Menjadi seorang pelajar menikmati akses internet yang pantas menjadi impian semua. Masalah gangguan jalur lebar bukan hal baru di Malaysia. Line selalu macam siput lagi-lagi yang tinggal di pendalaman.

Jika sebelum ini, viral seorang pelajar di Sabah bermalam diatas pokok gara-gara menjawab exam ‘online’ sehingga mendapat perhatian pihak Istana. Terbaru pelajar di Sarawak pula yang menjadi viral di media sosial.

“Siap Bawa Parang”, Pelajar Di Sarawak Berkelambu Dalam Hutan Demi Capaian Internet

Seorang pelajar tahun akhir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Rose ED terpaksa berkampung di dalam hutan demi mendapatkan capaian internet bagi melakukan presentation berkumpulan secara atas talian.

Menerusi posting di laman Facebooknya, gadis yang berasal dari daerah Pakan, Sarawak itu menggunakan kelambu bagi menghalang gigitan nyamuk sebelum membuat persiapan untuk presentation tersebut.

“Siap Bawa Parang”, Pelajar Di Sarawak Berkelambu Dalam Hutan Demi Capaian Internet

IKLAN

“Hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapan diri sendiri sebelum presentation bermula tadi.

“Lokasi ini adalah dikawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah,” tulisnya.

Menurut Rose, idea ini tercetus selepas tularnya kisah Veveonah Mosibin, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk menduduki peperiksaan online.

Rose memilih kawasan hutan tersebut kerana liputan internet di kawasan itu lebih bagus dan sesuai untuk dikunjungi setiap hari berbanding di kawasan lain kerana jadual kelas yang penuh.

IKLAN

Selain itu, kawasan hutan itu dipilih kerana ia berdekatan dengan kebun milik ayahnya sekaligus dapat membantu membaik pulih pondok di kebun bagi kegunaan kelas online akan datang.

“Siap Bawa Parang”, Pelajar Di Sarawak Berkelambu Dalam Hutan Demi Capaian Internet

“Sepatutnya presentation ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana gagal untuk menghadirkan diri ekoran daripada capaian Internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman,” katanya.

IKLAN

Rose terpaksa memilih kawasan hutan berhampiran kebun ayahnya kerana kos untuk berulang alik ke bandar adalah sangat tinggi ditambah dengan cuaca yang sering hujan sejak kebelakangan ini.

“Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan,” katanya.

Tambah Rose lagi, sebagai seorang pelajar tahun akhir, dia amat memerlukan capaian internet yang baik bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesi pembelajaran melalui sistem universiti.

Moga perkongsina Rose ini mampu membuka mata pelajar bandar yang lebih bernasib baik, bersyukur dengan kemudahan yang sedia ada. Harap pihak berwajib dan berharap capaian Internet di kawasan pendalaman juga dipertingkatkan.

Sumber : Facebook Rose ED 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI