Amboi..siap bawa ‘toto’ tau Datuk Seri Vida Di Karpet Merah GMWA2022
Kehadiran usahawan sensasi, Dato Seri Vida (Vida) di acara Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi seperti dijangka menjadi topik perbualan semua penonton dan netizen.
Tercalon dalam kategori Muzik Video Terbaik bagi lagu Ku Ikhlaskan, DSV menerusi hantaran di Instagram, dilihat menggayakan Pyjama Selimut Kain Perca Multiracial hasil rekaan Behati di acara karpet merah Gempak Most Wanted Award itu.
“Gempak Most Wanted Award 2022. Tp 5 Muzik Video Terbaik ‘Ku Ikhlaskan’.”-Tulis DSV di Instagram
Respon Netizen
Ads
Fesyen yang digayakan oleh DSV telah mencetuskan reaksi dari pelbagai pihak, malah ramai yang berseloroh melihat DSV membawa ‘Patchwork Comforter’ ketika menghadiri malam anugerah berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari dan menyifatkan hal tersebut sebagai hadiah istimewa buat ulang tahun kelahirannya buat kali ke-43 yang disambut pada 7 Mac lalu.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif merasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki itu selepas menyertai tadarus Al-Quran secara berkumpulan bersama 30 sahabatnya yang lain.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari”
Kredit: Instagram Nora Danish
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat Al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” katanya.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” jelasnya.
Menurut pelakon Polis Evo 3 itu, walaupun kini sudah memasuki 40-an, usia bukanlah penghalang dan masih belum terlambat buat dirinya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca Al-Quran”
Kredit: Instagram Nora Danish
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengaku bahawa sebelum ini mungkin agak jahil tetapi kini Nora berusaha untuk menjadi lebih baik kerana percaya Allah Maha Mendengar dan Maha Baik.
“Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Nora Danish juga dilaporkan telah mendermakan semua baju-baju seksi miliknya kepada rakan-rakan bukan Islam selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah selamat mengikat tali pernikahan bersama suri hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 33, bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun bergelar duda.
Dalam hantaran di laman Instagramnya pada malam khamis sebentar tadi, Sam menjelaskan secara ringkas, “Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah.”
Sepadan dalam persalinan serba putih.
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit rancangan TV, Aida Azira Husin pada tahun 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2019.
Sedikit trivia mengenai vokalis kumpulan Bunkface ini, dia merupakan abang kepada pelakon popular, Siti Saleha. Hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Maleeq yang kini berusia 4 tahun. Sam dilahirkan di England dan membesar di Klang, Selangor.
***P/S – Semoga perkahwinan kedua Sam kekal ke jannah dan sentiasa diberkati Allah SWT. Tahniah Sam!
Di mana-mana platform digital mahupun di kedai mamak, rata-rata masyarakat Malaysia sedang hangat berbual mengenai soal isteri kedua dan poligami apabila selebriti tempatan baru-baru ini dilihat terpalit dengan isu tersebut.
Apa yang menariknya, garis masa kisah-kisah rumah tangga selebriti ini seakan selari dengan garis masa drama Nikah Cerai Rujuk yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104). Merujuk kepada tajuknya sahaja, pasti korang sudah boleh mengagak topik rumah tangga yang dikupas menerusi drama arahan bersama Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy ini.
REMAJA mendekati salah seorang pelakon Nikah Cerai Rujuk, Shaza Baebagi mendapatkan pandangannya mengenai respon balas penonton yang rata-rata berkata mereka dapat menghayati jalan cerita drama tersebut.
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae.
“Saya rasa mana-mana drama yang berkisahkan rumah tangga adalah naskah yang patut ditonton oleh mana-mana individu kerana semua orang melaluinya. Dalam rumah tangga, ada pasang surut kisahnya tidak kira sama ada sudah lama berkahwin atau tidak.
“Drama Nikah Cerai Rujuk ini tidak hanya terletak pada satu karakter tetapi pelbagai kisah pasangan serta konflik masing-masing. Karakter saya sebagai contoh mempunyai konflik bersama mertua.
“Dr. Alia Maisarah (Dynas Mohktar) pula dimadukan, Sumaiyyah (Noorkhiriah) berdepan suami curang manakala Fatin (Mimi Ernida) bergelut dengan perasaan sebagai isteri kedua.
“Kalau orang sebut isteri kedua, mesti dia dilabel sebagai individu jahat tetapi dia juga mempunyai cerita untuk disampaikan. Turut ada dalam drama ini juga adalah watak gadis muda yang bercinta dengan lelaki berusia. It is a full coverage of what it feels like to be married,” kupas juara Dewi Remaja 2019 ini.
Tambah Shaza lagi, biarpun dirinya masih belum berkahwin dalam kehidupan sebenar dan belum merasai fasa alam rumah tangga tetapi dia mampu merealisasikan wataknya sebagai Hanna kerana dia juga mempunyai perasaan sebagai seorang perempuan.
“Peluang memegang watak isteri yang berdepan emosi dan konflik rumah tangga sejak akhir-akhir ini merupakan cabaran lakonan baharu memandangkan saya pun belum pernah berkahwin.
“Tidaklah terlalu sukar sebenarnya kerana saya juga seorang wanita yang ada perasaan. I put on a woman’s shoes dan ia terus menjadi.”
“Apa yang membuatkan Nikah Cerai Rujuk ini menarik untuk ditonton adalah kerana kepelbagaian mesej yang boleh dikutip. Setiap situasi yang dilalui karakter-karakter tadi boleh mengajar penonton mengenai the do’s and don’ts of married life.
Penonton akan terfikir akibat yang perlu ditanggung apabila pasangan curang atau suami berkahwin lebih daripada satu. Hakikatnya, pilihan terletak pada tangan pasangan. Qada’ dan qadar tentulah termaktub but people have choices and ‘self control‘. (Ketawa) Drama ini mengajar bagaimana seseorang boleh mengelak daripada berdepan nasib rumah tangga karakternya,” kata gadis tinggi lampai ini.
Peluang melakonkan watak isteri yang terseksa emosi seperti dalam drama ini dan beberapa drama terdahulu bagi Shaza telahpun mengajarnya sedikit-sebanyak tentang selok-belok memilih pasangan. Malah, peluang ini juga membuka mindanya tentang pentingnya bertoleransi terutamanya apabila dihantui masalah rumah tangga.
“Pertamanya, kenalinya pasangan anda dan keluarganya betul-betul sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi as you move forward, anda perlu ingat diri setiap manusia akan berubah termasuklah kita sendiri. Istilah ‘mengenali pasangan’ itu tidak pernah ada titik noktah sebenarnya.”
“Saya juga merasakan drama Nikah Cerai Rujuk ini mengajar saya untuk selalu berbincang tentang expectation pasangan kita dalam sesebuah perhubungan. Belajarlah love & fight language pasangan. Bukan hanya love language perlu diketahui, fight language juga sama pentingnya.
“Dan akhir sekali, belajarlah cara ‘communicate & comprehend’. Komunikasi sahaja tidak akan datangkan kesan jika pasangan tidak cuba memahami,” simpul Shaza Bae.
Drama Nikah Cerai Rujuk sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104) untuk 24 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam. Ia juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Selain Shaza Bae, Nikah Cerai Rujuk juga dibintangi oleh Dynas Mohktar, Datuk Eizlan Yusof, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Halim Radzi, Nasz Sallu, Zarina Zainuddin dan ramai lagi pelakon hebat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!