Baru-baru ini, jaguh beregu negara, Nur Syahira Amani Abdullah-Helena Jamal mencuri perhatian selepas berjaya meraih pingat emas acara beregu wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-25 yang berlangsung di Pusat Boling Jaya Ancol, Jakarta, Indonesia.

Difahamkan, gandingan muda negara itu menamatkan saingan enam permainan dengan keseluruhan 2,304 jatuhan pin untuk mengejutkan pencabar lain, sekaligus menewaskan pasangan Hong Kong, Tavia Wong Tsz Ching-Law Wai Ching yang membawa pulang perak dengan 2,267 jatuhan pin.

Menurut pengurus pasukan negara, Maradona Chok berkata, kejayaan tersebut sememangnya dianggap sebagai satu keputusan yang tidak diduga memandangkan Malaysia hadir ke kejohanan itu dengan sebahagian besar pemain yang masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

Nur Syahira Amani-Helena Cipta Kejutan, Raih Emas Di Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia

Ads

“Singapura dan Taiwan hadir dengan skuad terbaik mereka, jadi keputusan ini sememangnya satu kejutan yang cukup menggembirakan,” katanya.

“Dia kelihatan sedikit gementar apabila tekanan mula meningkat, tetapi dia berjaya mengawal keadaan dan mengekalkan prestasi yang baik,” jelasnya lagi.

Menariknya, pasangan Nur Syahira dan Helena melakukan kebangkitan dramatik pada permainan terakhir selepas ketinggalan 15 pin di belakang wakil Hong Kong. Helena tampil cemerlang dengan 240 jatuhan pin, manakala Amani menyumbang 186 untuk membantu Malaysia mencatatkan 426 jatuhan pin dan memastikan pingat emas menjadi milik negara.

Sepanjang enam permainan, pasangan negara itu merekodkan 331, 402, 385, 366, 394 dan 426 jatuhan pin. Pasangan Singapura, Rachel Foo dan Shannon Lee pula melengkapkan kedudukan podium apabila meraih gangsa dengan jumlah keseluruhan 2,263 jatuhan pin.

Ads

Nur Syahira Amani-Helena Cipta Kejutan, Raih Emas Di Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia

Satu lagi gandingan Malaysia, Khaira Nur Aleesya Azrul Izwan dan Ayra Deliza Mohd Kamarul Azizi, turut memperlihatkan aksi memberangsangkan apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada 18 pasangan dengan 2,218 jatuhan pin. Dalam acara beregu lelaki pula, gandingan Muhammad Adib Razali-Muhammad Eikhsan Mohd Erwan muncul wakil negara terbaik di tangga kelapan.

Ads

BACA: Emma Firyana Lakar Sejarah Baru, Kini Dinobat Pemain Boling Padang Nombor Satu Dunia

Pencapaian Nur Syahira dan Helena nyata memberi petanda positif terhadap masa depan tenpin boling negara, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan pemain dalam skuad muda ini baru sahaja dipilih dan menjalani tempoh latihan berpusat yang singkat sebelum berangkat ke Jakarta. Kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 30 Ogos itu juga menjadi pentas terbaik buat bakat-bakat baharu Malaysia membuktikan kemampuan mereka di peringkat Asia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads