Pelakon sensasi, Ruhainies tampil dengan sebuah perkongsian nota pendek di entri Instagram miliknya, secara tidak langsung telah mencuri perhatian netizen.
Pelakon drama hit Cukup Derita Itu memuat naik di Instagram Notes dengan coretan ‘the truth will prevail’.
Jika diterjemahkan, nota tersebut membawa maksud; ‘kebenaran pasti akan menang’.
Ads
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu turut menggunakan lagu berjudul Stolen yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Jay Sean sebagai muzik latar.
Bagaimanapun, maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kepada pihak mana yang ingin ditujukan tidak diketahui.
Ads
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Ads
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Mana kan tidak, pelakon Anzalna Nasir juga teruja bila dapat bertemu dengan idolanya dari Hollywood iaitu Eva Longoria.
Berkongsi foto di laman Instagram dengan kapsyen, ‘Desperate housewives, I terlupa pulak nak pakai bulu mata palsu!, foto ini mendapat lebih 25,000 tanda suka dan 200 komen di IG.
Malah, ada yang mengatakan bahawa Anzalna nampak lebih cantik berbanding Eva. Wah, mesti sis suka kan? Hiks!
Hadir sebagai duta produk L’Oreal bagi pertunjukan fesyen Karl Lagerfeld x L’Oreal, Anzalna juga turut sempat bertemu dengan ramai selebriti popular lain seperti Aishwarya Rai, Camilla Cabello, Janine Gutierrez dan model Victoria’s Secret, Doutzen Kroes.
Ramai yang meninggalkan komen memuji kecantikan Anzalna dan tetap berpendapat bahawa gadis Asia juga yang paling menyerlah di antara yang lain. Ehem, biasalah wanita Asia memang semuanya cantik-cantik belaka kan?
Bertuahnya badan bila dapat berpeluang bertemu dengan selebriti popular dunia kan?
Petisyen yang dibuat oleh lebih daripada 100,000 netizen di Korea terhadap drama bersiri terbaru, Joseon Exorcist nampaknya memberi impak yang besar kerana pihak SBS telah pun mengesahkan bahawa drama tersebut akan diberhentikan tayangannya serta merta.
Penonton hanya berkesempatan menonton dua episod sahaja dan selepas itu, timbul kontroversi apabila team produksi dikatakan menunjukkan pelbagai alat kebudayaan negara China dan jalan ceritanya yang bertentangan dengan sejarah Korea Selatan.
Stesen televisyen SBS telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu kontroversi ini.
Kami bagi pihak SBS ingin menjelaskan tentang drama terbaru Joseon Exorcist. Disebabkan kontroversi yang melanda drama tersebut, kami telah memutuskan untuk menghentikan kontrak hak penyiaran bagi siri Joseon Exorcist dan membatalkan semua siaran drama tersebut.
Buat waktu ini, SBS telah membayar sebahagian besar daripada biaya untuk hak penyiaran drama tersebut dan syarikat produksi telah menyelesaikan 80 peratus sesi penggambaran.
Walaupun pihak kami prihatin dengan kerugian kewangan yang ditanggung oleh rangkaian penyiaran dan syarikat produksi, serta waktu siaran program, sebagai rangkaian siaran awam, SBS akan bertanggungjawab dan ingin menjelaskan bahawa pihak kami telah memutuskan untuk menghentikan tayangan drama tersebut.
Selepas tayangan perdana Joseon Exorcist pada 22 Mac lalu, drama tersebut ‘diserang’ kerana menggunakan alat kebudayaan China dan makanan ala Cina yang bertentangan dengan sejarah Korea. Walaupun SBS mengeluarkan penjelasan dan permohonan maaf, reaksi balas daripada penonton terus bertambah apabila episode kedua drama ini merangkumi lebih banyak unsur gaya dari China.
Tidak lama kemudian, semua penaja drama tersebut menarik diri dan rangkaian televisyen juga mengumumkan bahawa mereka akan menyemak semula siri drama ini.
Namun, selepas dua hari kemudian, SBS telah pun mengesahkan bahawa drama tersebut tidak akan lagi ditayangkan.
Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama.
