Jika sebelum ini baju Dato’ Sri Ismail Sabri mendapat perhatian netizen setiap kali beliau tampil membuat liputan perkembangan terkini tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Pak Long negara kita sekali mendapat perhatian apabila ‘background’ video perutusan darinya menjadi buah mulut netizen.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Dato’ Sri Ismail Sabri sedang menjalankan kuarantin kendiri dirumahnya selama 14 hari selepas berkunjung ke Sabah baru-baru ini. Disebabkan itu, beliau terpaksa melakukan sidang media di rumah.
Namun, sebaliknya apa yang terjadi apabila netizen memerhati koleksi beberapa barang yang tersusun di rak belakang yang menjadi pilihan ‘background’ Dato’ Sri.
Ads
Kalau korang biasa menonton penjual bundle yang sering melakukan sesi ‘live’ di Facebook, sudah tentu korang tahu bagaimana reaksi pembeli yang ingin membida barangan yang dijual.
Begitu juga di ruangan komen Ismail Sabri yang dipenuhi dengan komen seloroh netizen yang ingin ‘locked’ barangan yang ada dibelakang beliau. Hiks!
Baru-baru ini, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), memaklumkan jangkitan yang dikenali sebagai Naegleria Fowleri atau ‘amoeba pemakan otak’ telah meragut nyawa seorang warganegara Korea Selatan pada Selasa minggu lalu dan baru disahkan untuk pengetahuan umum pada 26 Disember 2022.
Ekoran daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti yang berkaitan dengan air tawar selepas berlakunya kes berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Naegleri Fowler merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.
Tambahnya menerusi kenyataan, Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. lanya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.
Bagaimanapun KKM mendapati bahawa tiada laporan yang menunjukkan bahawa penyakit ini berlaku di Malaysia. Namun begitu, KKM meminta seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya sewaktu melakukan aktiviti air tawar.
Dalam pada itu, KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut.
Difahamkan bahawa jangkitan ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk sehingga membawa maut. Pada peringkat awal gejalanya adalah sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak semalam tular di media sosial minuman bubble tea Xing Fu Tang yang dikatakan sudah mendapat pengesahan halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai mana dikongsikan di laman fb Xing Fu Tang Malaysia.
Dalam satu kenyataan di fb tersebut pihak Xing Fu Tang memaklumkan bahawa Xing Fu Tang telah diiktiraf Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI). Pengiktirafan ini memastikan produk kami mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh MUI.
Perincian sijil Halal adalah sebagai berikut:
Nombor rujuk sijil: No. 03130016420617
Tempoh sah sijil: 25 Jun 2019 – 24 Jun 2021
Kami telah memperoleh sijil halal dari MUI dan dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil JAKIM. Majelis Ulama Indonesia (MUI) adalah salah satu Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Sila layari Portal Halal Malaysia (http:// www.halal.gov.my) harap sabar menunggu.
Kenyataan halal dibuat oleh portal fb Xing Fu Tang Malaysia yang bubble tea ini sudah mendapat pengesahan dari Majelis Ulama Indonesia sejak 17 jam lalu
Berita ini tentu menggembirakan peminat-peminat bubble tea. Maklumlah sebelum ini timbul perdebatan antara netizen adakah minuman viral ini halal atau tidak sehingga isu ini mendapat perhatian ramai.
Namun di sebalik kelulusan halal seperti di keluarkan oleh fb Xing Fu Tang Malaysia, pencarian REMAJA di Bahagian Hab Halal JAKIM menemukan sesuatu yang boleh korang fikirkan sendiri ya.
Dalam satu kenyataan selepas beberapa jam pihak Xung Fu Ting Malaysia memuat naik kenyataan sudah memperoleh Sijil Halal dari MUI, dilihat pihak Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan ini.
Sehingga hari ini, premis makanan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Produk yang dikilangkan serta premis makanan yang berada di Malaysia perlu memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna.
Usaha murni pihak industri untuk memperoleh terlebih dahulu Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah pula adalah dialu-alukan.
Untuk mengetahui premis-premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my dan muat turun aplikasi telefon pintar Verify Halal.
So ok ke tak minum bubble tea ini korang nilailah sendiri ya!. Sebagai umat Islam, kita disyarakkan memilih makanan yang halal dan bukan meragukan. Pilihan di tangan masing-masing, betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan buat Nooryana Najwa yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kini telah pun menerima Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Berita ini telah dikongsi sendiri oleh Datuk Seri Najib di laman instagramnya dan meluahkan sedikit kekecewaan kerana tidak berpeluang untuk meraikan kejayaan anak perempuannya di sana.
Nooryana atau lebih mesra dipanggil Gina, antara ahli keluarga yang sering menunjukkan tanda sokongan kepada ayahnya dan tentu sekali tanpa kehadiran orang tersayang disisi, pastinya dia juga turut berasa terkilan.
Namun begitu, ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak Datuk Seri Najib. Bukan calang-calang orang boleh sambung belajar di Universiti Harvard, akhirnya segala penat lelah terbayar dengan segulung ijazah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!