau pun tidak.
“Dengan lebih daripada beratus orang yang terjejas sekarang, keadaan di Eluru semakin buruk. Saya menuntut siasatan penuh mengenai kejadian itu. Banjir, taufan atau penjagaan kesihatan, Kerajaan YSRCP telah ditangkap tidur dalam situasi kecemasan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Kejadian misteri ini terjadi semasa Andhra Pradesh sedang menangani pencemaran wabak COVID-19. Kawasan ini adalah yang paling teruk terjejas di India, dengan lebih daripada 800,000 jangkitan.
***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Mudah-mudahan kita semua dipelihara dan dilindungi oleh NYA.
Di sebalik isu penutupan sebuah kelab golf kerana pekerja dijangkiti COVID-19, di media sosial ramai menyifatkan kejadian ini melibatkan kluster kayangan. Ini kerana permainan ini kerap dikaitkan dengan golongan berada.
Ramai yang bimbang kerana wabak ini mudah menular tetapi pelik kerana kelab ini masih dibuka untuk dikunjungi peminat sukan ini tapi akhirnya ia akhirnya membawa kepada siasatan pihak berkuasa kerana ingkar arahan menutup premis.
Laporan Harian Metro hari ini, polis membuka kertas siasatan terhadap sebuah kelab golf di sini yang dipercayai ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana masih melakukan aktiviti walaupun telah diberi notis penutupan semalam susulan beberapa pekerjanya dilaporkan positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan di Balai Polis Damansara daripada pihak KKM semalam yang mendakwa premis berkenaan yang sepatutnya ditutup mulai Ahad, melanggar syarat arahan penutupan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan asrama pekerja kelab golf berkenaan.
Terdahulu, Nik Ezanee membuat pemantauan di asrama pekerja kelab golf itu yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 Okt susulan kes positif Covid-19 membabitkan pekerja yang tinggal di asrama itu.
Setakat ini, 23 pekerja warga tempatan dan warga asing di asrama pekerja kelab berkenaan dilaporkan positif Covid-19.
Jelasnya, 11 individu yang positif dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala 12 lagi masih berada di asrama berkenaan dan akan dibawa ke hospital hari ini.
Menurut beliau, 597 pekerja lagi dijangka menjalani saringan Covid-19 yang dijadualkan Rabu ini.
Nik Ezanee berkata, 20 anggota polis ditempatkan untuk memantau kawasan kelab itu.
Selain itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan penularan wabak ini yang semakin meruncing di kawasan Petaling Jaya dengan menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.