
Nampaknya tak habis lagi dengan isu pelarian Rohingya.
Terbaru, jenama roti kegemaran rakyat Malaysia iaitu Gardenia nampaknya telah dikecam netizen atas isu pengambilan bangsa yang menjadi isu hangat di socmed.

Menerusi hantaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa pihaknya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka.
Gardenia turut menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan tetap diberikan kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan di kru pengeluaran kerana permintaan berterusan untuk produknya dan temuduga masih diteruskan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.
Walaupun Gardenia sudah memberi penjelasan atas dakwaan tersebut, masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar datang bekerja di sini atas tiket UNHCR.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia sehingga ada yang mengancam untuk memboikot jenama berkenaan kerana mahu kesemua pekerja di syarikat roti itu adalah seratus peratus daripada rakyat tempatan.


Ala kalau korang boikot macam mana penulis nak makan roti gardenia ni. So apa pendapat korang tentang isu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Beruntung Dapat Majikan Yang Sangat Menghargai…” Kongsi Rezeki Bawa Yang Terpilih Tunai Umrah, Hafiz Mahamad Terima Pujian Ramai

Siapa tidak kenal dengan pempengaruh dan personaliti media sosial seorang ini, figura yang sangat berjiwa hamba dan dikenali apabila acap kali berkongsi rezeki kepada orang lain.
Seorang usahawan yang juga suami kepada personaliti media sosial popular, Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad, sememangnya cukup dikenali di media sosial sebagai figura yang gemar memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dari orang biasa sehinggalah ke pekerjanya, cara jejaka itu berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya warganet.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat Menenangkan Jiwa…” Daud Kim Anggap Mekah ‘Rumah’ Keduanya

Terbaharu, Hafiz menerusi platform Instagram berkongsi video mengenai keberangkatannya ke tanah suci Mekah bersama isteri tercintanya. Istimewanya kali ini, mereka ke tanah suci turut disertai oleh kakitangan serta mereka yang bertuah dipilih untuk mengerjakan umrah.
“Dulu saya ada cakap dengan Aina, Aina abang nak sampai kita mampu nak sewa satu kapal terbang, bayarkan tiket satu kapal terbang untuk orang pergi ke umrah. Hari ini depan mata saya awak tengok, ramai depan mata saya ni… Ada staff, ada team, ada orang susah,
“OKU dan ada anak-anak yatim. Aina isteriku, aku sayang kau.…. aku sayang kau. Ini buktinya. Tahun depan, saya nak bawa ramai lagi dengan izin Allah. Nak mereka rasa kenangan dan rasa rindu bumi Allah nanti.

“Doakan rezeki perniagaan melimpah ruah. Kita bawa team yang berniaga dengan kita dan staf. Ada juga anak yatim, pelanggan @ainaabeautyofficial dalam trip ke umrah tahun ini,” ujarnya menerusi perkongsian video tersebut.
Sempat REMAJA menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap Hafiz selain memuji tindakannya itu membawa sahabat seagama mengerjakan umrah.
“Tidak tahu nak cakap perasaan apa, sebab tempat kerja berlainan, bos berlainan, rezeki pun masing-masing itulah… rezeki masing-masing .. beruntung dapat majikan yang sangat menghargai smpai ke tahap ini,” komen seorang pengguna.

“Bertuahlah. Bersyukurlah. Semoga semuanya mendapat umrah yang mabrur. Moga selamat pergi dan balik. Dan semuga dipermudahkan segala urusannya di sana. Amin!” komen juga pengguna lain.
“Untung dapat majikan macam ini, Allah bersyukurlah kan apa yang ada , semua itu rezeki dari Allah. Untung sangat dapat bos yang menghargai staf dia,” tulis pengguna lain.
Terdahulu, usahawan berjaya itu pernah memberi tajaan kepada mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung, selain pernah memberi bantuan kit ujian pantas Covid-19 ketika wabak tersebut teruk menular beberapa tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hafiz Mahamad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sepatutnya Aiman Yang Naik Pentas,” – Suami Isteri Sebak Naik Pentas Menggantikan Anak yang Meninggal Dunia