Namun begitu, perkara ini seharusnya dipandang serius oleh pihak berwajib kerana perbuatan buli boleh meninggalkan kesan trauma buat mangsa, malah ada yang turut terkorban gara-gara sikap negatif yang ada pada segelintir pelajar.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial tentang perilaku sekumpulan pelajar menumbuk mangsa sehingga menyebabkan kecederaan tisu lembut dalam badan. Kejadian ini tidak seharusnya berlaku jika budaya buli diberikan perhatian dan hukuman setimpal kepada si pelaku.
Untuk memberi kesedaran terhadap isu ini, ada banyak filem yang korang boleh tonton mengisahkan budaya buli yang wajar dijadikan pengajaran buat masyarakat dunia.
Berikut kami senaraikan antara filem-filem bertemakan buli.
1. Mean Girls
Walaupun filem ini bergenre ringan, namun ia turut memaparkan elemen buli di kalangan pelajar wanita di sekolah menengah, Rachel McAdams memainkan peranan sebagai Regina George, iaitu seorang gadis pembuli yang licik.
Gadis ini bukan hanya mempunyai sikap talam dua muka, tetapi dia juga pembuli yang sanggup memanipulasi sahabat dan kekasihnya demi mendapatkan apa sahaja yang dimahukan.
2. Cyberbully
Taylor merupakan seorang remaja berumur 17 tahun dan saudaranya menulis mesej fitnah di media sosial yang menyebabkan dia menerima gangguan daripada rakan-rakanya. Cerita ini melihatkan perjuangan Taylor dalam menghadapi penindasan dunia alam maya yang dialaminya.
3. Wonder
Tidak seperti kebanyakan filem, Wonder memaparkan kisah benar seorang budak lelaki yang dilahirkan tidak sempurna dengan kecacatan muka dan berhadapan dengan si pembuli di sekolah. Filem ini bakal membuatkan korang menangis melihat bagaimana seorang anak kecil terpaksa melalui kehidupan hariannya dan sering dibuli di sekolah.
4. 3 Idiots
Filem hindustan juga tidak ketinggalan memaparkan filem yang membawa mesej, terutamanya tentang masalah buli dan ragging.
Ketika pelajar baharu mendaftar masuk ke kolej kejuruteraan, sekumpulan pelajar senior bertindak memaksa semua freshie lelaki melucutkan seluar ketika malam orientasi.
5. The Karate Kid
Dre, seorang kanak-kanak lelaki yang menggembara ke China bersama ibunya atas urusan kerja mula menghadapi masalah dengan remaja lain di kejiranan yang tidak berhenti menganggunya. Disebabkan itu, dia terpaksa mempelajari seni mempertahankan diri dengan bantuan seorang guru.
6. Buli
Filem ini berkisarkan tentang Nordin, seorang pereka perisian komputer yang memiliki tahap keyakinan diri yang rendah, menjadi mangsa buli rakannya, Roy sejak zaman kanak-kanak. Dia bertekad untuk menghadapi mimpi ngeri hidupnya buat sekali dan selamanya.
Walaupun bergenre komedi, filem ini jelas mempaparkan bagaimana perbuatan buli boleh memberi impak kepada seseorang individu itu sehingga mereka menjadi dewasa.
7. Fat Boy Chronicles
Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mempunyai masalah berat badan dan akhirnya mempunyai matlamat untuk menurunkan berat gara-gara mahu mendapatkan gadis impiannya, walaupun diusik dan diseksa oleh rakan sekelas.
8. Audrie and Daisy
Filem dokumentari ini merangkumi kisah dua pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat, Audrie Pott dan Daisy Coleman. Mereka berhadapan dengan serangan seksual seawal usia 15 dan 14 tahun. Selepas serangan itu, mangsa dan keluarga mereka telah mengalami penderaan emosi buli siber.
9. Hostel
Sebuah lagi filem hindustan yang memaparkan budaya buli, mengisahkan tentang kehdupan pelajar baharu, Vishnu Pandey, Karan, Nilesh dan Bobby yang dibuli hampir setiap hari oleh pelajar senior yang diketuai oleh Feroz.
Penderaan emosi adalah lebih berat kerana mungkin kita tidak tahu bagaimana mangsa menyimpan perasaan mereka setelah dibuli. Oleh sebab itu, jangan memandang isu buli sebagai satu masalah ringan di kalangan masyarakat.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pijak al-Quran mencetus kemarahan ramai apabila tular di Threads. Kerajaan beri amaran keras dan arahkan siasatan segera oleh MCMC serta PDRM tanpa kompromi.