
Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Ningning dari kumpulan Aespa meraih perhatian apabila rasmi menjadi artis China pertama yang menghiasi muka hadapan majalah lelaki berprestij Korea Selatan, GQ Korea bagi edisi terbaru mereka.
Difahamkan, pencapaian ini sekaligus meletakkan Ningning atau nama sebenarnya Ning Yizhuo dalam kelas tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran fesyen dan hiburan Korea yang terkenal dengan standard pemilihan yang sangat tinggi, khususnya bagi penerbitan antarabangsa seperti GQ Korea.
Menariknya, penyanyi berusia 24 tahun itu juga merupakan individu China kedua yang pernah tampil dalam majalah tersebut selepas model Li Zilong. Namun, berbeza dengan kemunculan sebelum ini, Ningning berjaya meraih peluang muka hadapan solo original, satu pencapaian yang dianggap lebih eksklusif dan berprestij.

Sebagai salah satu majalah fesyen terkemuka dunia, GQ Korea dikenali dengan reputasinya yang sangat selektif dalam memilih figura untuk dijadikan wajah utama. Justeru, pemilihan Ningning dilihat sebagai satu pengiktirafan besar terhadap pengaruhnya dalam industri global.
Bukan sekadar menyerlah dalam bidang muzik, Ningning kini semakin kukuh mencipta nama dalam dunia fesyen. Penampilannya yang versatil serta aura yang unik menjadikannya antara figura generasi baharu yang mendapat perhatian jenama-jenama antarabangsa.
Selain itu, sokongan daripada rumah fesyen mewah Gucci turut memperkuatkan lagi kedudukannya sebagai ikon fesyen global. Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan profilnya, malah membuka lebih banyak ruang untuknya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, kejayaan ini turut mencerminkan pengaruh besar kumpulan Aespa yang semakin dominan dalam industri hiburan global, khususnya dalam kalangan peminat K-pop generasi baharu.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan Aespa dijangka akan kembali dengan album penuh kedua berjudul ‘LEMONADE’ pada 29 Mei ini, sekaligus menambah keterujaan peminat yang menantikan konsep dan evolusi muzik terbaru mereka.
Sumber: GQ Korea
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.





Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.




