Susulan satu babak kontroversi yang didakwa menggunakan ayat berbaur lucah dalam sebuah siri drama berjudul Kudeta, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi hantaran di entri Facebook, beliau memuat naik satu kenyataan pemohonan maaf tersebut kepada masyarakat terutama para penonton demi menghormati sensitiviti ramai pihak.

 

IKLAN
“Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada. Saya menyedari akan keberkesanan filem  dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat.
Netizen Kurang Senang Skrip Berbaur Lucah, Dr. Mazlee Malik Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
“Namun, ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya. Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum.
Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan. Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam turut mengajak orang ramai untuk menonton naskhah berkenaan yang mempunyai banyak pengajaran yang penonton boleh peroleh.
Netizen Kurang Senang Skrip Berbaur Lucah, Dr. Mazlee Malik Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
“Saya juga mengajak rakyat sekelian untuk menonton siri drama Kudeta di Astro yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut.
“Tindakan ini susulan beliau telah menerima banyak respon yang negatif serta pelbagai kecaman daripada orang ramai. Bukan itu sahaja, beliau turut akui kesal dengan tindakannya menggunakan ayat yang tidak senonoh semasa melakonkan watak terbabit,” tulisnya panjang.

Sekadar informasi, Dr. Maszlee Malik memegang watak sebagai Jamal yang merupakan seorang ahli politik yang sangat kejam, bergandingan dengan pelakon hebat seperti Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.

IKLAN
IKLAN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI