Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama (CEO) Huda Beauty, Huda Kattan membuktikan bahawa wanita juga boleh mencapai kecemerlangan dalam dunia perniagaan antarabangsa setelah secara rasmi berjaya membeli semula pegangan ekuitinya bagi jenama kecantikan Huda Beauty yang diasaskan olehnya sendiri.
Huda, 41 sekaligus mendapat semula kawalan penuh ke atas jenama tersebut. Dalam satu kenyataan media, beliau berkongsi bahawa beliau kini lebih teruja untuk komited berbanding sebelum ini untuk meneroka cabang-cabang baharu menerusi Huda Beauty.
“Mengambil semula pemilikan penuh Huda Beauty adalah detik yang sangat penting bagi saya. Ia menunjukkan bahawa saya dan mana-mana pengasas lain boleh memiliki segala kuasa yang diperlukan untuk mengubah dunia dengan usaha sendiri,” katanya.
Huda Kattan, pengasas dan pemilik Huda Beauty.
Umum mengetahui, untuk mencipta sebuah empayar perniagaan di peringkat global terutamanya dalam industri produk kecantikan dan penjagaan diri yang cukup sengit saingannya, seseorang pengasas perlu mencipta jalinan kerjasama melalui penjualan ekuiti kepada syarikat gergasi.
Huda Beauty juga tidak terkecuali daripada berbuat sedemikian apabila mereka menjalin kerjasama selama lapan tahun bersama TSG Consumer Partners (TSG Consumer). Pada tahun 2017, TSG Consumer telah memperolehi pegangan minoriti dalam syarikat Huda Beauty dan kerjasama tersebut berjaya membolehkan Huda Kattan membina empayarnya di seluruh dunia.
Ads
Dek kejayaan dan strategi perniagaannya, Huda dan pasukan Huda Beauty berjaya melakukan sesuatu yang cukup menginspirasikan dan kini secara bangganya boleh menggelar diri mereka sebagai sebuah syarikat yang bebas sepenuhnya daripada ‘cengkaman’ konglomerat.
Sebagai konteks, pencapaian Huda ini jarang sekali dimiliki oleh mana-mana pengasas jenama kecantikan atau jenama fesyen. Kini, Huda Beauty boleh bergerak secara lebih bebas untuk mengukuhkan dedikasi syarikat itu terhadap inovasi, keaslian dan komuniti pembelinya yang amat dihargai oleh mereka.
Sekadar info tambahan, Huda Kattan dilahirkan di Oklahoma, Amerika Syarikat bersama tiga adik-beradik oleh ibu bapa mereka yang berasal dari Iraq. Huda kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan kewangan di University of Michigan-Dearborn.
Ads
Setelah cuba untuk bekerja dalam bidang berkenaan usai menamatkan pengajian, Huda mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan kerjaya baharu sebagai jurusolek selebriti Hollywood and as they say, the rest is history.
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, “Sebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.”
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.
Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira sebulan lalu, Manvin Khera telah dimahkotakan sebagai pemenang utama pertandingan Ratu Wanita Malaya yang dilangsungkan dalam majlis penuh gemilang. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss Earth Malaysia 2023 dan bakal mewakili negara ke pertandingan tersebut tahun hadapan.
Berjaya mengalahkan 17 peserta lain untuk memegang gelaran utama. Manvin yang pandai menari dan juga memanah percaya bahawa kebaikan harus dimulakan dari dalam diri.
“Saya percaya apa yang menjadikan seorang ratu adalah keupayaannya berdiri untuk dirinya sendiri dan orang lain dengan kasih sayang serta kebaikan. Seiring dengan ketabahannya dalam mengharungi kegagalan dan ketakutan. Tidak lama dahulu, saya belajar bagaimana untuk terus hidup.
“Saya menghargai setiap pelajaran yang saya perolehi sehingga hari ini. Untuk berada di mana saya berdiri kini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang, untuk berusaha mencapai kecemerlangan tidak kira apa pun yang berlaku,” ujarnya.
Khabar terbaharu mengenai gadis tinggi lampai ini, dia bakal membuat kemunculan sebagai peragawati di Thailand Fashion Week yang bakal berlangsung di Bangkok penghujung November ini.
Dalam hantaran akaun Instagram rasmi Thailand Fashion Week, pihak penganjur menulis, “Manvin Khera (Miss Earth Malaysia 2023) bakal membuat kemunculan sulung di Thailand Fashion Week bertempat di Bangkok pada 30 November 2022. Dia bakal berjalan untuk pereka fesyen dan jenama antarabangsa bagi koleksi musim panas/bunga 2023. Saksikan aksinya dari kerusi barisan hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Thailand Fashion Week telah diadakan sejak tahun 2000 dan menjadi medan pereka fesyen negara gajah putih itu dan juga pereka fesyen antarabangsa untuk mempersembahkan kretiviti kepada umum dengan lebih berkesan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!