Orang tua mana yang tidak sedih apabila anak tersayang meninggal dunia sebelum mereka. Apatah lagi anak tersebut merupakan permata hati yang taat, soleh dan cemerlang.
Namun, inilah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan Ahmad Zaidi,53, dan Nor Liza Yasin, 52, apabila naik ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menggantikan anak mereka, Ahmad Aiman Danial yang meninggal dunia pada 29 September yang lalu.
Dalam majlis konvokesyen UniSZA kali ke-14 itu, Allahyarham Aiman sepatutnya menerima Diploma Reka Bentuk Industri namun hasratnya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Kecederaan arwah akibat tersepit di hujung bahagian lori menyebabkan rahang belah kanan berhimpit dan tempurung kepala sedikit retak serta darah yang keluar terlalu banyak”, katanya.
Dia menambah yang Aiman sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen kerana telah berjaya menamatkan pengajian.
“Sepatutnya Aiman yang naik pentas ambil diplomanya, tapi hasratnya tidak kesampaian. Hasrat arwah tak kesampaian apabila dia meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan pada 29 September lalu di Selangor.
“Diploma ini akan kami simpan sebagai kenangan terakhir arwah untuk kami kenang sampai bila-bila. Saya terbayang pastinya arwah gembira jika dia yang mengambilnya sendiri,” ucapnya menggenggam erat diploma yang diperolehi anaknya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah Tular Remaja Sarawak Merantau 2 Jam Demi Capai Internet Terima Perhatian Menteri

Isu capaian internet yang masih lemah di negeri Malaysia Timur seperti Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bukan lagi satu berita baharu. Biarpun negara telah memasuki tahun 2022, masih ramai penduduk di sana terutamanya para pelajar yang bergantung harap kepada perhubungan internet yang terpaksa akur perlu bersusah-payah demi mencapainya.
Jika dahulu sekitar tahun 2020; kisah mahasiswi Sabah, Veveona Mubin telah mendapat perhatian umum setelah terpaksa memanjat pokok dengan mendapat capaian internet, kini kisah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Sarawak dengan isu yang sama pula berjaya menerima perhatian menteri.
ARTIKEL BERKAITAN : “Siap Bawa Parang”, Pelajar Di Sarawak Berkelambu Dalam Hutan Demi Capaian Internet – REMAJA
BACA LAGI : ‘Most Hardworking Student’, Kisah Veveonah Jadi Perhatian Seluruh Dunia – REMAJA
Media melaporkan Frank Steward Panting Sa dari Pakan, Sarawak terpaksa mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam sebelum akhirnya berjaya mendapatkan kelajuan internet memadai bagi menghadiri temu duga bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak secara atas talian.


Frank dilaporkan menetap di penempatan rumah panjang Rumah Suing di Teberu, Ulu Kemalih. Kawasan tersebut telah dilengkapi kemudahan WiFi Sarawak Linking Urbang, Rural & Nation (Saluran). Bagaimanapun, masalah kelajuan internet tetap berlaku.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Twitter setelah laporan tersebut tular, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk berhubung dengan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) bagi menangani masalah tersebut.
Catat beliau, “Saya amat bersimpati dengan apa yang dia harus lalui namun kagum dengan ketabahannya. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan SRBN.”
Saya amat bersimpati dengan apa yang beliau harus lalui, namun kagum dengan ketabahan beliau. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN). Saya telah mengarahkan MCMC untuk berhubung dengan SRBN supaya masalah ini dapat ditangani. https://t.co/GtyxFZRfDV
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 17, 2022
Terdahulu, video kiriman abang Frank, Mario Sa menerusi Facebook menjadi tular.
Ia memaparkan adiknya sedang duduk bersila di atas tikar bemban dekat sebuah pondok yang dibina oleh ayah mereka, Sa Ujom demi menghadiri temuduga.
Frank yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru satu hari nanti sanggup merantau jauh sehingga kakinya digigit pacat demi menghadiri temu duga itu.
REMAJA berharap temu duga Frank ini berakhir dengan kejayaan apabila dia dijangka menerima keputusannya dalam tempoh dua minggu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

