Syarikat perkhidmatan basikal servis, oBike secara rasminya menamatkan operasi di Singapura bermula Isnin lalu (25 Jun).
Servis oBikes juga dipadam daripada aplikasi GrabCycle di Singapura bermula Isnin lalu.
Menurut oBike, keputusan ini diambil berikutan masalah persetujuan di antara syarikat tersebut dengan peraturan baru Persatuan Pengangkutan Darat untuk menangani masalah basikal yang tidak diparkir semula di tempat yang disediakan.
Basikal yang dibiarkan saja di penghadang jalan Kallang Road dan Sir Arthur’s Bridge.
oBike yang ‘dihumban’ saja ke tong sampah di Ubi Avenue 4.
Peraturan baru ini memerlukan syarikat servis seperti oBike memastikan pengguna basikal skan kod QR di setiap lokasi parkir sebagai bukti mereka telah meletakkan basikal semula di tempat yang sepatutnya. Namun selepas berbincang, oBike memilih untuk menamatkan operasi kerana peraturan baru ini akan mengakibatkan ‘isu kewangan’ kepada mereka.
oBike, bagaimanapun berkata penamatan operasi di Singapura itu TIDAK AKAN memberi kesan kepada operasi oBike di negara serantau seperti Malaysia. Ia masih akan beroperasi seperti biasa, jadi korang bolehlah menarik nafas lega.
Walaupun oBike dalam kenyataan mereka berterima kasih kepada lebih 1 juta pengguna aktif mereka di Singapura sejak servis itu diperkenalkan pada Januari 2017, nampaknya ramai netizen yang membuat aduan tidak berpuas hati terhadap perkembangan terbaru ini.
Ads
Keadaan basikal di luar asrama St Andrew’s Junior College.
Bukan saja basikal oBike, basikal syarikat lain pun ditinggalkan berdekatan Margaret Drive.
Dari jam 5 pm hari Isnin sehinggalah 4 pm semalam, Persatuan Pengguna Sinapura (CASE) telah menerima 232 aduan terhadap oBike. Kebanyakannya mengadu yang mereka belum menerima bayaran refund untuk wang deposit walaupun syarikat itu tidak lagi beroperasi.
Di Singapura, pengguna oBike perlu memasukkan wang deposit S$19 untuk pelajar dan S$49 bagi pengguna lain. Ketika ingin menekan butang ‘refund deposit’ pada app, pengguna akan berdepan dengan masalah connection.
Ada juga yang mendakwa butang tersebut sudah ‘hilang’ dari app tersebut.
Ads
Haih, kesian juga dengan pengguna oBike di Singapura memandangkan mereka tegar menggunakan perkhidmatan itu di sana.
Kita yang masih ada servis oBike di Malaysia kenalah bersyukur dan menjaga kondisi basikal yang ada.
Sumber: Channel News Asia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih ingat dengan pasukan futsal ‘Bukan Team Biasa’ ?
‘Pemain’ pasukan all-girls-squad daripada filem hangat 2006 Gol & Gincu ini sememangnya menjadi ikutan ramai remaja ketika zaman tersebut. Semua orang ingin menjadi Puteri Farhana, Shasha dan Ratu.
Dari kiri: Fazura, Sazzy Falak & Diana Danielle.
Kini apabila kesemua pelakon tersebut telahpun mendirikan rumah tangga, penulis teringin juga untuk melihat mereka kembali bersama dengan imej yang lebih matang.
Well, impian itu sedikit sebanyak tercapai juga apabila Fazura, Sazzy Falak dan Diana Danielle masing-masing dijemput untuk memeriahkan acara pertunjukan fesyen koleksi 2019 daripada Mimpi Kita. Masing-masing dilihat mempunyai gaya berbeza namun tetap cantik mengenakan pakaian daripada jenama tiga beradik itu.
Fazura (Putri Farhana).
Diana Danielle (Ratu) dan Sazzy Falak (Shasha).
Comel sangat apabila masing-masing saling bertemu mesra walaupun duduk berasingan. Masa 20 minit sebelum pertunjukan fesyen Mimpi Kita dimulakan itu digunakan sepenuhnya untuk saling bertegur. Iyalah, walaupun industri seni di Malaysia ini kecil je, namun bukan senang untuk mengumpulkan selebriti sesibuk mereka bertiga.
Lagi-lagi dengan adanya komitmen rumah tangga dan anak.
Selain daripada Fazura, Sazzy dan Diana, ramai lagi selebriti yang turut hadir memberikan sokongan mereka kepada Mimpi Kita.
Penulis sendiri begitu tertarik dengan kreativiti mereka dan para stylist menjadikan pakaian yang disarung semalam tampil berbeza walaupun berasal dari jenama yang sama yakni Mimpi Kita. Cer tengok mana paling korang gemari.
Memandangkan pendidikan merupakan sektor penting dalam melahirkan masyarakat holisitik,pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan sistem pendidikan.
Tapi korang tahu tak sebenarnya di Malaysia pendidikan hanya wajib untuk kanak-kanak hanyalah bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam sahaja di bawah Akta Pendidikan 1996.
Semalam Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah meluahkan rasa terkejut baginda apabila mengetahui pendidikan wajib di Malaysia hanyalah sehingga Tahun Enam sahaja.
Sedar dengan kepentingan pendidikan dalam mencorakkan kehidupan seseorang, baginda telah mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima di Malaysia.
i always thought education is compulsory till form 5 n was shocked to learn today that school is only compulsory till std 6. jadi sy ingin syor kan kpd kjaan msia supaya semua rakyat msia di wajibkan bersekolah sehingga tingkatan 5,to eradicate poverty n end child marriage
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 4, 2019
Perkara yang diluahkan menerusi akaun rasmi Twiter milik baginda itu mendapat perhatian ramai yang turut bersetuju dengan pendapat baginda.
Pada baginda, pendidikan dapat membasmi kemiskinan serta menghentikan perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak.
Netizen Respon!
Rata-rata netizen memuji dan menyokong saranan yang di ajukan oleh Tuanku Permaisuri ini.
Good Initiative!
Total Agreed!
Setuju Tuanku
Awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan kanak-kanak melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
Kegagalan ibu bapa dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah memungkinkan mereka berdepan dengan denda sebanyak RM5,000 atau pun penjara selama enam bulan.
Dalam satu hantaran di laman media sosial Instagram @bruneiroyalfamily, telah dimaklumkan bahawa anakanda ketujuh baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim telah meninggal dunia hari ini pada jam 10.08 pagi.
Seperti yang tertulis di laman Instagram tersebut,
“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.
Sumber gambar: Tangkap Layar via Instagram @bruneiroyalfamily
Jenazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.
Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
Sedemikian dengan amat dukacita dimaklumkan.”
Sumber gambar: via thescoop.co (Pengiran Abdul Azim bersama ayahanda dan adik-beradiknya.)
Untuk pengetahuan pembaca, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri kedua baginda iaitu Puan Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.
Diputerakan pada 29 Julai 1982, almarhum mangkat pada usia 38 tahun. Salam takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga di-Raja Brunei Darussalam.
Sumber: Instagram @royalbruneifamily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!